Anda di halaman 1dari 18

Folio Bahasa

Melayu
Topik:Pahlawan
Pasir Salak

Disediakan:Lim Chin Yang


Kelas:2 Edison

1 | Page
Isi Kandungan.

Isi Kandungan. m/s 1


Penghargaan. m/s 2
Biodata Pengarang ‘Pahlawan Pasir Salak ‘. m/s 3
Bab 1-Beringat Sebelum Kena. m/s 4
Bab 2-Senja Berapi. m/s 5
Bab 3-Suara dari Sungai. m/s 6
Bab 4-Orang Dari Luar. m/s 7
Bab 5-Peristiwa di Warung. m/s 8
Bab 6-Api Dalam Sekam. m/s 9
Bab 7-Berita Dari Bandar Bharu. m/s
10
Bab 8-Pasir Salak Berdarah. m/s
11
Bab 9-Tiba Masanya. m/s
12
Bab 10-Sumpah Pahlawan. m/s
13

2 | Page
Penghargaan.

Saya ingin merakamkan setulus ucapan terima kasih dan


penghargaan kepada semua pihak yang membantu dan memberi
sumbangan kepada saya untuk menyempurnakan folio ini
terutamanya kepada guru Bahasa Melayu saya ,Cik Tungku
Zubaidah kerana memberi penerangan teliti tentang cara-cara
menghasilkan folio dengan baik, ibubapa saya kerana memberi
dorongan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak.

3 | Page
Biodata Pengarang “Pahlawan Pasir Salak

Pengarang novel ini “Pahlawan Pasir Salak”, Mohd Ismail Sarbini dilahirkan
di kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor pada 5 Mei 1959. Mendapat
pendidikan awal di Klang sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab
Perguruan Kinta, Ipoh. Setelah bertugas sebagai guru selama enam tahun,
beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti
Putra Malaysia) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam
bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama pada tahun
1991. Kini beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan
di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Telok Datok, Banting.

Dalam bidang penulisan, beliau lebih banyak memberi tumpuan dalam


penulisaan novel dan cerpen peringkat kanak-kanak dan remaja. Sehingga
kini beliau telah menghasilkan 30 buah novel kanak-kanak dan remaja, dua
buah antologi cerpen kanak-kanak (perseorangan), dua buah antologi
cerpen dewasa dan 70 buah antologi cerpen kanak-kanak dan
remaja(bersama penulis lain).

Mohd Ismail Sarbini pernah beberapa kali memenangi peraduan menulis .


Antaranya, ialah:-

a) Hadiah ke-2 dan ke-3 dalam Peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains
DBP 1980 (Pulau Berukera dan Berukera dari Planet Ulba).

b) Hadiah pertama dalam Peraduan Menulis Novel Sejarah DBP 1981


(Pahlawan Pasir Salak).

c) Hadiah ke-2 dalam Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II


1982 (Mendung Semalam).

d) Hadiah utama (kategori cerpen remaja) dalam Peraduan Hadiah


Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Jalidah Hidayati Nama Untukmu).

e) Hadiah sagu hati dalam Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990
(Jalinan Kasih).

4 | Page
f) Hadiah ke-3 dalam Peraduan Menulis Cerpen Malayan Banking-DBP
1991 (Api yang Telah Padam).

Bab 1-Beringat Sebelum Kena

Kisah bermula pada bulan Mac 1875. Suatu hari, ketika hampir senja, Deli
membantu ayahnya, Pak Itam di warung. Ayah Deli menyuruh Deli pulang
setelah siap menutup warung.

Setelah selesai menutup warung, Deli tidak pulang terus ke rumah


sebaliknya dia duduk sebentar di atas bangku kayu bulat dan dia
memandang ke arah pangkalan. Dari situ, dia melihat sebuah perahu
meluncur ke pangkalan. Dua orang yang berada di dalam perahu itu
menarik perhatian Deli; apatah lagi apabila dia mendengar jeritan
meminta tolong daripada salah seorang yang berada di dalam perahu itu.

Tidak lama kemudian, barulah Deli mengenali orang yang berada di dalam
perahu itu. Mereka ialah Lamin dan ayah saudara Lamin iaitu Pak Wan.
Mereka memberitahu Deli bahawa mereka telah diserang dalam perjalanan
pulalng dari Durian Sebatang. Sesampai sahaja di Bandar Bharu, “anjing
penjajah” menahan mereka dan meminta cukai buah-buahan yang dibawa
oleh mereka. Oleh sebab mereka enggan memmbayar cukai tersebut, Pak
Wan telah dipukul.

