Anda di halaman 1dari 14

Kemahiran Membaca

1.0 Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui


pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak
dapat ditempuhinya melalui pengalaman – pengalaman biasa yang lain.
Pembacaan membawa seseorang itu kea lam imaginasi, di luar daripada situasi
kehidupan yang dilaluinya sehari – hari. Pembacaan juga boleh membuka dan
memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.

Oleh itu kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam – dalamnya kepada murid –
murid sejak awal – awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan
sebaik - baiknya

Semenjak kebelakangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang


di atas masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang
belum lagi dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah
dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek
yang dijalankan sekarang ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis
( KIA2M ) yang dikhas bagi murid – murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid –
murid Tahu 6 yang masih lagi belum dapat menguasai kemahiran asas
membaca. Dalam tugasan saya kali ini kita akan membincangkan tentang
masalah Kemahiran Membaca dikalangan murid – murid di sekolah rendah.

2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

2.0.1 Pengertian Dan Tujuan

Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang –


lambang itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau
tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu
bukan sahaja boleh mengenal dan menyebut lambang – lambang bertulis tetapi
juga dia mesti mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya.

Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah satu proses yang mengubahkan


simbol – simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep – konsep intelektual dan proses
ini memerlukan daya mental.

Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah


huruf – huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan
ayat – ayat kepada bunyi – bunyi yang mempunyai makna.

Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami


pola – pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis .

Daripada definisi – definisi dan tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui
bahawa membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah
gabungan beberapa proses yang kompleks. Membaca mengabungkan beberapa
kemahiran , iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif ( untuk
mengenal dan membezakan bentuk – bentuk huruf ), kemahiran mengingat,
mendengar dan membezakan bunyi – bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut
bunyi – bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula
memindahkan lambang – lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat
( otak ) untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya. Tegasnya
membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran kognatif dan
mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca dia mestilah mempunyai
kemahiran – kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini boleh kita klasifikasikan
pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah.

Apakah tujuan kemahiran membaca ? Pada amnya tujuan kemahiran membaca


ini adalah untuk membolehkan murid – murid mengenal huruf – huruf, menyebut
nama dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan – perkataan yang dibentuk
melalui jalinan huruf – huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam
pertuturan. Secara tidak langsungnya membolehkan murid – murid membina
kebiasaan menutur ayat – ayat yang gramatis sebangaimana dalam bahan
bacaan yang dibaca oleh mereka.Juseru itu ianya dapat menambah ilmu
pengetahuan disamping dapat memudahkan mereka untuk meyelesaikan
masalah – masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri ataupun
masyarakat amnya. Dengan itu juga membolehkan mereka mengerti an
memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekelilingnya.

2.0.2 Masalah Kemahiran Membaca Yang Dikenal Pasti.

Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada


keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca.
Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan
membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana
bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang
ketara dalam penguasaan penulisan dan pengiraan.

Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada


di sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti
masalah disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan
hingga selepas alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada
kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial.

Mesyuarat memperkasakan Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 telah


melaporkan tentang masalah kegagalan murid untuk menguasai kemahiran asas
membaca. Pada masa kini masih ramai lagi kalangan pelajar kita yang belum
lagi dapat menguasai kemahiran membaca ini. Ini jelas terbukti pada masa kini
pihak Kementerian mengambil langkah yang derastik untuk mengatasi masalah
ini salah satu projek yang dijalankan oleh pihak Kementerian ialah Kelas Intensif
Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid – murid Tahun
1.Ini disebab laporan mengenai ramai dikalangan murid sekolah rendah yang
menyambung pelajaran mereka ke sekolah menengah masih belum lagi
menguasai kemahiran membaca ini. Hasil kajian mendapati masalah ini
berpunca daripada :

• Keupayaan berfikir yang rendah.

• Tidak dapat memberi tumpuan yang lama.

• Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata.

• Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.

• Terdapat segelintir bilangan pelajar belum dapat mengenal dan membunyikan


huruf.

• Tidak dapat melihat perbezaaan di antara perkataan dan gambar – gambar.

• Murid belum dapat membezakan antara huruf dam himpunan huruf – huruf
( perkataan ).

• Kemungkinan seseorang murid tersebut mempunyai kelemahan dari segi


pendengaran.

