Anda di halaman 1dari 180

BAB 1

PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI

 

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:

1.

Mentakrifkan konsep komunikasi.

2.

Menjelaskan perkembangan bidang komunikasi di Barat dan Malaysia.

3.

Membincangkan ilmu komunikasi sebagai ilmu sains sosial.

1.1

PENGENALAN

Dalam bab ini kita akan membincangkan perkembangan dan pembangunan bidang komunikasi yang menjadi salah satu cabang bidang ilmu serta semakin mendapat perhatian. Bidang komunikasi menjadi semakin penting kerana kebanyakan perkara yang dilakukan memerlukan kita berkomunikasi. Kita tidak boleh hidup tanpa komunikasi. Cuba bayangkan apa akan berlaku apabila kita kehilangan orang yang disayangi seperti ibu bapa tetapi kita tidak meluahkan perasaan sedih melalui komunikasi. Jika keadaan ini berterusan maka perasaan tersebut akan mengganggu fikiran kita dan sukar untuk menerima hakikat yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Komunikasi penting dalam kehidupan kita sama ada kita sebagai individu, ahli keluarga, anggota masyarakat, pekerja sebuah organisasi dan rakyat sebuah negara. Justeru untuk memperkasakan diri sebagai individu, ahli keluarga, ahli organisasi dan sebagai pemimpin, seseorang itu perlu memahami proses komunikasi. Ini penting kerana ia dapat meningkatkan komunikasi dalam diri kita supaya kita dapat menjadi komunikator yang baik demi kecemerlangan diri kita sendiri, keluarga, organisasi mahupun negara.

Ilmu pengetahuan mengenai teori komunikasi akan membantu kita membuat perancangan terhadap sesuatu situasi dan kita cuba menyelesaikannya sehingga menghasilkan kejayaan. Tidak kira sama ada dalam pelbagai situasi seperti hubungan majikan dengan pekerja,

1

pembuatan keputusan oleh pemimpin terhadap sesuatu dasar, sepasang suami isteri yang menghadapi krisis rumah tangga dan lain-lain lagi, ada teori-teori komunikasi tertentu untuk menerangkannya.

1.2 TAKRIF KOMUNIKASI

Komunikasi ditakrifkan sebagai satu proses sistematik yang terjadi apabila individu berinteraksi dengan simbol dan melalui simbol untuk mencipta dan mentafsir makna. Menurut Dance (1976) konsep komunikasi mempunyai tiga tahap yang berbeza seperti berikut:

1. Tahap pemerhatian (level observation)

Tahap ini mengandaikan bahawa terdapat definisi komunikasi luas dan sempit. Secara umum, definisi komunikasi ialah proses merapatkan hubungan yang terasing di dunia ini (Ruesch, 1957). American College Dictionary (1964) mendefinisikan komunikasi sebagai kaedah penghantaran mesej oleh tentera, arahan menggunakan telefon, telegraf, radio dan kurier, tetapi definisi ini agak terhad maksudnya kepada kaedah penghantaran mesej menggunakan peralatan tertentu.

2. Tahap tujuan/niat (intentionality)

Komunikasi ialah keadaan sumber menyalurkan mesej kepada penerima untuk mempengaruhi perlakuan penerima. Setiap proses komunikasi perlu mempunyai tujuan atau niat oleh sumber (Miller, 1966). Komunikasi juga sebagai proses mewujudkan persamaan antara dua orang atau lebih, sesuatu yang dikuasai oleh seseorang atau beberapa orang (Gode, 1959).

3. Pertimbangan normatif (normative judgement)

Tahap ini melihat sama ada takrifan komunikasi mempunyai kenyataan yang menyebut tentang kejayaan ataupun ketepatan proses komunikasi. Menurut Hoben (1954) komunikasi merupakan pertukaran secara lisan sesuatu idea atau pandangan. Definisi ini mengandaikan bahawa pertukaran idea atau pandangan tersebut telah berjaya dilaksanakan.

Manakala Berelson dan Steiner (1964) berpendapat bahawa komunikasi ialah proses pemancaran maklumat. Namun begitu, definisi ini tidak menyebut sama ada maklumat yang disalurkan diterima atau difahami atau sebaliknya.

Berdasarkan tahap definisi komunikasi yang dibincangkan dapat disimpulkan bahawa komunikasi itu sesuatu yang luas, mempunyai tujuan

2

dan kesan ataupun sebaliknya. Selalunya proses komunikasi adalah kompleks dan berubah mengikut situasi. Oleh itu, ada kalanya kita dapati komunikasi sebenarnya bukanlah ‘ya’ ataupun ‘tidak’, ‘hitam’ ataupun ‘putih’ tetapi berada dalam suatu kontinum yang wujud antara definisi yang luas, tidak bertujuan dan tidak mempunyai apa-apa kesan dan bergerak kepada satu penghujung lagi iaitu definisi yang sempit, bertujuan dan mempunyai kesan. Ini digambarkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1 Perbandingan Tiga Tahap Definisi Komunikasi

Definisi

Definisi

Komunikasi

Komunikasi

Sempit

Agak luas

Luas

Bertujuan

Bertujuan

Tidak bertujuan

Ada kesan

Tiada kesan

Tiada kesan

Menurut Littlejohn (1996) perbahasan mengenai definisi komunikasi boleh dikategorikan seperti dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1 Perlakuan Berkaitan Komunikasi

Perlakuan

Perlakuan Tanpa

Perlakuan dengan Tujuan

Penerima

Tujuan (Simptom)

Bukan verbal

Verbal

Tidak terima

1A

2A

3A

perlakuan

mesej bukan

mesej verbal

dengan simptom

verbal yang

tidak ditanggap

tidak ditanggap

tidak ditanggap

Terima secara

1B

2B

3B

tidak sengaja

simptom yang

mesej bukan verbal secara tidak sengaja

mesej verbal

ditanggap secara

secara tidak

tidak sengaja

sengaja

Beri perhatian

1C

2C

3C

Sumber: Littlejohn.

(1996) simptom yang diberi perhatian

mesej bukan verbal yang diberi perhatian

mesej verbal

yang diberi

   

perhatian

Sumber: Littlejohn. (1996).

3

1A

Anda menguap, tiada siapa nampak.

1B

Anda menguap dan kawan anda nampak, tetapi tiada

1C

respons pada masa itu. Hanya selepas itu baru kawan anda tahu yang anda bosan dengan perkara yang diceritakan. Anda menguap, kawan anda bertanya “Bosankah awak

2A

dengar cerita saya?”. Mesej bukan verbal tidak diterima; anda melambai, kawan

2B

anda tidak nampak. Rakan anda minta maaf sebab tidak melambai kembali

2C

kerana tidak sedar anda melambai kepadanya. Anda melambai kawan anda kembali.

3A

Anda hantar surat, kawan anda tidak terima.

3B

Anda memarahi anak anda kerana tidak mengemas bilik,

3C

anak anda tahu anda bercakap dengannya tapi dia tidak beri perhatian kepada apa yang anda cakapkan. Anda memberi penerangan kepada sekumpulan pelajar yang berminat mendengar perkara yang anda cakapkan.

Daripada senarai perlakuan yang dibincangkan yang mana satu boleh dikatakan sebagai perlakuan komunikasi?. Mengikut Motley (1990) komunikasi dihadkan kepada mesej yang secara sedar ditujukan kepada orang lain dan diterima oleh mereka (lihat Rajah 1.2). Sementara itu, Andersen (1991) berpendapat bahawa komunikasi melibatkan perlakuan yang memberi makna kepada orang lain, secara sedar atau tidak (lihat Rajah 1.3). Clevenger (1991) sependapat dengan Motley (1990) yang menyatakan komunikasi merupakan mesej yang dihantar dan diterima secara sedar dengan niat. Lantaran agak sukar untuk menentukan niat atau tujuan komunikator, maka menurut Clevenger perlakuan komunikasi; perlu meliputi kedua-dua pemberian dan penerimaan mesej seperti Rajah 1.4.

Rajah 1.2 Model Penyampai – Penerima (Motley, 1990)

1A

2A

3A

1B

2B

3B

1C

2C

3C

4

Rajah 1.3 Model Penyampai (Andersen, 1991)

1A

2A

3A

1B

2B

3B

1C

2C

3C

Rajah 1.4 Model Perlakuan Komunikasi (Clevenger, 1991)

1A

2A

3A

1B

2B

3B

1C

2C

3C

Sumber: Littlejohn. (1996).

Terdapat perbezaan antara pandangan sarjana mengenai definisi komunikasi. Sudut pandangan berbeza ini disebut sebagai perspektif. Perspektif yang berbeza menjadikan penyelidik membuat pelbagai persoalan dan membuat penyelidikan berlainan. Perspektif ini akan disentuh lebih lanjut dalam Bab 3. Oleh itu, definisi komunikasi perlu dinilai berdasarkan setakat mana para penyelidik dapat mencapai tujuan penyelidikan mereka dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul.

Saya harap anda akan jelas dan mendapat gambaran sebenarnya definisi komunikasi. Kejelasan dan kefahaman anda penting bagi membolehkan anda mengikuti perbincangan seterusnya.

bagi membolehkan anda mengikuti perbincangan seterusnya. Bolehkah anda mendefinisikan komunikasi dari perspekti f

Bolehkah anda mendefinisikan komunikasi dari perspektif anda sendiri?

1.3 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan bagaimana bidang komunikasi berkembang. Kita akan meninjau perkembangan bidang komunikasi di Barat dan kemudian diikuti perkembangan bidang ini di Malaysia.

5

1.3.1

Perkembangan di Barat

Bidang komunikasi merupakan antara salah satu bidang pengajian yang semakin mendapat perhatian. Komunikasi mula menjadi tumpuan dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi seperti radio, televisyen, telefon, satelit, rangkaian komputer dan politik dunia.

Menurut Griffin (1997) zaman perkembangan komunikasi di Barat boleh dibahagikan kepada beberapa era tertentu:

(a) Era Awal (1900 – 1950): Kebangkitan Retorik

Guru-guru yang mengajar pengucapan menjadi ahli Jabatan Bahasa Inggeris lebih menekankan persembahan lisan. Mereka dipandang rendah berbanding orang yang mempelajari dan mengajar kesusasteraan. Namun begitu, pada tahun 1953 terdapat lebih 200 universiti dan kolej di Amerika Syarikat yang mengasingkan Jabatan Pengucapan dengan Jabatan Bahasa Inggeris. Pengasingan ini menunjukkan bahawa pengucapan awam menjadi semakin penting.

Kursus yang ditawarkan menekankan panduan praktik dalam mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (public address), interpretasi lisan, drama, debat dan perbincangan meja bulat. Guru-guru menggunakan tulisan zaman Greek dan Rome sebagai bahan rujukan. Plato, Aristotle, Cicero dan Quantilian merupakan sumber bahan pengajian dalam hebahan awam.

Kritik retorik antara aktiviti yang relevan pada masa itu. Ucapan sebagai elemen komunikasi kepada penerima khusus. Penekanan utama ialah analisis dan apresiasi sebagai strategi yang digunakan oleh perucap untuk menyampaikan idea kepada para pendengar.

(b) Era Komunikasi dan Sains Sosial (1930 – 1960): Kesan Media

Menurut Griffin (1997) peringkat kedua ialah era kebangkitan empat orang sarjana yang digelar ‘bapa penyelidikan komunikasi’. Schramm (1963) telah menamakan empat orang sarjana yang menggunakan pendekatan sains perlakuan untuk mengkaji kesan mesej pembujukan terhadap audien yang ramai. Mereka terdiri daripada

Harold Lasswell - ahli sains politik membuat analisis propaganda Nazi untuk mengenal pasti kesan terhadap pendengar. Menurut Lasswell proses komunikasi mengandungi empat unsur – siapa berkata apa, melalui saluran mana, kepada siapa, dengan kesan apa.

6

Kurt Lewin – ahli psikologi sosial dan beliau menolak kepimpinan autoritorian. Oleh itu, beliau telah mengkaji prejudis dan bagaimana kumpulan mempengaruhi ahli dalam kumpulan.

Paul Lazarsfeld – pakar sosiologi yang menubuhkan Bureau of Applied Social Research atau Biro Penyelidikan Sosial Gunaan di Universiti Columbia untuk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan sektor perniagaan. Beliau menjalankan penyelidikan radio yang menjadi perintis kajian tinjauan dan teknik kumpulan fokus untuk melihat impak penyiaran terhadap emosi.

Karl Hovland – ahli penyelidik psikologi meminati kajian tentang perubahan sikap. Beliau menguji kesan pembujukan terhadap kredibiliti sumber dan juga susunan hujah dalam mesej.

Seorang ahli sains sosial di Universiti Chicago iaitu Bernard Berelson (1959) menganggap penyelidikan komunikasi semakin malap kerana kesemua pengasas yang dikenal pasti oleh Schramm telah bersara, meninggal dunia atau meninggalkan penyelidikan komunikasi.

Justeru, Schramm (1963) sendiri telah membentuk satu disiplin komunikasi untuk menyokong bidang sains sosial yang sedia ada iaitu psikologi, sosiologi, sains politik, ekonomi dan antropologi. Schramm yang mempunyai pendidikan dalam bidang bahasa Inggeris merupakan jurnalis yang berjaya. Pada akhir tahun 1960-an Schramm telah menubuhkan program Ijazah Kedoktoran (Ph.d) pertama dalam bidang komunikasi massa di Universiti of Iowa. Beliau juga menubuhkan Institut Penyelidikan Komunikasi. Dengan penubuhan Institut Penyelidikan Komunikasi ini taraf pengajian komunikasi dapat ditingkatkan dan program yang sama telah dibentuk di Universiti Stanford. Dengan sumbangan beliau, Schramm dianggap sebagai bapa komunikasi, iaitu pengasas bidang komunikasi yang tulen kerana beliau dari bidang kewartawanan.

(c) Era Revolusi Empirik (1950 – 1970): Teori dalam Tabung Uji

Sekitar tahun 1950-an wujud Jabatan Pengucapan yang menawarkan kursus retorik yang mengandaikan ucapan pembujukan hanya memerlukan perucap yang beretika dan hujah yang disampaikan ialah logik. Namun, ahli akademik muda dan terlatih dalam bidang sains sosial tidak dapat menerima kenyataan berkenaan sebagai kebenaran. Mereka menguji kesahihan kenyataan ini dengan mengukur perubahan sikap.

Pada tahun 1950 sekumpulan penyelidik komunikasi membentuk satu pertubuhan komunikasi yang dikenali kini sebagai International

7

Communication Association (ICA). Perubahan orientasi bidang komunikasi berlaku apabila Shahnon dan Weaver (1949) mengasaskan model linear komunikasi dan David Berlo (1960) memudahkan model kepada empat bahagian asas iaitu

Sumber

memudahkan model kepada empat bahagian asas iaitu Sumber Mesej Saluran Penerima Model SMCR merupakan satu cara

Mesej

model kepada empat bahagian asas iaitu Sumber Mesej Saluran Penerima Model SMCR merupakan satu cara piawai

Saluran

model kepada empat bahagian asas iaitu Sumber Mesej Saluran Penerima Model SMCR merupakan satu cara piawai

Penerima

Model SMCR merupakan satu cara piawai untuk melihat proses komunikasi. Ekoran daripada perkembangan yang memberangsangkan, kebanyakan jabatan di universiti menukar nama dengan menambah perkataan komunikasi.

(d)

Era Pergolakan 60-an (1960 – 1970): Asas Pelancaran Komunikasi antara Perseorangan

Sekitar tahun ini perkembangan bidang komunikasi dipengaruhi peristiwa yang berlaku di Amerika Syarikat. Pada era ini pelbagai isu timbul seperti isu konfrantasi, hak asasi, rusuhan di bandar-bandar, penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam, demonstrasi di kampus-kampus, Beatles, hippi, revolusi seks, budaya dadah, pembunuhan J.F.Kennedy dan adiknya Robert, Marthin Luther King, Jr. dan Malcom X. Keadaan ini memberi kesan kepada bidang komunikasi. Sebagai contoh komunikasi antara perseorangan diperkenalkan menggantikan pidato umum.

