Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

Gerko Bola Jaring telah banyak memberikan manfaat kepada saya. Pelbagai

pengalaman telah saya kutip sepanjang mengambil mata pelajaran gerko ini.

Pengalaman yang didapati di institut ini dapat digunakan pada masa-masa akan

datang terutamanya semasa di sekolah. Selain daripada itu, ia sedikit sebanyak

membantu meningkatkan lagi kemahiran saya dalam sukan dan permainan bola jaring

yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini.

Sepanjang saya mengikuti mata pelajaran permainan bola jaring ini, saya

dapati banyak aspek positif dan negatif yang dapat dikategorikan. Di sini saya telah

membuat refleksi daripada pengalaman sepanjang penglibatan dalam permainan bola

jaring terhadap beberapa aspek berikut :-

KELEBIHAN

Sebagai guru pelatih di institusi ini, adalah wajar untuk saya mempersiapkan

diri dengan ilmu sebelum melangkah ke alam persekolahan. Sukan dan permainan

merupakan aspek yang penting untuk diceburi sama ada secara serius mahu pun

tidak oleh seseorang individu secara disedari atau pun tidak. Akademik dan

1
permainan harus seiring bagi memastikan seseorang individu itu sihat secara fizikal

dan rohani.

Lantaran itu, setiap guru pelatih perlu dibekalkan dengan ilmu sukan dan

permainan ini agar dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Seterusnya

dapat membantu melahirkan generasi yang sihat dan cerdas dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelektual dan sosial.

Selain itu, Cik Alimah binti Atan selaku pensyarah pembimbing Bola Jaring

telah banyak mengajar dan membimbing kumpulan kami untuk menganjurkan

pertandingan bola jaring peringkat institusi. Bermula daripada penyediaan kertas kerja,

penyusunan buku program, surat-menyurat sehinggalah kepada kelancaran semasa

pertandingan diadakan, Cik Alimah sentiasa memantau pasukan gerakerja kami.

Situasi ini bertujuan agar kami tidak tergelincir daripada etika pertandingan dan

menepati undang-undang pertandingan bola jaring yang standard. Selain itu juga,

kami dapat memupuk semangat kerjasama secara berpasukan.

KELEMAHAN

Berpegang kepada konsep, tiada sesuatu pun perkara yang sempurna di dunia

ini, maka begitulah juga dengan permainan bola jaring ini. Terdapat beberapa

kelemahan semasa proses pelaksanaan pertandingan bola jaring.

2
Pada peringkat awal, kumpulan kami sukar mendapat kerjasama daripada

kumpulan satu lagi. Keadaan ini merumitkan proses perbincangan awal. Ini mungkin

kerana jadual pembelajaran yang tidak sama membuatkan kami kurang mendapat

kata sepakat untuk mengadakan perjumpaan mahupun mesyuarat.

Namun, masalah ini dapat diatasi apabila hanya ahli-ahli yang tertentu sahaja

dipanggil untuk menyertai perjumpaan bagi perbincangan persiapan pertandingan

bola jaring.

Permasalahan ini memberikan pengajaran kepada saya agar berhati-hati

memilih orang yang hendak disandarkan tanggungjawab. Pilihlah yang benar-benar

komited dan bersedia menjalankan tugas dengan berlapang dada. Keselarasan

komunikasi juga penting agar maklumat yang ingin disampaikan kepada ahli yang lain

tidak berlainan daripada maklumat asal. Ketidaksefahaman dalam komunikasi boleh

mengakibatkan kepincangan dalam sesbuah kumpulan terutamanya kumpulan yang

melibatkan ahli yang besar dan ramai.

Secara keseluruhan, sukan dan permainan bola jaring ini telah banyak

mendidik saya sebagai guru pelatih dalam penganjuran sesuatu pertandingan.

Seterusnya saya dapat menggunakan ilmu yang ada ini secara praktikalnya di sekolah

yang saya akan ditempatkan disamping membantu memartabatkan sukan dan

permainan dikalangan pelajar sekolah.

3
4

Anda mungkin juga menyukai