Deli dan Lamin memimpin Pak Wan pulang.

*****

Di rumah, Deli menceritakan apa yang berlaku kepada ayahnya. Ayah


Deli, dan ibunya , Mak Mah bersimpati dengan apa yang berlaku keatas Pak
wan dan Lamin. Pak Itam menjelaskan bahawa sejak Inggeris berada di
Perak, hidup mereka tidak aman lagi. Bagaimanapun , dengan prenuh
semangat Pak Itam berjanji enggan membiarkan Pasir Salak terlepas ke
tangan Inggeris. Deli turut bersemangat apabila mendengar kata-kata
ayahnya itu.

Pak Itam memakai pakaian Melayu serba hitam dan pergi ke rumah Datuk
Maharaja Lela. Pak Itam berpesan agar Deli berlatih silat pada malam itu.

5 | Page
Malam itu , Akub datang ke rumah Deli. Mereka pun ke rumah Datuk
Maharaja Lela dan mengajak Lamin bersama-sama . Sesampai sahaja
dirumah Datuk Maharaja Lela , kelihatan sudah ramai anak-anak muda
berada di situ untuk belarja bersilat.

Malam itu, Datuk Maharaja Lela menyampaikan ucapan kepada semua


yang ada di rumahnya. Ucapannya menyentuh tentang kesan Perjanjian
Pangkor. Salah satunya ialah kutipan cukai keatas penduduk tempatan
sedangkan tanahitu milik mereka.Datuk Maharaja Lela tidak mahu sesiapa
pun membayar cukai kepada orang putih. Orang kampung mesti adakan
kawalan yang ketat. Orang ramai yang berada di halaman rumah Datuk
Maharaja Lela bersemangat apabila mendengar ucapan yang penuh
semangat itu.

Kemudian , mereka terus berlatih silat.

Bab 2-Senja Berapi.

Mamat tiba di pangkalan dengan sebuah perahu jalur. Mamat terus sahaja
ke warung Pak Itam.

Pak Itam memyambut kedatangan Mamat, anak saudaranya itu. Mamat


datang membawa perkhabaran tentang keadaan di Bandar Bharu. Menurut
cerita Mamat, salah seorang rakannya iaitu Kamat yang bekerja dengan
orang putih memberitahu bahawa ada orang dari Bandar Bharu akan
datang ke Pasir Salak. Mereka ialah orang putih, askar sipahi dan kuli-
kulinya yang ingin membuat pondok untuk mengutip cukai di Pasir Salak.

Pak Itam marah apabila mendengar berita yang dibawa oleh Mamat itu.
Mamat meminta diri untuk pulang ke Bandar Bharu. Pak Itam berterima
kasih kepada Mamat yang memberi maklumat kepadanya mengenai niat
orang putih itu.

Tidak lama selepas itu, Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela bersama-
sama Pandak Endut. Deli disuruh menjaga warung.

*****

Esoknya, tiga buah perahu tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak dengan
membawa orang Inggeris , dua orang askar sipahi dan seorang bangsa

6 | Page
Melayu. Perahu di belakang sekali berisi enam orang lelaki dan sebuah
perahu lagi berisi papan, kayu, dan atap.

Setelah mendarat, para pekerja yang terdiri daripada orang Melayu itu
sibuk memunggah kayu, papan, dan atap dan mereka diawasi oleh askar
sipahi yang bersenjata. Pondok itu hendak dibina tidak jauh dari Warung Pak
Itm. Seputum hendak menyerang sahaja askar-askar itu tetapi telah
disabarkan oleh Pak Itam.

Ramai orang berkumpul untuk melihat pondok itu dibuat. Tidak lama
kemudian, Datuk Maharaja Lela datang . Datuk Maharaja Lela kesal
kerana ada orang Melayu yang sanggup menjadi kuil-kuil Inggeris. Kalau
ada orang Pasir Salak yang sanggup berbuat demikian, Datuk Maharaja
Lela akan mengoyak-ngoyak perut mereka. Seorang pemuda ingin
menghalau orang putih itu dari situ tetapi Datuk Maharaja Lela
menegahnya. Datuk Maharaja Lela beredar dari situ dan penduduk
kampung berasa hairan melihat gelagat Datuk Maharaja Lela itu. Ada
yang menganggap Datuk Maharaja Lela takut tetapi Pak Itam membela
Datuk Maharaja Lela. Pak Itam menegaskan, barangkali Datuk Maharaja
Lela ada rancanganya yang tersendiri. Penerangan Pak Itam itu
membuatkan orang ramai faham.