• Masalah pertuturan, berkemungkinan seseorang murid itu pelat, gagap atau


menghadapi kekurangan dalam sistem artikulasinya. Seseorang murid yang
mempunyai masalah ini, tidak boleh menyebut atau membaca dengan betul

• Berkemungkinan terdapat murid tidak mempunyai kesedaran bahawa huruf –


huruf itu boleh dibunyikan dan sesuatu perkataan terdiri daripada gabungan
beberapa huruf atau bunyi.

• Kebolehan mental murid – murid itu secara am, misalnya kebolehan dia
mengingat sesuatu dan boleh menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu.
2.0.3 Implikasi Masalah Bacaan Terhadap Pelajar

Menurut Kamus Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka implikasi membawa


maksud kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~
perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi
mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap
skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi.

Menurut laporan di akhir tahun – tahun 70an terdapat ramai murid sekolah
rendah terutamanya yang tinggal diluar bandar yang tidak boleh membaca atau
tidak cekap membaca atau cekap membaca bahasa mereka sendiri ( bahasa
Malaysia ). Masalah sebegini banyak memberi implikasi terhadap murid itu
sendiri dan juga negara. Di antara implikasinya ialah :

• Negara kita akan mempunyai ramai orang yang buta huruf, justeru negara kita
akan menjadi negara yang mundur di dunia ini.

• Maka akan wujud sekelompok manusia yang tidak mempunyai ilmu


pengetahuan.

• Masalah seterusnya ialah seseorang murid itu sukar untuk bergaul dalam
masyarakat.

• Kepincangan masyarakat jelas terbukti kerana masyarakat terutamanya


terhadap pelajar tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya
sesuatu perkara.

• Negara kita tidak dapat melahirkan masyarakat yang berkeliber, justeru itu kita
tidak dapat dipimpin oleh ketua negara yang berpendidikan.

• Impak yang ketara sekali ialah wujudnya keciciran pelajar kerana pelajar tidak
berminat untuk belajar.
• Seseorang pelajar itu akan berasa rendah diri seandainya seseorang murid itu
tidak dapat menguasai kemahiran membaca.

• Murid tidak dapat membina sikap yang baik dan tidak mempunyai cita – cita
dan fikiran yang ‘’ terbuka ‘’ dan ‘’ positif ‘’ .

• Seseorang murid itu tidak akan dapat memperolehi kemahiran ilmu


pengetahuan yang yang tinggi.

• Seseorang pelajar itu tidak akan mempunyai kebolehan menilai, mengulas dan
mengkritik apa yang dibaca dengan saksama.

• Sukar bagi seseorang murid itu untuk menyelesaikan masalah – masalah


seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri dan masyarakat.

1.0 Aktiviti Bacaan

1.1 Kemahiran Membaca Secara Mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan kuat dan yang dipentingkan ialah sebutan huruf
– huruf dan bunyi – bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan
tekanan yang betul. Isi bahan bacaan biasanya terdiri daripada perkara –
perkara yang mudah, yang tidak memberatkan fikiran.

Lou E. Burmeister (1978), seorang pakar pendidikan bahasa Universiti Texas di


El Paso, dalam Improving Speed of Comprehension in Reading menghuraikan
tentang Aspek Mekanis Membaca dengan melontarkan beberapa pertanyaan.
Bagaimana mata seseorang bergerak ketika mereka membaca? Apakah mata
tersebut bergerak dengan lembut, seperti ketika mengawasi seekor burung yang
sedang terbang atau menyaksikan pesawat terbang yang sedang mendarat?
Atau apakah mata bergerak, berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi dan
berhenti lagi? Salah satu metodologi yang digunakan untuk meneliti pergerakan
mata, yang menurut pengasasnya dapat dilakukan oleh siapa saja dan bilaa –
bila masa dalam kelas pengajaran bahasa, adalah dengan meminta salah
seorang memperhatikan mata seseorang ketika dia sedang membaca. Apakah
mata si pembaca bergerak dengan lembut? Jika mata tersebut bergerak dengan
lembut, maka dapat dipastikan bahawa dia tidak sedang membaca, kata Lou E.
Burmeister.

Lebih jauh pakar pendidikan ini mengatakan bahawa dalam kenyataannya, tentu
saja berdasarkan hasil penelitiannya selama bertahun-tahun, kata (atau kata-
kata) hanya dapat dibaca apabila mata tidak bergerak. Hanya apabila mata
berhenti bergerak, atau terpusat pada satu bahagian dari kata, pada satu kata,
atau pada satu frasa, maka barulah si pembaca mendapatkan apa yang
dinamakan citra visual. Berikutnya, jika memang dikehendaki mata akan
bergerak untuk kemudian berhenti lagi jika si pembaca ingin mendapatkan citra
visual yang lain. Atau dengan kata lain, dalam membaca mata seorang pembaca
haruslah berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi, dan seterusnya, jika dia
menginginkan memahami apa yang dibacanya.