Para pensyarah di universiti menganggap pengucapan awam sebagai ketinggalan zaman dan jabatan-jabatan komunikasi berubah secara radikal. Perkembangan ini termasuklah:

(i)

Komunikasi antara perseorangan menggantikan pidato umum. Liputan kursus ialah pada interaksi yang tertumpu kepada ciri-ciri individu.

(ii)

Para profesor menukar haluan dengan mengajar kursus komunikasi bukan verbal, membentuk kepercayaan, pendedahan kendiri (self- exposure), mengatasi konflik dan isu-isu berkaitan.

(iii)

Fokus komunikasi bertukar daripada menerangkan kebenaran kepada menunjukkan kesetiaan kepada pasangan. Apa yang dinyatakan kurang penting berbanding bagaimana ia dituturkan dan kesannya terhadap orang lain. Halangan menjadi lebih penting berbanding kandungan mesej.

(iv)

Jabatan-jabatan komunikasi antara perseorangan dan media menjadi semakin penting. Walaupun retorik menjadi kurang penting tetapi ia tidak hilang dan muncul kaedah baru untuk membuat analisis retorik.

8

(e) Era Retorik Baru (1965 – 1980)

Edwin Black (1965) mengemukakan cara baru menganalisis ucapan. Burgess (1968) telah menerbitkan artikel seperti The Rhetoric of Black Power dan The Rhetoric of Confrontation oleh Scott dan Smith (1969). Dalam artikel tersebut ucapan awam tidak mempunyai kaitan dengan ucapan yang disediakan dengan rapi dan tidak diterima akal. Para sarjana berpendapat bahawa hasutan sosial dan komunikasi bukan verbal memainkan peranan penting dalam penerimaan mesej.

Dalam komunikasi massa pula didapati televisyen, filem dan muzik popular mempunyai pengaruh dalam membentuk budaya umum, tidak hanya memberi hiburan semata-mata. Menurut McLuhan (1967) media ialah mesej (the medium is the message). Ini bermakna teknologi komunikasi mempengaruhi perkembangan dan agen perubahan masyarakat. Sifat teknologi komunikasi membolehkan individu berkomunikasi antara satu sama lain. Sekitar lewat 1970-an perkembangan profesional pengucapan

di Amerika Syarikat berbeza daripada Sarjana di Eropah yang

menggunakan analisis Marxis untuk melihat peranan media dalam membentuk nilai masyarakat. Mereka mengkritik kajian media oleh Amerika Syarikat yang katanya bebas tetapi sebenarnya menyokong kuasa ekonomi dan politik. Pandangan sarjana Eropah itu membantu para sarjana komunikasi Amerika Syarikat mendapatkan maklumat untuk terus bertelagah dengan sarjana di Eropah.

(f) Era Pencarian Model Sejagat (1970 – 1980)

Berbeza dengan sarjana retorik yang cuba membuat kepelbagaian, saintis komunikasi cuba membuat penyatuan. Fokus penyelidikan bidang komunikasi ialah menemui suatu teori besar kerana ia penting dalam proses komunikasi.

Dalam bidang pidato umpamanya, penyelidik menekankan sebab berlaku

kekhuatiran bercakap. Penyelidik dinamika kumpulan pula menguji ciri-

ciri dan gaya kepimpinan, manakala penyelidik komunikasi massa cuba

menguji ciri-ciri dan kesan keganasan program televisyen. Mereka dalam bidang pembujukan pula cuba mendapat jawapan kepada persoalan “Apakah faktor kredibiliti sumber?”. Pada masa yang sama, kajian komunikasi antara perseorangan meliputi pendedahan kendiri (self exposure), harga diri (self esteem), komunikasi verbal dan mengatasi konflik.

Menurut Kuhn (1970) sains yang matang memerlukan model yang mantap tetapi ahli sains sosial dalam bidang komunikasi belum mencapai tahap tersebut. Dengan itu para penyelidik komunikasi mengejar impian

9

untuk mendapatkan model komunikasi yang boleh diterima umum sebagai menggambarkan proses komunikasi.

Dalam usaha mengetahui faktor yang berkaitan dengan pembentukan mesej dan interpretasi, kebanyakan buku yang ditulis sekitar 1970-an memberi gambaran model proses komunikasi. Walau bagaimanapun, ia merugikan kerana antara model dihasilkan itu tiada satu pun yang dapat memberi gambaran secara menyeluruh tentang proses komunikasi.

(g) Era Pergolakan dalam Bidang (1980 – kini)

Griffin menggunakan perkataan ‘pergolakan’ bagi menggambarkan percubaan untuk mengkaji pencampuran idea dan tenaga kreatif serta tekanan yang berlaku dalam bidang komunikasi masa kini.

Penubuhan lebih banyak Jabatan Komunikasi dan bidang pengkhususan, menyebabkan ramai pelajar berminat mengikuti kursus komunikasi antara perseorangan dan massa. Perkembangan bidang komunikasi keorganisasian, kemahiran kepimpinan, pengurusan konflik periklanan dan perhubungan awam menjadi trend pada masa ini dan menyebabkan lebih ramai pelajar yang mengikuti bidang tersebut.

Penyelidikan komunikasi juga berkembang selari dengan perkembangan bidang penyelidikan umum kerana bidang ilmu memerlukan proses penyelidikan untuk berkembang. Rumusan penyelidikan yang dijalankan oleh para penyelidik komunikasi ialah seperti Handbook of Interpersonal Communication dan Handbook of Organizational Communication. Banyak jurnal diterbitkan yang memuatkan artikel berasaskan penyelidikan. Antaranya ialah Communication Theory, Language and Social Interaction dan The Journal of Social and Relationships. Daripada kandungan jurnal tersebut didapati lima aliran dalam pengajian komunikasi iaitu

(i)

Minat yang meningkat dalam penyelidikan interpretif (untuk memahami dan memberi interpretasi) terutama kajian tentang budaya dan kritik feminis yang cuba mengutarakan ketidakseimbangan kuasa.

(ii)

Lebih banyak kajian menggunakan kaedah etnografi iaitu tumpuan penganalisis media ialah terhadap bagaimana mesej ditafsirkan oleh setiap penonton berbanding kajian sebelumnya yang tertumpu kepada kandungan mesej TV.

(iii)

Percubaan untuk menembusi minda dengan membentuk model struktur mental dan proses kognitif yang menjadi panduan kepada perlakuan komunikasi.

(iv)

Menumpu kepada fenomena percintaan, persahabatan dan kekeluargaan.

(v)

Perpecahan dalam pengajian komunikasi sekitar 1990-an.

10

Bolehkan anda bezakan ciri-c iri setiap era berkenaan? 1.3.2 Perkembangan di Malaysia Bidang komunikasi di

Bolehkan anda bezakan ciri-ciri setiap era berkenaan?

1.3.2 Perkembangan di Malaysia

Bidang komunikasi di Malaysia berkembang dengan pesat dan berperingkat-peringkat. Namun begitu, perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor keperluan industri media dan komunikasi negara. Menurut Syed Arabi (2002) sejarah dan perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia dapat ditinjau menerusi empat fasa.

Pada peringkat awal, bidang komunikasi di Malaysia dipengaruhi oleh bidang kewartawanan. Sebelum mencapai kemerdekaan, media cetak khususnya surat khabar memainkan peranan penting dalam masyarakat untuk memupuk semangat kebangsaan (Mohd Safar, 1996). Di peringkat ini peranan komunikasi ialah untuk politik dan sosioekonomi. Dari segi pengajian komunikasi dalam era ini tidak wujud secara formal.

Fasa kedua yang bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan memperlihatkan bidang komunikasi menjadi semakin berkembang dan mula mendapat perhatian. Salah satu titik awal perkembangan tersebut dalam fasa ini ialah apabila operasi persuratkhabaran berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Perpindahan ini telah menjana sektor baru iaitu media cetak negara ini. Selain itu, sekitar tahun 1970-an pula bidang komunikasi di Malaysia berkembang lagi dengan wujudnya bidang penyiaran.

Pada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an keperluan latihan secara formal bagi ilmu komunikasi diperluaskan (Syed Arabi, 2002). Ini dapat dibuktikan dengan tertubuhnya beberapa institusi yang bersifat profesional berhubung komunikasi. Antara institusi yang dimaksudkan ialah Berita Nasional Malayisa (BERNAMA) pada tahun 1968 yang memfokus terhadap hal-ehwal kewartawanan. Pada tahun 1971 pula memperlihatkan tertubuhnya Institut Perhubungan Awam Malaysia dan penubuhan Institut Penyiaran Tun Abdul Razak pada tahun 1972 untuk memberi latihan dalam bidang penyiaran dan media elektronik.

Fasa ketiga pula telah menyaksikan anjakan paradigma dalam bidang komunikasi negara. Pada fasa ini, ilmu yang merupakan amalan komunikasi mula memperlihatkan bidang-bidang baru selain bidang kewartawanan dan penyiaran. Latihan serta profesion dalam penyiaran radio, televisyen dan agensi berita mula digandingkan dengan bidang periklanan dan perhubungan awam.

11

Pertengahan tahun 1970-an merupakan tahap kemunculan komunikasi sebagai satu bidang pengajian formal. Pada fasa ini juga menyaksikan penubuhan beberapa institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang komunikasi massa khususnya sebagai satu program pengajian. Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan institusi pengajian tinggi awam yang pertama menawarkan pengajian komunikasi dan diikuti dengan universiti-universiti awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1.2. Hakikatnya pendidikan komunikasi pada fasa ini tidak terhad kepada para pengamal media sahaja sebagaimana fasa-fasa sebelum ini. Sebaliknya, bidang komunikasi pada fasa ini lebih bersifat terbuka tetapi masih tertumpu kepada komunikasi massa khususnya penyiaran dan kewartawanan.

Jadual 1.2 Sejarah Penubuhan Program Pengajian Komunikasi IPTA Malaysia

Universiti

Tahun

Penubuhan

1. Institut Teknologi MARA (Universiti Teknologi MARA)

1972

2. Universiti Kebangsaan Malaysia

1975

3. Universiti Malaya

1976

4. Universiti Pertanian Malaysia (Universiti Putra Malaysia)

1979

5. Universiti Sains Malaysia

1984

6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

1990

7. Universiti Sarawak Malaysia

1993

8. Universiti Sabah Malaysia

1994

9. Universiti Utara Malaysia

1999

Fasa terakhir iaitu yang keempat bermula sekitar 1980-an telah menunjukkan perkembangan pesat dan meluas dalam bidang komunikasi di samping pengajian. Seiring dengan perkembangan sosioekonomi negara, komunikasi menjadi semakin signifikan apabila ia berjaya muncul sebagai salah satu bidang komersial. Pada peringkat awal hampir keseluruhan pusat pengajian tinggi awam di Malaysia menawarkan pengajian komunikasi massa. Namun, senario 1990-an dengan berkembangnya bidang perniagaan, maka bidang komunikasi di Malaysia

12

telah memperlihatkan kemunculan bidang-bidang baru seperti komunikasi keorganisasian, komunikasi korporat, periklanan, teknologi komunikasi dan telekomunikasi di universiti-universiti awam.

Malah kini, teknologi komunikasi merupakan komponen pengajian komunikasi yang semakin penting dan popular. Bidang teknologi komunikasi tidak muncul sebagai satu aliran yang tersendiri. Boleh dikatakan hampir kesemua bidang komunikasi hari ini turut menjadi teknologi komunikasi sebagai komponen ilmu bersama. Dengan erti kata lain ianya bersifat interdisiplin.

Saya berharap anda mendapat gambaran mengenai kronologi perkembangan bidang komunikasi di Barat dan Malaysia. Saya pasti anda dapat memperoleh maklumat yang lebih terperinci bagaimana perkembangan berlaku dalam sektor pengamal komunikasi pula. Mungkin juga anda dapat menyenaraikan badan atau institusi penyelidikan komunikasi yang ada di Barat dan Malaysia atau mungkin anda berminat mendapat maklumat penubuhan Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia. Oleh itu, jadikan persoalan- persoalan ini sebagai perangsang pembelajaran anda dalam topik perkembangan bidang komunikasi ini.

anda dalam topik perkembangan bidang komunikasi ini. Bolehkan anda namakan tokoh-tokoh ke wartawanan yang ternama

Bolehkan anda namakan tokoh-tokoh kewartawanan yang ternama di Malaysia?

1.4 KOMUNIKASI SEBAGAI DISIPLIN SAINS SOSIAL

Bidang komunikasi bukan satu perkara yang baru. Manusia zaman kuno sudah pun berkomunikasi. Namun yang membezakan penelitian terhadap ilmu komunikasi banyak berkaitan dengan cara, proses dan perantaraan yang digunakan. Pada peringkat awalnya perbincangan komunikasi berkisar tentang simbol, isyarat dan bahasa diikuti dengan penulisan. Bidang ini terus berkembang seiring dengan kemunculan peralatan-peralatan berkomunikasi dan media massa. Justeru itu, jika ditinjau latar belakang ilmu komunikasi pada peringkat awalnya, ia banyak dipengaruhi oleh bidang-bidang sains sosial yang lain seperti psikologi, sosiologi, politik, ekonomi dan juga sains tulen seperti kejuruteraan dan elektronik (Rogers, 1994).

Hasil penelitian terhadap bidang-bidang sains sosial yang lain didapati beberapa teori utama bidang berkaitan telah menyumbang kepada kerangka ilmu komunikasi. Sebagai contoh, Teori Evolusi oleh Darwin akhirnya telah mencetuskan idea dan penelitian terhadap komunikasi bukan lisan. Manakala teori Freud iaitu Teori Psikoanalitik pula

13

dibuktikan telah menyumbang kepada kerangka pengajian ilmu pemujukan yang dipelopori oleh Carl Hovland. Dalam pada itu, Teori Kritikal oleh Karl Marx pula membantu bidang kajian kesan media dari politik-ekonomi komunikasi.

Daripada kupasan tersebut, nyata bahawa bidang komunikasi merupakan satu ilmu yang mempunyai hubung kait dengan ilmu-ilmu sains sosial yang lain. Tidak menghairankan jika ada yang berpendapat bahawa komunikasi merupakan satu bidang yang agak baru. Hal ini berlaku kerana komunikasi sering memerlukan bidang lain bagi menyokong penjelasannya. Oleh yang demikian, ia banyak dikaitkan dengan ilmu- ilmu lain yang lebih kelihatan dominan, maka idea utamanya secara tidak langsung juga turut tenggelam.

Menurut Rogers (1994), komunikasi sebagai satu bidang ilmu yang dikendalikan oleh institusi pengajian tinggi mula diperkenalkan oleh Schramm. Schramm yang sering dikenali sebagai tokoh dan bapa komunikasi telah memperkenalkan program komunikasi massa pertama dunia pada tahun 1943 semasa beliau menjadi Pengarah Iowa Journalism School. Pada ketika itu kajian dan bidang komunikasi amat menumpukan kepada soal-soal kewartawanan seiring dengan keperluan dan senario semasa.

Hasil daripada inisiatif beliau maka muncullah pusat-pusat pengajian ilmu komunikasi baru di universiti-universiti Amerika Syarikat. Usaha Schramm dikatakan sebagai pencetus kepada pengajian ilmu komunikasi secara formal dan di peringkat pengajian tinggi serata dunia.

Justeru itu, tidak menghairankan jika pengajian komunikasi sering kali disinonimkan dengan ilmu media massa. Ini kerana pengajian media massa merupakan antara bidang pelopor yang telah menjadikan pengajian komunikasi popular serta terkenal. Selepas tahun 1960-an barulah horizon komunikasi ini diterima luas mencakupi komunikasi antara budaya, perhubungan awam, pemujukan, periklanan, komunikasi organisasi, komunikasi pembangunan, teknologi komunikasi, telekomunikasi dan sebagainya.

Saya harap anda mendapat gambaran mengenai ilmu komunikasi sebagai disiplin ilmu sains sosial. Ilmu komunikasi mempunyai hubung kait dengan ilmu-ilmu sains sosial yang lain. Tidak menghairankan jika dikatakan bidang komunikasi ialah bidang baru. Mungkin anda mempunyai pandangan mengenai topik ini. Senaraikan pandangan anda dan simpan, kita akan bincangkan pada perjumpaan akan datang.

