Anda di halaman 1dari 16

GURU SEBAGAI

SATU PROFESION
Disediakan oleh:

Faiznur Aini bt Fauzi


Siti Rohaya bt Sidi Ahmad
Zetty Akthar bt Abd. Manap
Siti Syazwani bt Kasim@Hashim
Sharifah binti Saad
Konsep profesion
• Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang
pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan
kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas seperti perguruan dan sebagainya.

• Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 )


merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme
sebagai :
1.Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup
bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
2. Di negara kita perguruan ini lebih mirip
kepada pekerjaan (vocation) daripada
profesion ( Awang Had Salleh 1980 ).
3. Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion
merupakan peraturan yang ditetapkan oleh
organisasi supaya setiap ahli profesional
akan mematuhinya, demi mengawal kualiti
dan nilaitara perkhidmatan tersebut .
4. Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam
usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh
setiap ahlinya.
Kod etika perguruan malaysia
• Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion
1.Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai
pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh
masa yang panjang.
2.Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima
latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang
bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai
Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah
kerajaan.
3. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima
latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang
hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahuai keadah atau
cara penyampaian dalam pengajarannya agar murid-murid
dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
4. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik
dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini
termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,
bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti
kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan
yang membolehkan seseorang guru menguruskan
pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah
kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi
kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
5. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga
mempunyai peranan-peranan lain yang
diharapkan oleh masyarakat iaitu
• menjadi pengganti ibubapa
• menjadi penasihat dan pembimbing di dalam
pembentukkan sahsiah murid
• menjadi kaunselor kepada murid-murid
• menjadi pengamal dan penyebar nilai
kebudayaan yang elok
• menjadi contoh sahsiah yang baik kepada
masyarakat.
 
Ciri-ciri dan kualiti guru yang
profesional
• Memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik :
- punyai pelbagai ilmu tradisional & moden
- kefahaman dasar & aspirasi negara yang jelas
dan mantap
- bersahsiah tinggi
- beretika cemerlang
- punyai pelbagai kemahiran pengajaran &
pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.
• Perlu bergerak pantas sepantas
perkembangan & kehendak dunia mana kini.
• Memiliki, memahami, menghayati &
mengamalkan nilai, norma dan etika
perkhidmatan yang cemerlang.
Terhadap murid
• Punyai empati dan komitmen dalam
menghargai maruah orang lain (anak didik, ibu
bapa & rakan sejawat) dalam mengejar hasil
dari segi afektif dan kognitif.
• Hubungkan mata pelajaran dengan kehidupan
murid-murid.
• Kenal, hormati dan percayai murid-murid
• Mengajar murid-murid bagaimana hendak
belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis.
• Menjana idea-idea baru dan menarik bagi
murid-murid berfikir mengenainya.
• Menggalakkan murid-murid bertanyakan
soalan mengenai pelajaran.
• Hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-
murid terlibat seperti sukan, persembahan
muzik dan kebudayaan.
Terhadap mengajar
• Melakukan refleksi dan kritik kendiri, mercu
tanda profesionalisme seorang guru.
• Berfikir secara sistematik mengenai
amalannya dan belajar daripada pengalaman
• Adil dalam menilai dan menggred
• Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan
pengajaran dan pembelajaran
• Bersemangat dalam mengajar sesuatu mata
pelajaran
• Seorang komunikator yang cemerlang,
mempu menjadikan idea-idea yang kompleks
mudah difahami
• Sering mengukur kemajuan dan memberikan
maklumbalas kepada murid-murid
• Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri
masa yang cukup bagi setiap tajuk dan
menyepadukan mata pelajaran
Terhadap disiplin
• Seorang yang pakar dalam bidang yang diajar
• Seorang yang laparkan ilmu, sentiasa up to
date dalam bidangnya
• Suka belajar perkara-perkara di luar bidangnya
• Aktif dalam penubuhan profesional dan
menggalakkan rakan sejawat menyertainya
• Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
• Bekerja dalam organisasi sekolah yang luas
Masyarakat & negara
• Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita
dan matlamat pendidikan negara
berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara.
• Memupuk nilai dan sikap murni pelajar sesuai
dengan masyarakat berbilang bangsa dalam
diri murid-murid.
• Mengeratkan persefahaman dan kerjasama
dikalangan guru dan ibu bapa murid.
• Bersopan-santun dan bertingkahlaku baik
dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan
suasana harmoni.
• Berusaha memenuhi tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara dengan tidak
menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat dan negara.
• Menghormati masyarakat di tempat guru
tersebut berkhidmat
Profesion keguruan
• Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai
buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang
diajar.
• Menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh
jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran
sekolah.
• Mengajar dengan fakta yang betul agar murid
menerima ilmu yang betul dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai