Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN KURSUS LMF 5013

ETIKA, MORAL DAN AGAMA

TAJUK TUGASAN
APAKAH NILAI-NILAI MURNI YANG PATUT DIAMALKAN OLEH
SESEORANG GURU DALAM HUBUNGANNYA DENGAN
PELAJAR, SEKOLAH DAN MASYARAKAT?
DISEDIAKAN OLEH
NG FEI ER

MATRIK
L20101005946

PROGRAM
PENDIDIKAN MORAL

FAKULTI
SAINS KEMANUSIAAN

PENSYARAH
PROF. KANTHASAMY
Apakah nilai-nilai murni yang patut diamalkan oleh seseorang guru dalam hubungannya
dengan pelajar, sekolah dan masyarakat? Terlebih dahulu, apakah defini bagi nilai murni?
Nilai murni boleh diperlihatkan dalam individu seseorang manusia dimana berkelakuan baik,
penuh dengan adab dan tatasusila semasa berhubung dengan orang lain, alam ataupun
Tuhan. Menurut Wan Mohd. Zahid (1988), nilai murni adalah perkara-perkara yang ingin
dicapai dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Ini bermakna bahawa
nilai murni merujuk kepada satu bentuk kriteria yang menjadi hajat manusia untuk
berkelakuan baik. Secara kesimpulannya, nilai murni adalah berbentuk positif yang boleh
diterima oleh individu tersebut serta masyarakat yang didiaminya. Di Malaysia, nilai-nilai
murni yang pertama telah diterapkan dalam pendidikan melalui Laporan Kabinet, 1989.
Melalui Falsafah Pendidikan Negara dan KBSM, nilai-nilai murni diserapkan kepada pelajar-
pelajar dan juga para guru sekalian dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Usaha-usaha kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar dan
juga guru telah menunjukkan kepada kita bahawa kepentingan nilai-nilai murni tersebut
dalam membentuk bangsa Malaysia yang seimbang dan menyeluruh. Antara kepentingan-
kepentingannya ialah nilai-nilai murni seharusnya menjadi asas kepada pembinaan dan
pembangunan manusia. Negara yang membangun seharusnya dilengkapi dengan nilai murni
dalam diri setiap manusia demi untuk menjamin keselamatan dan keamanan manusia
sejagat. Jika nila murni tidak diterapkan dalam diri seseorang individu, manusia diibaratkan
sebagai manusia yang tanpa keperikemanusiaan dimana setiap individu dilayan seperti robot
tanpa rasa simpati. Masyarakat dan manusia perlu mempertahankan nilai murni dan nilai baik
bagi mengatasi segala bentuk kejahatan, kemungkaran, kejahilan dan kemusnahan. Dengan
nilai-nilai ini, manusia akan peka dan empati dengan kesusahan orang lain ataupun negara
orang lain. Justeru itu, manusia akan melihat setiap insan adalah bernyawa dan perlu
diberikan kasih sayang dan dilindungi hak serta nyawa mereka.
Selain itu, masalah sosial dan krisis moral pada masa kini akan dapat diatasi.
Menjelang tahun 2020, dunia yang kian membangun, setiap orang sedang mengejar
kemewahan dan materialistik, dunia telah dipenuhi dengan masalah-masalah sosial yang
memparahkan manusia itu sendiri. Banyak kes seperti jenayah terhadap wanita dan kanak-
kanak, peperangan, masalah sosial para remaja dan sebagainya telah mencabar keamanan
dan kesejahteraan manusia sejagat. Jika isu ini tidak diatasi segera, nescaya dunia akan
masuk ke era tanpa tamadun seperti zaman jahiliah dan zaman gelap di Barat. Manusia akan
bertindak kejam sesama manusia kerana sikap tamak terhadap harta benda. Maka, dengan
pengamalan nilai murni yang kukuh dalam diri setiap individu, mungkin krisis moral ini dapat
dicegah sebelum terlambat. Nilai-nilai ini perlu mendasari segala dasar pembangunan, dasar
sosial, urusan perniagaan, perhubungan, peraturan dan undang-undang. Nilai-nilai ini perlu
dijadikan sebagai prinsip utama dalam segala bentuk keputusan yang dibuat.