14

  SOALAN DALAM TEKS
 

SOALAN DALAM TEKS

1.

Huraikan tiga tahap mengenai konsep komunikasi.

2. Perkembangan bidang komunikasi boleh dibahagikan kepada beberapa era. Bezakan era awal kebangkitan retorik dan era retorik baru.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Adakah anda bersetuju baha wa ilmu komunikasi ialah ilmu sains sosial?. Beri sebab pilihan anda.

Adakah anda bersetuju bahawa ilmu komunikasi ialah ilmu sains sosial?. Beri sebab pilihan anda.

Griffin, E. (1997). A first look at communication theory (3rd ed.). New York: McGraw-Hill.

Griffin, E. (1997). A first look at communication theory (3rd ed.). New York: McGraw-Hill.

Littlejohn, S.W. (1996). Theories of human communication (5th ed). New York: Wadsworth.

1.5

RUMUSAN

Bab ini memberi gambaran mengenai definisi komunikasi. Ia membincangkan elemen-elemen yang berkait dengan komunikasi. Sejarah perkembangan komunikasi turut dimuatkan dalam bab ini. Ia merangkumi perkembangan komunikasi di Barat dan Malaysia. Selain itu, topik bab ini juga menerangkan ilmu komunikasi sebagai disiplin sains sosial. Bab seterusnya akan membincangkan konsep, peranan dan proses pembentukan teori dalam penyelidikan komunikasi.

SOALAN PENILAIAN KENDIRIdan proses pembentukan teori dalam penyelidikan komunikasi. 1. Nyatakan empat orang sarjana barat yang digelar ‘bapa

1. Nyatakan empat orang sarjana barat yang digelar ‘bapa penyelidikan komunikasi’.

2. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan bidang komunikasi di Malaysia?

15

3. Bincangkan pengaruh bidang sains sosial yang lain terhadap pengajian komunikasi.

sain s sosial yang lain terhadap pengajian komunikasi. Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1.

(a)

Tahap pemerhatian (level observation)

Tahap ini mengandaikan bahawa terdapat definisi komunikasi luas dan sempit. Secara umum, definisi komunikasi ialah proses merapatkan hubungan yang terasing di dunia ini (Ruesch, 1957). American College Dictionary (1964) mendefinisikan komunikasi sebagai kaedah penghantaran mesej oleh tentera, arahan menggunakan telefon, telegraf, radio dan kurier, tetapi definisi ini agak terhad maksudnya kepada kaedah penghantaran mesej menggunakan peralatan tertentu.

(b)

Tahap tujuan/niat (intentionality)

Komunikasi ialah keadaan sumber menyalurkan mesej kepada penerima untuk mempengaruhi perlakuan penerima. Setiap proses komunikasi perlu mempunyai tujuan atau niat oleh sumber. Komunikasi juga sebagai proses menyatakan persamaan antara dua orang atau lebih, sesuatu yang dikuasai oleh seseorang atau beberapa orang.

(c)

Pertimbangan normatif (normative judgement)

Tahap ini melihat sama ada takrifan komunikasi mempunyai kenyataan yang menyebut tentang kejayaan ataupun ketepatan proses komunikasi. Komunikasi merupakan pertukaran secara lisan dan sesuatu idea atau pandangan. Definisi ini mengandaikan bahawa pertukaran idea atau pandangan tersebut telah berjaya dilaksanakan. Komunikasi juga ialah proses pemancaran maklumat. Namun begitu, definisi ini tidak menyebut sama ada maklumat yang disalurkan diterima atau difahami atau sebaliknya.

2.

Perbandingan era awal kebangkitan retorik dan retorik baru

Era Awal (1900 – 1950) Kebangkitan Retorik

Guru-guru yang mengajar pengucapan menjadi ahli Jabatan Bahasa Inggeris lebih menekankan persembahan lisan. Mereka dipandang

16

rendah berbanding orang yang mempelajari dan mengajar kesusasteraan. Namun begitu pada 1953 terdapat lebih 200 universiti dan kolej di Amerika Syarikat yang mengasingkan Jabatan Pengucapan dengan Jabatan Bahasa Inggeris. Pengasingan ini menunjukkan bahawa pengucapan awam menjadi semakin penting.

Kursus yang ditawarkan menekankan panduan praktik dalam mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (public address), interpretasi lisan, drama, debat dan perbincangan meja bulat. Guru- guru menggunakan tulisan zaman Greek dan Rome sebagai bahan rujukan. Plato, Aristotle, Cicero dan Quantilian merupakan sumber bahan pengajian dalam hebahan awam.

Kritik retorik antara aktiviti yang relevan pada masa itu. Ucapan sebagai elemen komunikasi kepada penerima khusus. Penekanan utama ialah analisis dan apresiasi sebagai strategi yang digunakan oleh perucap untuk menyampaikan idea kepada para pendengar.

Era Retorik Baru

Edwin Black telah mengemukakan cara baru menganalisis ucapan. Burgess telah menerbitkan artikel seperti The Rhetoric of Black Power dan The Rhetoric of Confrontation oleh Scott dan Smith. Dalam artikel tersebut ucapan awam tidak mempunyai kaitan dengan ucapan yang disediakan dengan rapi dan tidak diterima akal. Para sarjana berpendapat bahawa hasutan sosial dan komunikasi bukan verbal memainkan peranan penting dalam penerimaan mesej.

Dalam komunikasi massa pula didapati televisyen, filem dan muzik popular mempunyai pengaruh dalam membentuk budaya umum, tidak hanya memberi hiburan semata-mata. Menurut McLuhan media ialah mesej (the medium is the message). Ini bermakna teknologi komunikasi mempengaruhi perkembangan dan agen perubahan masyarakat. Sifat teknologi komunikasi membolehkan individu berkomunikasi antara satu sama lain. Sekitar lewat 1970-an perkembangan profesional pengucapan di Amerika Syarikat berbeza daripada Sarjana di Eropah yang menggunakan analisis Marxis untuk melihat peranan media dalam membentuk nilai masyarakat. Mereka mengkritik kajian media oleh Amerika Syarikat yang katanya bebas tetapi sebenarnya menyokong kuasa ekonomi dan politik. Pandangan sarjana Eropah itu membantu para sarjana komunikasi Amerika Syarikat mendapatkan maklumat untuk terus bertelagah dengan mereka di Eropah.

17

BAB 2

TEORI

 

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda akan boleh:

1.

Mentakrifkan makna teori.

2.

Membandingkan teori, konsep dan model.

3.

Membezakan teori induktif dan deduktif.

4.

Mengenal pasti proses penyelidikan dan pembentukan teori.

2.1

PENGENALAN

Dalam bab ini kita akan membincangkan pembangunan dan peranan teori dalam penyelidikan komunikasi. Para saintis mengandaikan bahawa teori ialah kebenaran dan berhubung kait dengan lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Ia menggabungkan penemuan dan membina satu cabang ilmu yang kolektif mengenai bagaimana dunia berfungsi. Para saintis yakin bahawa apabila sesuatu kebenaran ditemui, ia akan diiktiraf sebagai kebenaran sepanjang zaman. Saintis berpendapat bahawa teori yang baik sebagai mencerminkan alam semula jadi dan sebagai model realiti yang tidak akan berubah sehingga keadaan berubah.

Mereka juga berpendapat bahawa teori memberi penerangan dan hubungan berkenaan konsep yang berbeza dan tidak semua teori mampu memberi penjelasan, penerangan, penilaian dan ramalan yang sama. Justeru, bab ini akan menerangkan takrifan teori, perbezaan teori, konsep dan model, fungsi teori serta proses pembentukan teori.

2.2 TAKRIFAN TEORI

Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Teori didefinisikan sebagai suatu konstruksi manusia menerangkan fenomena mengikut sudut pandangan tertentu. Ia juga merupakan kenyataan yang mengandungi konsep untuk memerihal, menerang, meramal atau memahami dan mengawal, serta membina semula sesuatu penjelasan tentang fenomena yang diamati (Cragan dan Shields, 1998).

19

Menurut Griffin (1997) teori merupakan peta kebenaran bagi jawapan sementara yang dibentuk berdasarkan persoalan mengenai sesuatu fenomena. Manakala Kerlinger (1973) berpendapat bahawa teori ialah himpunan konsep, takrifan dan definisi yang berkait dan memberi gambaran secara sistematik mengenai fenomena dengan menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah. Tujuannya ialah untuk menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut.

Saya harap anda mendapat gambaran mengenai takrifan teori. Mungkin anda mempunyai pandangan lain mengenai definisi teori. Anda boleh senaraikan definisi teori mengikut pandangan anda dan ia akan dibincangkan bersama saya di perjumpaan akan datang.

akan dibincangkan bersama saya di perjumpaan akan datang. Bolehkah anda kemukakan beberapa andaian yang boleh

Bolehkah anda kemukakan beberapa andaian yang boleh dijadikan teori sebagai panduan untuk anda menjalani kehidupan seharian.

2.3 PERBANDINGAN TEORI, KONSEP DAN MODEL

Menurut Syed Arabi (1998) teori mempunyai beberapa peranan dan ciri. Antara peranan teori ialah

(i)

Penerangan Suatu teori yang baik dapat menerangkan sebab berlakunya sesuatu fenomena. Dengan menggunakan teori yang relevan, seorang penyelidik dapat menerangkan kaitan antara dua atau lebih konsep.

(ii)

Penjelasan Teori dapat menjelaskan sebab wujudnya sesuatu fenomena dengan menyatakan konsep yang terdapat dalam teori berkenaan.

(iii)

Ramalan Jika sekiranya kita mendapati berlaku suatu fenomena dan dapat pula memperincikan beberapa konsep dalam fenomena tersebut maka kita boleh meramalkan bahawa fenomena tersebut akan berlaku pada masa depan andainya terdapat konsep yang berkenaan dalam teori kita.

(iv)

Pengawalan penyelidikan Teori mendorong seseorang penyelidik membuat sesuatu bentuk kajian. Jika sesuatu teori tidak dapat dipertahankan lagi, maka penyelidik tersebut akan menjauhkan diri daripada melakukan kajian atau cuba memperkenalkan konsep lain

20

dalam usaha memastikan teori tersebut. Jika teori dinyatakan sebagai telah diuji maka sarjana akan lebih berminat untuk memperincikan konsep terdapat dalam teori tersebut.

Teori juga mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara cirinya ialah

(i)

Teori merupakan suatu kenyataan yang bersifat tetap dan konsisten. Ini bermakna pertalian antara pemboleh ubah yang dinyatakan dalam teori itu tidak berubah daripada satu kajian lain yang bertujuan menerangkan, menjelaskan atau meramalkan berlakunya sesuatu fenomena.

(ii)

Bagi menerangkan fenomena yang sama tidak seharusnya berlaku percanggahan antara satu teori dengan teori yang lain. Jika sesuatu teori bercanggah dengan teori lain, ini akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penjelasan.

(iii)

Teori perlu dinyatakan dengan mudah, sempurna dan jelas tentang sesuatu. Lebih terperinci sesuatu teori, maka lebih tinggi kemungkinan teori itu diterima oleh para ahli sains sosial.

(iv)

Teori hendaklah mengandungi konsep yang membolehkan pengkaji membuat ujian. Suatu teori yang baik bermakna ia telah diuji dan sentiasa pula akan diuji. Oleh itu, teori ialah suatu kenyataan yang tidak muktamad kerana ia sentiasa diuji.

Sementara itu, konsep ialah satu bentuk pernyataan atau takrifan. Konsep merupakan pernyatan yang dapat menjelaskan ciri sesuatu perkara. Malahan ia membantu, membentuk dan memahami situasi. Konsep dalam komunikasi mengandungi elemen seperti sumber, penerima, mesej, saluran, maklum balas, gangguan dan persekitaran.

Sumber ialah lokasi atau tempat yang berlaku ketika proses komunikasi. Ia melibatkan sama ada individu, kumpulan atau sesiapa sahaja yang memulakan komunikasi dengan membentuk mesej. Contohnya, media massa seperti televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya menjadi sumber bagi khalayak memperoleh maklumat. Dalam situasi krisis misalnya, jurucakap organisasi akan dikenali sebagai sumber.

Penerima merupakan individu, kumpulan atau orang ramai yang merupakan sasaran mesej (Narimah dan Saodah, 2002). Bergantung pada jenis komunikasi, penerima boleh terdiri daripada seorang manusia, sebilangan kecil manusia, sekelompok manusia atau khalayak yang ramai. Penerima lazimnya bukan hanya mereka yang mendengar ungkapan sumber atau menyaksikan perlakuannya malah mereka yang boleh

21

bertindak balas terhadap mesej yang disalurkannya. Misalnya komunikasi organisasi, penerima boleh terdiri daripada staf atau pekerja, rakan sekerja atau pihak pengurusan.

Mesej pula merupakan gagasan idea dan perasaan yang dikongsi bersama antara sumber dan penerima. Mesej boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk dan tujuan. Contohnya, seorang guru menyampaikan informasi mengenai pengajaran kepada pelajar, kaunselor memberikan khidmat nasihat kepada remaja yang bermasalah, wartawan menulis artikel di akhbar dan lain-lain lagi. Mesej yang disampaikan mengikut situasi dan keperluan khalayak.

Mesej bukan hanya boleh terbentuk dalam keadaan lisan tetapi juga bukan lisan seperti bahasa isyarat dan bahasa badan. Menurut Amundson, 1993 (dalam Devito, 2000), hasil kajian menunjukkan 93 peratus daripada mesej disampaikan secara bukan lisan manakala hanya tujuh peratus sahaja melalui lisan. Bahasa isyarat seperti pukulan beduk menandakan waktu sembahyang bagi orang Islam, asap digunakan oleh kaum Red Indian di Amerika dan lain-lain lagi.

Bahasa badan turut digunakan untuk menyampaikan mesej. Ia bertujuan untuk memberikan penekanan terhadap maksud sesuatu mesej. Sebagai contoh melalui mimik muka seseorang, kita dapat menilai sama ada individu berkenaan sedang marah, gembira, sedih, sakit dan sebagainya. Selain itu, pergerakan tangan, badan, gaya berpakaian, pergerakan mata dan penggunaan ruang juga menunjukkan mesej tertentu.

Mesej berada dalam dua keadaan iaitu secara tersurat dan tersirat. Mesej yang disampaikan secara tersurat sering digunakan ketika memberi penerangan dan penjelasan seperti di bilik darjah, dewan kuliah dan mahkamah. Namun begitu, mesej tersirat banyak digunakan oleh sasterawan dalam penghasilan syair, pantun dan sebagainya. Mesej tersirat memerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum membuat interpretasi makna.

Saluran merupakan usaha sumber menghantar mesejnya yang sudah diolah. Simbol yang telah diolah akan diungkapkan jika sumber mahu menyampaikan mesejnya secara lisan, dicatatkan jika sekiranya mesej mahu disampaikan dalam bentuk lukisan, digayakan jika mahu disampaikan melalui tarian atau digambarkan sekiranya mahu disampaikan secara visual. Lazimnya, jika di tempat kerja, pihak pengurusan akan menyalurkan mesej dalam bentuk lisan seperti mengeluarkan arahan dalam perhimpunan dan sebagainya. Acap kali juga mesej disalurkan secara bukan lisan seperti menulis surat pekeliling, surat

22

arahan, memo, mel elektronik dan sebagainya. Komunikator juga boleh memilih untuk menyampaikan mesejnya secara bersemuka seperti dalam perbincangan, penasihatan dan kaunseling (Abdul Mua’ti, 2003).

Maklum balas ialah tindak balas atau respons penerima terhadap mesej yang diterimanya. Dengan kata lain maklum balas ialah maklumat yang diberi oleh penerima kepada sumber berdasarkan mesej yang telah diterimanya. Maklum balas daripada penerima dirangka untuk meneruskan aliran maklumat antara kedua-dua belah pihak. Apabila sumber menerima maklum balas, dia akan menggunakan maklumat itu untuk memandu ungkapan atau perlakuan seterusnya. Tanpa maklum balas komunikasi mungkin akan terhenti atau rosak, terutama apabila penerima tidak mendapat maklumat yang cukup. Penerima akan membuat tafsiran atau kesimpulan sendiri berdasarkan andaian. Kerap kali andaian begini tersasar dan tidak memenuhi apa yang dihasratkan oleh sumber.

