Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN (1) TENGKU BENDAHARA AZMAN

NAMA: ___________________________
TAHUN: __________________________ MARKAH : / 60

Bahasa Malaysia Kertas 2

Bahagian A (10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Bahagian B (30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu baru sahaja berpindah ke Bandar kerana mengikut ayah kamu yang
bertukar kerja.
Tulis sepucuk surat kepada sepupu kamu yang berada di kampung untuk
menceritakan kehidupan di bandar.

ATAU
2. Masa amat berharga.
Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menghargai masa.

ATAU
3. Tulis sebuah cerita tentang pengalaman kamu mengikuti perkhemahan
ko-kurikulum di sekolah.
Bahagian C
(20 markah)

Tulis lima nilai yang kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

Zanariah : Azam, tolong sapu ruang tamu ini. Kakak hendak melipat pakaian yang sudah
kering.
Azam : Alah, kak ! Bukankah sapu-menyapu pekerjaan orang perempuan ?
Zanariah : Eh! Siapa yang bercakap begitu? Kerja-kerja rumah ini tanggungjawab setiap
orang yang tinggal di dalam rumah ini. Kalau rumah kita bersih, kita sama-sama
berasa selesa.
Azam : Azam tidak pandai menyapu sampahlah kak.
Zanariah : Kalau tidak tahu, Azam kena belajar. Menyapu sampah bukannya susah. Kalau
tidak mahu menyapu sampah, Azam lipat semua pakaian ini.
Azam : Kalau begitu, biarlah Azam yang menyapu sampah.
Zanariah : Ha, begitulah. Kita buat kerja ini bersama-sama supaya cepat rumah ini
berkemas. Nanti, lapanglah hati ibu dan ayah apabila pulang dari pejabat.
Azam : Sebelum ini, kita tidak membuat semua kerja ini, kak.
Zanariah : Memanglah, sebab kita bukan anak yang baik. Tetapi, mulai hari ini, kita
buatlah semua ini. Kita bantu ibu. Selama ini ibu buat semua kerja ini
termasuklah memasak dan mencuci pakaian, sedangkan ibu bekerja di pejabat
juga. Kasihan ibu ! Tentulah selama ini dia kepenatan. Jadi, kita sepatutnya
membantu meringankan beban ibu. Beginilah antara cara – cara membantu ibu.
Azam : Baiklah, Azam faham. Kita sepatutnya membantu meringankan beban ibu dan
ayah.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

............................................ ............................................................. ……..................................................


(MOHD YASSIN BIN MUSA) (PN. NORAZIAN BT MOHAMAD DIAN ) ( PN. HJH APIPAH BT HJ HASSAN)

Anda mungkin juga menyukai