Anda di halaman 1dari 8

Soalan 5

5(a) Banding beza antara lima teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori pembelajaran manakah yang biasa anda
amalkan dalam bilk darjah anda? Beri sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda.

Pembelajaran merupakan perubahan ke atas individu hasil daripada pengalaman dan manusia mula belajar sejak lahir dan semua
pembelajaran ini berkaitan dengan pengalaman. Pembelajaran tidak terhad kepada sekolah sahaja tetapi pembelajaran berlaku dalam
banyak keadaan iaitu formal dan tidak formal. Pembelajaran berlaku melalui pelbagai cara sengaja atau tidak sengaja.
Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli
psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya
menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.
Pembelajaran berlaku apabila manusia, termasuk murid muda, dari semasa ke semasa mengubah kefahaman dalaman mereka tentang
dunia semasa mereka menemui bukti luaran yang bercanggah dengan kefahaman awal mereka.
Lima teori pembelajaran iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori pembelajaran sosial, teori humanistik dan teori konstruktivisme.
Lima aspek yang berkaitan dengan proses pembelajaran iaitu kesediaan, corak pengamatan, persepsi, ingatan dan lupaan serta
pemindahan pembelajaran.

Pelopor
Ahli Teori Pembelajaran Kognitif Implikasi Pengajaran- Pembelajaran
Psikologi
 Menggalakkan pelajar dengan
 Persepsi perkaitan unsur-unsur di persekitaran : menggunakan celik akal menyelesaikan
celik akal. masalah.
1 Kohler
 Celik akal berlaku bergantung kepada pengalaman  Mengaitkan pengalaman yang sedia ada
yang sedia ada. dengan pembelajaran baru.

 Membangkitkan kesediaan pelajar terhadap


isi pelajaran yang akan dipelajari (peta
 Pembelajaran Isyarat: Pembentukan peta kognitif kognitif).
2 Tolman
situsi keseluruhan.  Melatih pelajar gunakan persepsi dengan
tepat untuk membina peta kognitif.

1
 Pembelajaran ialah perubahan bentuk pemikiran
iaitu struktur kognitifnya.
 Isi pelajaran dikembangkan-mengikut
peringkat perkembangan kognitif kanak-
 Perkembangan kognitif kanak-kanak :
kanak.
- Peringkat deria motor (0-2 tahun)
-konkrit kepada abstrak.
- Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
-pengalaman sedia kepada pengalaman baru.
- Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
3 J.Piaget  Memupuk motivasi intrinsic dan
- Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
menggalakkan pelajar melibatkan diri
 5 konsep asas :
secara aktif
Skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi,
dalam pembelajaran, demi menggerakkan
akomodasi.
proses asimilasi dan akomodasi.

 Menggunakan bahan konkrit untuk


mengajar bahasa.
 Mengajar sesuatu kemahiran mengikut
 Teori Pemprosesan Maklumat : urutan (rangkaian motor).
- lapan fasa proses pembelajaran.  Membimbing pelajar membezakan ciri-ciri
- lapan hierarki pembelajaran : isyarat, gerak penting.
4 R.M. Gagne
balas, rangkaian motor, bahasa,  Membinbing pelajar mengebal pasti cirri-ciri
diskriminasi,konsep, hukum, penyelesaian khusus untuk membina konsep dan hukum.
masalah.  Membimbing peljar menggunakan prinsip,
hukum dan teorom untuk menyelesaikan
masalah.

 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak :  Memupuk motivasi intrinsik pelajar.


- Peringkat Enaktif (0-2 tahun)  Membimbing pelajar menyusun konsep-
- Peringkat Ikonik (2-4 tahun) konsep yang berkaitan secara hierarki.
- Peringkat Simbolik (5-7 tahun)  Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar
 Perkembangan kognitif ialah perubahan bentuk dengan kaedah inkuiri-penemuan dan
perwakilan : kaedah induktif.
5 J.S. Bruner
aksi gambaran simbol  Menyusun isi pelajaran secara sistematik
 Teori Pembelajaran Penemuan : mengikut tahap perkembangan kognitif
(3 jenis) bebas, terbimbing, ekspositori. pelajar.
 4 Prinsip pengajaran-pembelajaran :  Memberi peneguhan
motivasi, struktur, sekuen, peneguhan. selepas aktiviti penilaian.

6 Ausubel  Teori Pembelajaran Resepsi yang bermakna :  Gunakan kaedah deduktif, ekspositori dan
2
pengelola awal, iaitu mengggabungkan
konsep lama dengan konsep baru, untuk
pembelajaran resepi yang bermakna.
 Proses pengajaran-pembelajaran :
- konsep utama ialah pembelajaran bermakna
dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu yang
membangkitkan kesediaan belajar
sedia ada pelajar.

- Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif.
mempersembahkan pengelola awal
- Mengintegrasikan maklumat yang tersusun

secara logikal dalam bentuk terakhir dengan
perhubungan konsep
pengalaman/ ilmu yang sedia ada melalui kaedah

ekspositori.
pembezaan progresif

penyesuaian secara integrasi

7 Flavell  Teori metakognitif konsep metakognitif :  Membimbing pelajar memikir masalah


- berfikir tentang pemikiran (thinking about thinking. secara kritis dan kreatif.
- kognitif refleksi.  Membimbing pelajar menggunakan
- pemikiran refleksif. pemikiran metakognitif dan refleksi untuk
- operasi metakognitif melibatkan usaha mencari menilai kemungkinan-kemungkinan
makna, merancang, mengarah dan menilai pemikiran penyelesaian dicadangkan.
individu diri. 

Teori Pembelajaran Sosial


1 Bandura  Fokus utama  Guru sebagai model peniruan.
- Neobehavioris :
Walters tingkah laku dan kognitif permodelan/ peniruan  Gunakan kaedah demonstrasi dengan
contoh-contoh yang sesuai.
- self-regulation  Menyediakan situasi pembelajaran tanpa
- self- efficacy gangguan
 Menarik perhatian murid dengan motivasi
yang sesuai
 Ciri-ciri teori pembelajaran :  Mengekalkan ingatan murid dengan
3
- pembelajaran sosial interaksi.
I x Px T
- pembelajaran melalui pemerhatian
dan peniruan.
mendemonstrasikan langkah-langkah
- proses pembelajaran melalui :
secara sistematik
perhatian 
 Memberi peneguhan yang positif selepas
mengingat 
reproduksi
reproduksi 
peneguhan/ motivasi
- tingkah laku peniruan adalah hasil peneguhan

Teori Pembelajaran Humanis

1 Carl R. Rogers,  Fokus utama  Mengutamakan strategi berpusatan murid


Abraham H. - kemanusiaan dan kaedah individu.
Maslow, - sempurna kendiri  Membentuk iklim bilik darjah yang kondusif
Bugental, - motivasi instrinsik dan tanpa ancaman.
Neil. - individualiti  Memastikan keperluan asas murid telah
- perkembangan emosi dipenuhi.
- keperluan afektif  Bersifat penyayang dan memupuk nilai
- self-actualization kendiri positif di kalangan pelajar.
- kendiri positif  Mengamalkan prinsip kebebasan dan
- bebas demokrasi.
- demokrasi  Mengutamakan pembelajaran diri sendiri.
 Mengamalkan konsep pendidikan terbuka.
 Ciri-ciri :
- setiap individu berhasrat mencapai
kesempurnaan kendiri, membentuk konsep
kendiri yang unik dan tersendiri melalui nilai dan
sistem kepercayaan diri.
- Keberkesanan pembelajaran bergantung
kepada :
 motivasi intrinsik
 bahan pelajaran yang bermakna
 seiras dengan objektif pelajar

4
 penyertaan diri secara aktif
- Kesempurnaan kendiri hanya boleh dicapai
selepas keperluan asas telah dipenuhi

Teori Konstruktivisme :
 Teori Konstruktivisme :
- mempunyai erti sama dengan teori
 Gunakan strategi berpusatan murid,
konstruktivisme kognitif atau konstruktivisme
kumpulan, sumbangsaran, pembelajaran
- berasal daripada teori perkembangan kognitif
koperatif, perbincangan, penyelesaian
Piaget dan teori zon perkembangan prokimal
masalah dalam aktiviti pengajaran-
(ZPO) Vygotsky.
pembelajaran.
- Konsep Konstruktivisme.
 Mengembangkan proses metakognitif dan
Piaget, - Ilmu dibentuk berasaskan inisiatif dari individu.
pemikiran reflektif dengan kaedah dan
1 Vygotsky, - Tujuan membentuk ilmu adalah
teknik penyoalan, khasnya kaedah
Von Glaserfeld mengadaptasikan diri dalam alam sekeliling.
Sokratik.
- Proses pembentukan ilmu merupakan hasil
 Mengaitkan ilmu yang sedia ada dengan
rasionalisasi pengalaman individu.
pembelajaran baru dan memupuk motivasi
 Pencapaian pembelajaran usahasama lebih baik
instrinsik, pelajar agar mengambil inisiatif
daripada usaha diri.
diri dalam pembelajaran.
 Menekankan perkembangan proses metakognitif
dan refleksi dalam pembelajaran.

Teori Behaviorisme

 Pelaziman Klasik :
Gerak balas (tingkah laku)
-
Responden
-
Bukan inisiatif sendiri (bergantung kewujudan
-
 Menggunakan rangsangan tak terlazim
Pavlov, rangsangan / stimuli)
1 dikaitkan dengan rangsangan terlazim
Watson - Bersifat pasif
 Secara responden terhadap rangsangan.
 Urutan pelaziman :
- gerak balas/ tingkah laku dihasilkan selepas
rangsangan.

2 Thorndike,  Pelaziman Operan :  Menggunakan peneguhan positif/ negatif

5
-Gerak balas (tingkah laku)
-Inisiatif sendiri (bergantung kepada peneguhan)
-Bersifat aktif  Secara operan terhadap kesan daripada
Skinner
 Urutan pelaziman : rangsangan
- Gerak balas/ tingkah laku berlaku adalah kesan
daripada rangsangan/ peneguhan.

Bagi teori Piaget, guru mempunyai peranan penting dalam menyediakan murid dengan pengalaman yang akan membantu mereka
membina kefahaman yang lebih tepat tentang bagaimana persekitaran dan dunia berfungsi. Maka kebiasaannya teori pembelajaran yang
saya amalkan dalam bilik darjah ialah gabungan teori pembelajaran sosial, teori pembelajaran humanistik,dan teori pembelajaran Maslow.

Teori pembelajaran sosial berdasarkan pendekatan behavioris atau pembelajaran, tetapi menekankan pembelajaran berdasarkan
faktor sosial. Pendiriannya ialah manusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan meniru tingkah laku
yang boleh memberi manfaat kepadanya. Teori pembelajaran sosial melibatkan tiga unsur asas yang utama. Di antaranya ialah individu
(proses), persekitaran (environment) dan tingkah laku (behavior).

Di dalam tiga unsur asas ini, individu dirujuk sebagai keadaan motivasi intrinsiknya, persekitaran sebagai rangsangan luaran, dan
tingkah laku sebagai perlakuannya. Terdapat empat elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian yang perlu dipertimbangkan,iaitu
memberi perhatian, mengekalkan maklumat, menghasilkan tingkah laku dan motivasi serta peneguhan.

Di dalam kelas, murid tahun satu mempunyai tahap pemikiran yang masih rendah dimana mereka banyak mempelajari sesuatu
secara formal atau tidak formal. Mereka akan melihat sesuatu melalui pemerhatian, kemudian mereka akan cuba mengekalkan maklumat
dengan cuba mengikut dan menghasilkan tingkah laku yang apa mereka lihat atau mereka pelajari. Oleh itu, guru perlu memahami cara
pembelajaran murid dan setiap perbuatan murid, guru perlu melihat samada murid mengikut sesuatu pelajaran dengan cara yang baik
atau sebaliknya.

Manakal teori humanistik dimana manusia sebagai insan yang unik mempunyai potensi yang unggul, mereka berusaha sedaya
upaya untuk mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya. Pendekatan humanistik menekankan “keseluruhan murid” dengan kata lain,
aspek emosi dan sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar dengan
syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna.

Pendekatan humanistik juga menekan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan mengambil berat, serta bergantung
lebih kepada menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.Teori ini diamalkan didalam bilik darjah dimana
guru perlu mengambil berat terhadap murid khasnya murid tahun satu dimana mereka memerlukan perhatian guru dan mereka masih
banyak perkara yang perlu dipelajari contohnya cara menulis nota, cara melukis gambar, cara menjawab soalan serta aktiviti kumpulan
atau aktiviti di dalam darjah.
6
Oleh itu, guru perlu mengajar serta membimbing murid dengan melihat kelemahan murid contohnya bagi murid yang masih lemah
dalam penulisan atau pemahaman, guru perlu mendekati murid dengan mengajar cara penulisan yang betul,ejaannya serta bacaanya.Guru
memerlukan perhatian yang lebih bagi murid yang lemah dan perlahan cara memahami pembelajaran di dalam kelas.Guru perlu
menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.