1.2 Kemahiran Membaca Secara Akaliah

Bacaan akaliah adalah bacaan secara senyap. Aspek – aspek sebutan, nada,
tekanan dan intonasi tidak diberatkan. Yang lebih ditekankan ialah kefahaman
terhadap isi bahan yang dibaca. Dalam pengajaran bacaan di sekolah, kedua –
dua jenis bacaan ini ditekankan. Pada peringkat awalnya, proses pengajaran dan
pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis. Guru memberikan
contoh sebutan bunyi – bunyi dan bacaan yang betuldengan kuat serta jelas dan
kemudian diikuti oleh murid – murid dengan kuat juga sama ada secara beramai
– ramai, berkumpulan ataupun secara individu. Setelah murid – murid
menunjukkan kemahiran membaca mekanis dengan memuaskan baharulah
bacaan akaliah dijalankan. Murid – murid diberi masa untuk membaca sesuatu
bahan bacaan yang diberikan dan kemudian membincangkannya atau menjawab
soalan – soalan untuk menguji kefahaman mereka. Bacaan akaliah ini boleh juga
diikuti dengan bacaan kuat. Apa yang umum diamalkan sekarang, di peringkat
sekolah rendah, bacaan mekanis diutamakan sementara diperingkat sekolah
menengah, bacaan akaliah yang ditekankan.

2.0 Aktiviti Untuk Mengatasi Masalah Bacaan

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan untuk mengatasi masalah


kemahiran membaca ini. Seandainya masalah ini tidak di atasi diperingkat yang
sepatutnya maka ianya akan menjadi duri dalam daging dan akan menimbulkan
masalah pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Masalah begini
begitu serius sekali dan perlu di atasi dengan segera. Di antara aktiviti – aktiviti
yang boleh mengatasi masalah ini ialah:

2.1 Aktiviti Peringkat Pra Bacaan.

Peringkat kesediaan membaca adalah satu peringkat apabila faktor – faktor


persekitaran, keadaan metal dan tubuh badan telah menyediakan murid – murid
untuk menerima pengajaran bacaan. Peringkat mendirikan asas adalah satu
peringkat yang penting dalam pengajaran bacaan. Satu kaedah yang
digunapakai untuk mengajar pra bacaan adalah kaedah abjad. Kaedah ini telah
lama digunakan oleh semua guru bahasa dikebanyakka sekolah. Kaeadah ini
disebut kaedah huruf dan kaedah mengeja. Dalam kaedah ini murid – murid
dipekenalkan huruf A hingga Z. Setelah murid – murid mengenal huruf – huruf
barulah dinyatakan huruf – huruf vokal, iaitu a , e , i, o dan u dan daripadanya
dibentuk suku kata untuk membentuk perkataan, iaitu dengan mengabungkan
huruf – huruf konsonan, misalnya :

ba bi bu bo be be { taling }
ca ci cu co ce ce { taling }
da di du do de de { taling }
ha hi hu ho he he { taling }
ja ji ju jo je je { taling }
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan – perkataan seperti baca, babu, cucu,
dada, dahi, duda, budi dan sebagai. Perkataan – perkataan dieja mengikut nama
hurufnya dan kemudian disebut perkataannya. Gabungan suku kata dijadikan
perkataan dan seterusnya perkataan menjadi ayat. Lihat lampiran I

2.2 Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis

2.2.1 Bacaan Intensif

Bacaan Intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan untuk


memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsirkan
apa yang dibaca dengan tepat disamping mengkaji ciri – ciiri tatabahasa seperti
struktur ayat, frasa atau klausa, juga meneliti pembentukan dan penggunaan
perkataan serta maksud atau pengertiannya dalam konteks – konteks yang
berlainan.Guru harus membantu dan membimbing sambil menunjuk ajar murid
supaya dapat mengatasi masalah mereka. Latihan bacaan intensif ini bertujuan
umtuk memperolehi dan memperkembangkan kemahiran – kemahiran berikut :
• Mengecam/ mengenal pasti maksud perkataan mengikut konteks yang
berlawanan dengan tepat.

