Anda di halaman 1dari 8

FRIDAY, JULY 03, 2009

pergerakan asas
PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN MENGGUNAKAN ALATAN

1.0 PENGENALAN

Pergerakan asas ialah proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi
teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang
berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan
ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas dibahagikan
kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek
pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas
memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan,
permainan, kemahiran gimnastik. 

Pergarakan lokomotor diistilahkan sebagai aktiviti gerak edar dalam ruang am iaitu berubah dari satu
tempat yang lain. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, merangkak, mengguling, skip,
galop serta polka. 

Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan statik dalam ruang diri. Ia melibatkan keupayaan
pergerakan bahagian tubuh badan atau anggota badan seperti melakukan regangan, fleksibiliti, putaran,
kilasan tubuh perubahan daya. 

Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Misalnya, melambung
dan menyambut bola, meleret gelung rotan, ketinting sepanjang sepanjang tali, berlari sambil
menggerakkan reben, membaling dan menangkap pundi kacang dan sebagainya.

Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
Pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal
pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang sengaja dipilih.

2.0 MATLAMAT
Matlamat penghasilan kertas kerja ini ialah meningkatkan pengetahuan tentang pergerakan asas dan
meningkatkan kefahaman serta kesedaran bahawa tubuh badan sebagai perantaraan untuk pergerakan.

3.0 OBJEKTIF

Kertas kerja yang disediakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1. Memberi kebebasan untuk mencurahkan idea dan parasaan.


2. Memberi peluang untuk menjana pemikiran kreatif, mereka cipta serta meneroka pergerakan yang
melibatkan tubuh badan.
3. Meningkatkan kesedaran tentang pergerakan yang sesuai digabungkan dengan manipulasi alatan.
4. Mempelajari bagaimana menyusun atur pergerakan mengikut aliran dan ruang. 

TARIKH : 21-23 APRIL 2008

5.0 MASA : 8.00 pagi

6.0 TEMPAT : Gimnasium Ungku Aziz

7.0 KUMPULAN SASARAN : Murid tahun 3

8.0 PANDUAN PERLAKSANAAN DEMONSTRASI

8.1 Prosedur pelaksanaan demonstrasi

A) JENIS PERGERAKAN 

Pergerakan Huraian
Pergerakan 1
lokomotor Polka sambil membawa gelung rotan. Sebelah tangan memegang gelung rotan.
Pergerakan 2
Bukan lokomotor Melakukan imbangan bangau sambil memutarkan gelung rotan di atas lantai.
Pergerakan 3 
lokomotor Melakukan gulingan balak di atas tilam. Gelung rotan diletakkan di sebelah tilam tempat akhir
gulingan, dan gulingan dilakukan.
Pergerakan 4
lokomotor Gallop sambil memegang gelung rotan dengan kedua-dua tangan.
Pergerakan 5
Bukan lokomotor Memusingkan badan 360º dengan imbangan satu kaki sambil memegang gelung rotan
dengan kedua-dua tangan. 
Pergerakan 6
lokomotor Melakukan gripwine di atas bangku dan tangan kanan memegang gelung rotan di angkat ke
atas. 
Pergerakan 7 
Bukan lokomotor Melakukan imbangan di atas satu kaki (kaki kiri) sambil tangan kanan yang memegang
gelung rotan diunjur ke sisi.
Pergerakan 8
lokomotor Skipping dengan menggunakan gelung rotan
Pergerakan 9
Bukan lokomotor Melentik ke belakang sambil tangan kanan memegang gelung rotan dan diletakkan di
hujung kaki manakala tangan kiri memegang tumit kaki kiri.
Pergerakan 10
lokomotor Melambung gelung rotan dan melompat serta memyambut kembali gelung rotan tersebut.
Pergerakan 11
Bukan lokomotor Melakukan regangan dengan membuka sedikit kaki sambil kedua-dua tangan
memegang gelung rotan dan di angkat ke atas.
Pergerakan 12
lokomotor Melakukan chasse dengan kedua-dua tangan memegang gelung rotan.
Pergerakan 13
Bukan lokomotor Berdiri sambil mengilas badan ke belakang. Gelung rotan digerakkan ke hadapan.
Badan kembali normal dan tangan kiri menahan gelung rotan tersebut dengan pantas.
Pergerakan 14
lokomotor Berjalan sambil memusing gelung di tangan.
Pergerakan 15
Bukan lokomotor Berdiri tegak dan membuai-buai sambil kedua-dua tangan memegang gelung rotan dan
diangkat ke atas.
Pergerakan 16
lokomotor Berlari sambil melambung gelung rotan dan melakukan lompatan dekam serta menyambut
kembali gelung rotan tersebut dengan kedua-dua tangan.
Pergerakan 17
Bukan lokomotor Meringkuk di dalam gelung rotan yang diletakkan di atas peti lombol. 
Pergerakan 18
lokomotor Melambung gelung rotan dan melakukan lonjakan pendek untuk menyambut gelung rotan.
Pergerakan 19
Bukan lokomotor Gelung rotan diletakkan di pinggang dan menggelek mengikut rentak.
Pergerakan 20
Bukan lokomotor Duduk di dalam gelung rotan yang jatuh ke lantai selepas menggelek.

