Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PROGRAM LAWATAN KE PUSAT SUKAN NEGERI SABAH

Tarikh : 11 Mac 2010 (Jumaat)

Masa : 7.30 am

Tempat : Bilik Kuliah Kelawat

Kehadiran :

1. Abdul Munir Usman


2. Adela Keplee Molie
3. Cassandra Paddy Edwin
4. David Jaibi
5. Dayang Nurul Ezzah Pg Musa
6. Esther Eusan Subal
7. Farrizan Samin
8. Fredaus Johari
9. Ghouse Raqib Ibrahim
10. Jailin Siti Baizurah Jasli
11. Leo Henry Michael
12. McMillan Mojuntin
13. Mohd Khairul Patolga
14. Mohd Solehan sedik
15. Mohd Sukry Assalam
16. Nurafni Zanariah Mohamad
17. Rozarina AK Robert
Agenda :

a. Penangguhan Tarikh lawatan


b. Laporan akhir dari semua AJK sebelum pameran dan ceramah

1.0 Pendahuluan

Pengerusi memberikan ucapan alu-aluan dan penghargaan kepada semua pelajar


kerana memberkan komitmen untuk hadir ke mesyuarat ini. Pengerusi mengambil
tempat untuk mengetuai dan memulakan agenda mesyuarat pada hari ini.

2.0 Penangguhan tarikh dan tempat lawatan

Tarikh : 25 Mac 2010 (Khamis)


Tempat : Majlis Sukan Negeri Sabah

Program lawatan yang dijalankan pada tarikh 11 Mac 2010 bertempat di Sabah
Badminton Assosiation (SBA), Kota Kinabalu telah ditunda ke tarikh 25 Mac 2010 iaitu
selepas cuti bertempat di Majlis Sukan Negeri Sabah.

3.0 Laporan daripada setiap AJK

3.1 AJK Cenderamata (Ketua : Jailin Siti Baizurah)

Cenderamata untuk wakil penceramah dari pihak MSN telah disediakan iaitu
pendant IPGM Kampus Kent.

3.2 AJK Perhubungan Awam ( Ketua : Mohd Solehan Sedik)

Pihak MSN telah dihubungi untuk mengesahkan lawatan ke pusat berkenaan


bagi menghadiri ceramah bersama dengan MSN.
3.3 AJK Dokumentasi (Ketua : Fredaus Johari)

Peringatan kepada AJK Dokumentasi mengenai kamera dan alat perakam


yang akan digunakan sepanjang pameran dan ceramah berlangsung.

3.4 AJK Pengangkutan (Farrizan Samin)


Bas sudah disediakan dan mencukupi untuk semua pelatih yang mengikuti
lawatan pada hari berkenaan.

4.0 Penutup
Sebelum menamatkan mesyuarat, pengerusi program mengucapkan terima kasih
kepada semua AJK yang telah menjalankan tugasnya dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.30 am

“Majulah Sukan Untuk Negara”

Disediakan oleh,

....................................
( ESTHER EUSAN SUBAL)
Setiausaha,
Program Lawatan ke MSN.

Anda mungkin juga menyukai