Gangguan pula melibatkan apa sahaja yang terdapat dalam persekitaran yang menggugat penghantaran dan penerimaan mesej. Kedua-dua pihak komunikator hendaklah bekerja keras mengatasi gangguan ini. Umpamanya sumber hendaklah bercakap lebih kuat dan penerima hendaklah memberi sepenuh tumpuan kepada ungkapan sumber. Gangguan terbahagi kepada dua iaitu gangguan fizikal dan gangguan psikologikal. Gangguan fizikal biasanya datang dari alam sekeliling komunikator seperti bunyi bising enjin kenderaan, suara orang lain berbual, bunyi alat pendingin hawa, bunyi mesin, jentera dan sebagainya. Gangguan psikologikal pula terdapat dalam minda komunikator sendiri seperti tidak mampu memberikan tumpuan fikiran, berkhayal, menganggap mesej tidak mustahak dan sebagainya.

Persekitaran ialah tempat sesuatu komunikasi berlaku. Seseorang individu sentiasa melakukan proses komunikasi dalam persekitarannya. Dalam erti kata lain proses komunikasi tidak boleh berlaku dalam keadaan vakum. Sebagai contoh, seorang pensyarah memberi pengajaran di dewan kuliah, menonton televisyen di restoran, perbincangan di bilik mesyuarat dan sebagainya.

Dalam proses komunikasi, persekitaran membantu kepada pembentukan komunikasi berkesan. Misalnya, perjalanan program seminar memerlukan penyediaan kelengkapan dan peralatan yang lengkap. Antaranya kemudahan hawa dingin, mikrofon, teknologi komputer, alat pandang dengar serta perabot yang selesa membolehkan mesej disampaikan tanpa gangguan terutamanya gangguan fizikal. Namun, tidak dapat dinafikan

23

kadang kala berlakunya gangguan dalam persekitaran yang dipilih oleh sumber. Oleh itu, sumber harus memilih persekitaran yang selesa bagi khalayak untuk menerima dan memahami mesej yang disampaikan.

Bagi konsep model pula, ia ialah satu gambaran simbolik mengenai sesuatu fenomena atau satu rajah mengenai teori atau kerangka konsep. Sesuatu model memberi tumpuan pada struktur atau kandungan dalam sesuatu fenomena atau konsep dan perkaitan antaranya. Kesemua ini dipersembahkan dalam bentuk rajah.

Kadang kala istilah “model” digunakan secara bertukar ganti dengan “teori” (Bell, 1990). Kedua-duanya ialah cara untuk menjelaskan kerangka konsep (conceptual framework). Namun model sering kali menggunakan analogi untuk menggambarkan sesuatu fenomena secara visual atau grafik. Oleh itu, model bertujuan membantu menjelaskan dan menfokus pada isu-isu penting mengenai sesuatu fenomena yang dikaji.

pada isu-isu penting meng enai sesuatu fenomena yang dikaji. Cuba lakarkan model proses komunikasi yang berlaku

Cuba lakarkan model proses komunikasi yang berlaku dalam kursus yang sedang anda ikuti.

2.4 PENDEKATAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF

Bahagian ini berhubung kait dengan pendekatan induktif dan deduktif. Penerangan meliputi definisi, proses dan peranan pendekatan induktif dan deduktif dalam pembentukan teori.

2.4.1 Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif ialah satu proses logik yang memberi penjelasan umum berdasarkan pemerhatian spesifik. Dalam pendekatan induktif penyelidik bermula dengan satu set dapatan kajian atau hasil kajian dari sesebuah penyelidikan dan berusaha untuk membangunkan satu penjelasan teoritikal daripada hasil tersebut (Baxter dan Babbie, 2004).

Dalam erti kata lain, pendekatan induktif ialah berdasarkan kepada pemerhatian terhadap sesuatu kes menggambarkan sesuatu teori atau set prinsip. Contoh persoalan kajian yang dihasilkan berasaskan model indukti ialah penyelidik mendapati bahawa remaja kerap menggunakan Short Messaging Service (SMS) di mana-mana sama ada di perpustakaan, dalam kelas, semasa berjalan, menaiki kereta dan lain-lain lagi. Ini membuatkan penyelidik tertanya-tanya mengapa remaja menggunakan SMS? Berapa kerap remaja menggunakan SMS?. Pemerhatian seumpama ini boleh menghasilkan persoalan kajian yang berasaskan logik induktif.

24

Pendekatan induktif ialah penyelidik mencari satu kes dan memerhatikan perkaitannya. Seterusnya penyelidik akan memerhatikan perkaitan yang serupa itu dalam beberapa kes yang lain. Akhir sekali penyelidik akan membentuk satu teori yang umum untuk menjelaskan perkaitan dalam semua kes yang telah diperhatikan.

2.4.2 Pendekatan Deduktif

Dalam pendekatan deduktif, penyelidik akan memulakan kajiannya dengan menguji sesuatu teori untuk menjelaskan sesuatu pemerhatian. Dengan itu penyelidik akan mengumpul data mengenai sesuatu kes dan menggunakan teori tersebut untuk menjelaskan data yang diperoleh. Pendekatan deduktif pula menggunakan satu proses logik yang bermula dengan kesimpulan yang umum dan membuat ramalan berdasarkan pengujian terhadap pemerhatian yang spesifik. Ia bermula daripada persoalan umum kepada pernyataan yang khusus.

Persoalan kajian dihasilkan berasaskan pada model deduktif (iaitu pengetahuan mengenai prinsip umum) membolehkan penyelidik membuat ramalan atau menggunakannya pada satu-satu kes yang spesifik. Ciri-ciri deduktif menggariskan wujudnya satu pola yang boleh diandaikan secara logik atau berasaskan teori pemerhatian ke pola yang diandaikan itu akan diuji, sama ada ia wujud ataupun tidak. Dengan yang demikian penyelidikan berkenaan ialah berdasarkan pada teori atau hipotesis. Selepas data dikumpulkan, dapatan kajian itu akan digeneralisasikan pada satu populasi yang besar.

Sebagai contoh, andaikan seorang majikan ingin mengetahui peratusan pekerjanya yang menggunakan komunikasi ketika menjalankan tugas. Setelah menjalankan kajian penyelidik mendapati bahawa 80 peratus daripada pekerja menggunakan komunikasi ketika menjalankan tugas. Jika penyelidik mengandaikan bahawa lebih daripada separuh pekerja menggunakan komunikasi supaya kerja menjadi efektif berdasarkan pada data itu, maka penyelidik telah menggunakan logik deduktif dalam membuat kesimpulan terhadap data itu.

Ini bererti dalam pendekatan deduktif, penyelidik akan memulakan proses penyelidikan dengan sesebuah teori mengenai sesuatu tingkah laku, kemudian akan membentuk strategi penyelidikan dan mengumpul data untuk menguji teori tersebut. Rajah 2.1 menggambarkan perkaitan antara pendekatan induktif dan deduktif.

25

Rajah 2.1 Perkaitan antara Induktif dan Deduktif

Teori Induktif Deduktif Pengumpulan data Penyelidik Induktif (Bermula dengan data) Deduktif (Bermula dengan teori )

Induktif

Teori Induktif Deduktif Pengumpulan data Penyelidik Induktif (Bermula dengan data) Deduktif (Bermula dengan teori )

Deduktif

Teori Induktif Deduktif Pengumpulan data Penyelidik Induktif (Bermula dengan data) Deduktif (Bermula dengan teori )

Pengumpulan data

Penyelidik
Penyelidik
Penyelidik

Penyelidik

Penyelidik
Penyelidik
Penyelidik
Penyelidik
Teori Induktif Deduktif Pengumpulan data Penyelidik Induktif (Bermula dengan data) Deduktif (Bermula dengan teori )
Teori Induktif Deduktif Pengumpulan data Penyelidik Induktif (Bermula dengan data) Deduktif (Bermula dengan teori )

Induktif (Bermula dengan data)

Deduktif (Bermula dengan teori)

(Bermula dengan data) Deduktif (Bermula dengan teori ) Fikirkan tentang fenomena komunikasi masyarakat Malaysia

Fikirkan tentang fenomena komunikasi masyarakat Malaysia kini. Apakah teori-teori yang boleh dibina berdasarkan pendekatan induktif dan deduktif.

2.5 PROSES PENYELIDIKAN DAN PEMBENTUKAN TEORI

Anda harus ingat bahawa penyelidikan ialah suatu susunan pengalaman secara sistematik, yang digunakan oleh para sarjana bagi mencari jawapan kepada persoalan komunikasi atau fenomena lain yang berkaitan. Oleh itu, elok kita lihat apakah proses penyelidikan yang kita perlu lalui bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan fenomena komunikasi.

Menurut Miller dan Nicholson (1976) setiap proses penyelidikan dimulakan dengan pertanyaan soalan-soalan. Penyelidikan yang dijalankan dapat menjawab soalan dengan cara teratur dan sistematik. Menurut Littlejohn (1996) yang bersetuju dengan pandangan Miller dan Nicholson (1976) iaitu seseorang yang ingin menjalankan penyelidikan perlu bertanya soalan-soalan seperti, “Apakah fenomena tersebut?” “Bagaimana harus kita namakan sesuatu fenomena?” atau bertanya soalan-soalan berkaitan dengan nilai estetika perkara yang kita perhatikan seperti, “Adakah fenomena yang berlaku memberi kesan?”. “Adakah perkara tadi tepat?” Sebagai contoh, “Kenapa komunikasi di tempat kerja penting?” “Apakah hubungan komunikasi berkesan dengan pengurusan pentadbiran dalam organisasi?”.

26

Peringkat kedua proses penyelidikan ialah pemerhatian iaitu melihat secara objektif perkara yang dikaji. Kaedah pemerhatian yang digunakan berbeza mengikut kesesuaian kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Ada yang berminat mengkaji rekod dan artifak, ada yang melibatkan diri dalam pemerhatian, ada yang menggunakan peralatan dan uji kaji yang terkawal, dan ada yang membuat kajian tinjauan menggunakan soal selidik atau borang temu bual. Semua kaedah yang digunakan dirancang bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang dibentuk pada tahap pertama. Contoh, membuat soal selidik dan edar kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga untuk mengetahui keberkesanan komunikasi dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Peringkat ketiga ialah membentuk jawapan. Pada peringkat ini, para penyelidik cuba memberi definisi, menerang dan menjelaskan bagi membuat pertimbangan. Contohnya, hasil kajian yang dianalisis menunjukkan kerap berkomunikasi dan berbincang antara pasangan menjadikan hubungan lebih intim. Kaitan antara tiga peringkat dalam proses penyelidikan ini dapat dilihat seperti dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2 menunjukkan setiap peringkat berkait dengan peringkat- peringkat lain dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Pemerhatian merangsang persoalan-persoalan baru. Teori pula dapat dicabar oleh pemerhatian dan persoalan. Teori juga dapat menjurus pada persoalan-persoalan baru dan sebahagian pemerhatian dikenal pasti sebagai teori. Ini dapat dilihat daripada proses pembentukan teori.

Rajah 2.2 Peringkat dalam Proses Penyelidikan

teori. Rajah 2.2 Peringkat dalam Proses Penyelidikan Persoalan Teori Pemerhatian Suatu teori ialah persoa lan

Persoalan

Rajah 2.2 Peringkat dalam Proses Penyelidikan Persoalan Teori Pemerhatian Suatu teori ialah persoa lan atau

Teori

2.2 Peringkat dalam Proses Penyelidikan Persoalan Teori Pemerhatian Suatu teori ialah persoa lan atau kenyataan

Pemerhatian

Suatu teori ialah persoalan atau kenyataan sementara berkenaan sesuatu fenomena komunikasi yang perlu kita uji sebelum mendapat jawapan. Selepas suatu teori dibentuk, teori masih lagi diuji sehingga kepastian dapat dibuat. Proses menguji teori ialah proses penyelidikan. Tanpa penyelidikan kita tidak dapat membentuk teori yang mantap dan umum bagi menerangkan pelbagai aspek komunikasi.

27

Saya harap anda mendapat gambaran mengenai proses penyelidikan dan pembentukan teori. Ia penting kerana dalam penyelidikan teori memainkan peranan penting. Teori mempunyai hubung kait dalam penyelidikan.

  SOALAN DALAM TEKS  
 

SOALAN DALAM TEKS

 

1. Apakah yang dimaksudkan dengan teori?

 

2. Apakah ciri-ciri teori?

 

3. Bagaimanakah teori dibentuk dalam penyelidikan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.  
Semak jawapan anda di akhir bab ini.  

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

 

Pada

pendapat

anda,

adakah

teori

diperlukan

dalam

sesebuah penyelidikan?

 
Griffin, E. (1997). A first look at communication theory (3rd ed.). New York: McGraw-Hill.

Griffin, E. (1997). A first look at communication theory (3rd ed.). New York: McGraw-Hill.

Littlejohn, S.W. (1996). Theories of human communication (5th ed.). New York: Wadsworth.

2.6

RUMUSAN

Bab ini telah menjelaskan definisi dan peranan teori. Teori menerangkan, mengawal, membina semula sesuatu penjelasan mengenai fenomena. Dalam proses penyelidikan, peranan teori diperlukan. Terdapat tiga peringkat dalam proses penyelidikan. Antaranya ialah mengemukakan soalan, membuat pemerhatian atau mengumpul data dan akhirnya membuat penjelasan, pertimbangan atau menghasilkan teori.

Diharapkan perbincangan dalam bab ini dapat membantu anda untuk mengikuti Bab 3 dan seterusnya yang membincangkan secara terperinci mengenai pendekatan teori komunikasi dari segi strukturalisme, fungsionalisme, kritikal dan budaya.

28

SOALAN PENILAIAN KENDIRI1. Apakah fungsi teori? 2. Bincangkan elemen-elemen komunikasi yang wujud dalam proses komunikasi. 3. Bandingkan

1. Apakah fungsi teori?

2. Bincangkan elemen-elemen komunikasi yang wujud dalam proses komunikasi.

3. Bandingkan pendekatan indukti dan deduktif dalam penyelidikan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini. di akhir bab ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Teori didefinisikan sebagai suatu konstruksi manusia menerangkan fenomena mengikut sudut pandangan tertentu. Ia juga kenyataan yang mengandungi konsep untuk memerihal, menerang, meramal atau memahami dan mengawal serta membina semula sesuatu penjelasan tentang fenomena yang diamati.

Teori merupakan peta kebenaran bagi jawapan sementara yang dibentuk berdasarkan persoalan mengenai sesuatu fenomena. Malah teori merupakan himpunan konsep, takrifan dan definisi yang berkait dan memberikan gambaran secara sistematik mengenai fenomena dengan menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah. Tujuannya ialah untuk menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut.

2. Ciri-ciri teori

(i)

Teori merupakan suatu kenyataan yang bersifat tetap dan konsisten. Ini bermakna pertalian antara pemboleh ubah yang dinyatakan dalam teori itu tidak berubah daripada satu kajian lain yang bertujuan menerangkan, menjelaskan atau meramalkan berlakunya sesuatu fenomena.

(ii)

Bagi menerangkan fenomena yang sama tidak seharusnya berlaku percanggahan antara satu teori dengan teori yang lain. Jika sesuatu teori bercanggah dengan teori lain, ini akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penjelasan.

(iii)

Teori perlu dinyatakan dengan mudah, sempurna dan jelas tentang sesuatu. Lebih terperinci sesuatu teori, maka lebih tinggi kemungkinan teori itu diterima oleh para ahli sains sosial.

29

(iv) Teori hendaklah mengandungi konsep yang membolehkan pengkaji membuat ujian. Suatu teori yang baik bermakna ia telah diuji dan sentiasa pula akan diuji. Oleh itu, teori ialah suatu kenyataan yang tidak muktamad kerana ia sentiasa diuji.

3. Proses pembentukan teori dalam penyelidikan

Peringkat pertama dalam proses penyelidikan dimulakan dengan bertanya soalan. Penyelidikan yang dijalankan dapat menjawab soalan dengan cara teratur dan sistematik.

