Anda di halaman 1dari 11

Nota Ekonomi Asas

Tuesday, April 17, 2007

Nota Ekonomi meliputi tajuk 2 (Ting 4) dan tajuk 7 (Ting 5) - Bagi Tatakerja 23
April hingga 26 April 2007

Tingkatan 4

PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

Definisi PBg : Pendapatan bersih yang boleh digunakan untuk membeli barang dan
perkhidmatan setelah ditolak potongan wajib

Komponen potongan terdiri dari CPP, KWSP, PERKESO, ZAKAT.

CUKAI PENDAPATAN PERSEORANGAN


Sumbangan wajib individu kepada kerajaan yang melebihi satu tahap yang
ditetapkan

KWSP, PERKESO
Caruman pekerja dalam bentuk kewangan kepada satu badan untuk kegunaan
masa depan

ZAKAT
Sumbangan wajib individu Islam kepada satu badan yang ditetapkan selepas cukup
‘haul’ dan ‘nisab’nya.

Secara rumus
PBg = PI – CPP – KWSP – Perkeso – Zakat

________________________________________________________

Sebab Potongan Dibuat


CUKAI PENDAPATAN PERSEORANGAN

 Membiayai perbelanjaan awam


 Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan

KWSP, PERKESO
 Kegunaan masa depan - hari tua
 Menambah modal untuk membeli rumah, komputer

ZAKAT
 Tuntutan agama – Satu daripada Rukun Islam
 Agihan sebahagian kekayaan kepada orang miskin

______________________________________________________

Pelepasan Jumlah

 Pelepasan diri dan tanggungan... RM 8 000


.........................................................RM 3 000 (Isteri)
.........................................................RM 5 000 (Cacat)
 Anak
--------------------------------RM 800 (tiada had)
........................................................RM 5 000 (cacat)
 Rawatan Ibu Bapa .......................RM 5 000
 Rawatan Penyakit Serius ...........RM 5 000
Peralatan Sokongan .....................RM 5 000
 Premium Anuiti............................ RM 5 000
 Pembelian Buku............................ RM 500

________________________________________________________

PENGIRAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA

Kaedah Mengira Cukai Pendapatan Perseorangan

Encik Abu ialah seorang doktor yang menerima pendapatan bulanan sebanyak RM
3 000. Isterinya tidak bekerja dan mempunyai 5 orang anak. Dia juga membayar
zakat sebanyak RM 200.
Kirakan cukai yang perlu dibayarnya?

Butiran

Pelepasan diri :........ RM 8 000


Isteri : .......................RM 3 000
Anak : ........................RM 800
KWSP : .....................11%(Pekerja) 12%(Majikan)

Pendapatan bercukai (RM)____________ Kadar(%)


Atas yang pertama 2 500 .....................................0
Atas yang berikut 2 500 .......................................1
Atas yang pertama 5 000
Atas yang berikut 15 000 ....................................3
Atas yang pertama 20 000
Atas yang berikut 15 000.................................... 7
Atas yang pertama 35 000
Atas yang berikut 15 000 ..................................13

_____Butiran __________________Jumlah (RM)

Pendapatan Tahunan ..............................................RM 36 000


Pelepasan
Diri............................................................ RM 8 000
Isteri .........................................................RM 3 000
Anak .........................................................RM 4 000

Caruman KWSP ........................................................RM 3 960

Pendapatan Bercukai ...............................................RM 17 040

Atas yang pertama 2 500 X 0% ...............RM 0


Atas yang berikut 2 500 X 1% .................RM 25.00
Atas yang berikut 12 040 X 3% ...............RM 361.20

Jumlah cukai ..............................................RM 386.20

Tolak Zakat ...............................................RM 200.00

Cukai Yang Dibayar ......................RM 186.20

PENDAPATAN BOLEH GUNA

PBg = PI – CPP – KWSP – Z


= RM 36 000 – 186.20 – 3960 – 200
= RM 31 653.38

_________________________________________________________

PENGGUNAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA

KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Keperluan asas – Barang yang diperlukan oleh individu untuk terus hidup
Contoh : Makanan, Pakaian, Rumah
Kehendak lain – Barang yang dapat meningkatkan keselesaan individu
Contoh : Kereta, Telefon Bimbit

BELANJAWAN PERIBADI

Definisi : Anggaran hasil pendapatan dan perbelanjaan individu dalam satu jangka
masa tertentu
Asas penyediaan belanjawan peribadi : Merancang perbelanjaan dan mengelak
pembaziran berasaskan pendapatan mereka.