 Memahami dengan tepat maksud ataupun idea yang terkandung dalam


sesuatu petikan.
 Membaca secara senyap dengan kepantasan yang wajar.
 Memahami dan menggunakan apa yang telah dibaca.
Aktiviti bacaan ini boleh dijalankan dengan panduan – panduan berikut :
 Petikan atau bahan bacaan yang dipilih mestilah menerik minat ataupun
bermakna kepada murid – murid. Seelok – eloknya bahan itu beraneka
jenis, meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
 Petikan ini diberikan kepada setiap murid dan berikan masa kepada
mereka untuk membaca dan memahaminya. Mereka boleh membacanya
secara bersendirian ataupun membincangkannya bersama rakan – rakan.
Elok juga petikan itu diberi lebih awal sebelum pelajaran dijalankan.
 Latihan bacaan hendaklah kerap kali dijalankan sekurang – kurangnya
seminggu sekali.

2.2.2 Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif atau bacaan meluas adalah satu aktiviti membaca yang
dilakukan di luar bilik darjah dan bahan yang dibaca itu bukanlah buku – buku
teks tetapi buku – buku seperti buku cerita, majalah, suratkhabar, jurnal,
ensiklopedia dan buku – buku rujukan yang lainnya. Bacaan ini dilakukan diluar
masa sekolah, tanpa bimbingan daripada guru dan dihadapkan melalui bacaan
ini, murid – murid dapat kepuasan, keseronokan di samping menimba ilmu
pengetahuan. Bagi menjalankan aktiviti ini ialah pada peringkat awalnya murid –
murid bolehlah digalakkan untuk membaca buku – buku bagi menanam minat
gemar membaca. Untuk menjalankan aktiviti ini lebih berkesan murid – murid
mestilah dilatih membaca mengikut teknik SQ3R iaitu :

 Mengkaji kandungan bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi


mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung
dalam buku itu;
 Membuat soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca dan
selepas membaca bahan bacaan itu mereka mestilah dapat menjawab
soalan – soalan yang mereka fikirkan/kemukan tadi;
 Membaca dengan cepat berdasarkan haluan yang telah ditentukan;
 Menjelaskan atau menerangkan isi – isi penting ( untuk diri sendiri ) dan
membuat kesimpulan di akhir setiap bahagian yang dibaca supaya
mereka dapat menyatukan semua maklumat yang telah diperolehi daripda
pembacaan mereka;
 Mengkaji semula keseluruhan bahan yang dibaca untuk memastikan
bahawa tidak ada isi – isi yang tertinggal.
2.2.3 Penyampaian Kemahiran Membaca

Untuk menarik minat murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran


membaca dengan sempurna seseorang guru itu hendaklah mahir mengelolakan
aktiviti bacaan kepada muridnya. Di antara langkah – langkah bagi
menyampaikan kemahiran membaca ini adalah seperti berikut :

 Mula – mula bermain dengan bunyi – bunyi, membezakan bunyi “ a “


daripada “ an “ dan mencari perkataan – perkataan yang menerbitkan
bunyi – bunyi itu – bunyi “ ba, bi, bu...”dan sebagainya.Diajar dulu secara
lisan.
 Kemudian kenalkan lambang – lambang suku kata terbuka, didahului
bunyi huruf saksi “ a, i, u, e ( bertanda ), e dan o “ kerana bunyi – bunyi ini
ialah bunyi – bunyi dalam susunan bunyi – bunyi Melayu: “ e “ kerana
bunyinya lebih kerap berlaku dalam bahasa Melayu. Bunyi “ o “ diletakkan
pada akhir susunan ini kerana tidak berapa berbeza dengan bunyi “ a “.
 Seterusnya , baca terus pelajaran yang telah disediakan iaitu pelajaran
yang dinamakan “ asas bacaan “ ( Lampiran II ) didahului daripada alatan
membaca/mengajar sebelum membaca daripada buku.
 Menyambung lagi pelajaran suku kata terbukayang belum dikenalkan
khas bunyi “ nya “, “ nga “ dan lain lagi bunyi yang berkait seperti “ main “,
naik, jauh, kuih, buah,buat...”. Bunyi “ h “ seperti jahit, pahit “ dsan
perkataan – perkataan tiga kerat bunyi seperti “ belajar,
binatang,perempuan, sekolah, Melayu....” dan sebagainya
 Mempelajari nama – nama huruf sert mengenal huruf besar..Tujuan untuk
mengajar mengeja.
 Kenalkan bunyi – bunyi berpandu dipangkal dihujung perkataan serta
bunyi – bunyi berpandu dua.
3.0 Aktiviti Bacaan