Di sini, para guru adalah individu yang memainkan perana penting. Guru memainkan
peranan penting dalam mencorakkan perkembangan nilai dalam pembangunan pelajar,
sekolah, masyarakat dan juga negara. Guru adalah amat berpengaruh terhadap pemikiran
para pelajar dari semasa ke semasa. Pelajar adalah lebih cenderung mengikuti fahaman,
pemikiran dan pandangan guru kerana mereka menjadikan guru sebagai contoh yang terbaik
untuk diikuti. Segala tindak tanduk guru diperhatikan oleh para pelajar maka, guru adalah
orang yang secara langsung dalam membentuk indentiti pelajar. Oleh yang demikian, guru
perlu menerapkan nilai-nilai murni pada setiap pelajar yang diajarnya baik dalam subjek
pendidikan agama atau moral ataupun subjek-subjek pengajaran yang lain. Di sini, kita dapat
melihat bahawa pengaruh guru dalam kehidupan dan perkembangan nilai adalah tiada
batasannya. Nilai-nilai itu disebarkan melalui aspirasi dan idealisme guru dalam banyak
perkara. Ini adalah selaras dengan teori sosialisasi di mana melibatkan peranan guru dalam
sekolah. Jika guru menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang terpuji maka lahirlah
para pelajar yang bernilai murni serta lahirlah masyarakat dan negara yang berbudi pekerti
tinggi.
Selepas kita telah mengenalpasti apakah maksud nilai-nilai murni, kepentingan nilai
murni dan peranan seorang guru pada bahagian pengenalan, seterusnya, bolehlah kita
memperbincangkan tentang tajuk tugasan ini iaitu apakah nilai-nilai murni yang patut
diamalkan oleh seseorang guru dalam hubungannya dengan pelajar, sekolah dan
masyarakat? Bagi lebih memudahkan kita dalam membincangkan tajuk tugasan ini, terlebih
dahulu, kita perlu melihat nilai-nilai murni seseorang guru dengan pelajarnya, diikuti dengan
pihak sekolah dan akhir sekali dengan masyarakat sekeliling. Antara nilai-nilai murni
seseorang guru dalam hubungannya dengan pelajar ialah nilai bertanggunjawab.
Tanggungjawab guru terhadap pelajar adalah sangat penting. Guru merupakan individu yang
perlu memikul tanggungjawab terhadap pelajar yang berada di bawah jagaannya serta
melaksanakan tugas-tugas guru dengan sempurna. Seperti yang terkandung dalam Kod-Kod
Etika Perguruan Malaysia, tanggungjawab seseorang guru yang utama adalah terhadap
pelajarnya. Seseorang guru perlu mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajarnya.
Dalam perhubungan ini, kita dapat melihat bahawa guru telah mengamalkan nilai altruisme
iaitu seseorang yang mementingkan kesenangan orang lain daripada diri sendiri. Seperti
yang kita ketahui, tugas seorang guru adalah sangat mulia dan ini dapat dilihatkan melalui
tanggungjawab seorang guru dalam hubungannya dengan pelajar. Ini bermakna segala
tindakan dan keputusan yang dibuat oleh seseorang guru adalah demi kebajikan dan
kebaikkan untuk para pelajarnya.

Selain itu, guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap pelajarnya. Dalam sesebuah
kelas atau sekolah, pelajar adalah terdiri daripada latar belakang sosial yang berbeza, maka
seseorang guru yang bertanggunjawab akan berlaku adil terhadap setiap pelajarnya tanpa
mengira faktor-faktor kecerdikkan, kecerdasan emosi dan fizikal, ekonomi dan politik, sosial,
keturunan ataupun agama pelajarnya. Ini adalah penting kerana sikap guru yang tidak adil
adalah sikap yang tidak bertanggunjawab serta melanggar Kod-Kod Etika Perguruan
Malaysia. Di samping itu, pelajar akan menjadi mangsa ketidakadilan guru mereka dan hak-
hak pelajar adalah tergugat. Perkara ini seterusnya boleh menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan pelajar terhadap guru mereka. Rasa tidak puas hati boleh menyebabkan
pelajar tidak lagi menghormati guru justeru menjatuhkan etika profesional perguruan itu
sendiri. Dengan ketidakadilan ini juga, pelajar akan tidak yakin dengan segala tindakan dan
keputusan gurunya maka kerjasama yang erat antara pelajar dan guru tidak akan terjalin lagi.
Sebagai seorang guru yang bertanggunjawab, guru juga perlu merahsiahkan
maklumat-maklumat sulit pelajarnya. Para ibu bapa dan pelajar menaruh kepercayaaan yang
tinggi terhadap seseorang guru maka segala maklumat-maklumat berkaitan dengan peribadi
pelajar dan keluarganya diberikan kepada guru. Selaku seorang guru, mereka tidak boleh
mendedahkan maklumat pelajar dan keluarganya kepada orang lain ataupun diri sendiri demi
kepentingan diri. Walaubagaimanapun, maklumat-maklumat ini hendaklah diserahkan kepada
mereka yang berhak mengetahuinya apabila diperlukan seperti pihak kementerian pelajaran,
pegawai polis, pengetua dan juga pihak sekolah. Dalam pengajaran dan pembelajaran bilik
darjah, jika terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai subjek tertentu, guru adalah
bertanggunjawab dalam membina semula perkembangan pelajarnya samada melalui kelas
pemulihan ataupun kelas tambahan. Apabila menjalankan kelas tambahan ini, guru perlulah
ikhlas dan tidak boleh mengenakan sebarang bayaran. Perkara ini telah termaktub dalam
Kod Etika Perguruan Malaysia. Tindakan akan diambil terhadap guru yang tidak jujur,
amanah serta tidak bertanggunjawab.

