Anda di halaman 1dari 20

SKEMA

ALA UPSR 2002


Bongkah kayu Permukaan kaca

Permukaan kayu Bongkah kayu


1. Rajah 1 menunjukkan
penyiasatan yang dijalankan ke
atas satu bongkah kayu yang
ditolak di atas jenis permukaan
meja yang berbeza.
(a) Berikan inferens tentang perbezaan
jarak yang dilalui oleh bongkah kayu
pada permukaan kayu berbanding
pada permukaan kaca.

Permukaan kaca lebih licin daripada


permukaan kayu / Permukaan kaca
kurang daya geseran berbanding
permukaan kayu.
(b) Tuliskan satu tujuan yang boleh dibuat dalam
penyiasatan itu.

Menyiasat hubungan antara jenis permukaan


dengan jarak yang dilalui oleh bongkah kayu.

(c) Nyatakan pemboleh ubah yang perlu


dimalarkan dalam penyiasatan itu.

Saiz bongkah
(d) Tuliskan satu hipotesis berdasarkan
tujuan penyiasatan kamu di (b).

Semakin bertambah licin jenis


permukaan semakin bertambah jauh
jarak yang dilalui oleh bongkah.
2. Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen
menyiasat kesan pemanasan arus
elektrik. Bacaan suhu diambil selepas
setengah jam. Eksperimen ini diulang
beberapa kali dengan menambahkan
isipadu air.
Keputusan penyiasatan
dicatatkan dalam Jadual 1.

Isipadu air / ml 10 30 50 70 90

Suhu / ˚C 40 38 36 34 32
(a) Ramalkan bacaan suhu air sekiranya 60 ml
air digunakan?
35°C

(b) Nyatakan dua pemboleh ubah yang perlu


dikenal pasti dalam penyiasatan itu?

i) Isipadu air
ii) Suhu air
(c) Tuliskan satu tujuan yang boleh dibuat
dalam penyiasatan itu.

Untuk menyiasat hubungan di antara


isipadu air dengan suhu air.

(d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat untuk


penyiasatan itu berdasarkan maklumat dalam
jadual 1?

Semakin bertambah isipadu air semakin


rendah suhu air.
Tumbuhan Tumbuhan
pasu A pasu B

Jenis pokok Keembung Keembung


Tempat letak Padang Padang
Tinggi 20 cm 20 cm
Disiram air Tidak Ya

Keputusan Layu Segar


selepas empat hari

Jadual 2
3. Jadual 2 menunjukkan catatan pemerhatian ke
atas dua batang pokok keembung selepas
empat hari.
(a) Berikan satu inferens untuk tumbuhan
pasu A berdasarkan pemerhatian dalam
Jadual 2.

Tumbuhan pasu A layu kerana tidak


mendapat air yang mencukupi.
(b) Nyatakan satu pemerhatian lain yang
boleh dibuat untuk menyokong inferens
kamu di (a).

Daun tumbuhan A luruh.


Tempoh sesuatu tumbuhan itu tidak
disiram memberi kesan kepada mutu
buah yang dihasilkan.

(c) Tuliskan satu hipotesis yang boleh


dibuat berdasarkan pernyataan di atas.

Semakin lama tempoh sesuatu


tumbuhan itu tidak disiram semakin
rendah mutu buah yang dihasilkan.
Objek Jarak dari sumber Ketinggian bayang-
cahaya / cm bayang / cm

J 10 25
K 20 20
L 30 15
M 40 10
N 50 5
4. Jadual 3 menunjukkan jarak objek J, K, L, M
dan N dari sumber cahaya serta ketinggian
bayang-bayang yang terhasil.
Kelima-lima objek ini mempunyai ketinggian
yang sama.
(a) Bandingkan jarak objek J dan L dari
sumber cahaya.

J lebih dekat dari sumber cahaya berbanding L.


(b) Nyatakan corak ketinggian bayang-
bayang objek J, K, L, M dan N.
Menurun

(c) Apakah hubungan antara jarak objek dari


sumber cahaya dengan ketinggian
bayang-bayang yang terhasil?

Semakin bertambah jarak objek dari


sumber cahaya semakin berkurang
ketinggian bayang-bayang.
(d) Satu objek yang lain yang ditambah
dalam eksperimen ini menghasilkan
bayang-bayang setinggi 22.5 cm.
Berdasarkan Jadual 3, ramalkan
kedudukan objek tersebut.

15 cm
Ali telah menyuluh sepasang kaca matanya dengan
sebuah lampu suluh. Dia mendapati bayang-bayang
bingkai kaca matanya terbentuk di dinding tetapi tiada
bayang-bayang bahagian kacanya.

(e) Nyatakan dua inferens yang boleh


dibuat berdasarkan pernyataan di atas.

1. Cahaya tidak dapat menembusi bingkai


kaca mata.
2. Cahaya dapat menembusi kaca.

Anda mungkin juga menyukai