Senja itu, pondok itu siap dibina. Sebelum pulang, orang Inggeris dan
jurubahasanya, Mat Arshad menemui orang kampung dan memberitahu
tujuan pondok itu didirikan. Bagaimanapun, orang kampung marah kepada
Mat Arshad dan menggelarnya sebagai “anjing penjajah”.

Selepas orang Inggeris dan orang-orang mereka pulang, Datuk Maharaja


Lela menyuruh orang-orangnya mengumpul kayu dan daun-daun kering;
dilonggokan di sekeliling pondok itu. Deli pula disuruh mengambil bara api.
Apabila bara itu dibawa oleh Deli, Datuk Maharaja Lela pun membakar
daun-daun kering dan ranting-ranting kayu yang diletak di keeliling pondok.

Pondok itu dibakar hangus. Tindakan Datuk Maharaja Lela itu


menambahkan lagi semangat orang kampung. Mereka mahu berjuang
bersama-sama Datuk Maharaja Lela.Mereka bersorak-sorak kegembiraan.

Bab 3-Suara Dari Sungai.

7 | Page
Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela.
Deli,Lamin dan Akub juga datang dan duduk di bahagian belakang untuk
mendengar ucapan daripada Datuk Maharaja Lela. Suasana di halaman
rumah Datuk Maharaja Lela riuh-rendah oleh orang ramai yang berkumpul
itu.

Suasana tiba-tiba menjadi apabila Datuk Maharaja Lela muncul. Dalam


ucapanya, Datuk Maharaja Lela meningatkan penduduk agar berwaspada
setelah pondok orang putih dimusnahkan. Datuk Maharaja Lela
beranggapan orang Inggeris akan membalas dendam. Datuk Maharaja Lela
menasihatkan agar penduduk menbuat lebih banyak pondok kawalan dan
orang kampung terpaksa bertugas secara bergilir-gilir. Penduduk luar juga
mesti diawasi kalau-kalau mereka ‘’anjing orang putih” yang mahu
menyiasat.

Penduduk kampung bersemangat apabila mendengar ucapan Datuk


Maharaja Lela itu. Malah mereka ingin menpertahankan Pasir Salak
daripada serangan dan ancaman musuh.

Selepas selesai membuat ucapan, penduduk kampung pun pulang kecuali


anak-anak muda yang hendak berlatih silat. Antaranya ialah Deli, Akub dan
Lamin. Pada malam itu, mereka bertiga bersumpah mahu berjuang
menentang orang putih. Datuk Maharaja Lela gembira apabila mendengar
sumpah ketiga-tiga anak muda itu. Malam itu, mereka dilatih bersilat oleh
Pak Itam dan pembantu-pembantunya.

*****

Pagi itu, Deli, Akub, Lamin dan Pak Wan membina sebuah pondok di
pinggir Sungai Perak. Apabila siap mengatap pondok itu, Pak Wan berehat
sebentar di pangkal pokok kemudian menyambung semula kerja-kerjanya
dengan dibantu oleh Lamin, Akub dan Deli. Pondok itu siap dibina sebelum
tengah hari.

Pak Wan gembira bekerja bersama- sama Lamin, Akub dan Deli kerana
ketiga-tiga anak muda itu rajin dan kuat bekerja. Pak Wan teringat akan
anaknya, Mat Nor yang sudah meninggal dunia setahun lalu kerana dipatuk
ular. Kalau Mat Nor masih ada, tentu Mat Nor bersama- sama Deli dan
rakan- rakannya yang lain bersatu tenaga mempertahankan Pasir Salak.

Sebelum mereka ke tempat lain pula, tiba-tiba mereka terdengar suara


meminta tolong dari arah sungai. Mereka berempat terkejut.

8 | Page
Bab 4- Orang dari Luar.

Pak Wan,Deli,Akub dan Lamin pergi ke tebing sungai dan melihat seorang
lelaki berpaut pada kayu bakau tambatan perahu. Lelaki itu dalam keadaan
menyedihkan dan meminta tolong. Deli, Akub,Lamin, dan Pak Wan
menolong lelaki itu dengan menganakatnya ke tebing.