Guru sebagai role model adalah bertanggunjawab dalam menjaga tingkahlaku dan
pertuturan yang baik serta ditunjukkan kepada pelajarnya. Cara berpakaian, pertuturan dan
tingkahlaku seseorang guru adalah amat mempengaruhi pelajarnya. Para pelajar
bercenderungan mengikuti guru mereka dalam banyak perkara seperti cara berpakaian,
pemikiran, pertuturan dan juga tingkahlaku. Selain itu, sebagai seorang guru yang
bertanggunjawab, guru tersebut perlu sentiasa mempertingkatkan keprofesionalan perguruan
mereka seperti mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni dalam
kehidupan. Selain itu, mereka boleh memperbaiki dan memelihara kecekapan iktisas mereka
melalui kajian yang dijalankan, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus-kursus iktisas
yang berkaitan.
Guru juga perlu mempunyai nilai murni seperti hormat-menghormati dalam
hubungannya dengan pelajar. Pelajar perlu diberikan layanan yang sopan daripada gurunya.
Pelajar juga perlu dihormati seperti mana mereka menghormati seseorang guru. Jika kita
hendak dihormati maka terlebih dahulu kita sendiri perlulah menghormati orang lain. Sebagai
seorang guru, kita hendaklah menghargai kerjasama dan usaha yang telah ditunjukkan oleh
pelajar kita. Dengan ini, pelajar akan merasai perasaan dipunyai dan bermotivasi untuk lebih
berusaha. Amalan hormat-menghormati yang telah diamalkan oleh para guru, nescaya dapat
menanamkan nilai ini dalam diri setiap pelajar seperti menghormati kepada ibu bapa, orang-
orang yang lebih tua, pemimpin, guru, rakan, jiran tetangga dan juga raja serta negara. Salah
satu cabaran Wawasan 2020 ialah menwujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, ini
jelas menunjukkan bahawa pentingnya nilai hormat-menghormati tersebut. Guru juga perlu
mempunyai nilai kejujuran. Guru perlu jujur dalam melaksanakan tanggungjawab seorang
guru. Mereka boleh menunjukkan sikap serta perlakuan yang berniat baik, amanah dan ikhlas
dalam menjalinkan hubungannya dengan pelajar. Dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran, seseorang guru hendaklah amanah dan ikhlas apabila menyampaikan ilmu
tanpa mengharapkan sebarang balasan samada berbentuk wang atau benda.

