Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA 2010

PROGRAM ZIARAH UKHWAH:-


SEPETANG BERSAMA FAKIR MISKIN

ANJURAN PEMUDA UMNO CAWANGAN. PDG KERBAU


DENGAN KERJASAMA JAPERUN DUN DURIAN
TUNGGAL

Disediakan oleh:- Disahkan oleh:-

___________________ ___________________
HADIF BIN HASSAN AZMAN BIN OMAR
Setiausaha Ketua Pemuda UMNO, Ketua Pemuda UMNO
Caw. Padang Kerbau. Caw. Padang Kerbau.

1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


KERTAS KERJA 2010

1.0 PENDAHULUAN
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang Kerbau bercadang untuk menganjurkan
program ziarah ukhwah, sepetang bersama fakir miskin.

Di atas tiket Biro Kebajikan & Sosial Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang Kerbau,
Idea untuk menjalankan program Ini adalah untuk membela nasib golongan fakir miskin
sesuai dengan semangat 1 malaysia yang dilaungkan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak,
Perdana Menteri Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang Kerbau juga yakin bahawa melalui program
sebegini, masyarakat akan membuka mata bahawa kerajaan Barisan Nasional begitu
mengambil berat mengenai isu kemasyarakatan terutamanya isu berkaitan golongan fakir
miskin.

2.0 RASIONAL
Rasional program ini adalah untuk membela nasib golongan fakir miskin selain merapatkan
hubungan silaturahim antara pemimpin (ADUN), pemuda dan penduduk terutamanya
golongan fakir miskin di cawangan padang kerbau.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Membela nasib golongan fakir miskin dengan memberikan bantuan untuk
meringankan beban golongan miskin.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin, pemuda dan penduduk.
3.3 Memupuk semangat perpaduan antara penduduk di Cawangan Padang Kerbau.

4.0 AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN


Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dirancang:-
4.1 Mengemas dan membersihkan kawasan rumah fakir miskin
4.2 Majlis penyampaian sumbangan berupa wang ringgit/barangan makanan kepada
fakir miskin oleh YB Datuk Hj. Ab Wahab Bin Hj. Ab Latip.
4.3 Jamuan ringkas

5.0 PENGLIBATAN
5.1 Ketua dan AJK Pemuda UMNO Cawangan Padang Kerbau.
5.2 Pegawai Kebajikan Japerun DUN Durian Tunggal.
5.3 YB Datuk Hj. Ab. Wahab Bin Hj. AB Latip (ADUN Durian Tunggal)

1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


KERTAS KERJA 2010

6.0 RANCANGAN PROGRAM


Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang Kerbau bercadang untuk menziarah
sekurang-kurangnya 5 buah rumah fakir miskin sepanjang tahun 2010. Jadual dibawah
adalah rancangan bagi program ini.

Jadual 1: Rancangan Program Ziarah Ukhwah bagi Tahun 2010


JAN FEB MAR APR MAY JUN JUL OGS SEP OKT NOV DIS
1 2 3 4 5

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Berikut adalah anggaran perbelanjaan untuk melaksanakan program ziarah ukhwah.

No. Perkara Jumlah (RM)

1 Peralatan dan kelengkapan 100.00


2 Banner program x 1 100.00
3 Sumbangan Barangan Makanan (RM100 x 5) 500.00
4 Jamuan Ringkas (RM50 x 5) 250.00

JUMLAH 750.00

1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Anda mungkin juga menyukai