Komponen Perbelanjaan meliputi :

BARANG TAHAN LAMA

Barang yang mempunyai jangka hayat penggunaan yang lama. Banyak melibatkan
barang kehendak. Contoh : Television, Kereta, Rumah

BARANG MUDAH ROSAK (TIDAK TAHAN LAMA)

Barang yang mempunyai jangka hayat penggunaan yang lama. Banyak melibatkan
barang keperluan. Contoh : Makanan, Pakaian, Akhbar

PERKHIDMATAN

Barang yang tidak boleh dipegang tetapi boleh dinikmati.


Contoh : Gunting Rambut, Perubatan, Pendidikan

KEPENTINGAN BELANJAWAN PERIBADI


Merancang supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan
Mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan harian individu
Menyimpan sebahagian wang untuk tujuan kecemasan
Menyimpan sebahagian daripada pendapatan wang untuk tujuan tabungan
Memastikan individu mempunyai pengurusan wang yang baik dan cekap

Butiran___________________Jumlah (RM)

PENDAPATAN
Gaji dan Elaun ......................................................1 000.00
Sewa .........................................................................200.00

Jumlah ..................................................................1 200.00

POTONGAN WAJIB
KWSP.................................................. 100.00
Cukai Pendapatan............................... 20.00_______________

Jumlah .................................................120.00_______________

JENIS PERBELANJAAN
Makanan ..............................................300.00
Telefon Talian Tetap ............................30.00
Air ............................................................10.00
Telefon Bimbit .......................................40.00
Pakaian ...................................................50.00
Pinjaman Kenderaan ..........................300.00
Pinjaman Perumahan......................... 200.00_______________
Jumlah ...................................................930.00_______________

Jumlah Perbelanjaan .........................1 050.00_______________

Baki ...................................................................................150.00
Tabungan di bank ...........................................................100.00
Baki di tangan ..................................................................50.00

________________________________________________________

PENYEDIAAN BELANJAWAN PERIBADI

KENALPASTI PUNCA PENDAPATAN DAN POTONGAN WAJIB


Emolumen, pendapatan produktif, bayaran pindahan

SENARAIKAN SEMUA JENIS PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN


Barang Tahan Lama, Mudah rosak, Perkhidmatan

SENARAIKAN BARANGAN MENGIKUT KEUTAMAAN


Keperluan dan kehendak

SEIMBANGKAN PERBELANJAAN DENGAN PENDAPATAN


i) Lebihan ii) Seimbang iii) Defisit

________________________________________________________

TABUNGAN, PINJAMAN DAN PELABURAN

DEFINISI TABUNGAN
Sejumlah atau sebahagian daripada pendapatan yang tidak digunakan

KONSEP TABUNGAN
Menangguhkan perbelanjaan sekarang untuk kegunaan masa depan. Tabungan
untuk pelbagai tujuan.

TUJUAN TABUNGAN

TUJUAN AWASAN
Menghadapi sakit, kecemasan, kematian, bencana

MEMBELI BARANG TAHAN LAMA


Individu yang ingin membeli barang yang mahal
Pembelian tunai yang lebih menguntungkan

TUJUAN PELABURAN
Menggunakan tabungan untuk pelaburan – membeli mesin, bangunan dsb
Pinjaman tidak membebankan pengeluar
JAMINAN MASA DEPAN
Kegunaan masa tua, susah dsb
Melanjutkan pelajaran
Membiayai diri (perkahwinan)

TUJUAN LAIN
Orang Islam : Menunaikan fardhu haji ke Makkah
Melancong ke destinasi tertentu

MENDAPATKAN FAEDAH ATAU DIVIDEN


Tabungan boleh menambahkan lagi punca kewangan seseorang individu

________________________________________________________

DEFINISI PINJAMAN

Sejumlah wang yang diterima daripada punca kewangan tertentu dan perlu dibayar
semula pokok(prinsipal) berserta dengan faedahnya