Lelaki itu bernama Lamsah dan usianya lebih kurang dua puluh lima
tahun. Dia dipukul dan ada kesan-kesan lebam pada mukanya. Dia dirawat
dengan sewajarnyaoleh Deli, Lamin, Akub, dan Pak Wan. Lamsah dari Kota
Lumut dan hendak pulang ke Pulau Tiga tetapi dia telah ditahan di Bandar
Bharu ketika membawa buah-buahan. Dia dipukul kerana enggan
membayar cukai.

Datuk Maharaja Lela sampai di situ dan bersoal-jawab dengan Lamsah.


Datuk Maharaja Lela agak curiga pada Lamsah. Bagaimanapun, apabila
Lamsah meminta kebenaran untuk tinggal sehari dua di Pasir Salak, Datuk
Maharaja Lela membenarkan.

*****

Lamsah gembira kerana dibenarkan tinggal buat sementara waktu di


kampung itu. Apabila tinggal di situ beberapa har, Lamsah memuji
penduduk kampung itu yang baik hati.

Akhirnya Lamsah mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung


itu. Alasannya ialah dia berasa gembira dengan keadaan hidup di kampung
itu seperti amalan gotong-royong terutamanya ketika membuat pondok
kawalan dan mengawal kampung. Lamsah juga bersemangat dan ingin
berjuang bersama-sama penduduk kampung itu untuk menetang penjajah.

Deli gembira dengan semangat yang Lamsah itu. Hari itu Lamsah
menolong Deli memetik tiga biji kelapa muda dan dia minum air kelapa itu
bersama-sama Lamsah.

Lamsah bertanyakan Deli mengenai keadaan rumah Datuk Maharaja Lela


sama ada terdapat pengawal atau tidak. Apabila Deli bertanya tujuan
Lamsah bertanya begitu, Lamin, Lamsah tidak memberitahu Deli.

Lamsah juga diberitahu oleh Deli bahawa pondok yang dibina oleh orang
Inggeris di kampung itu telah dibakar oleh penduduk kampung yang
diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.

9 | Page
Lamsah memuji keberanian Datuk Maharaja Lela itu.

Pak itam datang dan menyuruh Deli mengganti emaknya menjaga


warung. Pak Itam ingin ke rumah Datuk Maharaja Lela. Lamsah ingin tahu
tujuan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela tetapi Deli tidak tahu.

Deli dan Lamsah berpisah pada hari itu apabila Deli ke warung dan
Lamsah pulang ke rumah.

Bab 5- Peristiwa di warung

Tiga orang lelaki tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak. Ketiga-tiga


lelaki itu ialah wakil Residen Birch. Mereka bersoal-jawab dengan Deli dan
meminta Deli membayar cukai kerana membuka warung di tanah jajahan
Inggeris tetapi Deli enggan membayarnya. Lelaki berkumis tebal berasa
marah dan dia menungkit mengenai peristiwa pondok Inggeris yang
dibakar. Lamin masuk campur dan menegaskan bahawa penduduk tidak
akan membayar cukai kepada Inggeris.

Lelaki berkumis tebal hilang sabarn menendang bangku kayu warung Deli.
Deli menerajang lelaki itu sehingga jatuh terguling. Lamin dan Akub
membuka langkah silat untuk menghadapi dua orang lagi.

Ketika itu, dua buah perahu jalur sampai di pangkalan. Empat orang
pemuda datang dan membantu Deli, Lamin,Akub. Akhirnya, ketiga-tiga
lelaki itu berjaya ditangkap. Mereka ingin memukul ketiga-tiga lelaki itu
tetapi ditegah oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu menyuruh mereka
menyerahkan ketiga-tiga lelaki itu kepada Datuk Maharaja Lela sahaja.

Kemudian ketiga-tiga lelaki itu dibawa ke rumah Datuk Maharaja Lela.


Datuk Maharaja Lela marah akan ketiga-tiga lelaki itu kerana mereka
sanggup menjadi ‘anjing Inggeris’. Datuk Maharaja Lela membebaskan
ketiga-tiga lelaki itu dan Datuk Maharaja Lela menyuruh ketiga-tiga lelaki itu
memberitahu Residen Birch bahawapenduduk Pasir Salak tidak akan
membayar cukai kepada Inggeris.

