Anda di halaman 1dari 5

Hadis Satu Ilmu Yang Ajaib

By Ahmad Suki Che Mohamed Arif (ahmadsuki@yahoo.com)

Ulama-ulama hadis telah berjihad dan membuat pengorbanan besar untuk memelihara ilmu
hadis dalam bentuk yang agak ajaib. Dari satu peringkat kepada peringkat seterusnya ianya
dijaga dengan penuh ketelitian dan menghasilkan satu sistem penjagaan ilmu yang
mengkagumkan ramai orang, sehingga kita boleh yakin dengan ilmu tersebut.

”Kajian terhadap isnad1 membuat ulamak Islam yakin tentang perkara ini. 
Mereka bukan sahaja menyelidik nama-nama perawi dan latar belakangnya
untuk mengetahui zaman mereka hidup, keadaan perekonomian dan
persekitaran hidup mereka selain daripada perhubungan mereka dengan
tokoh-tokoh yang lain.  Bahkan mereka juga memastikan kualiti seseorang
tokoh hadith itu dengan menguji kebenaran dan kedustaannya di samping
ketelitian dan amanah mereka di dalam menukilkan matan-matan untuk
dihukum siapakah diantara perawi-perawi itu yang boleh dipercayai
riwayatnya.”

Beliau (Maulana Muhammad Asri Yusuf) juga merakamkan kekaguman orang


bukan Islam terhadap sistem ini, “Hakikat ini diakui juga oleh musuh-musuh
Islam dari kalangan orientalis barat.  Guynball, penulis artikel ’Al-Hadith’ di
dalam Daairatu Al Ma’arif Al Islamiyah (jilid 7, ms 335) menyatakan
kekagumannya terhadap sumbangan yang telah diberikan oleh ulamak Islam di
dalam memastikan kesahihan hadith-hadith Nabi mereka.  Beliau juga
berkata; “’Sesuatu hadith itu tidak dikira sahih pada pandangan orang Islam
kecuali bila silsilah isnadnya berterusan tanpa terputus.  Silsilah itu pula
terbentuk daripada peribadi-peribadi yang boleh dipercayai riwayat mereka’.”
(Maulana Muhammad Asri, ”Pengajian Ilmu Hadis dan Tuntutan
Masakini”).

Hadis-hadis telah didokumen, diisih, ditapis oleh ulama-ulama yang sangat baik akhlak, luar-
biasa ingatannya, sangat tinggi displin dan sangat besar pengorbanannya. Bukan itu sahaja,
ianya telah dilengkapkan dengan dokumentasi lengkap ilmu rijalu hadis2, al-jarh wa ta’dil3,
asbabul wurud, nasikh wa mansuh dan pelbagai lagi, sehinggakan tidak ada kemungkinan
untuk berlaku penyelewengan. Sehingga tiada sebab untuk kita tidak mempercayainya.

“Hadits-hadits telah sampai kepada kita melalui perawi-perawi yang diketahui


sebagai orang-orang yang benar dan dipercayai. Adakah kita akan teragak-
agak untuk menerimanya, padahal sejarah yang langsung tidak mempunyai
sanad boleh pula diterima oleh mereka, bahkan mereka memberikan ruangan
yang istimewa kepada sejarah itu dengan mengadakan jabatan yang khusus
mengenainya.

1
Menyandarkan sesebuah hadis kepada orang yang meriwayatkannya.
2
Ilmu yang membahaskan tentang sejarah hidup perawi-perawi hadis; tempat lahir, tarikh lahir, kematian, guru-
guru, aliran mazhab yang diikuti, negeri yang pernah dikunjungi dan didiami serta lainnya. Ianya juga berkaitan
dengan kedhabitan atau keadilan perawi, mahupun penyebab kecacatan serta keadilan perawi.
3
Antara ilmu yang sangat penting dalam ilmu hadis. Ilmu yang membicarakan tentang kecacatan dan keadilan
seseorang perawi dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Selanjutnya ia membawa kepada penolakan
dan penerimaan sesebuah riwayat yang mereka bawa.
Sejarah-sejarah yang ada ini walau bagaimana pun tinggi kedudukannya tidak
dapat menyamai selemah-lemah hadits kerana sejarah langsung tidak
mempunyai sandaran yang hidup sedangkan hadits pula mempunyai sandaran
dan saksi yang hidup.” – Maulana Muhammad Asri Yusuff, ”Kedudukan al-
Hadis Sebagai Sumber Rujukan Kedua Dalam Islam”.

Sangat benar kenyataan di atas; para sahabat, tabi’i dan alim-ulama di sepanjang zaman telah
memelihara ilmu ini dengan penuh ketelitian dan menggunakan piawaian pemeliharaan yang
sangat tinggi. Mereka sedar bahawa ilmu ini (hadis@sunnah) adalah ilmu wahyu yang perlu
dipelihara keaslian dan kemurniannya. Pengorbanan yang mereka lakukan sangat luar biasa,
menyebabkan ianya dapat terpelihara sebagaimana asalnya.

Alim ulama di sepanjang lipatan sejarah telah memperlihatkan sikap bijaksana dan
memandang ke hadapan. Mereka telah membaca isyarat yang jelas tentang perlunya
memelihara keautentikan hadis untuk generasi seterusnya apabila membaca nas-nas seperti di
bawah (masih banyak nas yang seumpamanya);

      


         
Al-Hasyr 7: dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka
patuhilah larangan-Nya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah
amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).

‫ َف َعلَْي ُكم بِ ُس نّيِت َو ُس نّ ِة‬،ً‫اختِالَف اً َكثِ ريا‬ ِ ِ ِ‫فَِإنّه من يع‬


ْ ‫ش مْن ُك ْم َب ْعدي فَ َسَيَرى‬ ْ َ َُْ
‫ َوإِيّا ُك ْم‬،‫الن َو ِاج ِذ‬
ّ ِ‫ضوا َعلَْي َه ا ب‬ ّ ‫ َو َع‬،‫ني مَتَ ّس ُكوا هِب َا‬
ِ
َ ّ‫ين املَْهدي‬
ِ ِ ‫اخْل لَ َفاء‬
َ ‫الراشد‬
ّ ُ
ٍ ٍِ ِ
‫ وقال الرتمذي‬.ٌ‫ضالَلَة‬ َ ‫كل بِ ْد َعة‬ ِ ِ
ّ ‫ َو‬،ٌ‫ فَإ ّن ُك ّل حُمْ َدثَة ب ْد َعة‬،‫األمور‬
ُ ‫َوحُمْ َدثَات‬
.‫حديث حسن صحيح‬
"Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak.
Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-khulafa al-Rasyidin
al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi
geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana
setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat”.

Justeru, alim-ulama dalam bidang hadis telah menjaga baik segala aspek yang boleh
memastikan keutuhan hadis sehingga ianya boleh dipercayai dengan yakin. Contohnya,
mereka amat menjaga aspek isnad; meneliti perawi dari berbagai aspek. Hanya perawi yang
memenuhi syarat piawaian yang tinggi sahaja yang diterima. Mereka amat sedar peringatan
al-Qur’an dan ancaman Nabi SAW:

      


       
  
Al-Hujuraat 6: Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
‫ب َعلَ َّي َف ْليَتََب َّوأْ َم ْق َع َدهُ ِم َن‬
َ ‫ " َم ْن َك َذ‬,‫قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬
.‫" ُمَّت َف ٌق َعلَْي ِه‬.‫النَّا ِر‬
Barangsiapa yang melakukan kebohongan atas namaku, maka akan disiapkan tempat
untuknya di neraka.

Justeru, ilmu Isnad telah diberi perhatian yang tinggi. Hafidz Abu Ali Al Jayyaani berkata,
“Allah SWT telah mengistimewakan ummat Muhammad SAW ini dengan 3
perkara yang tidak pernah dikurniakan kepada orang-orang sebelumnya iaitu
isnad, nasab dan i’rab”.
Abdullah Ibn Al Mubarak pula pernah berkata,
“Isnad itu sebahagian daripada ugama.  Jikalau tidak ada isnad nescaya akan
berkata sesiapa sahaja apa yang ia mahu”.

Dengan itu, para sahabat, tabi’i dan alim-ulama sepanjang zaman merasakan ianya satu
amanah agama untuk memelihara ilmu ini. Pengorbanan-pengorbanan yang mereka lakukan
sungguh luar biasa, ingatan mereka juga luar biasa, kealiman serta ketaqwaan mereka juga
sangat hebat. Terdapat banyak kisah luar biasa tentang perkara-perkara tersebut di sepanjang
pengorbanan menjaga amanah agama ini. Berikut diperturunkan salah satu contoh seorang
perawi terkemuka:

Imam Bukhari (194H-256H)


Pada usia 10 tahun beliau sudah hafal al-Qur’an. Pada umur 16 tahun pula beliau
sudah hafal dan menguasai kitab-kitab seperti “al-Mubarak” dan “al-Waki”.
Manakala pada usia 18 tahun beliau menerbitkan kitab pertamanya “Qudhaya as
Shahabah wat Tabi’ien” (Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman Sahabat dan
Tabi’ien).

Para perawi juga sangat menjaga syaksiyyah (keperibadian) mereka. Begitu juga
dengan Imam Bukhari. Pernah berlaku satu ketika semasa Imam Bukhari pergi
belayar mendapatkan ilmu. Beliau telah dibekalkan dengan beberapa uncang wang
untuk perbelanjaan. Semasa di atas kapal tersebut, beliau berkenalan dengan
seorang penumpang lain. Semasa bercakap dengan penumpang tersebut, dia ada
menyebut tentang bekalan wang yang dibawa. Si penumpang tadi telah mendapat
satu idea yang buruk. Pada satu masa yang lain, beliau menjerit-jerit memberitahu
bahawa beruncang-uncang ‘wangnya’ telah hilang (maksudnya ada orang mencuri
‘wangnya’ yang sebenarnya milik Imam Bukhari). Beliau berharap apabila orang
mencari wang tersebut dan menjumpai dalam simpanan Imam Bukhari, wang itu
akan diberi kepadanya (kononnya Imam Bukhari yang mencuri daripadanya). Bila
Imam Bukhari mengetahui tentang perkara tersebut, beliau terus membuang
wangnya ke dalam laut. Justeru, apabila anak kapal memeriksa semua orang untuk
mencari wang tersebut, ianya tidak dijumpai. Dengan itu, penumpang-penumpang
lain telah memarahi pengadu tersebut kerana tidak mungkin pencuri boleh melarikan
diri di dalam kapal tersebut. Si penumpang tadi terasa sangat ingin tahu ke mana
perginya wang Imam Bukhari, lalu bertanya terus dengannya. Imam Bukhari
memberitahu bahawa beliau rela hilang wang dan segala perbelanjaannya daripada
hilang kepercayaan orang terhadap ilmu yang bakal di bawanya.
Demi ilmu dan amanah yang dipikulnya, beliau pernah bertahun-tahun hanya makan
beberapa biji buah badam sahaja sehari kerana tidak memiliki wang mencukupi
dalam prosesnya untuk mendapatkan ilmu.

Imam Bukhari diakui memiliki daya hafalan luar biasa, beliau tidak pernah membuat
catatan kuliah. Beliau sering dicela membuang waktu karena tidak mencatat
pelajarannya, namun Imam Bukhari tidak mengendahkannya. Pada suatu hari,
kerana berasa kesal terhadap celaan itu, Imam Bukhari meminta kawan-kawannya
membawa catatan mereka, kemudian beliau meminta mereka membacakan apa yang
mereka tulis dalam catatan tersebut. Selepas mereka membaca catatan-catatan
tersebut, Imam Bukhari memberitahu apa yang lebih tepat tentang catatan tersebut.
Beliau memperbetulkan secara tepat apa yang pernah disampaikan selama
mempelajari kuliah-kuliah tersebut. Mereka semua tercengang, lantaran Imam
Bukhari telah hafal di dalam kepalanya lebih kurang 15,000 hadis, lengkap dengan
keterangan yang tidak sempat mereka catat.

Pernah satu ketika terdapat sepuluh orang ulama hadis Baghdad ingin menguji
ketinggian ilmu beliau. Dalam pertemuan itu, mereka telah mengajukan 100 buah
hadis yang sengaja “diputar-balikkan” untuk menguji hafalan Imam Bukhari.
Dengan penuh ketenangan, Imam Bukhari telah mengulang semula hadis-hadis yang
salah tersebut sebagaimana yang dikemukakan. Kemudian beliau menyatakan
bahawa tidak pernah bertemu dengan hadis-hadis tersebut. Lalu beliau menyatakan
kesalahan setiap hadis tersebut dan menyebutkan yang sebetulnya. Inilah yang
sangat luar biasa, kerana beliau mampu menghafal semua itu dengan satu kali
dengar sahaja (termasuk hadis-hadis yang salah tadi juga beliau mampu hafal).

Dalam menyusun kitab tersebut, Imam Bukhari sangat berhati-hati. Menurut Al-
Firbari, salah seorang muridnya, ia mendengar Imam Bukhari berkata. “Saya susun
kitab Al-Jami’ as-Shahih ini di Masjidil Haram, Mekah dan saya tidak
mencantumkan sebuah hadis pun kecuali sesudah shalat istikharah dua rakaat
memohon pertolongan kepada Allah, dan sesudah betul-betul yakin bahwa hadis itu
benar-benar shahih”. Di Masjidil Haram-lah beliau menyusun dasar pemikiran dan
bab-babnya secara sistematik. Beliau mengambil masa selama 16 tahun untuk
mengumpul dan menyusun kitab tersebut.

Beliau juga sangat meneliti terhadap orang yang boleh diambil hadis daripadanya.
Terdapat satu kisah menarik bagaimana telitinya Imam Bukhari mengambil hadis.
Pada satu ketika, setelah melalui perjalanan yang jauh untuk mendapatkan hadis
daripada seorang guru. Ketika sampai, guru tersebut hendak menangkap kudanya.
Guru tersebut mengumpan kuda itu dengan bijirin gandum. Apabila kuda
mendekatinya, guru tersebut menangkapnya, tanpa memberi gandum tersebut.
Apabila melihat kelakukan tersebut, Imam Bukhari terus balik. Katanya, tidak layak
untuknya mengambil hadis daripada orang yang suka berdusta, hatta kepada
binatang sekalipun.

Daripada aspek amal ibadat juga, beliau tidak kurang. Beliau melazimkan khatam
Qur’an setiap tiga hari, gemar sembahyang malam, sangat tawadhuk dan banyak
lagi sifat terpuji lainnya. Beliau sentiasa mengingati kematian. Beliau kerap
menulis isyarat-isyarat untuk memperingkatkan kita semua terhadap kematian.
Dikatakan pada setiap kitab dalam Al-Jami’ As-Shahih-nya beliau mengakhirkan
dengan hadis-hadis yang ada isyarat terhadap penutup termasuk ‘penutup’
kehidupan di dunia ini.

Kitab hadisnya telah dipersetujui ramai sebagai kitab kedua paling sahih selepas al-
Qur’an.

Sebenarnya banyak lagi kisah kehebatan-kehebatan ingatan para perawi hadis. Ianya boleh
dirujuk di dalam banyak tulisan-tulisan riwayat para perawi hadis. Keluarbiasaan ingatan-
ingatan inilah yang menjadikan hadis-hadis dapat dinikmati oleh kita dengan yakin ditambah
pula dengan kaedah penyaringan hadis yang luarbiasa tingginya.

Anda mungkin juga menyukai