Anda di halaman 1dari 3

FARINGITIS

APAKAH ITU SAKIT TEKAK?

Sakit tekak yang akut (faringitis) ialah sejenis keradangan yang berlaku di tekak
(rerongga yang terletak di belakang hidung dan tekak). Kebanyakan dari masalah ini
disebabkan oleh kuman virus. Ia juga seringkali dikaitkan dengan:

• Pendedahan kepada asap rokok dan pencemaran udara

• Bernyawa melalui mulut semasa tidur kerana hidung tersumbat terutama di


kalangan mereka yang sering mendapat alahan.

• Penolakan naik asid perut ke tekak, lazimnya bagi mereka yang menghidapi
masalah gastrousus.

Sakit tekak bakteria biasanya disebabkan oleh kuman bakteria yang dipanggil
streptokokus. Ia diikuti oleh demam panas, sakit kepala, bengkak dan kelenjar di leher
membesar. Walaupun begitu kadangkala seseorang doctor mendapati sukar untuk
membuat diagnosis dengan betul semata-mata berasaskan gejala tersebut sahaja.
Penyakit ini biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur di antara 4 - 11 tahun dan
kurang menjangkiti kanak kanak yang lebih tua dan orang dewasa.

Jika penyakit ini tidak dirawat ia boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius
seperti abses (bengkak bernanah), keradangan ginjal atau penyakit jantung reumatik.
Oleh itu, doctor anda akan mengambil contoh kultur bakteria di tekak untuk
mengesahkan kuman dan seterusnya memberi anda ubat antibioktik yang sesuai dan
tepat jika ia betul-betul yakin bahawa keadaan ini disebabkan oleh kuman bakteria
streptokokus.

TANDA-TANDA DAN GEJALA

Penyakit faringitis mempunyai gejala yang beraneka. Anda mungkin mengalami bebrapa
gejala berikut:

• Sakit tekak yang berbeza-beza dari ringan kepada sederhana dan rasa sakit ini
menjalar ke hingga ke telinga.
• Keparauan
• Tonsil atau anak tekak bengkak dan kelihatan merah
• Gatal tekak
• Demam
• Terdapatnya selaput putih dan merah pada tonsil
• Kelenjar leher membesar
• Kahak yang pekat
• Sakit-sakit badan
• Sakit perut, loya dan muntah
• Hidung berair ( mungkin disebabkan oleh jangkitan virus)

1
PROSEDUR PENJAGAAN SENDIRI

Prosedur atau tatacara berikut boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan anda


akibat sakit tekak:

• Minum cecair lebih banyak, termasuk air yang sejuk, ais krim untuk melegakan
tekak.

• Berkumur-kumur setiap jam menggunakan larutan dari < sudu the garam
dicampurkan/dilarutkan dengan air suam setengah cawan.

• Mengambil lebih banyak minuman panas seperti the dan sup

• Jangan merokok kerana amalan ini akan memburukkan lagi sakit tekak anda.

• Ambil ubat logenzes atau kumur untuk melegakan keaadan tekak anda. Jika
tekak anda kering atau gerit ambil gula-gula yang keras dan masam untuk
membantu merangsangkan pengaliran air liur.

• Jika usaha ini juga tidak berrjaya, gunakan logenzes atau semburan yang
mengandungi bius (anastesia) setempat setiap 4 - 6 jam sekali untuk
menenangkan keadaan buat sementara waktu. Ubat lozenges ini tidak disyorkan
untuk kanak-kanak.

• Jangan menghampiri mereka yang anda ketahui mengidap sakit tekak.

• Ambil ubat parasetamol setiap 4 - 6 jam sekali pada dos yang disyorkan untuk
meredakan demam dan kesakitan. Ataupun anda juga boleh mengambil ubat
aspirin. Aspirin ini mengandungi ramuan-ramuan yang tidak boleh diberikan
kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah melainkan atas nasihat doktor.
Ini disebabkan perkaitannya dengan sindrom Reye, yang boleh membawa maut.

• Elak dari megambil makanan yang pedas, panas dan berminyak

Sesetengah ubat antihistamin boleh membuat anda rasa mengantuk. Oleh itu jika anda
mengambil ubat ini, jangan memandu atau mengendalikan mesin. Ia akan
membahayakan diri anda. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor
anda untuk mendapatlkan ubat antihistamin yang tidak mendatangkan kesan
mengantuk. Jika anda tidak memandu atau mengendali mesin anda perlukan ubat
antihistamin kerana dengan membuat anda mengantuk ia membantu anda cepat
sembuh.

BERJUMPA DOKTOR JIKA....

• Sakit tekak anda dikuti dengan demam panas (suhu meningkat melebihi 38oC)
atau demam yang tidak mahu berhenti walaupun anda telah mengambil ubat
parasetamol.

• Kelenjar di leher bengkak atau membesar.

2
• Tonsil atau belakang tekak anda kelihatan merah terang dan terdapat kesan
nanah padanya.

• Sakit tekak anda tidak mahu reda selepas 4 hari

• Sukar bernafas dan terasa sakit bila menelan

• Gejala-gejalanya semakin teruk

Untuk sakit tekak yang disebabkan oleh kuman bakteria, doktor selalunya memberi ubat
antibiotik. Pastikan anda menghabiskan ubat tersebut seperti yang dinasihatkan (untuk
selama 7 - 10 hari). Jangan terlupa mengambilnya, jika lupa, cepat-cepat mengambilnya
balik. Jika anda diberi ubat-ubat lain bertanyalah doktor anda mengenai ubat-ubat itu
untuk mengelakkan pertindihan dos dengan ubat yang telah anda beli dari kedai (seperti
parasetamol yang anda ambil untuk meredakan demam).

BAHAYANYA SAKIT TEKAK

Adalah sangat penting untuk merawat jangkitan yang ada hingga ia benar-benar
sembuh untuk mengalakkan dari kesan yang merbahaya seperti demam reumatik,
radang sendi (artritis) dan penyakit buah pinggang atau ginjal. Kadanglkala sakit tekak
terjadi sebagai gejala dari masalah-masalah lain seperti alahan, influenza, bronkitis,
campak atau measle. Dalam keadaan tertentu, sakit tekak merupakan satu petanda
kepada penyakit lain yang lebih serius seperti kanser, leukemia, difteria dan abses yang
terjadi jauh ke dalam leher.

Anda mungkin juga menyukai