Anda di halaman 1dari 5

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan

mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat


dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki
muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan
ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang
sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim
yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka
akan mengunakan formula "pakai bedal sahaja". Salah
tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh
mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat


dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula
menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah
terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang
hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-
zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam


kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan
bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal
ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat
bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada


perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah
kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain
kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa
kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang
disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga
adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk
pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula
masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini
mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia
memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang
diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu
meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika
manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia
seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah
Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak


berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan
bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan
sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau
mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah
dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam


Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan
seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak
daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali
terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu
sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan
emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya
mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita
juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang
boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya
menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan.
Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang
kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana
persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat
besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku,


panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam
supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda
menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang
yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w


membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil
ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,
Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang
pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang
menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar
ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl.
Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang
ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis


nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi
daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah
menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda
bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau
mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang
mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran


dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan
mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau
Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok
persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta


kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta
sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam
mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta.
Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-
anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga
Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam


diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak
masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara
satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang


melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana
cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi
semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN


SEMUA HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN
TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Anda mungkin juga menyukai