Datuk Maharaja Lela menyeru agar penduduk Pasir Salak mengawal


kampung dengan lebih ketat. Penduduk Pasir Salak berjanji akan
mempertahankan Pasir Salak.

*****
10 | P a g e
Pak Wan duduk di bangku kayu bulat di dalam pondok. Deli berbual-bual
sekejap dengan Pak Wan. Tidak lama kemudian, Lamin dan Akub datang.
Mereka bertukar-tukar membuat rondaan dan kawalan. Tiba-tiba,Deli dan
Pak Wan mendengar suara orang bercakap. Pak Wan mengamati suara yang
datang dari arah sungai itu.

Akhirnya, Lamsah muncul dari celah-celah pokok senduduk. Lamsah


memberitahu dia seorang sahaja walaupun Deli mengesyaki Lamsah
bersama orang lain.

Deli mencurigai Lamsah.

Bab 6-Api Dalam Sekam.

Suatu malam, Akub, Lamin, dan Deli,menuju ke rumah Datuk Maharaja Lela.
Tidak lama selepas itu, mereka bertiga sampai di rumah Datuk Maharaja Lela
dan mereka dapati sudah ramai penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di
situ. Lamsah juga ada di situ tetapi menyisihkan diri daripada orang ramai.

Lamsah,Akub, dan Deli berasa kurang senang dengan sikap Lamsah akhir-
akhir ini. Lebih-lebih lagi setelah Deli terserempak dengan Lamsah di pinggir
sungai beberapa hari lalu.

Datuk Maharaja Lela muncul di serambi bersama Pak Itam. Datuk Maharaja
Lela mula berucap dan menjelaskan kepada penduduk kampung mengenai
Residen Birch yang mengawal sultan dan menyuruh sultan menandatangani
surat membenarkan orang Inggeris mengutip cukai di negeri itu. Mendengar
penjelasan itu, orang kampung yang hadir berasa marah dan sepakat tidak
akan membayar cukai kepada pihak Inggeris.

Datuk Maharaja Lela memberitahu bahawa lebih banyak kubu pertahanan


akan dibina di kampung itu untuk menjag keselamatan kampung.

*****

Pagi itu, kerja-kerja membina kubu pertahanan mula dijalankan oleh


penduduk kampung. Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Deli, Akub, dan Lamin
meronda dari satu tempat ke satu tempat untuk memberi semangat kepada
orang-orangnya agar bergotong-royong. Datuk Maharaja Lela gembira melihat
kerjasama itu. Bagi Datuk Maharaja Lela, ketahanan kubu itu akan dapat

11 | P a g e
menyelamatkan penduduk kampung daripada diserang. Datuk Maharaja Lela
juga gembira melihat ketahanan kubu yang dibina oleh Deli, Akub dan Lamin.

Tidak lama selepas itu, Amat datang dan memberitahu bahawa ada sebuah
pondok terbakar. Datuk Maharaja Lela bergegas ke tempat itu tetapi pondok itu
sudah hangus. Wahab dan Ahad gagal menyelamatkan pondok itu kerana api
cepat membakar pondok itu.

Amat menjelaskan bahawa dia dan Lamsah mengawal di pondok itu.


Apabila dia sakit perut, dia ke sungai dan apabila dia kembali, pondok itu
terbakar. Datuk Maharaja Lela mengesyaki Lamsah yang terlibat membakar
pondok itu. Sejak mula lagi, Datuk Maharaja Lela tidak begitu percaya pada
Lamsah. Penduduk di situ ingin mencari Lamsah tetapi Datuk Maharaja Lela
berpendapat sudah terlewat. Datuk Maharaja Lela mencadangkan agar sebuah
pondok baru dibina.

Deli geram akan sikap Lamsah. Kalau dia tahu dari awal sikap Lamsah
demikian rupa, tentu dibunuhnya Lamsah sejak dulu lagi.

Berita mengenai kebakaran pondok pengawal itu tersebar luas di kampung


itu. Semua orang berasa geram dan marah.

Pada malam itu, Deli, Akub dan Lamin berjalan-jalan dan sampai di
pondokkawalan berhampiran pangkalan. Ahad bertugas di situ. Tiba-tiba,
mereka mendengar bunyi air berkocak dari arah pangkalan. Mereka melihat
dua orang di dalam perahu tetapi kedua-duanya meninggalkan pangkalan dan
terus hilang dari pandangan mereka.

Bab 7-Berita dari Bandar Bharu.

Apabila matahari terbenam, Deli menutup warungnya. Sebaik sahaja keluar


dari warung , Mamat(abang saudaranya) berdiri di depannya. Deli gembira
sekali dengan kedatangan Mamat dan menjemput Mamat pulang ke rumahnya.

Selepas mahgrib;Mamat,Deli dan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela.


Mamat disambut baik oleh Datuk Maharaja Lela. Mamat menjelaskan bahawa
dia membawa berita penting tetapi berita itu kurang baik. Mamat pun
menunjukkan surat kenyataan mengutip cukai bagi pihak Inggeris. Menurut
Mamat lagi, surar-surat itu ditampal di Bandar Bharu siang tadi dan diiringi oleh

12 | P a g e
tembakan meriam sebanyak dua puluh satu das. Esok atau lusa,Residen Birch
dan orang-orangnya akan datang ke Pasir Salak untuk menampal surat itu.

Datuk Maharaja Lela marah apabila mendengar berita itu. Surat yang
dibawa oleh Mamat itu dikoyak oleh Datuk Maharaja Lela lalu dicampak ke luar
tingkap. Kertas-kertas itu kemudian dibakar.

Datuk Maharaja Lela berterima kasih kepada Mamat yang membawa berita
itu. Malam itu,Mamat bermalam di rumah Deli. Sebelum itu, Mamat dibawa
oleh Deli ke pondok kawalan berhampiran pangkalan.

Sementara itu, Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, dan beberapa orang
pengawal meronda di sekitar Kampung Pasir Salak.Berita megenai orang-orang
Inggeris yang akan menampal surat kenyataan diberitahu kepada sesiapa
sahaja yang mereka temui. Datuk Maharaja Lela dan pengikut- pengikutnya
sampai di pondok kawalan tempat Deli dan rakan-rakanya bertugas.

Kemudian Datuk Maharaja Lela mengajak Pak Itamke rumah Seputum


kerana ada hal yang hendak dibincangkan. Mamat mengagumi Datuk
Maharaja Lela yang bertanggungjawab.Mamat juga mengagumi Deli yang
mahu mempertahankan Kampung Pasir Salak. Bagaimanapun, Mamat
menyesali keadaan di Bandar Bharu yang kini penuh dengan surar-surat
kenyataan yang ditampal oleh orang Inggeris dan orang Melayu yang menjadi
tali barut Inggeris. Deli turut menceritakan mengenai Lamsah kepada Mamat.
Lamsah pada mulanya baik tetapi sebenarnya dia menjadi tali barut penjajah.
Deli menyesal kerana cepat mempercayai Lamsah.

Mamat menduga bahawa jika Inggeris datang ke Pasir Salak,


peperanganakan berlaku. Deli memberitahu bahawa penduduk Pasir Salak
tidak gentar akan Inggeris. Mamat kagum akan keberanian anak saudaranya
itu.

Bab 8-Pasir Salak Berdarah.

Pada 1 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit berlabuh
di tengah sungai setentangan dengan pangkalan di Pasir Salak. Datuk Maharaja
Lela dan pengikut-pengikutnya melihat keadaan itu dari jauh. Datuk Maharaja
Lela meng arah pengikut-pengikutnya supaya tidak terburu-buru. Lagipun
ketiga-tiga perahu itu tidak menghampiri tebing.

13 | P a g e
Datuk Maharaja Lela pulang diikuti oleh beberapa orang tua-tua. Pak Itam
dan beberapa orang kampung masih mengawasi ketiga-tiga perahu dan rumah
rakit itu. Ada yang mempertikaikan kenapa mereka tidak boleh bertindak
terhadap perahu-perahu itu tetapi Pak Itam menasihatkan agar pesanan Datuk
Maharaja Lela dipatuhi.

Hampir pukul lima pagi,barulah ketiga-tiga buah perahu dan rumah rakit itu
mula bergerak ke tebing. Mereka yang menunggu di tebing sudah mula gelisah
dan ada yang mula mengeluarkan senjata. Pak Itam menasihatkan agar jangan
bertindak terlebih dahulu.

Pagi 2 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit rapat ke
tebing bertentang ke kedai emas. Penduduk Pasir Salak memerhatikan sahaja
perahu-perahu dan rumah rakit itu. Mereka tidak berbuat apa-apa kerana
mematuhi pesanan Datuk Maharaja Lela.