Konsep pinjaman : Pinjaman merupakan aktiviti sebalik aktiviti tabungan.Pinjaman


ialah aktiviti menggunakan lebih banyak barang kini dan menangguhkan pada masa
depan

TUJUAN PINJAMAN

PERBELANJAAN KECEMASAN
Menampung kekurangan masa kini akibat masalah kecemasan
Pinjaman daripada keluarga

MENIKMATI BARANG PADA MASA KINI


Pembelian barang berharga seperti rumah boleh dibuat masa kini
Menambah modal perniagaan dan meningkatkan produktiviti

MEMULAKAN PERNIAGAAN
Modal merupakan elemen utama dalam memulakan perniagaan
Menampung kekurangan perbelanjaan suatu perniagaan

MENAMBAH MODAL
Menambah keperluan modal dalam perniagaan

MELANJUTKAN PELAJARAN
Melanjutkan perbelanjaan di peringkat lebih tinggi
Kos pengajian yang semakin meningkat

________________________________________________________
DEFINISI PELABURAN

Sejumlah wang yang digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan untuk
menghasilkan lebih banyak barang dan perkhidmatan

Pembelian barang tahan lama untuk memperoleh keuntungan pada masa akan
datang

Pembelian saham atau unit amanah tidak dikira sebagai pelaburan – lebih berbentuk
tabungan

TUJUAN PELABURAN

MENDAPATKAN KEUNTUNGAN
Pulangan kepada pelaburan ialah keuntungan
Pulangan pelaburan tidak tetap seperti tabungan

MENGGANTI BARANG MODAL


Barang modal akan menjadi haus dan mengalami susut nilai
Penggantian akan meningkatkan daya produktiviti

MENJANA EKONOMI
Konsep pengganda – Setiap unit wang menggandakan pulangan
Kemajuan ekonomi boleh dinikmati kesan daripada pelaburan

JENIS / BENTUK PELABURAN


-Stok dan Inventori
-Mesin dan Jentera
-Bangunan
-Pembinaan

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tingkatan 5

EKONOMI MALAYSIA : STRUKTUR EKONOMI NEGARA

SEKTOR EKONOMI
Dalam sesebuah negara, sektor ekonomi meliputi :
Sektor Utama (Pertama) – Aktiviti ekstraktif
Sektor Kedua – Aktiviti Pemprosesan
Sektor Ketiga – Aktiviti Perkhidmatan

Pertama
Pertanian, Penternakan, Perikanan,
Perlombongan dan Kuari
Kedua
Perkilangan, Pembuatan, Pembinaan

Ketiga
Pendidikan, Kesihatan,Perbekalan Air,Letrik
dan Gas, Perhotelan, Pengangkutan

SEKTOR UTAMA
Biasanya di sebut juga sebagai Sektor Pertama
Menjalankan aktiviti ekstraktif – Aktiviti mengeluarkan barang daripada alam
semulajadi
Penyumbang utama kepada KDNK sehingga kini (peratus sumbangan semakin
berkurang)
Peluang pekerjaan khususnya penduduk luar bandar

Pertanian

Kelapa Sawit ,Getah, Lada Hitam, Koko. Pengeluaran untuk industri seperti tayar

Perlombongan dan Kuari

Petroleum, gas asli, bijih timah, besi, bauksait. Penyumbang semakin penting –
petroleum & gas

Penternakan

Lembu, kambing, ayam, khinzir

Perikanan

Pantai dalam, persisiran pantai,air tawar

Perhutanan

Pembalakan. Kayu untuk kegunaan sektor kedua

SEKTOR KEDUA
Juga di sebut sebagai Sektor Sekunder
Menjalankan aktiviti pemprosesan – Aktiviti menukarkan barang daripada bahan
mentah kepada barang separa siap atau barang akhir
Penting kepada KDNK mulai tahun 1970-an (Dasar Perindustrian Negara)
Peluang pekerjaan besar kerana insentif buruh

Perkilangan
Industri Berat, Industri Sederhana, Industri Ringan

Pembinaan
Rumah kediaman, kedai, kilang, ruang pejabat
Pembuatan
Indusri desa - kraftangan, makanan berasakan bahan pertanian