Peringkat kedua proses penyelidikan ialah pemerhatian iaitu melihat secara objektif perkara yang dikaji. Kaedah pemerhatian yang digunakan berbeza mengikut kesesuaian penyelidikan. Kaedah kajian yang digunakan perlu dirancang bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang dibentuk pada tahap pertama.

Peringkat ketiga ialah membentuk jawapan. Pada peringkat ini, para penyelidik cuba memberi definisi, menerang dan menjelaskan bagi membuat pertimbangan. Kaitan antara tiga peringkat dalam proses penyelidikan ini dapat dilihat seperti berikut:

Menerusi rajah yang dipaparkan setiap peringkat berkait dengan peringkat-peringkat lain dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Pemerhatian merangsang persoalan-persoalan baru. Teori pula dapat dicabar oleh pemerhatian dan persoalan. Teori juga dapat menjurus kepada persoalan-persoalan baru dan sebahagian pemerhatian dikenal pasti sebagai teori. Ini dapat dilihat daripada proses pembentukan teori.

Suatu teori ialah persoalan atau kenyataan sementara berkenaan sesuatu fenomena komunikasi yang perlu kita uji sebelum mendapat jawapan. Selepas suatu teori dibentuk, teori masih lagi diuji sehingga kepastian dapat dibuat. Proses menguji teori ialah proses penyelidikan. Tanpa penyelidikan kita tidak dapat membentuk teori yang mantap dan umum bagi menerangkan pelbagai aspek komunikasi.

Peringkat dalam Proses Penyelidikan

Persoalan Teori Pemerhatian
Persoalan
Teori
Pemerhatian

30

BAB 3

PENDEKATAN PEMIKIRAN TEORI KOMUNIKASI

 

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:

1.

Menjelaskan peranan pendekatan pemikiran terhadap pembentukan teori.

2.

Mengenal pasti lima pendekatan atau paradigma yang menghasilkan teori.

3.

Menerangkan ciri-ciri setiap pendekatan teori komunikasi.

4.

Membezakan fokus setiap pendekatan tersebut.

5.

Menjelaskan kesan setiap pendekatan tersebut terhadap

pembentukan teori-teori komunikasi.

3.1

PENGENALAN

Berdasarkan dua bab terdahulu, anda pastinya sudah mempunyai kefahaman yang baik tentang apa itu teori komunikasi. Dalam bab dua khususnya anda telah didedahkan dengan proses pembentukan sesuatu teori. Walau bagaimanapun, untuk memantapkan pemahaman anda terhadap apa yang telah dipelajari dan juga menyediakan pemahaman yang lebih jelas bagi bab seterusnya, bab ini akan membincangkan tentang beberapa pendekatan pemikiran atau paradigma yang membentuk sesuatu teori. Ringkasnya bab ini akan menjelaskan kepada anda kenapa ada begitu banyak teori dan juga mengapa adakalanya sesuatu fenomena itu ada pelbagai teori yang menjelaskannya.

3.2 APAKAH PENDEKATAN PEMIKIRAN?

Teori bukan merupakan satu yang statik dan tetap. Pada ketika tertentu, bukan sahaja teori baru yang tercipta malah teori yang terdahulu juga mungkin dirombak dan diolah semula. Sebagaimana yang dijelaskan dalam bab satu, hal ini wujud kerana manusia atau kehidupan ini adalah dinamik dan sentiasa berubah. Memandangkan kehidupan berubah maka

31

teori juga turut berubah. Kebiasaannya perubahan itu pula adakala bukan sesuatu yang baru tetapi ia merupakan satu pengubahsuaian terhadap perkara yang terdahulu.

Teori merupakan satu aktviti yang melibatkan proses mencari jawapan dan memahami sesuatu perkara. Manusia sebenarnya terlibat dalam mencari jawapan apabila ada usaha untuk mengetahui atau mencari kebenaran tentang apa yang berlaku. Dalam pada itu pula cara dan kaedah yang akan kita gunakan untuk mencari jawapan kepada persoalan tersebut merupakan satu perkara yang cukup penting. Hakikatnya cara atau kaedah yang digunakan pastinya akan memberi kesan terhadap jawapan itu kelak. Perkara inilah yang menjadi topik perbincangan dalam bab ini. Dengan memahami pendekatan pemikiran atau paradigma, maka ia dapat memberi kefahaman yang lebih mantap terhadap usaha memahami sesuatu teori.

yang lebih mantap terhadap usaha memahami sesuatu teori. Cuba anda imbau kembal i zaman kanak-kanak anda,

Cuba anda imbau kembali zaman kanak-kanak anda, zaman remaja anda dan kini zaman dewasa anda. Apakah cara berpakaian atau perkara yang anda tuturkan sama saja pada setiap zaman tersebut.

Hakikatnya perubahan dan perbezaan yang terbentuk itu digerakkan atau disandarkan terhadap sesuatu asas. Sandaran atau asas tersebutlah yang dimaksudkan dengan pendekatan pemikiran atau paradigma. Pendekatan pemikiran merujuk kepada cara atau kaedah dalam memahami dan menjelaskan sesuatu perkara. Sebenarnya apabila anda menjelaskan atau melakukan sesuatu perkara, ada asas atau sandaran tertentu yang membimbing kenyataan atau perbuatan anda. West dan Turner (2003) mentakrifkan pendekatan pemikiran atau paradigma sebagai suatu tradisi keintelektualan yang memandu atau mendasari sesuatu idea.

Tradisi keintelektualan (paradigma) sebenarnya mempengaruhi nilai, matlamat dan juga kaedah menyelidik dalam menghasilkan sesuatu teori. Justeru itu, sangat penting untuk anda memahami paradigma yang mendasari teori yang bakal anda pelajari dan amalkan. Paradigma menyediakan suatu cara umum dalam meneliti serta memahami aktiviti komunikasi. Sementara teori pula ialah suatu penjelasan yang khusus terhadap tingkah laku komunikasi tertentu. Perkaitan antara teori dan paradigma dapat divisualkan menerusi Rajah 3.1.

Mungkin juga anda tertanya-tanya apakah paradigma itu dimaksudkan sebagai suatu definisi terhadap sesuatu perkara. Apakah paradigma boleh diertikan sebagai latar belakang sesuatu teori? Sesuatu paradigma

32

menjelaskan proses dan prinsip memahami sesuatu perkara. Pertama, paradigma menjelaskan tentang persoalan realiti yang wujud iaitu pengetahuan-pengetahuan yang ada di sekeliling kita. Misalnya, apakah betul masyarakat boleh dikawal melalui kawalan terhadap media. Keduanya paradigma menjelaskan kepada kita persoalan bagaimana dan proses dalam menjelaskan sesuatu fenomena itu. Umpamanya cara kita makan, ada yang menggunakan tangan, ada yang menggunakan sudu, chopstick dan sebagainya. Terakhir ialah nilai yang dipegang oleh sesuatu paradigma. Setiap pendekatan mempunyai falsafah atau nilai yang tersendiri. Sebagai contoh kita hendak mengukur kekayaan. Ada yang berpendapat kita perlu ukur dengan jumlah wang tunai yang ada, segolongan orang lain berpandangan harus diukur dengan harta benda yang dimiliki dan ada kumpulan lain mengatakan mesti diukur dengan berapa jumlah saham. Jadi kita menjelaskan sesuatu perkara itu dengan nilai yang berbeza. Ketiga-tiga inilah yang menjadikan kelainan antara paradigma yang ada.

Rajah 3.1 Perkaitan Teori dan Paradigma

PARADIGMA

TEORI

Rajah 3.1 Perkaitan Teori dan Paradigma PARADIGMA TEORI Apabila anda membaca setiap jenis paradigma yang akan

Apabila anda membaca setiap jenis paradigma yang akan dibincangkan nanti, cuba kenal pasti tiga perkara asas dalam paradigma yang dibincangkan sebentar tadi.

Sesuatu paradigma kebiasaannya kukuh dan bertahan untuk satu jangka waktu tertentu. Paradigma juga berubah apabila wujud aliran pemikiran yang baru sesuai dengan perubahan semasa. Menurut Thomas Kuhn (1970), paradigma akan mengambil masa untuk menjadi satu aliran pemikiran yang kukuh. Kata Kuhn lagi, satu paradigma itu akan digantikan dengan paradigma lain apabila wujud penemuan atau idea baru yang dapat memberikan pemahaman terhadap sesuatu fenomena. Oleh yang demikian, paradigama bukan satu tetapi banyak. Paradigma dalam konteks disiplin komunikasi boleh dikategorikan dalam dua bentuk iaitu pendekatan awal dan pendekatan kontemporari.

33

Sebagaimana senarai di sebelah, pendekatan awal merujuk kepada pendekatan i dan ii. Manakala pendekatan kontemporari pula merujuk kepada pendekatan iii, iv dan v.

(i)

Pendekatan strukturalis.

(ii)

Pendekatan tingkah laku.

(iii)

Pendekatan sistem.

(iv)

Pendekatan budaya.

(v)

Pendekatan kritikal.

Dalam disiplin komunikasi, teori-teori komunikasi dikatakan bermula dengan pemikiran tentang proses maklumat menerusi pemikiran sibernetik (West dan Turner, 2003). Pemikiran tersebut menjelaskan model unggul komunikasi iaitu komunikasi sehala. Ia juga dikenali sebagai pendekatan strukturalis. Seterusnya pendekatan strukturalis mempunyai kesinambungan dengan pendekatan tingkah laku. Pendekatan-pendekatan seterusnya pula memperlihat kerangka pemikiran yang agak berbeza dengan dua pendekatan awal.

3.3 PENDEKATAN STRUKTURALIS

Revolusi industri lewat abad ke-19 merupakan titik tolak penting dalam sejarah dunia. Revolusi itu bukan sahaja mencetuskan era baru ekonomi masyarakat tetapi juga cara kehidupan dan seterusnya cara manusia berfikir. Sebelum revolusi tersebut, masyarakat hidup dalam satu sistem yang tidak begitu kompleks. Setiap aktiviti manusia tidak melibatkan kegiatan yang bersifat besar-besaran. Dari segi kegiatan ekonomi, manusia melakukan aktiviti secara bersendirian atau kecil-kecilan. Organisasi pada ketika itu tidak mempunyai tumpuan terlalu khusus dan cara yang digunakan tidak melibatkan sumber-sumber yang pelbagai.

Pada era revolusi industri, organisasi beroperasi secara berskala besar dan berorientasikan mesin. Wujudnya cara-cara khusus dan peranan khusus setiap individu yang terlibat dalam kegiatan ekonomi. Oleh yang demikian idea-idea tentang kaedah terbaik menyusun dan mengatur organisasi menjadi aspek penting setiap pemikiran ketika itu. Begitulah juga halnya dengan pemikiran proses komunikasi pada masa itu. Komunikasi dilihat sebagai satu proses khusus yang melibatkan dua pihak dalam mempengaruhi khalayak atau penerima. Pendekatan klasik dikenal pasti sebagai salah satu hasil akibat revolusi industri.

34

3.3.1

Ciri Pendekatan Strukturalis

Pendekatan ini yang juga dikenali sebagai pendekatan klasik (Miller, 2003), menjadikan mesin sebagai metafora dalam membicarakan pemikiran-pemikirannya. Dalam konteks komunikasi kepengurusan, Henri Fayol, Max Weber dan Frederick Taylor merupakan antara tokoh yang banyak mempengaruhi aliran pemikiran ini. Tokoh-tokoh tersebut banyak membicarakan pengurusan yang berjaya dalam era pengeluaran secara massa. Pemikiran strukturalis memberi penekanan terhadap aspek mengurus masyarakat atau organisasi sebagai satu proses mencapai matlamat. Apa saja yang dilakukan perlu menjurus ke arah membentuk hasil yang diimpikan.

perlu menjurus ke arah membentuk hasil yang diimpikan. Untuk memahami idea-idea Fayol, Weber dan Taylor dengan

Untuk memahami idea-idea Fayol, Weber dan Taylor dengan baik, anda disaran merujuk halaman 6-16 buku Miller, K. (2003). Organizational communication: Approaches and processes (3rd ed.). Belmont: Wadsworth/Thomson Learning.

Sebagai contoh, setiap perlakuan komunikasi dalam sesuatu masyarakat adalah bertujuan untuk mencapai matlamat menjadikan masyarakat itu mempunyai kehidupan yang lebih baik. Kegiatan komunikasi ialah untuk memastikan wujud kestabilan dalam masyarakat. Dalam hal ini pihak yang bertanggungjawab mengurus masyarakat seperti kerajaan akan memastikan proses serta bentuk komunikasi itu menyumbang kepada keadaan yang stabil dalam masyarakat.

Dalam 50 dekad dahulu, semua maklumat dan proses menyampai maklumat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Segala maklumat dan penglibatan aktiviti mendidik pembangunan masyarakat datangnya daripada kerajaan. Masyarakat hanya berfungsi sebagai penerima. Semua aktiviti pembangunan oleh kerajaan akan dikomunikasikan oleh satu pihak seperti Jabatan Penerangan menerusi radio dan televisyen. Hampir semua media kepada masyarakat dikawal oleh kerajaan. Paradigma tersebut jelas menunjukkan bahawa wujud peranan tertentu agensi kerajaan dalam menyampaikan maklumat.

Begitu juga halnya dalam sesebuah organisasi. Pihak pengurusan bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan proses komunikasi yang akhirnya dapat menjamin matlamat organisasi tersebut tercapai. Para pengurus perlu membentuk kaedah dan peranan setiap ahli organisasi dalam berkomunikasi. Dengan cara yang sedemikian maka setiap ahli akan berkomunikasi sesuai dengan fungsi masing-masing.

35

Menerusi kedua-dua contoh yang dibincangkan sebentar tadi, pendekatan strukturalis secara umumnya memperlihat idea bagaimana sesuatu sistem diurus supaya sistem tersebut stabil. Antara ciri penting pendekatan ini ialah

(i)

Pengkhususan (specialization).

(ii)

Pemiawaian (standardization).

(iii)

Boleh diramal (predictable).

(a)

Pengkhususan

Dalam organisasi terbentuknya bahagian-bahagian tertentu. Kesemua bahagian tersebut pula sebenarnya berangkai dan mempunyai pertalian antara satu sama lain. Namun demikian setiap bahagian tersebut mempunyai fungsi dan peranan tertentu bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar. Diyakini dengan wujudnya pengkhususan maka perjalanan organisasi lebih teratur. Individu pula boleh menjadi lebih produktif kerana pengkhusus menjadikan mereka semakin cekap.

(b) Pemiawaian

Aspek kedua yang membentuk pendekatan ini ialah pemiawaian. Dengan adanya piawaian atau satu kayu ukur terhadap bahagian-bahagian organisasi, maka bahagian tersebut boleh ditukar ganti terhadap mana- mana organisasi lain. Dari segi komunikasi, fungsi televisyen dalam masyarakat di Malaysia umpamanya sama sahaja dalam masyarakat di Singapura. Oleh yang demikian fungsi televisyen antara Malaysia dan Singapura boleh ditukar ganti apabila diperlukan.

(c) Boleh diramal

Sebagaimana yang dimetaforakan, pendekatan ini diumpamakan sebagai satu mesin. Sifat mesin boleh diramal. Apa saja yang menjadi input sudah boleh dijangkakan hasilnya. Hal ini berlaku kerana ada peraturan yang mengawal dan memandu input tersebut demi mancapai matlamatnya. Peraturan dilihat sebagai satu proses yang boleh dijangkakan hasilnya berdasarkan cara-cara ia dilaksanakan.

3.3.2 Komunikasi dalam Paradigma Strukturalis

Berasaskan perbincangan terdahulu, terdapat beberapa prinsip penting yang dikaitkan dengan paradigma strukturalis. Jika anda telah membaca teks di halaman 6 hingga 16 buku Miller (2003), anda akan mendapati beberapa prinsip penting tersebut. Ciri-ciri pendekatan ini secara lebih

36

khusus menunjukkan bahawa paradigma strukturalis memberi penekanan terhadap struktur organisasi (seperti hierarki, tahap-tahap pekerja, kawalan), kuasa (autoriti, kepentingan kuasa yang sah), bentuk pekerjaan (pengkhususan dan reka bentuk saintifik), dan sikap (khususnya kepentingan pengikut terhadap organisasi).