Kerjaya seseorang guru adalah sangat berat dengan bebanan tugasan yang
diamanahkan kepadanya oleh pelajar, masyarakat serta negara. Justeru itu, guru perlu
mempunyai nilai murni seperti keberanian. Dalam bidang pendidikan masa kini, guru adalah
berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya negara kita yang semakin menghampiri
era Wawasan 2020. Dengan ini, guru perlu berani untuk menghadapi cabaran yang bakal
dihadapinya dengan penuh yakin dan tabah hati. Guru juga perlu berdikari kerana dalam
hubungannya dengan pelajar di dalam bilik darjah, guru adalah berkuasa penuh terhadap
bilik darjah tersebut. Guru perlu mendidik dan memimpin para pelajar dalam menerokai ilmu
maka guru perlulah seseorang yang berdikari dalam memimpin bilik darjahnya. Seseorang
guru yang berdikari akan dapat mengendalikan bilik darjahnya dengan sempurna tanpa
bantuan daripada guru-guru yang lain. Pengurusan bilik darjah yang merangkumi aktiviti
merancang, mengelola, mengarah dan mengawal juga dapat dijalankan dengan lancar.
Seorang guru memang telah dilahirkan dengan nilai murni seperti kasih sayang, baik
hati dan berbelas kasihan. Jika seseorang guru itu, tidak mempunyai ketiga-tiga nilai tersebut,
mereka mungkin tersalah dalam memilih kerjaya ini. Ini adalah kerana tanpa nilai-nilai ini,
mereka adalah sukar dalam menghadapi kerenah anak-anak muda yang terdiri daripada
pelbagai ragam. Nilai kasih sayang, baik hati dan belas kasihan akan secara semulajadinya
menjadikan seseorang guru itu sabar dalam menghadapi kerenah pelajarnya. Masalah-
masalah pelajar yang pelbagai memerlukan ketabahan dan ketekalan hati seseorang guru.
Guru juga perlu mencurahkan kasih sayangnya terhadap pelajar dan melayan mereka
sebagai mana melayan anaknya sendiri. Kasih sayang yang mendalam dan berkekalan akan
dapat dirasai oleh pelajarnya. Guru perlu sentiasa mengambil berat dan peka kepada hal-hal
anak muridnya dalam mewujudkan hubungan yang baik dengan pelajar. Dengan ini, para
pelajar akan menjadikan guru mereka sebagai tempat mengadu dan berkomunikasi. Justeru
itu, pelajar akan mendapat nasihat yang rasional serta bernas daripada guru mereka dan ini
akan dapat mengelakkan mereka daripada gelaja-gelaja yang kurang sihat.

Setelah kita telah melihat nilai-nilai murni yang patut diamalkan oleh guru dalam
hubungannya dengan pelajar, sekarang kita pula melihat nilai murni seseorang guru dalam
hubungannya dengan sekolah. Nilai kejujuran adalah penting dalam hubungan seseorang
guru dengan sekolahnya. Guru perlu jujur dalam melaksanakan tugasnya dengan berniat
baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Di sekolah, selain proses pengajaran,
guru juga perlu menjalankan tugas pentadbiran seperti mengutip yuran, membawa pasukan
untuk bertanding, memegang sesuatu jawatan yang besar dalam sesebuah penubuhan dan
sebagainya. Guru perlu berniat baik dan ikhlas dalam menjalankan tugas-tugas tersebut
walaupun tiada bayaran gaji. Mereka perlu jujur kepada diri mereka tentang sebab-sebab
mereka hendak menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Mereka perlu profesional dalam
mengendalikan tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah. Mereka juga perlu menerima
arahan pihak sekolah dengan ikhlas dan melaksanakannya dengan baik. Bagi guru yang
memegang wang yang banyak, mereka perlu amanah kepada sekolah. Berniat baik dan
bukannya berniat untuk mengambil kesempatan. Pihak sekolah telah memberikan
kepercayaan kepada guru tersebut maka guru perlulah bertindak jujur supaya kepercayaaan
ini akan berkekalan dan meningkatkan keprofesionalan perguruan.
Nilai murni seterusnya ialah taat setia. Selain taat setia kepada raja dan negara, ibu
bapa, rakan-rakan, guru juga perlu taat setia kepada rakan sejawat dan sekolahnya. Ini
bermakna mereka tidak boleh membelot dan menjatuhkan maruah sekolah. Mereka perlu
sentiasa mengutamakan kebajikan sekolahnya daripada sekolah-sekolah lain. Mereka
sebagai warga sekolah tersebut perlu menaikkan nama sekolah dengan memimpin pelajar
supaya cemerlang dalam apa-apa sahaja bidang samada pelajaran, persatuan dan kelab,
sukan dan permainan atau badan beruniform. Selain itu, sebagai seorang guru, mereka juga
perlu berani dalam menghadapi cabaran. Sekolah merupakan kawasan yang penuh dengan
cabaran hasil daripada globalisasi. Sifat keberanian ini dapat mengatasi pelbagai cabaran
yang sedang dihadapi oleh sekolah. Di samping itu, guru juga perlu berdikari dalam
organisasi sekolah. Mereka perlu mempunyai keupayaan yang tinggi dalam menjalankan
tugas tanpa bantuan pihak sekolah. Ini dapat meringankan bebanan sekolah.

Dalam sesebuah organisasi sekolah, terdapat banyak susun lapis pentadbiran maka
nilai kerjasama dan bertoleransi adalah paling diperlukan dan penting dalam mewujudkan
iklim sekolah yang aman dan damai. Guru perlu mempunyai kesanggupan dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diberikan dengan usaha yang baik dan membina secara
bersama dengan pihak sekolah. Tanpa kerjasama yang baik, segala perancangan yang
dibina oleh sekolah tidak akan dapat dicapai. Dalam nilai kerjasama, mereka adalah perlu
mengamalkan sikap saling tolong-menolong antara sekolah dan guru. Kedua-dua pihak ini
perlu bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan. Hasrat sekolah perlu dijadikan
sebagai hasrat guru juga. Dalam sesebuah organisasi yang besar, terdapat pelbagai
pendapat atau pandangan yang berbeza dalam aktiviti membuat keputusan. Di sini, nilai
toleransi adalah memainkan peranan utama. Samada guru atau pihak pentadbir atau
kakitangan sekolah, perlu bertolak ansur dan sabar dalam membuat sebarang keputusan.
Mereka perlu terbuka semasa mendengarkan cadangan mana-mana pihak dan saling
memahami supaya pertelingkahan dan salah faham dapat dielakkan. Dengan kedua-dua nilai
tersebut, nescaya keputusan yang dibuat adalah berkualiti serta dapat mencapai satu
kejayaan yang membangga sekolah serta guru-guru di bawah sekolah tersebut.
Guru juga perlu mengamalkan nilai fleksibiliti. Contohnya seseorang guru pendidikan
moral juga boleh mengajar mata pelajaran lain apabila kekurangan guru, seseorang guru
sanggup bergotong-royang membersihan kawasan sekolah, sanggup mengantikkan kelas
guru-guru lain yang tidak hadir, sanggup menjalankan tugas-tugas pejabat yang diaturkan
oleh pihak sekolah dan berbagai-bagai lagi. Ini bermakna bahawa guru hendaklah sedia
berubah pendiriannya demi kebaikkan semua warga sekolah. Ini juga telah menunjukkan
bahawa guru juga adalah seseorang yang rajin. Guru sentiasa berusaha dengan penuh
semangat ketekunan, kegigihan, dedikasi dan berdaya usaha. Sifat kerajinan akan
mendorong seseorang guru itu supaya sanggup melaksanakan apa-apa sahaja tugas yang
diamanahkan kepadanya tanpa banyak berkira.

Dalam hubungan guru dengan sekolah, terkandung juga hubungannya dengan rakan
sejawat yang lain. Guru perlu bertanggunjawab terhadap rakan sejawatnya seperti mana
yang telah tersenarai dalam Kod-kod Etika Perguruan. Guru perlu menjaga nama baik rakan
sejawatnya dengan tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh menjatuhkan
nama baik dan maruah seseorang guru serta pihak sekolah tesebut di hadapan pelajar atau
ibu bapa. Guru-guru yang berpengalaman juga perlu membantu rakan sejawat lain yang baru
terlibat dalam bidang ini. Mereka perlu bertindak sebagai mentor dan sedia menghulurkan
bantuan dan nasihat kepada guru-guru baru. Guru adalah bertanggunjawab dalam mengawal
diri mereka daripada mencemarkan nama baik rakan sejawat serta pihak sekolah. Akhir
sekali guru adalah bertanggunjawab untuk mengambil bahagiandan menjayakan apa-apa
sahaja pertubuhan yang telah ditubuhkan oleh pihak sekolah.
Akhir sekali yang akan ditinjau oleh kita ialah nilai-nilai murni guru dalam hubungannya
dengan masyarakat. Nilai murni yang pertama sekali dibincangkan adalah nilai
bertanggunjawab. Selain daridapa bertanggunjawab terhadap pelajar dan sekolah, guru juga
bertanggunjawab terhadap masyarakat yang didiaminya. Guru tidak patut menyebarkan
sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, sekolah dan juga masyarakat
serta negara. Ajaran-ajaran guru juga tidak boleh bertentangan dengan Rukun Negara
sebaliknya menanamkan nilai-nilai seperti keadilan, kesaksamaan ekonomi, demokrasi,
perpaduan Nasional, hormat-menghormati, kesetiaan kepada raja dan Negara, cintakan
Negara, kesopanan dan kesusilaan, kepercayaan kepada Tuhan, kedaulatan undang-undang
dan lain-lain lagi yang terkandung dalam Rukun Negara. Guru juga bertanggungjawab dalam
memupuk nilai-nilai yang baik dalam diri setiap pelajar supaya menjadi warga masyarakat
yang bermoral tinggi. Guru juga perlu menghormati amalan dan budaya masyarakat di mana
mereka sedang berkhidmat. Mereka boleh menyertai aktiviti kemasyarakat dengan
masyarakat sekeliling supaya hubungan silaturahim dapat dibina. Justeru itu, secara tidak
langsung, hubungan antara sekolah dan masyarakat juga terbina melalui guru sebagai
perantaraan.

