Jestin Lim Kong Fei, Kampung Damai, No 28, Jalan Dam, 91111, Lahad Datu, Sabah.

Pengarah, Sumber Manusia Jabatan Pertanian Daerah Daerah Lahad Datu 91111, Sabah. Tuan/Puan, PERMOHONAN JAWATAN KOSONG Perkara di atas dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan kosong di organisasi tuan/puan. 2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan lepasan STPM tahun 2006. Buat masa ini, saya membantu keluarga saya menguruskan kebun. Saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap yang dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi keluarga saya. Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Bersama dengan permohonan ini saya sertakan resume saya sebagai rujukan pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai. Sekian, terima kasih.

22 November 2010

Yang benar.

...................................... JESTIN LIM KONG FEI

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful