Anda di halaman 1dari 7

Nasi Lemak

Ingredients

1) <b>Bahan untuk Nasi Lemak</b> 


2) Beras (4 cawan)
3) Santan cair (6 cawan)
4) Daun pandan (1 helai)
5) Garam (1 sudu kecil)
6) <br> 
7) <b>Bahan untuk Sambal</b> 
8) Ikan bilis (2 cawan)
9) Pes cili (4 sudu besar)
10) Bawang putih - dicincang halus (1 ulas)
11) Bawang merah - dipotong halus (4 ulas)
12) Bawang besar - dipotong kasar (1 labu )
13) Air asam jawa (sedikit)
14) Garam (sedikit)
15) Gula (sedikit)
16) Minyak untuk menggoreng 
17) <br> 
18) <b>Bahan-bahan lain</b> 
19) Kangkung (1 ikat)
20) Kacang tanah (1/2 cawan)

Directions

Nasi Lemak

Masukkan beras, santan, daun pandan dan garam ke dalam periuk. 

Kacau sebati dan masak nasi menggunakan dapur biasa atau periuk elektrik.
Sebaik sahaja nasi masak, balik-balikkan bahagian bawah ke atas dan biarkan seketika.
 

Sambal

Goreng ikan bilis hingga garing. Setelah itu, asingkan dan toskan minyaknya.

Dalam kuali sama, Kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah
hingga garing.

Masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak.

Masukkan gula dan kacau lagi.

Masukkan bawang besar yang dikisar bersama sedikit air.

Biarkan mendidih hingga pecah minyak, masukkan separuh daripada ikan bilis goreng tadi,
garam dan air asam jawa. Kacau hingga pecah minyak dan sedia untuk dihidang.
Bahan-bahan Lain

Celur kangkung- Panaskan air hingga sedikit mendidih dan masukkan kangkung. Masukkan
sedikit minyak supaya kangkung kelihatan berkilat setelah dicelur.

Goreng kacang tanah hingga garing. Kemudian, toskan minyaknya. Campurkan dengan
lebihan ikan bilis tadi.

 
Hidang nasi bersama sambal, kangkung celur, kacang dan ikan bilis goreng serta telur rebus.

Lontong Goreng

Bahan-bahan:

*1 mangkuk nasi impit [dipotong dadu]


*25 biji cili kering 
*2 labu bawang merah dikisar halus
*4 ulas bawang putih 
*2 sudu teh. udang kering 
*100 gm. daging/ayam cincang
*2 sudu rempah kari
*2 biji telur
*1 mangkuk kecil sayur campur
*1 batang lobak merah-potong bulat
*kobis bunga, putik jagung-potong kecil
*kicap manis, kicap masin
*garam, secukup rasa
*daun sup, bawang goreng [untuk taburan diatasnya]

Cara-Cara:

1. Tumis bahan yang dikisar dan rempah kari hingga benar-benar garing & berbau wangi.
Kemudian masukkan daging/ayam gaul hingga masak.

2. Masukkan lobak merah, kobis bunga & putik jagung. Masak sehingga lembut.Masukkan
sayur campur dan digaul rata

3. Masukkan lontong yang telah didadu gaul hingga sebati.

4. Masukkan kicap masin dan kicap manis [agak-agak 2-3 sudu teh.] gaul lagi hingga rata.

5. Lubangkan ditengah masukkan telur sambil sesekali dikacau telur supaya rata masaknya.
Setelah masak gaul semuanya hingga rata.

6. Rasalah masin, masinnya secukupnya. Tabur daun sup dan bawang goreng.
Puding Jagung Kuah Cocktail

Bahan-bahan:
Tepung Kastard 1 cawan
Air Masak 5 cawan
Susu Cair (Optional) 1 tin
Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
Gula Pasir ½ cawan
Garam 1 sudu kecil

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap
kekuatan api. 
6. Ingat, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. 
9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.

Kuah Cocktail

Bahan-bahan:
Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
Susu Cair 1 tin
Gula Pasir 4 sudu besar
Garam ½ sudu kecil
Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
Air Masak ikut kesesuaian

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masak dengan api sederhana kecil.
3. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
4. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang
anda perlukan.
5. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER
PEKAT MANIS.
6. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
7. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.
Resipi Potato Salad

Bahan-bahan:(2-3 orang)
2 biji kentang yg besar (potong dadu [2x2cm] dan direbuskan dgn sedikit garam sampai
lembut)
1 sudu besar mayonnaise
1 biji telur (rebus dan hancurkan)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 sudu kecil pasli dipotong kecil
1 btg celeri (potong 1/2 cm)
1/2 sudu besar jus lemon
Sedikit lada hitam kasar
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkok besar, gaul sehingga rata.
2. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum makan. Hidangkan.