3.1 Aktiviti PraBacaan

Diperingkat ini terlebih dahulu kita perlu mengetahui tentang pendekatan “ bunyi
kata “. Ia berasakan kepada hal – hal berikut :

( a ) sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistemik dan fonemik


( b ) kebanyakkan suku kata dalam bahasa Malaysia adalah jelas dan mudah.
( c ) Perkataan – perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan ini
telah diketahui maknanya oleh kebanyakkan murid.

Berikut adalah aktiviti – aktiviti yang boleh kita jalan diperingkat prabacaan :

 Aktiviti kita yang pertama ialah memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf
vokal : a , i , u. Gunakan kad imbasan dan buat latihan membunyikan
huruf ini secara latih – tubi, berselang seli. Kemudian barulah kita
perkenalkan satu huruf konsonan, misalnya “ k “ dengan menggunakan
kad imbasan, buat latihan ini berulang kali supaya murid dapat
membunyikan lambang itu dengan jelas. Kemudian gabungkan kosonan “
k “ dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata : ka ki ku. Ulang sebutan
suku kata itu berulang kali, Kemudian barulah kita cantumkan suku – suku
kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna, seperti :
ka ki jadi Kaki
ku ku jadi Kuku
Ulang sebutan beberapa kali, kemudian gabungkan perkataan –
perkataan itu menjadi frasa atau ayat yang bermakna. Misalnya :
kaki ku
kuku kaki
kuku kaki ku
Kemudian “ permainan “ mencantum huruf – huruf menjadi suku katadan
suku kata menjadi perkataan dan ayat boleh dibuat daripada keratan –
keratan kad.
Mekanis Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid
dapat menyebut suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan
tersebut. Pengkaji dapat melihat peningkatan murid yang tidak perlu
mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.
Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang
mudah seperti:

KAD AYAT

1.Ibu memasak nasi lemak di dapur.

2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.

3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan

4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan

Kita juga boleh menyediakan ‘Big Book’ . ‘Big Book’ adalah sebuah buku yang
dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik.
Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

a Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil


pengetahuan am dan sedia ada.

b. Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.

c Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai


pengukuhan.
d Penilaian

4.0 Penutup

4.1 Perihal Mengajar Bacaan


Setelah murid – murid mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran bacaan,
mereka mestilah dilatih pula untuk membaca dengan lebih mendalam dan
meluas supaya kemahiran itu memberi feadah yang meluas kepada mereka.
Mereka bukan sahaja perlu dilatih membaca dengan kuat, sebuan, intonasi dan
gaya yang betul tetapi mestilah juga dilatih memahami dan meneliti dengan
mendalam apa saja yang mereka baca. Dengan erti kata lain bacaan mereka
mestilah boleh memberi kesan kepada mereka sama ada dari segi hiburan
mahupun ilmu pengetahuan. Bagi melatih ini bacaan intensif dan eksensif
mestilah dilaksanakan.

Disamping kaedah dan pendekatan “ Bahan Bacaan Asas “ itu sendiri adalah
elemen yang amat penting bagi menentukan kemampuan prestasi kaedah itu
dan tingkat kemajuan dan kejayaan yang akan dicapai. Bagaimanupun
kesimpulannya bagi saya semua kaedah yang telah digunakan di sekolah –
sekolah kita di Malaysia ini, baik kaedah lama atau baru telah pun menghasilkan
kejayaan masing – masing, cuma yang berbeza ialah lambat atau cepat dan
besar atau kecil kejayaan itu dicapai, dan salah satu faktor utama yang
memainkan peranan ang amat penting dalam menjayakan sesuatu kaedah it
ialah kesungguhan seseorang guru itu dalam melaksanakan kaedah yang
dipilihnya.

Maka sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca( termasuk menulis dan


mengira ) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru –
guru dan ibubapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga – tiga
kemahiran ini menjadi alat asas kanak – kanak untuk mempelajari Ilmu
Sains,Sejarah, Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, mata
pelajaran Agama dan kemahiran yang lain.Kemahiran ini merupakan asas untuk
kanak – kanak meneroka ilmu pengetahuan, mencipta dan membuat komunikasi.
Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan ini amat diperlukan

Anda mungkin juga menyukai