Guru juga bertanggungjawab dalam mengalakkan kerjasama dan persefahaman di


antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan dan masyarakat. Contohnya ialah
penglibatan guru dalam Pertubuhan Ibu bapa dan Guru, PIBG. Hubungan seperti ini bukan
sahaja dapat membina kerjasama dan persefahaman antara sekolah dengan masyarakat
malahan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar itu sendiri.
Para ibu bapa boleh lebih mengenali sekolah di mana anak-anak mereka menuntut ilmu serta
bersama-sama pihak sekolah dalam membanteras masalah remaja masa kini. Guru juga
boleh memberi sumbangan dengan meningkatkan kehidupan bermoral kebudayaan dan
kecendekiawanan masyarakat. Guru boleh bekerjasama dengan masyarakat setempat dalam
mengadakan ceramah berbentuk peningkatan nilai moral dalam kalangan penghuni
masyarakat, mengadakan aktiviti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara pelajar
dan ibu bapa dan lain-lain lagi. Dalam perhubungan dengan masyarakat, seseorang guru itu
perlu bertingkah laku dan pertutur secara sopan yang dapat diterima oleh masyarakat.
Walaupun di luar daripada waktu persekolahan, guru juga perlu menjalankan kehidupan
seharian dengan baik demi untuk menjaga keprofesionalan perguruan.
Selain itu, guru perlu mengamalkan cara hidup yang sederhana. Kesederhana dalam
membuat keputusan, pertimbangan dan tindakan. Segala tindakan yang bakal dilakukan oleh
para guru tidak seharusnya mementingkan diri sendiri ataupun terlalu mengabaikan
kepentingan diri sehingga merosakkan diri sendiri. Tingkahlaku dan pertuturan guru
seharusnya bersopan dan tidak menyinggung perasaan serta menimbulkan kemarahan di
dalam kalangan masyarakat. Mereka perlu peka kepada amalan-amalan dan adab resam
masyarakat tempat mereka bertugas supaya tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh masyarakat. Dalam mengamalkan nilai kebebasan, kebebasan ini adalah
tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh agama,
masyarakat dan negara. Sebagai seorang guru yang dipandang mulia dalam masyarakat
adalah perlu untuk mereka mengamalkan nilai berhemah tinggi dalam perhubungannya
dengan masyarakat. Mereka perlu bersopan, berbudi perkerti, bertingkahlaku baik dan lemah
lembut semasa berhubung dengan masyarakat. Selain dapat menjaga nama baik dan
maruah individu, tingkahlaku berhemah tinggi turut menaikkan nama institusi sekolah serta
profesional perguruan.