Prosedur

Pergerakan 1: lokomotor

1) Melakukan polka sambil membawa gelung rotan.


2) Sebelah tangan memgang gelung rotan.
3) Gelung rotan digerakkan bersama.

Pergerakan 2: bukan lokomotor

1) Melakukan imbangan bangau.


2) Kaki belakang diluruskan dan tangan yang memegang gelung rotan juga diluruskan.
3) Sebelah tangan lagi di depakan dan diluruskan.
4) Gelung rotan diputar di atas lantai.
5) Imbangan dilakukan untuk beberapa saat.

Pergerakan 3: lokomotor
1) Gelung rotan dilempar di hujung tilam.
2) Melakukan gulingan balak di atas tilam.
3) Badan diluruskan dan kedua-dua tangan dirapatkan ke dada.

Pergerakan 4: lokomotor

1) Melakukan gallop.
2) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan di hadapan.

Pergerakan 5: bukan lokomotor

1) Memusingkan badan 360º dengan imbangan satu kaki.


2) Gelung rotan dipegang dengan kedua-dua tangan.

Pergerakan 6 : lokomotor

1) Melakukan gripwine di atas bangku.


2) Tangan kanan memegang gelung rotan dan diangkat ke atas.
3) Sebelah tangan lagi didepakan ke sisi.

Pergerakan 7 : bukan lokomotor

1) Melakukan imbangan di atassatu kaki.


2) Tangan kanan memegang gelung rotan dan diunjurkan ke sisi.
3) Kaki yang melakukan imbangan diluruskan dan juga tangan.
4) Gelung rotan dipegang dalam keadaan pegun tanpa ada pergerakan.

Pergerakan 8 : lokomotor
1) Melakukan skipping dalam gelung rotan.
2) Badan sedikit dibongkokkan supaya dapat melalui gelung rotan.
3) Kaki di langkah satu persatu.

Pergerakan 9 : bukan lokomotor

1) Melentik ke belakang.
2) Lutut menyokong badan sebagai tapak.
3) Tangan kanan memegang gelung dan diletakkan di hujung kaki.
4) Tangan kiri di bawa ke belakang dan memegang tumit kiri.

Pergerakan 10 : lokomotor

1) Melambung gelung rotan.


2) Melompat serta menyambut kembali gelung rotan tersebut.

Pergerakan 11 : bukan lokomotor

1) Melakukan regangan.
2) Kaki di buka sedikit seluas bahu mengikut keselesaan.
3) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan.
4) Dari bawah, gelung rotan yang dipegang di bawa ke atas dalam keadaan meregang.

Pergerakan 12 : lokomotor

1) Melakukan chasse.
2) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan.
Pergerakan 13 : bukan lokomotor

1) Kaki di buka sedikit seluas bahu dan mengikut keselesaan.


2) Badan dikilas ke belakang dari kanan. 
3) Gelung rotan rotan di pegang dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diunjur ke sisi dalam
keadaan lurus.
4) Gelung rotan digerakkan ke hadapan.
5) Badan kembali normal.
6) Tangan kiri menahan gelung rotan tersebut dengan pantas.

Pergerakan 14 : lokomotor

1) Berjalan melintasi kon dalam bentuk ’zig-zag.’


2) Gelung rotan dipusing dengan sebelah tangan.
3) Sebelah tangan lagi didepakan dan diluruskan.

Pergerakan 15 : bukan lokomotor

1) Berdiri tegak.
2) Membuai-buai ke kiri dan ke kanan.
3) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan dan diangkat ke atas.

Pergerakan 16 : lokomotor

1) Belari dengan pantas.


2) Melambung gelung rotan itu ke atas.
3) Melakukan lompatan dekam.
4) Menyambut kembali gelung rotan tersebut dengan kedua-dua tangan.
5) Berhenti dalam keadaan statik dan pegun.
Pergerakan 17 : bukan lokomotor

1) Gelung rotan diletakkan di atas peti lombol.


2) Meringkuk di dalam gelung rotan.

Pergerakan 18 : lokomotor

1) Melambung gelung rotan.


2) Melakukan lonjakan pendek.
3) Menyambut gelung rotan kembali

Pergerakan 19 : bukan lokomotor

1) Kaki dibuka sedikit seluas bahu dan mengikut keselesaan.


2) Gelung rotan diletakkan di pinggang.
3) Pinggang digelek mengikut rentak.

Pergerakan 20 : bukan lokomotor

1) Duduk di dalam gelung rotan yang jatuh ke lantai selepas menggelek.


2) Satu tangan di angkat ke atas dengan lurus.

Anda mungkin juga menyukai