Bagi teori ini, guru perlu memberi sokongan serta motivasi kepada murid kerana murid yang lemah dari segi pelajaran kurang
berminat untuk belajar dan mereka lebih berminat bermain untuk murid lelaki dan berinteraksi atau berbual bagi perempuan. Oleh itu
murid perlu dididik dengan tegas dan prihatin kerana mereka perlu perhatian dari guru. Selain itu guru perlu sabar dalam menangani
masalah murid dan melayan karenah murid kerana mereka masih keanak-anakkan. Mereka masih memerlukan perhatian guru dan
sentiasa mencari masa untuk keluar bermain jika guru kurang peka terhadap murid. Murid memerhatikan kelemahan guru mereka
contohnya jika guru kurang tegas, mereka akan mengambil kesempatan untuk bermain.

Dari itu teori ini bercirikan kesedaran mereka sebagai insan yang unik mempunyai potensi yang unggul dan mereka berusaha
sedaya upaya untuk mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya. Saya mengamalkan teori pembelajaran tersebut kerana teori ini bukan
sahaja menekankan perhatian guru terhadap murid yang lemah dan bermasalah tetapi murid yang mempunyai potensi dalam pelbagai
aspek contohnya murid ini lemah di dalam pelajaran tetapi mereka cenderung di dalam bidang sukan. Oleh itu guru perlu memahami sifat
murid tersebut kerana murid ini tidak berminat untuk belajar tetapi guru boleh mengasah kebolehan murid dalam bidang sukan.

Manakala teori pembelajaran behavioris menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku. Tingkah laku juga
mengguna konsep pelaziman untuk menerangkan bagaimana pembelajaran berlaku. Pelaziman didefinasikan sebagai satu proses dimana
tingkah laku organisme berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran supaya apabila rangsangan ini wujud, tingkah laku tersebut
berlaku.

Sementara teori Kognitif pula berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi
kepada zaman kanak-kanak dan remaja dan akhirnya alam dewasa. Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat
kanak-kanak sebagai murid aktif yang berlagak seperti ‘saintis kecil”. Mereka membina ‘teori’ sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi
dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Ahli teori behavioris melihat kanak-kanak sebagai murid pasif yang hanya bertindak
kepada rangsangan persekitaran sahaja.

Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membandingkan
kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran.

Manakala teori konstruktivisme pula merujuk kepada pendapat bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman
mereka. Setiap murid membina makna semasa mereka belajar. Namun, cara seseorang individu menimba ilmu pengetahuan yang terbaik
dan mendalam, adalah dengan membina makna secara aktif melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial.

7
Manusia memerlukan peluang untuk menerokai dan mengkaji sepertimana kanak-kanak yang terus menjatuhkan permainannya.
Tanpa disedari, kanak-kanak tersebut membuat uji kaji berkaitan dengan undang-undang graviti. Oleh itu, guru perlu menyediakan
peluang untuk muridnya menguji pendapat baru, mengembangkan maklumat, menyelesaikan masalah harian dan mencipta respon baru
terhadap sesuatu situasi.

Menurut teori ini, pembelajaran adalah satu proses yang aktif dimana murid mengguna input sensori untuk membinanya. Murid
belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna.Pembelajaran adalah aktiviti sosial dimana
pembelajaran berkaitan dengan manusia lain, guru, rakan sebaya dan lain-lain hubungan.

Bagi teori pembelajaran Maslow, terdapat tiga konsep asas iaitu keperluan asas, keperluan kasih sayang dan penghargaan kendiri
manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Ini
bermakna, keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan-keperluan
pelajar dapat dipenuhi

Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang
paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengajaran harus dikembangkan daripada
konkrit kepada abstrak.
Penggunaan model yang sesuai memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan. Murid-murid seronok apabila menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.
Oleh itu, guru harus mempertimbangkan keperluan asas pelajar dipenuhi. Jadikan suasana bilik darjah kondusif dengan
menjalankan aktiviti pengajaran-pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira. Harmonis dan selamat melibatkan diri dalamnya.
Guru perlu bersifat penyayang dan memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang
sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran.
Sebagai kesimpulan, teori pembelajaran sosial, humanis dan maslow mempunyai kaitan dalam pembelajaran dan pengajaran. Saya
memilih teori tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik murid
dan guru perlu memberi perhatian kepada pelajar supaya mereka mempunyai minat dan keyakinan untuk belajar. Guru juga perlu
memahami murid yang bermasalah dalam pelajaran dan masalah keluarga mereka. Jika guru dapat membimbing murid yang bermasalah,
mereka merasa diri mereka dihargai dan dapat menumpukan kepada pembelajaran.