Bagi memastikan bahawa prinsip-prinsip tersebut berlaku maka proses komunikasi memainkan peranan besar terhadap organisasi. Penekanan atau idea komunikasi berdasarkan paradigma ini dikenal pasti sebagaimana dalam Jadual 3.1 yang meliputi kandungan komunikasi iaitu arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan bentuk komunikasi. Manakala dari segi tugasan pula meliputi komunikasi atas iaitu pihak superior kepada pihak subordinat, lebih tertumpu kepada bentuk tulisan dan menekankan ciri-ciri formal.

Jadual 3.1 Ciri Komunikasi dalam Pendekatan Strukturalis

Kandungan komunikasi

Tugasan

Arah aliran komunikasi

Komunikasi atas ke bawah

Saluran komunikasi

Komunikasi tulisan

Bentuk komunikasi

Formal

Amalan dan penjelasan tingkah laku komunikasi dalam paradigma ini banyak berkisar kepada persoalan mewujudkan pengurusan organisasi yang cekap dan berkesan. Individu bawahan atau khalayak difokuskan sebagai objek yang perlu dikawal bagi menjamin matlamat organisasi tercapai. Untuk itu perbincangan komunikasi lebih tertumpu terhadap peranan dan fungsi yang harus dimainkan oleh komunikator atau penyampai agar penerima dapat memahaminya dengan betul.

Selain itu, idea-idea atau teori-teori dalam era paradigma strukturalis ini cenderung mengupas persoalan apa dan bagaimana komunikator perlu bertindak. Sementara khalayak pula disifatkan sebagai pasif yakni kebiasaannya bertingkah laku hanya sebagai penerima sahaja. Daripada idea paradigma ini maka model kerangka komunikasi disifatkan sebagai model yang tidak kompleks. Justeru itu, teori-teori yang muncul ketika era paradigma ini dominan ialah teori-teori yang bersifat komunikasi sehala dan lebih tertumpu kepada penjelasan terhadap komunikator. Jika anda meneliti, teori komunikasi yang awal banyak tertumpu terhadap teori komunikasi massa dan teori komunikasi bersifat sehala dalam membentuk mesej. Antara teori yang dimaksudkan ialah seperti Teori Peluru Ajaib, Teori Strukturalis Fungsionalis, Teori Pemimpin Pendapat dan pelbagai lagi.

37

3.4

PENDEKATAN TINGKAH LAKU

Sesuatu paradigma seperti yang dinyatakan seawal bab ini bersifat tidak statistik. Ia berubah mengikut persekitaran dan idea-idea pemikir pada satu-satu masa. Begitu juga dengan paradigma strukturalis yang bertahan hampir 40 dekad sebelum muncul satu lagi pendekatan pemikiran baru yang dikenali sebagai pendekatan tingkah laku (behaviourist) atau hubungan manusia (human relations). Pendekatan tingkah laku kognitif ini merupakan satu kesinambungan paradigma yang terdahulu.

Sebagaimana juga pendekatan yang terdahulu, terdapat beberapa pemikir yang mendasari asas pendekatan tersebut. Ingatkah lagi anda nama beberapa pemikir dalam pendekatan sebelum ini? Sementara itu Abraham Maslow, Douglas McGregor dan Frederick Herzberg ialah antara tokoh yang dikaitkan dengan pendekatan ini. Tokoh-tokoh tersebut mewakili pemikir yang membincangkan sistem organisasi yang memberi penekanan terhadap aspek kemanusiaan dalam idea-idea mereka. Paradigma ini dikatakan begitu dominan sekitar tahun 1930-an hingga 1960-an.

begi tu dominan sekitar tahun 1930-an hingga 1960-an. Untuk memahami idea-idea Maslow, McGregor dan Herzberg

Untuk memahami idea-idea Maslow, McGregor dan Herzberg dengan mendalam, anda disaran merujuk halaman 30-37 buku Miller, K. (2003). Organizational communication: Approaches and processes (3rd ed.). Belmont:

Wadsworth/Thomson Learning.

3.4.1 Ciri Pendekatan Tingkah Laku

Paradigma ini dikesan muncul hasil satu penyelidikan yang dikenali sebagai kajian Hawthorne. Kajian tersebut yang diketuai oleh Elton Mayo berminat untuk mengetahui apakah perubahan persekitaran kerja organisasi boleh mengakibatkan produktiviti yang lebih baik. Pada asasnya kajian Mayo ini kelihatan tidak begitu berbeza dengan idea para sarjana dalam paradigma strukturalis. Namun begitu Mayo tidak berminat dengan apa yang dikemukakan oleh paradigma strukturalis sebagai mempengaruhi produktiviti. Sebaliknya Mayo cuba membuktikan bahawa faktor kemanusiaan dalam persekitaran kerja berperanan besar dalam mempengaruhi produktiviti bukannya faktor ganjaran kewangan semata-mata. Antara ciri pendekatan ini ialah penekanan terhadap faktor kemanusiaan iaitu perhatian, interaksi sosial dan pencapaian individu.

(a)

Perhatian

Dalam apa juga aktiviti pekerjaan atau produktiviti, nilai kemanusiaan perlu diberi perhatian. Manusia harus dilayan sebagai individu yang

38

berperasaan dan bukannya sebagai mesin. Untuk itu bagi menggerakkan sesebuah organisasi, masyarakat dan sistem, bukan prosedur atau peraturan yang akan menentukan kejayaannya. Sebaliknya proses ke arah mencapai matlamat itu perlulah menerapkan amalan yang memaparkan perhatian seperti sokongan dan motivasi kendiri ahli-ahli.

(b) Interaksi sosial

Hubungan sesama ahli daripada pelbagai peringkat ialah satu keperluan. Dengan mewujudkan hubungan antara satu sama lain, sesuatu sistem itu menjadi semakin kukuh. Hubungan dan jaringan sesuatu sistem itu menurut paradigma ini menjadi kukuh bukan kerana struktur tetapi ikatan kemanusiaan yang wujud. Interaksi yang wujud juga akan membentuk pemahaman dan perkongsian maklumat (pengurangan ketidakpastian) yang akhirnya menjadikan setiap ahli di setiap peringkat faham dan tahu tindakan yang harus diambil bagi melancarkan aktiviti organisasi.

(c) Pencapaian individu

Kepada para pemikir pendekatan ini, mereka percaya bahawa individu sebenarnya mempunyai keperluan atau kehendak yang perlu dipenuhinya. Keperluan kendiri merupakan satu aspek penting untuk dicapai individu kerana dengan mencapainya maka individu boleh mendapat kepuasan. Pencapaian individu merujuk kepada kepuasan kemanusiaan, bukan kepuasan yang berbentuk material atau kewangan. Oleh itu, penghargaan dari segi pencapaian, ruang memberi pendapat, terlibat dalam proses buat keputusan dan galakan maklum balas daripada ahli organisasi atau masyarakat merupakan amalan yang dapat membantu pencapaian individu.

3.4.2 Komunikasi dalam Pendekatan Tingkah Laku

Sebagaimana juga kupasan pendekatan strukturalis, pengaruh atau kesan pendekatan ini boleh diteliti menerusi kerangka yang sama seperti kandungan komunikasi, arah aliran komunikasi, saluran dan bentuk komunikasi. Idea komunikasi berdasarkan pendekatan ini diringkaskan menerusi Jadual 3.2. Jadual 3.2 menunjukkan kandungan komunikasi, arah aliran komunikasi dan bentuk komunikasi. Dari segi tugasan dan hal sosial pula, arah aliran komunikasi lebih menumpukan kepada komunikasi menegak dan komunikasi mendatar, menekankan saluran bersemuka dan berbentuk tidak formal.

39

Jadual 3.2 Ciri Komunikasi dalam Pendekatan Tingkah Laku

Kandungan komunikasi

Tugasan dan hal sosial

 

Arah aliran komunikasi

Komunikasi

menegak

dan

komunikasi mendatar

Saluran komunikasi

Komunikasi bersemuka

 

Bentuk komunikasi

Tidak formal

Dalam pendekatan tingkah laku, komunikasi dilihat berperanan dalam mewujudkan iklim persekitaran yang menggalakkan interaksi semua pihak. Justeru itu, interaksi antara pihak yang memimpin dan pihak yang dipimpin tidak terhad kepada aspek kerja semata-mata. Malah kandungan komunikasi turut menyentuh hal-hal sosial pihak terlibat. Kandungan komunikasi yang bersifat sosial dikenali sebagai komunikasi penyelenggaraan yang (maintenance communication) berfungsi untuk mempertahankan kualiti hubungan.

Pembentukan interaksi sosial bukan sahaja dapat mewujudkan jalinan hubungan malah ia juga dapat menyumbang kepada kepuasan individu. Sebagaimana menurut Maslow, terdapat kepuasan yang berbentuk bukan fizikal diperlukan oleh individu. Kepuasan tersebut dapat dicapai menerusi hubungan sosial. Malah kepuasan sosial merupakan prasyarat penting yang perlu dicapai sebelum kepuasan-kepuasan lain dicari. Untuk itu, komunikasi berkisar kepada aspek-aspek sosial penting kepada individu sebagai motivasi dan kepuasan kerja.

kepada individu sebagai motivasi dan kepuasan kerja. Pernahkah anda berasa gembira atau bersemangat untuk

Pernahkah anda berasa gembira atau bersemangat untuk bekerja apabila ketua anda memuji-muji kerja anda?

Adakah anda bermotivasi apabila ketua anda mengalu- alukan dan menerima cadangan anda dalam menyelesaikan sesuatu perkara?

Sebagai usaha mewujudkan jalinan hubungan yang baik antara semua pihak, interaksi tidak harus dihadkan. Malah untuk membentuk perasaan kerja yang baik interaksi daripada semua peringkat harus digalakkan. Untuk menggalakkan penglibatan ahli-ahli dalam sesuatu sistem atau organisasi, arah aliran daripada pihak atasan kepada pihak bawahan, daripada pihak bawahan kepada pihak atasan dan aliran sesama peringkat perlu berlaku. Dengan cara yang sedemikian para ahli di dalam organisasi tidak disifatkan hanya sebagai mesin.

Pemikiran ini telah secara langsung mengubah tanggapan bahawa model komunikasi bukan sehala tetapi wujud keadaan timbal balik. Penerima juga memerlukan komunikasi yakni melakukan maklum balas terhadap

40

komunikator. Dengan berbuat demikian komunikator dan komuniken berjaya mewujudkan interaksi yang lebih baik. Ternyata di sini bahawa dalam sesuatu model komunikasi, penerima atau khalayak bukan bersifat pasif semata-mata sebaliknya mereka juga aktif. Untuk itu paradigma ini telah menghasilkan model dan teori komunikasi baru yang menjelaskan bahawa proses komunikasi bersifat timbal balik atau komunikasi dua hala.

Memandangkan paradigma ini meletakkan asas hubungan sosial sebagai satu aspek penting maka aktiviti komunikasi memerlukan saluran yang interaktif. Ini bermakna saluran atau media yang digunakan perlu mampu memaparkan dan mewakili aspirasi atau perasaan individu terlibat. Dalam komunikasi, media terbaik ialah media yang mengandungi mesej dan perasaan jelas. Untuk itu komunikasi bersemuka merupakan saluran utama menurut paradigma ini berbanding komunikasi bertulis. Jika anda rujuk Rajah 3.2 didapati bahawa media yang begitu kaya dari segi keupayaan mewakili mesej dan perasaan ialah media bersemuka. Manakala media berbentuk tulisan mempunyai tahap kekayaan perwakilan yang rendah.

Rajah 3.2

Kekayaan Media

Tinggi Bersemuka Telefon Telekonferen E-mel Nota Peribadi Surat/Memo Pengucapan Awam Laporan bertulis Rendah
Tinggi
Bersemuka
Telefon
Telekonferen
E-mel
Nota Peribadi
Surat/Memo
Pengucapan Awam
Laporan bertulis
Rendah
Buletin

Bagi menyokong ciri-ciri paradigma ini, komunikasi perlu berlaku dalam keadaan bukan formal. Hubungan sosial dan hubungan kepuasan dengan organisasi akan tercapai jika banyak interaksi berlaku. Kuantiti interaksi pula akan menjadi lebih sekiranya komunikasi boleh berlaku pada bila- bila masa dan di mana-mana. Untuk itu keadaan tidak formal merupakan

41

situasi terbaik untuk berlakunya lebih banyak interaksi. Jika pihak atasan atau pihak yang berkuasa dapat melonggarkan status-quo mereka maka ini mengecilkan jurang dengan pihak bawahan. Salah satu cara mengurangkan jurang dan status tersebut ialah dengan meningkatkan komunikasi tidak formal seperti makan bersama dengan ahli organisasi, mendapatkan pandangan pihak bawahan tanpa menunggu mesyuarat dan perbincangan secara spontan.

Menerusi paradigma ini ia telah menyumbang kepada pemikiran- pemikiran baru kerangka teori komunikasi. Proses komunikasi tidak lagi difahami sebagaimana paradigma klasikal yakni bersifat sehala. Komunikasi perlu difahami sebagai satu yang dinamik dan berubah dari masa ke masa. Proses komunikasi juga bersifat dua hala. Selain itu, media memainkan peranan penting. Media yang baik ialah media yang boleh mewakili mesej dan perasaan. Idea ini secara tidak langsung telah mengasaskan beberapa teori seperti Teori Kekayaan Media, Teori Kesalingan Pendapat dan Teori Pemusatan Simbolik. Teori-teori berasaskan paradigma ini memberi tumpuan terhadap komunikasi yang berupaya mewujudkan hubungan yang baik dalam bertingkah laku.

  SOALAN DALAM TEKS
 

SOALAN DALAM TEKS

1.

Apakah perbezaan dalam asas pemikiran pendekatan strukturalis dengan pendekatan tingkah laku?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.5 PENDEKATAN SISTEM

Tidak seperti dua pendekatan awal, pendekatan ini melihat organisasi bukan sebagai satu bahagian tertentu tetapi sebagai organisma kompleks yang mesti berinteraksi. Pendekatan ini agak berbeza dengan pendekatan- pendekatan terdahulu. Dua pendekatan terdahulu memberi tumpuan yang besar terhadap individu iaitu cara bagaimana mereka perlu bertingkah laku. Sementara pendekatan ini pula memfokus terhadap sistem pemikiran individu. Dengan erti kata yang lain pendekatan ini mengupas interaksi dalam organisasi dalam bentuk lebih besar seperti sebuah keluarga, sebuah kumpulan kecil atau kumpulan yang lebih besar seperti sebuah organisasi (West dan Turner, 2003).

42

Dikatakan bahawa pendekatan sistem bertitik tolak dari bidang biologi dan kejuruteraan. Katz dan Kahn merupakan antara tokoh yang sinonim dengan pemikiran ini. Pada tahun 1966 menerusi karya mereka iaitu The Social Psychology of Organizations, Katz dan Kahn mengatakan organisasi sebagai sebuah sistem kompleks terbuka yang memerlukan interaksi antara komponen-komponen dan persekitaran sekelilingnya. Detik 1960- an dan 1970-an telah memaparkan bahawa pendekatan ini begitu dominan dalam disiplin ilmu komunikasi.

3.5.1 Ciri Pendekatan Sistem

Pendekatan sistem percaya bahawa hubungan dalam organisasi tidak wujud dalam satu sifat yang universal. Organisasi berinteraksi dengan pelbagai corak dengan didasari oleh keadaan persekitarannya. Oleh itu, ada faktor atau keadaan tertentu yang menyumbang kepada tingkah laku organisasi. Pemikiran sistem bersandarkan kepada beberapa ciri iaitu

(i)

Menyeluruh (wholeness).

(ii)

Saling bergantungan (interdependence).

(iii)

Berhierarki (hierarchy).

(iv)

Sempadan (boundries).

(v)

Maklum balas (feedback).

(vi)

Equifinality.