DASAR BERKAITAN SEKTOR KEDUA

Pelan Induk Perindustrian


-Dasar Perindustrian Negara
-Dasar Persyarikatan
-Dasar Penswastaan
-Dasar Perindustrian Berat

Ke arah Negara Perindustrian Baru (NIC)


-HICOM : Kereta Nasional
-Perwaja Steel : Industri Keluli
-Petronas, Petronas Dagangan, Petronas Gas, Petronas Penapisan
-MEC : Pengeluaran perlatan elektrik

Galakan & Program


-Taraf Perintis
-Elaun Cukai Pelaburan
-Infrastruktur
-MSC : Korridor Raya Multimedia

SEKTOR KETIGA
Juga di sebut sebagai Sektor Tertier
Menjalankan aktiviti perkhidmatan – Aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan
kepada pengguna akhir
Society of Services : Pentingkan perkhidmatan
Mewujudkan peluang pekerjaan dalam kaedah baru
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara

Perkhidmatan Pengeluaran

Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan Lain

________________________________________________________

MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA


Di Malaysia, masalah pergantungan ekonomi akan mempengaruhi :

KETIDAKSTABILAN HARGA
Harga komoditi utama mengalami turun naik yang hebat. Oleh itu Pendapatan
Negara juga tidak stabil.

PENDAPATAN PEKERJA TERJEJAS


Harga komoditi utama yang tidak stabil menyebabkan peluang pekerjaan terjejas. Ini
akan menjejaskan pendapatan pekerja

KEUPAYAAN MENYERAP BURUH RENDAH


Berlaku pengangguran bermusim kerana keupayaan menyerap buruh terhad.

TINGKAT GUNATENAGA BERKURANG


Kemelesetan ekonomi berlaku akibat harga yang tidak stabil.Kesannya, tingkat
gunatenaga akan jatuh.

KEPUPUSAN SUMBER
Komoditi utama yang semakin pupus/haus. Kekurangan sumber mengurangkan
aktiviti sektor.

PEMBANGUNAN TAK SEIMBANG


Pembangunan yang tak seimbang dan lembab menyebabkan negara terpaksa
mengimport hasil sektor dari luar negara.

MERUGIKAN IMBANGAN DAGANGAN


Jumlah nilai eksport sektor utama lebih rendah. Ini merugikan imbangan dagangan
kerana indeks harga eksport lebih rendah daripada indeks harga import

_______________________________________________________

FAKTOR PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI


4 faktor yang mempengaruhi perubahan dalam struktur ekonomi negara (merujuk
kepada mengapa kerajaan bertindak ke arah menjalankan aktiviti ekonomi lain) :

MEMPELBAGAIKAN EKONOMI
Tidak terlalu bergantung kepada sektor utama. Langkah diambil untuk membentuk
dasar yang akan mempelbagaikan corak keluaran dalam ekonomi. Penegasan pada
mulanya kepada sekotr perindustrian kemudian diikuti oleh sekot perkhidmatan

KEHAUSAN SUMBER ASLI


Kepupusan sumber asli seperti bijih timah, hasil hutan, petroleum dsb.
Penggantungan yang lama akan menjejaskan ekonomi. Hasil berkurangan,
pendapatan negara jatuh.

INDUSTRI PENGGANTIAN IMPORT


Galakan pengwujudan industri penggantian import akan mengurangkan aktiviti
mengimport negara. Oleh itu imbangan dagangan dapat dibaiki.

PENINGKATAN PENDAPATAN PENDUDUK DAN TARAF HIDUP


Kepelbagaian sektor akan menjana pendapatan kepada rakyat. Kuasa beli rakyat
meningkat dan menjurus kepada peningkatan taraf hidup.

_________________________________________________________

KESAN PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI


PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI AKAN MENYEBABKAN:

PENINGKATAN PELABURAN ASING


Pelaburan asing meningkat, peluang pekerjaan bertambah

PERKEMBANGAN SEKTOR PERINDUSTRIAN


Kepesatan sektor ini akibat daripada kemasukan teknologi baru

PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN


Pemingkatan pekerja/penduduk memerlukan banyak jenis perkhidmatan

PENDAPATAN NEGARA MENINGKAT


Peluang pekerjaan bertambah, pendapatan negara meningkat, taraf hidup semakin
baik

_________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai