Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN
BANDARAYA, KOTA KINABALU

KERTAS KERJA
SKUAD ALAM SEKITAR
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
(SASPRS)
1.0 Pendahuluan

Alam sekitar fizikal yang terdiri daripada air, udara dan tanah merupakan tempat di mana
setiap yang hidup di muka bumi ini melakukan pelbagai aktiviti untuk mendapatkan keperluan dan
kepentingan masing-masing. Adakah manusia sedar mereka memerlukan ketiga-tiga komponen
ini untuk kehidupan yang selamat dan sejahtera? Mereka bebas menggunakan apa yang ada di
muka bumi dan melakukan pelbagai aktiviti ke atasnya untuk tujuan meningkatkan taraf hidup,
tanpa menyedari kesan-kesan yang akan timbul akibat daripada tindakan yang dilakukan.
Manusia tidak sedar tindakan mereka telah menyebabkan berlakunya perubahan terhadap
keseimbangan alam sekitar dan seterusnya boleh merosakkan kualiti alam sekitar. Penjagaan dan
pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua sebagai ahli sebuah komuniti di
damping penghuni kepada Bumi. Maka, Skuad Alam Sekitar Pembimbing Rakan Sebaya
(SASPRS) akan memberikan penekanan kepada perubahan minda, sikap dan perlakuan warga
S.M.K. Bandaraya ke arah mencintai alam sekitar dalam apa jua tindakan yang diambil.

2.0 Matlamat

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi mempunyai sifat cinta akan
keaslian dalam semula jadi. Pelbagai aktiviti disusun agar ahli skuad serta warga sekolah dapat
mempelajari cara menghargai hidupan dan alam semula jadi melalui aktiviti yang diadakan.
Program ini juga diadakan dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai kepentingan
memelihara sumber alam bagi mengelakkan kepupusan.
3.0 Objektif Program

3.1 Memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar, cabaran-cabarannya


serta melahirkan sikap keprihatinan terhadap alam sekitar untuk meningkatkan atau
mengekalkan kualiti yang baik.
3.2 Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna.
3.3 Melahirkan minat belajar dalam kalangan pelajar.
3.4 Mewujudkan sikap bekerjasama dalam kalangan para pelajar.
3.5 Menyokong aktiviti anjuran MNS(Malaysian Nature Society).
3.6 Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar.
3.7 Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar tentang isu yang berkaitan dengan
kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya
terjadi..
3.8 Menggalakkan penglibatan diri secara aktif dalam meningkatkan kualiti alam
sekitar.
3.9 Mengembangkan kebolehan menilai dan memahami bahawa pembangunan negara
juga perlu menitikberatkan penggunaan sumber alam semulajadi secara lestari.
3.10 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.

4.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

4.1 Jumlah ahli: 20 orang

1. Keahlian terbuka kepada ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).


2. Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan aktiviti.
3. Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan
4. Mestilah memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dianjurkan.

5.0 Senarai Ahli Jawatankuasa


5.1 Pentadbiran

1. Pengetua adalah penaung kelab ini.


2. Guru Penasihat ialah Puan Halimah Miswan.
3. Sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan kuasa, jawatan akan dipangku oleh AJK baru
atas nasihat Guru Penasihat sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang
4. Semua AJK bertanggungjawab mengurus dan mengatur aktiviti-aktiviti kelab dan membuat
keputusan mengenai perjalanan skuad.

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Nursakinah Najwah Bt. Suhaimi (4 Inovatif)


Naib Pengerusi : Norhan Bin Mahmud (4 Inovatif)
Setiausaha : Farah Shaqhirah Bt. Mohamad Faizal (4 Inovatif)
Bendahari : Juraini Amir (4 Inovatif)
AJK Keselamatan : Suraya Suaille (4 Inovatif)
AJK Disiplin : Jeremy Joel A. Bernard (4 Inovatf)
AJK Kebajikan : Muhammad Azizi Bin Raymie (4 Inovatif)
AJK Papan Kenyataan: - Rabiatul Adawiyah Bt. Abdul Rahman (4 Inovatif)
- Rica Bt. Samsul (4 Inovatif)

AJK-AJK lain :

1. Siti Noraliza Abd Raof (4 Inovatif) 7. Norhikmah Ali Akbar (4 Cemerlang)


2. Normalah Norsam (4 Inovatif) 8. Nordina Bt. Musa (4 Cemerlang)
3. Felix Liuhan (4 Inovatif) 9. Arisha Fitri Musah (1 Cemerlang)
4. Edrena Rainal (4 Inovatif) 10. Farrahany Bt. Duin (1 Cemerlang)
5. Debra Donna Joannes (4 Inovatif) 11. Salmiee Bt. Muhd Hussain (1 Inovatif)
6. Karmila Moh Amin (4 Optimis) 12. Nursyafika Bt. Nuruddin (1 Inovatif)
5.2 Carta Organisasi

PENAUNG
Pengetua SMK Bandaraya
Dr. Shirley The Siew Hong

GURU PENASIHAT
Puan Halimah Miswan

PENGERUSI
Nursakinah Najwah Bt. Suhaimi

NAIB PENGERUSI
Norhan Bin Mahmud

SETIAUSAHA
Farah Shaqhirah Bt. Mohamad Faizal

AJK DISIPLIN AJK KESELAMATAN AJK KEBAJIKAN


Jeremy Joel A. Bernard Suraya Bt Suaille Muhammad Azizi Bin Raymie

AJK PAPAN KENYATAAN AJK-AJK LAIN


-Rabiatul Adawiyah Bt. Abd Rahman -Siti Noraliza Abd Raof
-Rica Bt. Samsul -Normalah Norsam
- Felix Liuhan
- Edrena Rainal
- Debra Donna Joannes
- Karmila Moh Amin
-Norhikmah Ali Akbar
-Nordina Bt. Musa
-Arisha Fitri Musah
-Farrahany Bt. Duin
-Salmiee Bt. Muhd Hussain
-Nursyafika Bt. Nuruddin
6.0 Rancangan Aktiviti

BIL AKTIVITI OBJEKTIF SASARAN TARIKH


1. Mesyuarat • Merancang aktiviti tahunan. Semua AJK 21hb Julai 2009
AJK
2. Perjumpaan • Mendapatkan persetujuan
ahli dengan aktiviti yang
dirancangkan dan Sekali setiap dua
memperoleh penglibatan ahli minggu,iaitu pada
yang baik Semua ahli hari Selasa jam
• Memastikan aktiviti yang 12.30pm
dicadangkan dapat dijalankan.
• Mendapatkan pelbagai idea
untuk memperbaiki skuad.
3. Lawatan • Menambahkan lagi ilmu Semua ahli Bulan Julai
sambil belajar pengetahuan ahli.
ke SMK • Menambah kewangan skuad.
Sanzac.
• Menanam sikap mencintai alam.
4. Kempen Kitar • Memberi peluang kepada para Semua Bulan Ogos
Semula pelajar untuk mengambil pelajar
(Reduce, bahagian dalam usaha kitar
Reuse, semula.
Recycle) • Memberi kerjasama kepada
kerajaan dalam usaha kitar
semula.
• Menyedarkan para pelajar
tentang kebaikan kitar semula.
5. Kempen • Menggalakkan para pelajar Semua Bulan September
Kerbersihan untuk mengamalkan amalan pelajar
Sekolah membuang sampah ke dalam
tong sampah.

Cadangan Aktiviti Lain

1. Pertandingan mencipta logo kelab.


2. Pertandingan melukis poster bertemakan alam sekitar.
3. Pertandingan menulis esei dan sajak bertemakan alam semula jadi.
7.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan dengan adanya skuad
ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Puan amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ..............................................
(Nursakinah Najwah) (Dr. Shirley Teh Siew Hong)
Pengerusi, Puan Pengetua,
Skuad Alam Sekitar PRS, S.M.K. Bandaraya,
S.M.K Bandaraya, 88450 Kota Kinabalu.
88450 Kota Kinabalu.