(a)

Menyeluruh

Dalam pendekatan sistem, sifat menyeluruh ialah ciri asasnya. Menurut kerangka pemikiran sistem, masyarakat atau organisasi tidak boleh dinilai atau dianalisis berdasarkan komponen-komponen tertentu seperti individu atau bahagian-bahagian tertentu. Sebaliknya apabila sebuah organisasi mahupun masyarakat dikaji, ia perlu dianalisis berdasarkan keseluruhan organisasi tersebut. Para pemikir pendekatan ini menyatakan bahawa setiap elemen dalam organisasi bersifat tidak bersendirian tetapi wujud sebagai satu entiti. Sistem ialah keseluruhan bukannya hanya bahagian-bahagian tertentu. Umpamanya, dalam menonjolkan imej baik UUM bukan sahaja tugas bahagian perhubungan awam, tetapi pelajar serta kakitangan UUM keseluruhannya terlibat dalam menggerakkan imej UUM tersebut.

(b) Saling bergantungan

Seperti yang dinyatakan di atas, organisasi perlu dilihat sebagai satu yang menyeluruh. Oleh itu, setiap ahli atau bahagian-bahagian dalam sesuatu sistem itu saling bergantungan. Hubungan antara bahagian-bahagian tersebut sebenarnya yang membentuk sistem. Kesemua bahagian saling

43

memberi kesan terhadap bahagian lain. Sekiranya berlaku perubahan terhadap mana-mana bahagian atau individu maka ia akan memberi impak terhadap bahagian lain dan seterusnya keseluruhan sistem tersebut.

(c) Hierarki

Setiap sistem dikatakan mempunyai lapisan atau tahap-tahap tertentu. Sebagai contoh dalam sesebuah universiti wujud bahagian-bahagian besar seperti fakulti. Manakala di setiap fakulti pula ada lapisan sistem lagi seperti jabatan-jabatan. Keadaan ini pastinya menunjukkan bahawa wujudnya lapisan atau subsistem dalam satu sistem besar yang menggambarkan hierarki. Hierarki yang wujud pula boleh memberi implikasi baik mahupun tidak baik terhadap sistem.

(d) Sempadan

Ciri pendekatan sistem seterusnya ialah wujudnya sempadan dalam sesebuah organisasi atau masyarakat. Sempadan tersebut akan menentukan arah aliran komunikasi dan maklumat dalam organisasi. Jika sempadan yang dibina bersifat terbuka, maka organisasi cenderung menerima input-input daripada persekitaran. Sebaliknya jika sempadan organisasi ialah rigid atau tertutup maka keupayaan maklumat dan komunikasi untuk mengalir masuk atau keluar adalah kurang. Dengan demikian sempadan yang diwujudkan boleh memberi kesan secara langsung terhadap sistem tersebut.

(e) Maklum balas

Sesebuah sistem yang berjaya mempunyai kestabilan. Justeru itu, maklum balas merupakan mekanisme penting sebagai penyeimbang dalam organisasi. Maklum balas ialah satu proses maklumat kritikal yang disalurkan bagi membantu elemen-elemen organisasi yang saling bergantungan. Dengan adanya maklum balas, maka organisasi dapat menilai kedudukannya. Ilustrasi dalam Rajah 3.3 menunjukkan bagaimana maklum balas memberi kesan terhadap input dan hasil.

(f)

Equifinality

Pendekatan sistem mempunyai andaian bahawa matlamat sesebuah organisasi atau masyarakat boleh dicapai melalui kaedah yang pelbagai. Pencapaian matlamat tidak seharusnya mengikut kaedah-kaedah tertentu sahaja. Ini kerana dalam sesebuah sistem, elemen-elemen yang membentuk sistem tersebut dikatakan sebagai kompleks. Oleh yang demikian maka sudah pasti setiap bahagian atau elemen mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mencapai matlamatnya.

44

Rajah 3.3

Pendekatan Sistem

MAKLUM BALAS

MAKLUM BALAS

MAKLUM BALAS
MAKLUM BALAS
PEMPROSESAN MAKLUMAT
PEMPROSESAN
MAKLUMAT
MAKLUM BALAS PEMPROSESAN MAKLUMAT INPUT HASIL MAKLUM BALAS
MAKLUM BALAS PEMPROSESAN MAKLUMAT INPUT HASIL MAKLUM BALAS
INPUT
INPUT
MAKLUM BALAS PEMPROSESAN MAKLUMAT INPUT HASIL MAKLUM BALAS

HASIL

MAKLUM BALAS PEMPROSESAN MAKLUMAT INPUT HASIL MAKLUM BALAS
MAKLUM BALAS
MAKLUM BALAS
MAKLUM BALAS

MAKLUM BALAS

3.5.2 Komunikasi dalam Pendekatan Sistem

Pendekatan ini dapat dirumuskan sebagai satu kaedah mengkaji komunikasi secara menyeluruh. Teori-teori komunikasi berdasarkan pendekatan ini tidak menjelaskan tentang individu sebaliknya menjelaskan tentang organisasi secara keseluruhan. Organisasi menurut pandangan pemikir pendekatan sistem ialah satu himpunan bahagian- bahagian yang berhierarki, saling bergantungan dan boleh disesuaikan dengan satu sama lain atau dengan persekitarannya. Teori-teori menurut pendekatan ini berusaha membuat penjelasan berhubung bagaimana komunikasi perlu dipraktikkan bagi mewujudkan keseimbangan dalam organisasi (Jadual 3.3). Kandungan komunikasi masih lagi menumpukan kepada arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan bentuk komunikasi. Manakala dari tugasan, maklum balas dan hal sosial pula menekankan kepada kedua-dua jenis komunikasi menegak dan mendatar, mementingkan penggunaan saluran komunikasi bersemuka atau telefon dan berbentuk formal atau tidak formal.

Jadual 3.3 Ciri Komunikasi dalam Pendekatan Sistem

Kandungan komunikasi

Tugasan, maklum balas, hal sosial

Arah aliran komunikasi

Komunikasi

menegak

dan

komunikasi

mendatar

Saluran komunikasi

Komunikasi bersemuka, telefon

Bentuk komunikasi

Formal dan tidak formal

 

Berdasarkan pendekatan ini idea-idea komunikasi boleh ditinjau menerusi Jadual 3.3. Di samping itu, pendekatan ini juga membuka ruang bagi mengkaji komunikasi dari sudut luar organisasi. Persekitaran luar seperti yang dibincangkan mempunyai impak terhadap organisasi. Justeru itu, pendekatan ini telah mengajak kita untuk memikirkan aspek

45

komunikasi secara holistik dan bukannya hanya merujuk kepada individu atau kumpulan tertentu sahaja. Karl Weick umpamanya merupakan tokoh yang membicarakan komunikasi menurut pendekatan ini melalui Teori Organisasi Weick.

menurut pendekatan ini melalui Teori Organisasi Weick. Adakah anda bersetuju bahawa dalam urusan kerja seharian,

Adakah anda bersetuju bahawa dalam urusan kerja seharian, kita sering mengkaji sesuatu permasalahan itu daripada dalaman organisasi sahaja? Benarkah aspek persekitaran luar organisasi juga turut menyumbang kepada permasalahan tersebut?

3.6 PENDEKATAN BUDAYA

Sebentar tadi kita telah membicarakan beberapa yang mengumpama organisasi sebagai mesin dan organisasi sebagai sebuah sistem. Pada bahagian ini pula, organisasi akan diibaratkan sebagai suatu budaya. Pendekatan kali ini dikesan mempunyai asas dan pertalian pemikiran dengan bidang antropologi. Menerusi pendekatan ini organisasi dianalisis sebagai suatu nilai, simbol dan perilaku.

Pendekatan budaya sebenarnya satu usaha untuk memahami kualiti yang ada pada organisasi dan bagaimana kualiti tersebut membina sesebuah organisasi. Mari kita renungkan keadaan persekitaran kita. Apabila kita sebut tentang DELL, HP dan ASUS apakah yang terbayang dalam kotak pemikiran kita? Sudah tentu ketiga-tiga nama tadi kita kaitkan dengan komputer. Sebenarnya perkaitan ketiga-tiga nama tersebut dengan produk komputer merupakan hasil pendekatan budaya dalam menerap sesuatu pemahaman kepada kita. Menurut Miller (2003), paradigma budaya ini mula menjadi asas kajian yang popular melalui karya Terrence Deal dan Allen Kennedy yang bertajuk Corporate culture: The rites and rituals of corporate Life pada tahun 1982.

3.6.1 Ciri Pendekatan Budaya

Budaya merujuk kepada corak yang dikongsi bersama oleh sesebuah kumpulan menerusi pembelajaran untuk membentuk intergrasi dan juga menyelesaikan permasalahan. Keupayaan ahli-ahli membentuk pasukan dalam organisasi dipengaruhi oleh budaya. Terdapat tiga tahap dalam pembentukan budaya sebagaimana menurut Schein (1992) iaitu

(i)

Artifak.

(ii)

Nilai yang disokong.

(iii)

Andaian-andaian asas.

46

(a)

Artifak

Budaya dalam organisasi boleh dikenal pasti sama ada menerusi objek- objek fizikal mahupun perilaku sosial. Artifak merupakan tahap budaya yang boleh dikenal pasti secara zahir. Petanda-petanda budaya agak jelas pada tahap ini. Kita berupaya membezakan satu organisasi dengan organisasi yang lain berdasarkan petanda-petanda tersebut. Petanda- petanda tersebut merupakan satu manifestasi oleh ahli-ahli organisasi terhadap organisasi tersebut. Antara yang boleh dijadikan petanda bagi menggambarkan budaya ialah pakaian, reka bentuk bangunan, teknologi yang digunakan, dokumen-dokumen bertulis dan pelbagai lagi. Sementara itu perilaku komunikasi juga boleh menjadi sandaran ukuran budaya organisasi. Misalnya, gaya pembuatan keputusan, corak bermesyuarat, situasi ahli dan juga jaringan interaksi merupakan antara artifak dalam bentuk perilaku.

interaksi merupakan antara artifak dalam bentuk perilaku. Apakah panggilan (gelaran) tenaga pengajar di sekolah sama

Apakah panggilan (gelaran) tenaga pengajar di sekolah sama seperti panggilan tenaga pengajar di universiti? Kenapa anda berkata demikian?

(b) Nilai yang disokong

Tahap kedua dalam budaya merujuk kepada nilai individu dan kumpulan yang dibentuk. Nilai ialah pemaparan penerimaan atau perkara yang harus berlaku. Kebiasaannya nilai tidak dipunyai oleh organisasi tetapi nilai dimiliki oleh individu. Dalam hal ini pihak pengurusanlah yang memainkan peranan besar dalam membina dan membentuk nilai agar ahli-ahli organisasi mengamalkannya. Adakalanya nilai yang dipegang berbeza daripada tingkah laku. Jika ini berlaku, bermakna nilai tersebut bukannya budaya yang dikongsi secara bersama.

(c) Andaian-andaian asas

Ciri ketiga budaya iaitu andaian-andaian asas sebenarnya merupakan aspek terpenting. Perkara ini walaupun disifatkan sebagai asas utama tetapi ia tidak disedari. Ini kerana ia menjadi amalan dan terserap dalam perilaku manusia secara langsung. Cuba anda teliti Model Budaya Organisasi dalam Rajah 3.4. Anda akan mendapati bahawa ciri budaya yang ketiga ini tersembunyi sifatnya berbanding dengan ciri-ciri yang lain. Model tersebut umpama sebiji bawang yakni bahagian yang penting terselindung berbanding dengan bahagian yang kurang penting. Ini menunjukkan bahawa pendekatan budaya berupaya menjelaskan tentang sesuatu organisasi secara mendalam tidak hanya sekadar apa yang kelihatan.

47

Rajah 3.4 Model Budaya Organisasi Tahap 1 : Artifak dan Perilaku Tahap 2: Nilai Tahap
Rajah 3.4
Model Budaya Organisasi
Tahap 1 : Artifak dan Perilaku
Tahap 2: Nilai
Tahap 3:
Andaian Asas
Artifak dan Perilaku Tahap 2: Nilai Tahap 3: Andaian Asas 3.6.2 Komunikasi dalam Pendekatan Budaya Menerusi

3.6.2 Komunikasi dalam Pendekatan Budaya

Menerusi perbincangan di atas, pendekatan ini menggambarkan bahawa organisasi merupakan sesuatu yang kompleks. Organisasi perlu dikaji bukan sekadar perkara yang dapat dilihat dengan mata kasar tetapi juga perkara-perkara yang tersembunyi. Hakikatnya perkara yang tidak dapat dilihat secara kasar merupakan asas sebenar atau budaya sebenar organisasi.

Pendekatan ini turut memberi kefahaman bahawa budaya boleh berubah mengikut keadaan persekitaran. Ahli-ahli dalam organisasi pula berupaya untuk menerima dan mengadaptasi sesuatu budaya dalam keadaan tertentu. Perilaku atau budaya sebenarnya merupakan satu subbudaya semasa yang wujud untuk membentuk keharmonian atau persaingan. Jelasnya budaya merupakan satu yang boleh dibentuk dan dikomunikasikan. Budaya terhasil menerusi interaksi-interaksi antara ahli- ahli organisasi. Pendekatan ini telah mempengaruhi ahli-ahli komunikasi untuk memahami organisasi melalui pemaparan-pemaparan yang ditonjolkan. Mempunyai budaya yang betul merupakan faktor penyumbang terhadap kejayaan sesuatu organisasi.

48

  SOALAN DALAM TEKS
 

SOALAN DALAM TEKS

2.

Berdasarkan Pendekatan Budaya, boleh atau tidak jika kita menjadikan pakaian seragam dalam organisasi sebagai satu kajian komunikasi?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.7 PENDEKATAN KRITIKAL

Fenomena masyarakat tidak boleh dikesan hanya melalui kelompok- kelompok kumpulan semata-mata. Kupasan serta pemikiran tentang sosial masyarakat perlu ditinjau menerusi kaedah yang lebih luas. Pendekatan kritikal cenderung mengkaji perilaku masyarakat sebagai satu aturan sosial oleh kuasa mahupun penindasan terhadap masyarakat. Perbincangan menerusi pendekatan ini melibatkan persoalan-persoalan seperti ideologi dan kesedaran sosial.

Berbeza dengan perbincangan pendekatan-pendekatan sebelum ini, pendekatan kritikal secara umumnya menganggap organisasi sebagai sebuah medan dominasi antara pihak yang berkuasa dengan pihak yang diperintah. Idea-idea pemikiran boleh dikesan menerusi pemikiran- pemikiran Karl Marx dan Friedrich Engels. Asas pemikiran ini ialah organisasi atau sistem sosial biasanya bertujuan untuk mengekalkan status-quo golongan tertentu. Untuk itu apa saja yang dihasilkan kepada masyarakat sebenarnya merupakan penentu keadaan masyarakat (Littlejohn, 2002).

merupakan penentu keadaan masyarakat (Littlejohn, 2002). Untuk memahami lebih mend alam pemikiran Marx yang

Untuk memahami lebih mendalam pemikiran Marx yang mendasari pendekatan ini, anda disaran membaca halaman 207-232, Littlejohn, S.W. (2002). Theories of human communication (7th ed.). Belmont: Wadsworth/Thomson Learning.

3.7.1 Ciri Pendekatan Kritikal

Sebagaimana juga pendekatan-pendekatan lain, terdapat beberapa ciri yang mendasari pendekatan ini. Antaranya ialah peresapan kuasa, kawalan produk media, gender, ideologi dan pembebasan.

49

(a) Peresapan kuasa

Kuasa merupakan satu perbincangan yang cukup signifikan dalam pendekatan ini. Para sarjana pendekatan ini mendakwa bahawa kuasa merupakan satu pembentukan kehidupan organisasi. Ciri kuasa begitu penting kerana ia dikaitkan dengan kawalan dan dominasi dalam ekonomi dan sosial. Kuasa secara tradisinya merujuk kepada kekuatan fizikal. Namun, pada masa kini kuasa boleh terdiri daripada pelbagai bentuk. Namun, matlamatnya sama yakni mengawal dan mendominasi masyarakat. Pendekatan ini percaya bahawa struktur dalam masyarakat atau organisasi sebenarnya membentuk kuasa. Dengan mengawal struktur organisasi maka sesuatu golongan itu mempunyai kawalan terhadapnya.

