Anda di halaman 1dari 1

Bulan dalam bahasa Arab disebut Al-Syahru yang bermaksud zaman atau masa iaitu m

erujuk kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Nama-nama bulan Arab yang telah
diiktiraf sebagai bulan Islam dan dirasmikan penggunaan oleh Saidina Umar al-Kh
attab r.a adalah:
lMuharram erti diharamkan, kerana ia adalah bulan pertama daripada empat bulan y
ang diharamkan berperang dalam Islam.
lSafar pula ertinya kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung
mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim p
anas.
lRabiulawal dan Akhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengelu
arkan bunga dan tumbuhan menghijau.
lJumada Ula dan Jumada Akhir, erti Jumada itu ialah membeku di mana waktu ini bi
asanya berlaku musim sejuk yang menyebabkan air membeku. Asal perkataan Jumada i
alah Jamada yakni membeku.
lRejab pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan di mana pada zaman Arab sebel
um Islam mereka mengadakan gencatan senjata di bulan ini sebagai memuliakannya.
lSyaaban bererti pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mere
ka keluar pada bulan setelah duduk lama di rumah pada bulan Rejab. Mereka juga k
eluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
lRamadan bererti panas, kerana kebiasaannya pada waktu dahulu pada bulan ini ber
laku cuaca panas.
lSyawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada wa
ktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermak
sud sedikit atau berkurangan.
lZulkaedah merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berp
erang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu
berasal dari Qa ada yakni duduk.
lZulhijjah pula dikaitkan dengan kebiasaan kaum Arab ke Kaabah menunaikan haji p
ada bulan ini.

Anda mungkin juga menyukai