Anda di halaman 1dari 3

KELEBIHAN HAYATI AL-QURAN

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah
kepada nabi kita Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat
manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Di antara kelebihan membaca serta menghayati
segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebag
pedoman kepada kita semua.

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang
tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah


(tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat
bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan
dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-
sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar
berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu
manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai
muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir
yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk
bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al
Quran dan mengajarnya- muttafaqqun 'alaihi

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab
Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca)  dengannya (al-Quran) pahala dan pahala
digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif  laam miim itu satu
huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf
- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir
dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-
Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2
pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).
- Sohih Bukhari dan muslim

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang
bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang
pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya
- Riwayat Muslim

5. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada
kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang
usang
- Riwayat Tarmizi

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Allah telah
berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir
mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara
yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon
kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya
Allah di atas segala makhlukNya
- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah
daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus
antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas
mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada
sesiapa di sisinya
- Riwayat Muslim

8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w
menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar
ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang
darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan
tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai
perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk
belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada
2 ekor unta yang gemuk tersebut.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBANTU SESEORANG MENGHAYATI AL-


QURAN

1. Membesarkan Allah dan mencintai Allah.


Setiap kali seseorang itu membesarkan Allah di dalam hatinya maka setiap kali itulah ia
akan membesarkan al-Quran. Ibnu Mas'ud berkata : "Sesiapa yang ingin mengetahui
bahawa ia cintakan Allah maka hendaklah ia mendedahkan dirinya kepada al-Quran".
Urwah al-Bariqi berkata : "Cintakan Allah adalah cintakan al-Quran dan cintakan
Rasulullah adalah beramal dengan sunnahnya".

2. Rajin mendengar bacaan al-Quran dan menghadirkan hati kepada al-Quran.

3. Sentiasa bertaubat dan menjauhkan diri daripada maksiat.


Sesungguhnya kebiasaan melakukan maksiat akan mendatangkan bahaya kepada agama
dan dunia. Maksiat akan menghilangkan cahaya iman pada hati dan air muka seseorang.
Ia juga boleh menghilangkan perasaan malu sedangkan perasaan malu itu sebenarnya
perkara utama untuk menghidupkan hati. Sesungguhnya maksiat akan membutakan hati
dan menggelapkan jalan menuntut ilmu. Hati yang tidak dihiasi perasaan malu dan telah
menjadi gelap yang berpunca daripada maksiat maka hati itu adalah hati yang sedang
sakit. Kesannya, hati yang sakit akan menjauhkan seseorang daripada menghayati al-
Quran.

4. Ikhlas untuk menghayatinya.


Ikhlas merupakan syarat sah amal ibadat. Oleh itu sesorang yang ingin membaca al-
Quran hendaklah menghadirkan keikhlasan kerana Allah dan apabila menghayati ayat-
ayat yang dibacanya hendaklah dihayati dengan ikhlas kerana Allah. bukan kerana yang
lain daripadaNya.

5. Menangis ketika membaca al-Quran.


Seseorang yang membaca al-Quran disunatkan menangis ketika membaca ayat-ayat yang
menceritakan azab Allah dan seksaanNya. Tuntutan menangis semasa membaca al-Quran
mendatangkan kesan positif kepada pembacanya untuk menghayati al-Quran iaitu
meninggalkan larangan-larangan Allah yang dengan sebab tidak meninggalkannya boleh
menyebabkan seseorang itu diazab dan diseksa oleh Allah di akhirat nanti. Tambahan
pula menangis ketika membaca al-Quran merupakan sifat 'al-arifin' iaitu orang-orang
yang mengenali Allah dengan sebenar-benarnya dan menjadi syiar atau simbol hamba-
hamba Allah yang soleh.

Anda mungkin juga menyukai