P. 1
Microsoft Word - PENGAWALAN DAN PENGURUSAN BERSEPADU IPM

Microsoft Word - PENGAWALAN DAN PENGURUSAN BERSEPADU IPM

4.6

|Views: 1,466|Likes:
Dipublikasikan oleh yaee982

More info:

Published by: yaee982 on Aug 09, 2008
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

JABATAN PERTANIAN UNIT PERLINDUNGAN TANAMAN MAKMAL MUSUH TANAMAN BRUNEI AGRICULTURAL RESEARCH CENTRE

PENGAWALAN DAN PENGURUSAN BERSEPADU (IPM) SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN BUAH-BUAHAN
Brunei Darussalam yang mempunyai cuaca dan iklim tropikanya yang lembab dan panas sangat sesuai bagi serangga perosak dan kuman penyakit hidup, membiak dan seterusnya menyerang dan merosakkan tanam-tanaman termasuk tanaman buah-buahan. Tanaman buah-buahan terutama dari jenis yang kekal dan mempunyai jangkamasa hidup dan pertumbuhan yang lama akan sentiasa terdedah kepada serangan serangga perosak dan kuman penyakit. Tahap kerosakan disebabkan serangan serangga perosak dan kuman penyakit bergantung kepada jenis tanaman buah-buahan, kesuburan tanaman, kebijaksanaan pengurusan ladang dan kecekapan para peladang mengenal pasti jenis musuh perosak yang menyerang diperingkat awal serta membuat langkah-langkah kawalan yang berkesan. Pengawalan dan pengurusan musuh perosak tanaman cara lama yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan racun kimia semata-mata didapati banyak mendatangkan keburukan dan kesan sampingan kepada kesihatan, alam sekitar dan juga terhadap organisma berfaedah serta serangga dan agen-agen pemangsa yang sedia ada secara semulajadi mengawal serangga perosak dan penyakit tanaman. Pengawalan dan pengurusan musuh perosak tanaman yang terbaik, ekonomik, berkesan dan berupaya memberikan kawalan secara mampan ialah dengan mengamalkan kaedah kawalan bersepadu (IPM). Pengawalan musuh perosak bersepadu (IPM) ialah satu sistem atau konsep pengawalan yang mengabungkan kaedah-kaedah kawalan yang bersesuaian secara serentak dan bersepadu. Pengabungan atau pensepaduan kaedah-kaedah kawalan antara lain termasuklah kawalan kultura seperti penggunaan benih yang rentang/tahan dari serangan serangga perosak dan penyakit, mengamalkan kebersihan ladang dan pembajaan yang bersistem, kawalan fizikal iaitu menggunakan bahan pemikat dan perangkap serangga dan membungkus buah, kawalan biologi dengan menafaatkan kawalan semulajadi agen-agen pemangsa dengan mengurangkan penggunaan racun kimia dan kawalan kimia dengan menggunakan semburan racun kimia dari jenis yang selamat dan mesra alam jika diperlukan mengikut kadar dan arahan penggunaan yang disyorkan.

Disamping mengamalkan kawalan secara bersepadu para peladang juga disyorkan supaya sentiasa membuat pemantauan tanaman buah-buahan mereka bagi mengesan serangan awal serangga perosak dan penyakit bagi mengurangkan penggunaan racun kimia dan menghasilkan kawalan yang berkesan dan ekonomik.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->