Anda di halaman 1dari 12

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk


bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar.
Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan
pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan
kerohanian dan seni mempertahankan diri.
Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam
bidang pertanian, perikanan dan perburuan.
Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang
disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama
Islam yang terkenal.
Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina
di sekelilingnya.
Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu
berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ).
Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan,
dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu
falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan.
Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar
penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan
tentang pendidikan vernakular.
Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka
memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris
1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar
melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan
sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan.
Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung
oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit.
Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai
satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan
rakyatnya bagi mencapai kemajuan.
Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan
benevolen (benovelent welfare policy).
Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau
memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial
yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.
Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-
wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur-
unsur kebangsaan di kalangan rakyat.
Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural
educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk
Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab, Inggeris dan
Tamil.
Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat
Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum.
Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan
tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.

PENDIDIKAN AWAL

Pendidikan Melayu

Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan


pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M).
Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak
Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa
memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.
Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal
abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa,
mewarisi kemiskinan keluarga.
Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan
kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad.
Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau
menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu.
Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah
terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan
mengikut model English Grammar School pada tahun 1905.
Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja.
Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga,
Singapura.
Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap
guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris
telah ditubuhkan.
Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di
Melaka pad a tahun 1935.
Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan
mereka sendiri.
Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang
melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.

Pendidikan Arab Dan Agama

Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak


melayu ialah sekolah Arab dan Agama.
Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan
pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian.
Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah
muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di
negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Pendidikan Cina

Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum
pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil.
Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa
bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an selaras dengan tradisi
mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa
masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke
19.
Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campur tangan
lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik
dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina
di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak.
Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-
guru juga dibawa masuk dari sana.
Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu
membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam,
Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am.
Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan
Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan.
Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang
pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan.
Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal
aktiviti sekolah ini.
Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan
kewangan daripada kerajaan.
Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah
selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah
diadakan.
Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung
mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.

Pendidikan Tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian


besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina,
sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri.
Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada
dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi.
Oleh itu sekolah-sekolah Tamil yang didirikan di ladang-ladang getah
menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga
pengajar dan pedagogi.
Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian
besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar.
Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang
undang-undang.
Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang
getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka.
Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan
pendidikan Tamil.
Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India,
begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari
India.
Kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3M
membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri
(personal hygiene) sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas
normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil.
Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja..
Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah
Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama
di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India.

Pendidikan Inggeris

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free


School ditubuhkan pada tahun 1816 .
Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan
beberapa buah sekolah Inggeris.
Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan
bantuan kerajaan Inggeris.
Kurikulumnya bercorak Kurikulum Grammar School of Great Britain dengan
tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi
keperluan kuasa, metropolitan British.
Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan
menengah.
Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal
dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun
I907.
Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di
Raffles College, Singapura.
Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di
Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar
menjadi King Edward VII Medical College.
Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-
kursus dalam bidang Sastera dan Sains.

Pendidikan Zaman Jepun.

Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai


Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun.
Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di
Semenanjung Malaysia.
Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah
venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi
menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri
Jepun.
Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi
mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris.
Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan
di dalam kurikulum sekolah rendah.
Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah
ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian
telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan.
Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek,
setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun.
Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa
Jepun.Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di
beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan.
Suratkhabar juga mempunyai ruangan khas bagi pengajaran Bahasa Jepun.
Pendidikan pascazaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu falsafah
untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.
Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka. Selepas perang
dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran
banyak berubah.
Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat
kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang
masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.
Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan
di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan
pelajaran.
Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuah jawatankuasa Barnes,
Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan
supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum
sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai
pengantar utamanya.
Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah
Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan .
Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina. Laporan Fen wu ,
memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah
memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah
Melayu.
Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan
yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa
melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

LAPORAN PENDIDIKAN

Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan ke arah


pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:-
i. Laporan Razak (1957)
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan
Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan
Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini
ialah :
Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .
Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa
pengantar utama.
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran
Malaysia.
Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan
masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu
bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga
bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di
dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-
fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup,
norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

ii. Laporan Rahman Talib (1960)


Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah
mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan
menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat
sekarang.
Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-
a. Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa
pengantar.
b. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna
walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah , menengah,dan
menengah atas
c. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional
untuk keperluan tenaga mahir.
d. Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan
untuk keperluan kerohanian sebagai teras.

iii. Laporan Kabinet (1979 )


Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan
Rahman Talib dilaksanakan.
Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut
cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru.
Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979.
Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah :-
i. Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.
ii. Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca,
menulis dan mengira ) dan pengajaran pemulihan.
iii. Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan
vokasional.
iv. Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun
v. Pendidikan kerohanian yang kukuh.
vi. Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TERKINI


DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT DASAR EKONOMI
BARU
Ketiga-tiga laporan tersebut adalah diorientasikan ke arab pencapaian
matlamat dasar ekonomi baru.
Dua matlamat DEB iaitu:
i. Membasmi kemiskinan..
ii. Menyusun semula masyarakat Malaysia.

Peranan Kementerian pendidikan dalam usaha membantu Kerajaan


mencapai matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru itu adalah
amat penting kerana pendidikan mernpakan alat yang paling berkesan untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
TEORI OPERASI DASAR EKONOMI BARU.
Dirumuskan dalam carta 2.1 (Lihat lampiran carta 2.1 di bawah)
Objektif pelajaran mengikut DEB:
Mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi perpaduan kaum.
Menyediakan pelajaran dan latihan untuk mendapatkan tenaga rakyat yang
berguna bagi pembangunan negara.
Meninggikan mutu pelajaran dalam usaha membentuk masyarakat yang
progresif berorientasikan sains dan teknologi .
Menyediakan peluang - peluang pendidikan yang saksama (equality of
educational opportunities) kepada semua pelajar dari pelbagai peringkat.
Memperbaiki usaha penyelidikan ,perancangan dan kebolehan
pelaksanaannya untuk mencapai objektifnya.
Objektif-objektif Pendidikan jangka Panjang yang terkandung di dalam
Rancangan Malaysia di Bawah dasar Ekonomi Baru.

Rancangan Malaysia pertama (1956-1970 ).

Di bawah Rancangan ini, konsep pendidikan telah berubah dari sekolah


rendah ke sekolah menengah.
Selain itu Kerajaan telah menyusun semula bentuk pelajaran mengekalkan
Menengah dengan mengekalkan pendidikan aneka Jurusan.
Pendidikan yang berkesan dapat mencapai perkembangan yang lebih baik
diantara pelajar, ilmiah umum dengan pelajar vokasional, teknik dan seni.

Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975 )

Tujuan Rancangan pelajaran dalam Rancangan kedua antaranya ialah


menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan penyatuan dan perpaduan
negara.
Rancangan pelajaran harus disusuri dan diperluaskan serta latihan perlu
diperbanyakkan bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat.
Kerajaan pula membaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat
yang maju berasaskan sains dan teknologi.
Selain itu membaiki keupayaan penyelidikan , perancangan dan pelaksanaan
untuk mencapai tujuan rukun negara.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980 )

Berteraskan tiga matlamat ,iaitu membasmi kemiskinan, meneruskan usaha


untuk menyusun semula masyarakat,dan memperkukuhkan lagi keselamatan
negara. Tujuan -tujuan pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Ketiga ialah:
a. Pelaksanaan seterusnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
utama di semua peringkat pelajaran dengan cara berperingkat-
peringkat.
b. Pembentukan keperibadian , perwatakan dan kewarganegaraan yang
baik serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan
luar bilik darjah.
c. Usaha untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang
pelajaran di antara kaya dengan miskin serta di antara Wilayah dan
antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan
negara dengan lebih saksama.
d. Penyatuan sistem pelajaran Sabah dan Serawak dengan sistem
pelajaran Kebangsaan secara beransur.
e. Menyesuaikan dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke
arah memenuhi keperluan negara terutamanya dalam bidang sains
dan teknologi
f. Membaiki mutu pelajaran untuk mengurangkan keciciran dan
menambahkan kesannya untuk pembangunan negara .
g. Meninggikan kebolehan penyelidikan ,perancangan dan pelaksanaan
untuk mencapai matlamat tersebut .
h. Perkembangan Pembangunan Pendidikan Terkini Malaysia kini telah
maju , perkembangan pendidikan terkini telah berubah. Perkembangan
pendidikan sekarang harus dititik beratkan agar ia dapat menerapkan
unsu-unsur pembaharuan dan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Perkembangan era teknologi maklumat ,kerajaan telah
mengubah pembangunan pendidikan dengan lebih maju lagi. Kerajaan
kini telah memulakan sekolah Bestari. Negara Malaysia kini terdapat
sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum sekolah Antarabangsa.
Jenis Ekspatariat yang terdapat di negara Malaysia adalah seperti
berikut :
 Sekolah ekspatariat yang mengikut kurikulum British yang
menyediakan para pelajar untuk peperiksaan 0 level dan A
level.
 Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Amerika untuk
para pelajar yang akan menduduki peperiksaan International
Baccalcureate.
 Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Khas negara
masing-masing supaya para pelajar dapat menyambung
pelajaran ketika mereka kembali ke negara masing - masing.
Antara contohnya negara Arab, Indonesia, Perancis dan
Taiwan. Pelajar asing yang mana Ibu bapa mereka bekerja di
negara kita dibenarkan menuntut di Sekolah tersebut.Kini,selain
daripada Institusi Awam, banyak juga terdapat pendidikan tinggi
swasta yang menawarkan kursus untuk para pelajar, lepasan
SPM / SPMV Senior Middle III / STPM bagi mendapatkan sijil ,
diploma, dan ijazah. Kumpulan Institusi pendidikan tinggi yang
didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan ialah:
a. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
b. Universiti dan Kolej Universiti Swasta.
c. Kampus Cawangan universiti luar negara
d. Pusat Pengajian Jarak Jauh