Roti Kebulur
Bahan-bahan ( 5 set roti )

 10 keping roti putih


 4 biji telur ayam
 1 suduB marjerin
 2 keping ayam (cincang)
 1 biji tomato (cincang)
 1 biji bwg besar (cincang)
 2 suduB cili sos
 2 suduB mayonis

Cara-cara

1. celup roti dlm telur dan goreng hgga perang ke2 2 bhgn
2. dlm kuali lain, cairkan marjerin tumis bwg dan ayam cincang hgga masak
3. kmdian masukkan tomato, cili sos dan mayonis
4. apabila masak lapis inti diantara 2 keping roti tadi dan sedia dihidang
Sup Ayam & Makaroni
Bahan-bahan mentah:
Daging ayam atau ayam yg dipotong kecil
Kentang dipotong kecil
Lobak merah dipotong kecil
 
Bahan-bahan dikisar:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
 
Cara-cara:
Tumis bahan yg dikisar hingga wangi dan masukkan air. Campakkan sup bunjut Adabi, garam dan
serbuk perasa (jika perlu). Campakkan pula bahan mentah. Biarkan empok atau masak.
 
Tips Sahur:
Dihidang bersama nasi panas. Boleh ditabur bawang goreng, daun sup/bawang. Bagi yg tak berapa
selera subuh-subuh bangun dan makan, resepi ini mungkin yg paling mudah utk disiapkan.
 
Tips Iftar:
Sup yg dibuat sahur boleh dibuat buka dgn merebus makaroni. Tuangkan sup ke atas makaroni,
ditabur bawang goreng, daun sup/bawang. Bagi yg punya perut yg sensitip atau anak-anak, resepi yg
telah dibuat sahur, boleh dipelbagai dgn menggantikan nasi dgn makaroni.
 
Tips Menarik Selera:
Bagi yg gemar pedas, bolehlah buat sambal kicap.
(Lada merah, bawang putih, gula, garam, kicap & perahan limau)

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur


10 - 20 biji bendi (dipotong-potong menyerong)
1 biji telur
1 sudu kecil udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan sos tiram
Sedikit garam sedikit serbuk perasa
 
Cara-Caranya:
1. Tumis bahan hiris hingga layu dan wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur bendi.
3. Pecahkan telur di dalam kuali yang mengandungi bendi tadi. Kacau-kacaukan telur tadi hingga
hancur.
4. Goreng hingga sayir bendi layu.

Resepi Ikan Kukus Halia


1 ekor Ikan Siakap – di bersih
2 inci Halia – di hiris halus
3 biji Bawang merah – di hiris halus
2 ulas Bawang putih – di hiris halus
5-10 biji Cili Padi –  dipotong atau di titik daun ketumbar (dihiris) daun bawang
1/2 biji Lobak merah – di hiris memanjang
2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu makan Air
 
Cara-Caranya:
1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.

Resepi MAKARONI GORENG SEAFOOD


Bahan-Bahan:
1 peket makaroni  
5 ketul jejari ketam (dipotong-potong)
3 ekor sotong (sederhana)
100 gm Udang (sederhana)
3 sudu minyak zaiton
1 biji lada benggala hijau (ikut suka)
½ ulas bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar mayonis
Sedikit garam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam
 
Cara:
1.Makaroni direbus dengan sedikit garam, setelah masak di toskan airnya dan di sapu sedikit
mentega or marjerin
 
2. Masukan minyak zaiton dan tumiskan bawang besar & bawang putih.
3. Masukan udang & sotong & jejari ketam.
4. Kemudian masukan lada benggala dan makaroni.
5. Gaul hingga sebati, masukan garam, lada sulah & lada hitam.
6. Setelah masak, padamkan api, masukan mayonis dan gaulkan sehingga sebati. Sedia untuk
dihidangkan

Sotong Masak Sos

Bahan-bahan ( 3 Orang )

 Sotong - 1/2 kilo (dipotong bulat/memanjang)


 Daun Kari - 2 pelepah
 Bawang besar - 1 biji (dihiris)
 Cili Padi - 7 biji (dihiris bulat2)
 Halia - 1 inci (hiris memanjang)
 Sos Tiram - 2 sudu
 Sos Cili - 5 sudu
 Minyak Masak
 Garam & serbuk Perasa
Cara-cara

1. Tumis kan bawang besar bersama daun kari sampai naik bau
2. Masukkan cili padi dan halia, tumis sebentar jgn layu sangat
3. Masukkan sotong yang sudah di basuh, masak sebentar
4. Masukkan Sos Tomato & Sos Cili seterusnya tambahkan garam & serbuk perasa
secukup rasa ...
5. Siap! Utk hidangan, kalau ade menu dah x perlu pelbagai hidangan lain dah ..

Anda mungkin juga menyukai