Anda di halaman 1dari 9

Halimah Ahmad dilahirkan di Seberang Perai Pulau Pinang.

Beliau
mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Jaya ,
kemudian meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Datok Hj
Ahmad Badawi , Kepala Batas sehingga ke tingkatan 3. Selepas itu beliau
meneruskan pendidikan menengah tingkatan 4 dan 5 di MRSM Balik Pulau.
Pada tahun 1995 beliau meneruskan pengajian pada peringkat sarjana muda di
Universiti Kebangsaan Malaysia di fakulti Teknologi Maklumat mengkhusus
dalam bidang Perkomputeran Industri. Sekarang beliau sedang berkhidmat
sebagai guru Sains Komputer di MRSM Pengkalan Hulu.

PENGGUNAAN PIVOT TABLE DI DALAM


MENGANALISIS DATA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Oleh Halimah Ahmad

1. Pengenalan

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh para guru di sekolah untuk
menganalisis keputusan peperiksaan. Pada kebiasaanya para guru
menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menganalisis data keputusan
peperiksaan. Ini adalah kerana perisiaan Excel dapat melaksanakan proses
analisis data dengan mudah dan hasil layout yang akan di cetak dapat di buat
dengan kemas mengikut kemahuan pengguna. Para guru selalunya
menggunakan function yang yang telah sedia ada di dalam perisian Excel
contohnya seperti Sum, Min, Max, Average,Countif,If dan beberapa function
lagi. Namun begitu terdapat 1 lagi kaedah yang lebih mudah untuk
menganalisis data keputusan peperiksaan yang dinamakan Pivot Table.

2. Pivot Table.

Apakah dia pivot table di dalam Excel?

Pivot table merupakan satu jadual yang mengandungi ringkasan maklumat


mengenai suatu julat data. Pivot table juga menrupakan jadual interactive
worksheet yang dapat membantu pengguna meringkas, menyusun ,
1
menganalisis dan membanding sejumlah data yang banyak tanpa
memerlukan pengguna membina formula yang complex di dalam Excel.

Jadual yang dihasilkan oleh kemudahan pivot table merupakan satu jadual
yang interaktif yang mengandungi filter bagi faktor yang ditetapkan.

Kenapa di panggil Pivot Table ?

Pivot table di namakan pivot kerana ia membenarkan pengguna dengan


mudah mengulang tajuk baris dan lajur untuk menganalisis data dengan cara
yang berbeza (Pivot tables are named "pivot" tables because they allow you
to easily rotate row and column headings used in the pivot table to analyze
the data in different ways ). Pivot table merupakan jadual interaktif di mana ia
membenarkan pengguna menggunakan kaedah drag and drop untuk
menghasilkan maklumat yang bermakna dan berguna. dengan menggunakan
kaedah ini pengguna dapat terus melihat perubahan yang berlaku pada hasil
analisis.

3. Penghasilan pivot table dari data keputusan peperiksaan.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk membina pivot table.

2
I. Sediakan data dalam bentuk Excel Worksheet yang mengandungi
data keputusan peperiksaan mengikut row dan coloumn. Contohnya

seperti data di bawah :

II. Pilih semua data pada worksheet klik pada menu insert dan pilih pivot
table.

III. Satu dialog box akan di paparkan seperti di bawah dan klik ok.

3
IV. Skrin seperti berikut akan dipaparkan.
V.

selepas skrin berikut dipaparkan maka pengguna boleh memulakan proses


menganalisis data mengikut keperluan pengguna.

4. Mengalisis data menggunakan pivot table.

Contoh 1 : Berdasarkan data, anda hendak menganalisis bilangan pelajar


mengikut jantina dan kelas.

a. Insert pivot table menggunakan kaedah diatas.


b. Apabila skrin pivot table dipaparkan seperti di bawah pengguna perlu
drag field ke bahagian row labels,colomn label atau values.

4
c. Contohnya untuk mengira bilangan pelajar mengikut jantina dan kelas
field yang perlu di drag adalah seperti rajah di bawah.

d. Anda akan dapati bahawa apabila field telah selesai di letakkan di


bahagian rows label,coloumn label dan value hasil dapat di paparkan
terus pada bahagian pivot table tanpa perlu memasukkan function
untuk mengira bilangan pelajar mengikut jantina dan kelas.

Contoh 2 : berdasarkan data anda hendak menganaslisis pencapaian subjek


Matematik mengikut kelas berdasarkan gred.

5
a. Berikut adalah field yang perlu di letakkan pada bahagian row, column
dan value pada ruang pivot table field list.

Contoh 3 : Mencari Purata Markah subjek Matematik mengikut kelas.

a. Berikut adalah field yang perlu di letakkan pada bahagian row, column
dan value pada ruang pivot table field list.

6
5. Kebaikan Pivot Table dalam menganalisis data.
I. Melalui penggunaan pivot table pengguna dapat menganslisis data
yang banyak dengan mudah tanpa memerlukan penggunaan formula
yang rumit.
II. Pivot table adalah interaktif dimana pengguna dengan mudah dapat
menyusun, memindah, menambah dan memadam field yang tersilap
atau tak diperlukan untuk proses analisis.
III. Pivot table adalah dinamik dimana hasil analisis dapat di lihat dengan
serta merta setiap kali terdapat perubahan pada field yang di letakkan.

7
IV. Analisis pivot table lebih mudah di kemaskini apabila berlaku
perubahan data.
V. Pengguna boleh melihat hasil analisis data dengan hanya
menggunakan kaedah drag and drop the field.

6. Kelemahan pivot table dalam menganalisis data


I. Pengguna tidak boleh terus memaparkan nilai peratus dari data yang
di analisis. Pengguna terpaksa menggunakan kaedah get pivot data di
worksheet yang lain untuk memaparkan nilai peratus data.
II. Pengiraan yang dapat di buat oleh pivot table hanyalah sedikit, dimana
ia hanya mampu memaparkan jumlah, nilai maksimun, nilai minimum,
bilangan , sisihan piawai dan beberapa function sahaja.

7. Penutup

Secara keseluruhannya penggunaan pivot table di dalam menganalisis


data keputusan peperiksaan pelajar banyak membantu memudahkan kerja-
kerja menganlisis data yang rumit. Dengan menggunakan pivot table
pengguna tidak perlu lagi menggunakan formula yang kompleks dan
merumitkan. Melalui penggunaan pivot table kesilapan menganalisis data
dapat dielakkan kerana pada setiap analisis yang dibuat pengguna boleh
membuat penyemakan data kembali. Oleh itu tidak rugi jika sekiranya kita
mempelajari perkara baru yang telah disediakan oleh perisian Excel ini.

Rujukan

i. Buku

Jamalluddin Harun & Zaidatun Tasir , Menguasai Perisian Hamparan elektronik :


Microsoft Excel,Johor, Venton Publishing.

_________ , Excel Pivot tables, Fundamentals ,


http://www.ozgrid.com/Excel/excel-pivot-tables.htm , 8 Julai 2010.

8
_________ , Excel Pivot tables Field Setting
http://www.contextures.com/xlPivot05.html ,8 Julai 2010

___________ , Microsoft Excel Pivot tables ,


http://etl-tools.info/en/bi/excel_pivot_tables.htm , 8 Julai 2010

Kemaskini pada 14 Julai 2010

Anda mungkin juga menyukai