Anda di halaman 1dari 7

Soalan : Membina dan menggunakan bahan bantu belajar dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teknik lakonan.

Drama dalam pendidikan merupakan satu aktiviti pembelajaran yang


berhasrat menambahkan pemahaman pelajar terhadap semua mata pelajaran dan
kemahiran yang dipelajari dan dikuasai , terutamanya bahasa, sastera, sejarah dan
pendidikan seni. Sesuai dengan falsafah pendidikan, drama pada amnya dijangka
dapat membina daya pemikiran dan intelek yang tinggi, memperluas keupayaan
berbahasa dan mempertingkatkan interaksi sosial yang baik.

Brian Way (1976) berpendapat, aktiviti drama/lakonan bertujuan


memperkembangkan penyuburan diri individu secara menyeluruh dari aspek intelek,
rohani, emosi, jasmani, kreativiti, disiplin, sikap, estetika dan motivasi. Pembelajaran
adalah lebih terjamin apabila emosi dilibatkan melalui pengalaman dan hal ini
semakin dapat diperkukuh seandainya penggunaan bahasa yang baik
dikombinasikan dengan gerak-geri badan dan perlakuan tertentu.

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia, aktiviti


lakonan boleh dikelaskan sebagai bahan media yang konkrit dan sifatnya adalah
menyerupai kaedah sebenar dan digolongkan dalam media tiga dimensi. Aktiviti ini
boleh menukarkan pengalaman-pengalaman yang abstrak dalam pengajaran dan
pembelajaran kepada pengalaman-pengalaman konkrit dan dapat member
kefahaman yang jelas terhadap sesuatu pelajaran.

Aktiviti lakonan adalah satu bidang yang sangat penting dan banyak nilai
yang berfaedah bagi pembelajaran bahasa Malaysia di dalam kelas. Oleh itu kita
yakin pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia secara tidak lansung melalui
saluran lakonan akan lebih bermanfaat terhadap pengajaran dan pengajaran bahasa
Malaysia. Ini seterusnya menjadi kelas satu tempat yang boleh menarik minat parea
pelajar.

Drama atau lakonan adalah satu cara kegiatan yang boleh menarik hati
penonton dan menyukakan hati mereka. Pelajaran yang disampaikan melalui
saluran ini akan menarik hati dan akan lebih memberi kesan di jiwa pelajar dan
mereka gemar mempelajarinya. Pelajar akan belajar tanpa merasa jemu.
Menurut Abdul Aziz Talib (1987), lakonan merupakan satu kaedah yang
sesuai kerana dapat member peluang kepada pelajar belajar secara bermain.
Belajar secara bermain merupakan satu konsep dalam pendidikan yang dapat
menggalakkan pelajar-pelajar cenderung untuk belajar dan merupakan simulasi
yang baik untuk kanak-kanak berlatih bercakap dalam bahasa Melayu baku.

Hakikat ini diakui oleh Salleh Mohd Akid (1975) yang mengatakan bahawa
drama/lakonan adalah satu proses semulajadi yang meliputi alam kanak-kanak. Ia
berlaku secara peniruan menerusi pandangan dan pengamatan. Hal ini adalah satu
perkara penting bagi masa hadapan mereka kerana lakonan merupakan satu
penghayatan terhadap realiti kehidupan.

Hasniah Hussein dan Robiah Hamzah (1989) menyatakan bahawa


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan sentiasa menarik dan berkesan
jika disampaikan dengan kaedah dan teknik yang sesuai. Jadual waktu yang begitu
padat dalam KBSR tidak member banyak peluang kepada pelajar untuk
menghilangkan rasa bosan. Para pelajar dalam peringkat umur ini memerlukan
pergerakan yang boleh melapangkan fikiran dan menghindarkan kebosanan. Teknik
lakonan memenuhi keperluan ini kerana teknik lakonan membawa situasi
pengajaran dan pembelajaran yang kurang kongkongan, tidak formal dan
menggalakan penglibatan secara langsung dan secara aktif di kalangan pelajar.
Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik,
menyeronokkan dan berkesan.

Beberapa tujuan penggunaan teknik lakonan dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran guru adalah seperti berikut:

a) Membawa peristiwa-peristiwa nyata ke dalam bilik darjah

b) Membolehkan pelajar berdialog dalam bahasa yang teratur dan indah

c) Menjadikan aktiviti penhajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan


bermakna

d) Menarik minat murid kerana suasana kelas yang meriah dan menyeronokkan
murid.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERASASKAN TEKNIK LAKONAN

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

Tarikh : 28 Oktober 2010 (Khamis)

Masa : 09.00 – 10.00 pagi ( 60 minit )

Tahun : Tahun 4 Hijau

Tema : Yang Baik Jadikan Teladan

Tajuk Pelajaran : Arnab dan Kura-kura

Bilangan Murid : 25 orang

Fokus Utama : 5.2 - Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
yang dibaca.

Aras 1(i) – Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera


dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan : 2.1 – Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan
dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 3(i) – Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi


dan penghayatan yang sesuai.

11.3 – Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari


segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai
dan pengajaran, dan gaya bahasa.

Aras 2(i) – Menyusun peristiwa yang terdapat dalam teks.


Pengetahuan Sedia Ada:

i. Murid-murid telah menguasai kemahiran membaca dan


kemahiran mendengar dan bertutur.

ii. Murid pernah melihat haiwan-haiwan di dalam cerita


melalui gambar dan video atau haiwan sebenar.

iii. Murid telah didedahkan dengan lakonan.

Objektif Eksplisit :

Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat :-

i. Bercerita dalam lapan hingga sepuluh ayat cerita haiwan yang

murid pernah dengar atau baca.

ii. Melakonkan isi cerita ‘Arnab dan Kura-kura’ dengan sebutan

dan intonasi yang betul berdasarkan kad dialog yang diberikan.

iii. Menulis sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat betul

mengenai susunan peristiwa berdasarkan cerita ‘Arnab dan


Kura-kura’.

Sistem bahasa :

i. Tatabahasa : Kata Kerja

ii. Kosa Kata : pantas, seringkali, pengadil, memecut, menoleh,


nyenyak, bersorak, cemas, malang

Pengisian Kurikulum :

i. Ilmu : Sains, Pendidikan Moral

ii. Nilai Murni : Baik hati, keberanian

Kemahiran Bernilai Tambah :

i. Kemahiran Berfikir : mencirikan, membuat analogi, menilai


ii. Kecerdasan Pelbagai : interpersonal, verbal linguistic

Isi Pelajaran :

- Berbual dan bersoaljawab mengenai cerita haiwan yang pernah didengar


atau dibaca. Menceritakan semula cerita tersebut

- Petikan teks ‘Arnab dan Kura-kura’ – membaca teks, bersoaljawab mengenai


teks

- Kosa kata

- Melakonkan isi cerita ‘Arnab dan Kura-kura’

Bahan Sumber mengajar :

- Gambar

- Petikan cerita ( kertas / Microsoft Power Point )

- LCD, Komputer riba

- Topeng haiwan

- Lembaran kerja

- Kad dialog

Langkah Pembelajaran
Set Induksi

- Guru masuk ke dalam kelas menggunakan topeng arnab.

- Bersoaljawab dengan murid mengenai cerita haiwan yang murid pernah


dengar.

- Menyuruh murid bercerita secara ringkas mengenai cerita haiwan yang


mereka katahui.

Langkah 1

- Dengan menggunakan MS Power Point, guru mempamerkan petikan cerita


‘Arnab dan Kura-kura’

- Guru juga mengedarkan petikan cerita tersebut kepada murid.

- Murid membaca petikan cerita secara kelas, kumpulan dan individu.

- Bersoaljawab mengenai jalan cerita.

Langkah 2

- Guru mengedarkan dialog kepada murid

- Murid membaca dialog tersebut.

- Guru menunjuk cara cara melakonkan sesuatu watak.

- Murid diminta melakonkan watak-watak dalam cerita tersebut.

( Pencerita, Arnab, Kura-kura, Monyet, Gajah, Singa )

- Guru membimbing murid dalam lakonan tersebut.

Langkah 3
- Berdasarkan teks petikan, murid diminta dalam kumpulan untuk mencari
makna perkataan yang di berikan dengan menggunakan kamus.

- Murid membentangkan jawapan kumpulan mereka.

- Guru menerangkan kata kerja yang terdapat dalam petikan ( perkataan


bewarna merah)

- Berbincang mengenai kata kerja tersebut.

Langkah 4

- Guru mengedarkan lembaran kerja.

Kumpulan Pengayaan – Menulis ayat mengikut urutan cerita Arnab dan

Kura- kura

Kumpulan Pemulihan – Menyusun urutan cerita.

Penutup

- Bersoaljawab dengan murid mengenai watak yang mereka suka dan tidak
suka.

- Guru merumuskan pelajaran tersebut dan menyatakan nilai-nilai murni


darpada cerita tersebut.