(b) Kawalan produk media

Idea klasik Marxis beranggapan bahawa golongan kapitalis mempunyai kawalan terhadap saluran dan cara penghasilan produk media. Produk- produk media dikatakan sebagai satu subbudaya golongan berkuasa dan juga sebagai agenda tersembunyi. Ketidakseimbangan keadaan tersebut pula boleh menghasilkan konflik antara pihak-pihak tertentu.

(c) Gender

Pendekatan kritikal prihatin terhadap pemaparan gender. Dikatakan bahawa aliran Femenin percaya wujud usaha untuk memaparkan pemahaman dalam hubungan gender. Perbincangan berhubung perkara ini menyimpulkan bahawa pemaparan gender telah membentuk diskriminasi dalam organisasi. Sebagai contoh, wanita seringkali disalahkan atau dijadikan sebagai faktor penyebab dalam kes gangguan seksual. Wanita juga seringkali dipaparkan sebagai individu yang kurang upaya dalam mengurus dan memimpin organisasi. Keadaan-keadaan tersebut menyebabkan masyarakat atau ahli-ahli organisasi mempunyai sikap bias terhadap sesuatu jantina.

(d) Ideologi

Menurut pemikiran kritikal, ideologi bukan merupakan satu konsep yang neutral. Sebaliknya ia mempunyai perkaitan dengan sistem kuasa dan dominasi. Ideologi ialah satu usaha membentuk pemikiran tertentu dengan hasrat mengawal sesebuah organisasi. Apabila sesuatu ideologi bertujuan mempengaruhi struktur dan sistem organisasi, maka individu akan kehilangan tempat bersuara atau dikongkong.

50

(e)

Pembebasan

Matlamat utama pendekatan kritikal ialah membebaskan manusia daripada tradisi, ideologi, hubungan kuasa dan pelbagai halangan yang tidak diperlukan. Pendekatan ini merupakan satu proses melahirkan kesedaran dan ketahanan diri. Dipercayai apa yang berlaku dalam organisasi merupakan proses menyokong kepentingan pengurusan. Namun demikian jika sekiranya ahli organisasi sedar akan proses itu, mereka berupaya mewujudkan keseimbangan kuasa dalam organisasi.

3.7.2 Komunikasi dalam Pendekatan Kritikal

Pendekatan kritikal telah menyediakan pemikiran dan memberi fokus terhadap isu-isu pemilikan dan kawalan media massa. Para sarjana kritikal telah menyediakan asas meneliti tindakan sosial dari sudut individu, kumpulan, institusi dan juga sistem masyarakat. Dengan mengkaji keadaan-keadaan sosial ia mampu memberi gambaran berhubung kuasa dan penguasaan yang berlaku terhadap masyarakat. Para pemikir kritikal juga percaya bahawa pengukuhan kedudukan golongan yang mendominasi sering kali diperkukuhkan melalui proses komunikasi. Oleh yang demikian komunikasi itu sendiri merupakan satu wadah mengekal status quo golongan tertentu. Komunikasi bukan sekadar penyaluran mesej tetapi ia juga ialah matlamat serta sumber kuasa.

Pemikiran-pemikiran yang berasaskan paradigma ini menyediakan kerangka menganalisis masyarakat dari aspek komunikasi sebagai kuasa. Teori-teori seperti Marx Theory of Media, Hegemoni Media dan Penentuan Agenda yang berasaskan pendekatan ini berusaha menjelaskan kepada kita bagaimana komunikasi harus dilihat sebagai satu proses pergelutan kuasa sama ada kuasa politik mahupun kuasa ekonomi.

3.8

RUMUSAN

Menerusi bab ini anda telah diberi penjelasan tentang apa dan bagaimana sesuatu teori itu menjelaskan fenomena-fenomena yang berlaku. Secara keseluruhannya terdapat lima pendekatan yang menjadi asas kewujudan sesuatu teori. Setiap pendekatan tersebut mempunyai fokusnya tersendiri. Ada pendekatan yang menjadikan individu sebagai kerangka pemikiran, ada juga yang merujuk sistem sebagai asas perbincangannya. Kepelbagaian fokus telah menyumbang kepada penjelasan sesuatu fenomena komunikasi dari sudut-sudut yang berbeza.

Dengan memahami pendekatan atau paradigma yang membentuk teori komunikasi, ini dapat membantu anda memahami asas sesuatu teori. Selain itu, ia dapat memberi penjelasan awal kenapa ada beberapa teori

51

bagi mengupas sesuatu fenomena. Realitinya manusia mempunyai pelbagai cara dan melihat sesuatu kejadian menerusi sudut yang berbeza. Dengan memahami kepelbagaian pendekatan, ini menjadikan kita berupaya menilai sesuatu perkara dengan lebih menyeluruh. Perbezaan pendekatan sebenarnya menyumbang kepada pemahaman yang lebih luas.

sebenarnya menyumbang kepada pemahaman yang lebih luas. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. Nyatakan DUA perkara yang

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan DUA perkara yang membezakan satu paradigma dengan paradigma yang lain.

2. Jelaskan kenapa artifak tidak boleh dijadikan rujukan utama budaya sesuatu organisasi.

3. Jika kita hendak menjelaskan tentang kepentingan hubungan pengurus dengan pekerja bawahan, pendekatan manakah yang paling sesuai?

pekerja bawaha n, pendekatan manakah yang paling sesuai? Semak jawapan anda di akhir modul ini. JAWAPAN

Semak jawapan anda di akhir modul ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Pendekatan strukturalis meletakkan struktur atau reka bentuk organisasi sebagai fokus perbincangannya. Manakala pendekatan tingkah laku pula menjadikan individu atau aspek kemanusiaan sebagai teras perbincangannya.

2. Boleh. Jika kita merujuk Model Budaya pakaian seragam ialah pengenalpastian budaya pada Tahap Pertama iaitu sebagai artifak. Lagipun ia merupakan satu objek yang mudah dikenal pasti.

52

BAB 4

KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI

 

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:

1.

Mentakrifkan konsep komunikasi.

2.

Menjelaskan setiap ciri yang terdapat dalam konsep komunikasi.

3.

Membincangkan ilmu komunikasi sebagai ilmu sains sosial.

4.1

PENGENALAN

Dalam bab ini, anda akan mempelajari tentang konsep-konsep yang terdapat dalam bidang komunikasi. Konsep-konsep berkenaan meliputi ciri-ciri proses komunikasi iaitu komunikasi bukan proses sehala, komunikasi boleh bertujuan dan tidak bertujuan, komunikasi ialah sesuatu yang tidak boleh diulang, komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan penerima, komunikasi boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan, komunikasi dipengaruhi oleh budaya, komunikasi dipengaruhi oleh perspektif etika, komunikasi berbeza daripada kefahaman dan komunikasi ialah kontekstual. Saya percaya anda telah mendapat gambaran awal berkaitan dengan konsep-konsep asas dalam bidang komunikasi dalam kursus Pengantar Komunikasi yang telah anda ikuiti sebelum ini.

4.2 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI

Sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi mempunyai pandangan tersendiri berkaitan dengan elemen-elemen yang terdapat dalam komunikasi. Antaranya, Zaremba (2003) berpandangan bahawa komunikasi merupakan proses bukan linear (nonlinear process), komunikasi boleh bertujuan dan boleh juga tidak bertujuan, komunikasi irreversible, komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan penerima, dan komunikasi boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Saya huraikan setiap satu konsep yang dikemukakan oleh Zaremba (2003) iaitu

53

4.2.1

Komunikasi ialah Proses Bukan Linear (Communication is

a Nonlinear Process)

Harold Lasswell merupakan seorang teoris yang mengemukakan model yang digunakan untuk mengkaji komunikasi. Laswell menghujahkan bahawa komunikasi boleh dianalisis melalui kajian dari sudut “Who says what to whom in which channel with what effect”. Masalah berkaitan dengan model ini ialah andaian bahawa komunikasi merupakan satu proses linear atau sehala. Andaian komunikasi sebagai satu proses sehala ialah maklum balas daripada penerima terhadap sumber tidak diambil kira dalam model berkenaan. Proses komunikasi terhenti sehingga penerima menerima maklumat yang disampaikan oleh sumber. Contohnya, pensyarah menyampaikan kuliah secara berterusan hingga tamat waktu kuliah tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada pelajar untuk memastikan tahap kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dikuliahkan.

Meskipun Laswell tidak bertujuan agar model yang dikemukakan oleh beliau ditakrifkan berdasarkan kepada konsep sehala atau tidak sehala, tetapi model yang dikemukakan oleh beliau menggambarkan bahawa komunikasi mengalir sehala sehingga sampai kepada penerima. Terdapat sarjana yang menggunakan istilah ‘proses’ untuk menerangkan tentang komunikasi dan menganggap komunikasi bukannya tingkah laku (act). Tingkah laku (act) komunikasi digambarkan sebagai sesuatu yang terasing. Setiap satu tindakan komunikasi bukanlah terjadi dengan sendirinya. Tindakan hasil daripada proses komunikasi harus dilihat sebagai sesuatu yang terhasil atau reaksi masa kini yang terhasil akibat kejadian yang telah berlaku di masa lampau. Komunikasi harus difahami sebagai suatu proses iaitu proses yang berlaku apabila kita berkomunikasi.

Andaikan bahawa anda sedang mendengar suatu ceramah. Persembahan penceramah berkenaan misalnya adalah lemah. Penggunaan perkataan beliau adalah kompleks, penyampaian mesej kabur dan tajuk tidak menarik. Anda merasa bosan dan mencuri melihat masa ceramah berkenaan akan berakhir. Penceramah perasan tindakan anda dan mengubah rentak ceramah beliau untuk menjadikannya lebih menarik. Tindakan penceramah untuk menukarkan rentak ceramah beliau merupakan hasil daripada perbuatan anda melihat masa.

Komunikasi dalam proses ini bukanlah merupakan suatu yang berlaku secara serta-merta. Mana-mana tingkah laku komunikasi merupakan sebahagian daripada proses. Misalnya, perasaan bosan anda terhadap penyampaian penceramah berkenaan menyebabkan anda melihat waktu, penceramah perasan dan kemudian melakukan perubahan pada pola

54

penyampaian mesej. Semuanya ini berlaku sebagai satu proses yang saling bertindak balas antara satu dengan lain bagi membolehkan proses komunikasi berjalan dengan lancar.

bagi membolehkan proses komunikasi berjalan dengan lancar. Bolehkan anda fikirkan suatu situasi yang berubah akibat

Bolehkan anda fikirkan suatu situasi yang berubah akibat daripada tindakan komunikasi anda.

4.2.2 Komunikasi

Boleh

Bertujuan

atau

Tidak

Betujuan

(Communication Can be Intentional or Unintentional)

Mesej boleh disampaikan walaupun kita tidak bertujuan untuk menyampaikannya. Misalnya, rakan sekerja kita yang mungkin seringkali datang lewat untuk mesyuarat. Mereka mungkin tidak berniat untuk berkomunikasi bahawa mereka sebenarnya malas atau tidak sistematik. Walau bagaimanapun, terdapat ahli mesyuarat yang mengaitkan antara lewat dengan kurangnya profesionalisme dan kurangnya rasa menghormati rakan lain yang datang lebih awal atau datang tepat pada waktunya. Ahli mesyuarat yang datang lewat mungkin tidak bertujuan untuk menunjukkan kepada ahli-ahli yang lain tentang masalah disiplin yang dihadapi tetapi secara tidak langsung atau tanpa tujuan tertentu, mesej berkenaan telah dikomunikasikan.

Apa yang digambarkan di sini ialah kakitangan organisasi mestilah berkomunikasi bagi membolehkan mereka berjaya. Kadangkala wujud masalah-masalah tertentu yang menyebabkan komunikasi berlaku secara tidak jelas. Misalnya, masalah yang dihadapi dari segi cara penyampaian mesej, tafsiran, lapangan pengalaman yang tidak dikongsi bersama dan sebagainya.

4.2.3 Komunikasi

ialah

Sesuatu

yang

Tidak

Boleh

(Communication is Irreversible)

Diulang

Mesej yang telah dihantar tidak dapat dipadamkan kembali. Ini bererti apa yang telah terkeluar daripada mulut anda tidak dapat dipadam. Ada orang yang berkata “Saya tarik kembali apa yang telah saya katakan” tetapi sebenarnya perkara ini gagal memadamkan apa yang telah dikatakan atau hati yang telah dilukakan akibat daripada apa yang dikatakan. Mungkin kita juga turut mendengar perkataan seperti “Saya tidak bermaksud untuk melukakan hati anda” atau “Saya tidak berniat demikian”. Berbeza dengan komputer kerana mempunyai kunci yang membolehkan kita memadamkan huruf atau perkataan yang salah ditaip tetapi manusia tidak dapat melakukan demikian. Ciri ini kadangkala menyebabkan kita masih boleh mengingati semula mesej yang telah kita dengar semasa kita masih kanak-kanak.

55

Mesej yang sama yang telah dituturkan juga tidak dapat diulang dengan cara yang benar-benar sama atau tepat. Akan terdapat penambahan dan pengulangan tertentu atau perbezaan apabila anda diminta untuk mengulangi sesuatu yang telah dikatakan dengan cara yang benar-benar sama.

4.2.4 Komunikasi Merupakan Fenomena yang Berorientasikan Penerima

Ciri ini merujuk kepada andaian bahawa komunikasi berlaku apabila mesej diterima dan bukannya apabila mesej dihantar. Tingkah laku menghantar mesej tidak bererti bahawa komunikasi telah beraku dalam erti kata yang sebenarnya. Dalam erti kata yang lain mesej yang diterima merupakan mesej yang dikomunikasikan. Misalnya, jika seorang pekerja menghantar mesej kepada penyelia beliau tetapi penyelia beliau tidak membaca mesej berkenaan, ini bererti proses komunikasi tidak berlaku. Sehubungan itu, tindakan penerima terhadap mesej yang telah disampaikan kepada beliau penting dalam mengukur keberkesanan sesuatu mesej setelah mesej berkenaan dikomunikasikan oleh sumber.

4.2.5 Komunikasi Berlaku Secara Lisan dan Bukan Lisan

Komunikasi melibatkan kedua-dua mesej lisan dan bukan lisan. Mesej lisan bererti perkataan digunakan untuk membawa makna. Mana-mana mesej sama ada diucap atau dibaca dengan menggunakan perkataan mengandungi mesej lisan. Contohnya, apabila anda berbual dengan rakan anda, bermesyuarat, urusan jual beli dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti komunikasi ini bergantung kepada penggunaan komunikasi lisan.

Sebaliknya, komunikasi bukan lisan tidak menggunakan perkataan untuk membawa mesej kepada penerima. Penggunaan warna dalam buletin dan bahasa isyarat yang digunakan oleh penceramah merupakan contoh komunikasi tanpa lisan yang membawa makna kepada penerima. Penggunaan warna, saiz huruf, reka letak dan sebagainya merupakan elemen-elemen komunikasi tanpa lisan yang menggambarkan sesuatu kepada penerima. Begitu juga penggunaan isyarat-isyarat seperti isyarat jalan raya yang perlu difahami maknanya oleh pengguna jalan raya.

Terdapat beberapa kategori komunikasi tanpa lisan yang mempengaruhi komunikasi dalam sesebuah organisasi iaitu

(a)

Proxemics

Merujuk kepada ruang dan jarak serta pengaruh ruang terhadap komunikasi. Pekerja yang mempunyai pejabat yang lebih luas dianggap

56

sebagai lebih penting berbanding dengan mereka yang ditempatkan dalam pejabat yang lebih kecil. Jika sesebuah organisasi mempunyai beberapa cawangan, jarak antara cawangan berkemungkinan akan mempengaruhi komunikasi yang berlaku antara ibu pejabat dan cawangan. Besar kemungkinan proses komunikasi kurang lancar kerana jarak yang jauh tidak memungkinkan komunikasi bersemuka digunakan secara intensif. Sehubungan ini, jarak merupakan faktor komunikasi tanpa lisan yang menjadi penghalang kepada kelancaran proses komunikai.

(b) Kinesics

Merujuk kepada pergerakan anggota badan. Mengangkat ibu jari ke atas, menuding jari telunjuk, lambaian tangan merupakan contoh-contoh kepada tingkah laku kinesics