Anda di halaman 1dari 13

TARIAN MELAYU

MAK YONG

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk
hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan
kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian
dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman
kegemilangan kesultanan Melayu

KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para
penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan
perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung

ZAPIN

Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara
dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang
diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan
dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai
sejarah tamadun Islam.

TARIAN LILIN

Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di
dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri
yang penuh dengan kelembutan

TARIAN GAMELAN

Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-
17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan
Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera
kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah
yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di
perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di
Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal
Abidin dari Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita
boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa
boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah
sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya
dalam kebanyakan kostum tarian Melayu

JOGET

Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah,
dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan
penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari
tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan
rempah di situ.

TARIAN ULIK MAYANG


Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian
Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan
oleh 10 hingga 15 orang penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu
musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya
tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta
digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan
berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari
yang memegang mayang tidak sedarkan diri.

Tarian Singa

Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru
Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan.
Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang
Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan
mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian naga
adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu
Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang
tepat diantara penari-penarinya.
Tarian Naga

Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa,


kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina.
Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan
dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini
selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan persembahan
yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat.

India Bharata Natyam

Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang
dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan
memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian
ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-
kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.
Bhangra

Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya


Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya
memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis
perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan
tema-tema romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo,
iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat
menghiburkan.

Sabah & Sarawak

Ngajat

Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.
Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada
masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang
paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.
Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang
persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan
memegang sebuah perisai panjang yang berukir.
Datun Julud

Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di


Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong
bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian
ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut
kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang
menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape
dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan
anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan
sayap burung suci tersebut.

Sumazau

Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan


sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan
sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar
roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan
mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang
perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang.
Tarian Buluh

Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan,
menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras
buku lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak
yang pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-
dua batang buluh tersebut tanpa tersepit.

Orang Asli

Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan


kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang
dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian
Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh
kaum Semai dan Temiar.
ALAT MUZIK KEBANGGAAN KITA
CAK LEMPONG

Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang tergolong dalam
keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan
menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk
menerangkankan jenis ensemblenya. Cak Lempong mula berkembang di
kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan.
Cak Lempong biasanya dimainkan bersama iringan alat-alat muzik lain seperti
Seruling Buluh, Salung, Rebana dan Gong bagi mengiringi Pencak Silat, Tarian
Lilin, Randai dan Tarian Inai serta lagu-lagu bunyi-bunyian dan juga nyanyian.
GAMELAN

Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad


Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik
gamelan dan diikui oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu
Tengku Meriam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman dan telah membawa
gamelan ke Terengganu. Muzik ini dimainkan dalam majlis formal dan tidak
formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri
daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai
enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan,
Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II,
Gambang serta Kenong.

REBAB

Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali
daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan
berongga di bahagian dalam. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong
sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan
kini digunakan tali tangsi. Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk
bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal
ketegangan tali-tali penggesek. Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong,
Peteri dan Selampit di Kelantan.

GAMBUS

Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir


separuh bulat. Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian,
pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin
di Johor. Dipetik bagaimana cara bermain guitar.

SAPEH

Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan


berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan
sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta
diwarnakan samada merah atau hitam. Alat ini popular di kalangan kaum
Kenyah dan Kelabit di Sarawak. Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan
jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali
pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.  

SUNDATANG

Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua
atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon. Di Tambunan ianya dimainkan
untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga untuk
hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara. Ia
dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan
memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.

SITAR

Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk
memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang
berbentuk bujur seakan sebelah buah pear. Dimainkan dalam kumpulan
instrumental kecil atau sebagai alat solo. Diletak melentang dan dipetik dengan
jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada
berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan
melodi.

Anda mungkin juga menyukai