Dalam aspek pemberian ganjaran atau hukuman, guru perlu mengamalkan


kesaksamaan hak. Guru perlu menunjukkan kepada masyarakat tentang prinsip keadilan dan
kesaksamaan. Dalam mendidik anak masyarakat, kelakuan-kelakuan yang baik perlulah
diberikan ganjaran atau pujian manakala kelakuan-kelakuan yang tidak baik pula perlu
memberikan hukuman yang setimbal tanpa mengira status sosial ekonomi. Kesaksamaan
hak juga dapat dilihat dalam situasi di mana seseorang guru dan seseorang ahli masyarakat
dalam mendapatkan perkhidmatan dan bantuan kerajaan. Contohnya dalam mendapatkan
rawatan di hospital kerajaan, seseorang guru dan ahli masyarakat yang lain adalah sama
haknya dan tiada kelebihan kepada mana-mana pihak kecuali yang telah ditawarkan dalam
perjanjian antara pihak kerajaan dengan kakitangan-kakitangan kerajaan untuk menjaga
kebajikan pekerjanya. Selain di sekolah, nilai kerjasama dan bertoleransi juga perlu dalam
peehubungan guru dengan masyarakat. Guru juga merupakan sebahagian daripada ahli
masyarakat maka mereka juga harus terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakat demi
pencapaian sesebuah masyarakat. Guru juga perlu sabar dan bertolak ansur dengan ahli
masyarakat bagi mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan di antara ahli
masyarakat.
Sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat, guru perlulah fleksibel dalam
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat setempat contohnya
seperti bergotong-royang, mengadakan kempen kitar semula, menjaga keselamatan
masyarakat jika tempat kediaman tersebut adalah tidak selamat dan sebagainya. Nilai
semangat bermasyarakat adalah penting dalam hubungan seseorang guru dengan
masyarakat sekitarnya. Guru perlu bersedia untuk melakukan sesuatu demi kebaikkan
bersama dalam mewujudkan sesebuah masyarakat yang harmoni. Mereka hendaklah
bermuafakat sesama ahli masyarakat serta mempunyai semangat kekitaan sebagai satu unit
masyarakat. Dalam hubungannya dengan kejiranan, mereka perlu mengamalkan amalan
hidup berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong serta saling berkerjasama bersama jiran.
Dalam memahami keperluan dan kepentingan masyarakat kita, terlebih dahulu kita perlulah
peka terhadap isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat kita. Contohnya kawasan
perumahan kita berlakunya kes-kes seperti pecah rumah, sebagai seorang guru mahupun
ahli masyarakat, perlulah tahu dan peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku di kawasan
sekitarnya. Jika menemui rumah jiran kita yang sedang dicerobohi oleh penyenayah, kita
perlulah membuat laporan kepada pihak polis dan memaklumkan kepada jiran-jiran lain untuk
berkerjasama dalam menghalau penyenayah tersebut.

Secara kesimpulannya, sebagai seorang guru yang baik hendaklah mengamalkan


konsep pemuafakatan dalam pendidikan. Konsep pemuafakatan ini merangkumi pihak-pihak
seperti guru, pelajar, ibu bapa, sekolah dan masyarakat. Antara yang jelas kelihatan adalah
melalui PIBG di sekolah-sekolah dalam mengatasi dan membincangkan tentang isu-isu
semasa yang berlaku di dalam sekolah, pencapaian dan masalah disiplin para pelajar dan
lain-lain lagi. Dengan adanya PIBG, bebanan pihak sekolah dan guru dapat diringankan
melalui sumbangan dan bantuan pihak ibu bapa. Segala kejayaan sekolah dapat dikongsi
bersama dengan masyarakat manakala segala masalah dapat diselesaikan dengan
kerjasama pelbagai pihak. Selain daripada PIBG, aktiviti-aktiviti berbentuk ko-kurikulum yang
dianjurkan oleh pihak sekolah juga menunjukkan konsep permuafakatan. Aktiviti-aktiviti
seperti ini bukan sahaja melibatkan pelajar, guru dan pihak sekolah malahan juga melibatkan
ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan
antara pelajar, ibu bapa, guru, sekolah dan juga masyarakat.
RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid (2004), Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan : Menghadapi Perubahan
dan Cabaran Alaf Baru, Penerbit Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur.

Amir Hasan Dawi (2009), Sekolah dan Masyarakat, Penerbit Prospecta Printers Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur.

Abd. Rahman Md. Aroff dan Chang Lee Hoon (1994), Pendidikan Moral : Dinamika Guru,
Penerbit Longman Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya.

Mok Soon Sang (1988), Pendidikan di Malaysia, Penerbit Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur.

N. Rajendran dan Ee Ah Meng (1994), Pendidikan Moral : Dinamika Guru, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

www.fp.utm.my/.../pdffail/.../MUNIRAHAP000318D2004TTP.pdf

www.tutor.com.my/lada/tourism/murni.htm

www.bloggurumalaysia.blogspot.com/.../senarai-nilai-nilai-murni.html

www.sarjana.tripod.com/nilai3.html

Anda mungkin juga menyukai