Anda di halaman 1dari 4

Kembali Ke Sekolah 12/31/10 9:05 AM

12 perkara penting untuk kembali ke sekolah.

1) Pastikan bersarapan setiap pagi.

2) Bangunkan anak lebih awal dari biasa agar mereka tidak kelam kabut,
tidak terlupa barang keperluan dan bersedia.

3) Tidur awal. Pastikan anak-anak dapat tidur yang cukup.

4) Pastikan mereka menyediakan semua keperluan sebelum tidur daju


sekolah, kasut, buku, beg, peralatan, setokin, kerja sekolah dll.

5) Anak-anak mesti dilatih untuk menyusun beg, meja dan bilik secara
teratur agar mudah mencari barang.

6) Puji anak, berikan dia dorongan dan keyakinan, bercakap secara


positif. Pastikan anak tahu anda sentiasa di sisinya apabila mereka
memerlukan anda.

7) Wujudkan waktu belajar harian. Pastikan kerja sekolahnya dibuat


setiap kali sahaja balik sekolah.

8) Semak kerja sekolah bersama.

9) Semak beg sekolah anak untuk pastikan apa-apa surat penting, kerja
sekolah, jadual waktu dsb.

10) Galakkan anak-anak makan snek yang berkhasiat, buah-buahan,


sayur dan minum banyak air.

11) Dorong anak untuk rajin bertanya. Ia merangsang minda yang aktif.

12) Anak yang kurang stress adalah anak yang riang. Anak-anak riang
akan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan cemerlang
dalam kokurukulum.
12/31/10 9:05 AM
12/31/10 9:05 AM