Dari atas perahu itu, beberapa orang askar sipahi turun bersenjatakan
senapang. Seorang anak muda Melayu iaitu Mat Arshad juga turun.
Sementara itu, Deli ternampak Lamsah. Akub marah dan ingin bertindak
terhadap Lamsah tetapi Deli menegah.

Sebaik sahaja sampai di tebing, Mat Arshad memberitahu orang ramai


bahawa dia ingin berjumpa dengan Datuk Maharaja Lela. Askar-askar sipahi
mengiringi Lamsah dan Mat Arshad ke rumah Datuk Maharaja Lela. Akub dan
Lamin serta beberapa orang permuda turut mengekori mereka ke rumah Datuk
Maharaja Lela.

Datuk Maharaja Lela menyambut kedatangan adalah untuk memberitahu


bahawa Residen Birch ingin berjumpa Datuk Maharaja Lela. Residen Birch di
sungai ketika itu. Datuk Maharaja Lela enggan pergi sebaliknya Residen
Birchlah yang patut datang menemui Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja
Lela sempat bertanya tujuan Residen Birch datang ke Pasir Salak. Mat Arshad
menjelaskan bahawa Residen Birch ingin menampal surat kenyataan cukai
mengenai cukai. Datuk Maharaja Lela melenting dan memberitahu bahawa
beliau enggan menurut arahan Residen Birch itu. Datuk Maharaja Lela
menyuruh mereka balik sahaja dan memberitahu perkara itu kepada Residen
Birch.

Sebelum mereka beredar, Datuk Maharaja Lela dan Deli sempat menyindir
Lamsah. Deli juga mahu bertindak terhadap Lamsah tetapi ditegah oleh Datuk
Maharaja Lela. Apabila orang-orang Inggeris itu bergerak, Datuk Maharaja Lela
menyuruh orang-orangnya ke singai iaitu tempat Residen Birch dan orang-
orangnya berlabuh. Sekiranya ada sebarang surat ditampal, surat itu mesti
14 | P a g e
dikoyak. Datuk Maharaja Lela sempat berkata sesuatu kepada Seputum dan
Pandak Endut kemudian kedua-duanya berlari ke sungai.

Sementara itu, sesampai sahaja di rumah rakit, Mat Arshad menjelaskan


kepada Residen Birch enggan datang. Residen Birch menyuruh Mat Arshad
menampal surat-surat itu. Walaupun tidak dibenarkan oleh Datuk Maharaja
Lela, Residen Birch berani menyuruh berbuat demikian kerana telah diberi
kuasa oleh sultan untuk mengutip cukai di situ.

Selepas itu, berlaku kekecohan antara Mat Arshad dan orang kampung. Mat
Arshad ditikam oleh Pandak Endut. Kekecohan itu membuatkan Residen Birch
menjengah keluardari rumah rakit dan terjun ke sungai setelah melihat
beberapa bilah lembing melayang ke arahnya.lm juga terjun ke sungai untuk
menyelematkan diri. Askar-askar sipahi dan tukang dayung naik ke perahu dan
melarikan diri.

Seputum pula naik ke atas rumah rakit dan menunggu Lamsah dan Residen
Birch timbul di permukaan air. Tidak lama kemudian, Residen Birch muncul di
permukaan dan Seputum terus menetaknya. Air sungai menjadi merah
bercampur darah. Seputum menjerit kegembiraan kerana berjaya membunuh
Residen Birch. Seputum menunggu Lamsah muncul tetapi Lamsah tidak
muncul di permukaan. Deli,Akub,dan Lamin turut menunggu kemunculan
Lamsah untuk membalas dendam. Mereka cepat-cepat ke tebing iaitu ke arah
hilir tetapi Lamsah tidak ditemui juga.

Apabila sudah lama menungu dan tidak menemui Lamsah, mereka pun
balik. Sementara itu, tukang dayung disuruh membawa mayat Mat Arshad ke
Bandar Bharu di samping memberitahu tentang kematian Residen Birch dan
Lamsah. Kedua-dua penday6ung itu pun pulang tergesa-gesa.

Datuk Maharaja Lela berbangga dengan kejayaan pengikutnya membunuh


Residen Birch. Surat-surat yang dibawa oleh Mat Arshad dikumpul dan dibakar.
Datuk Maharaja Lela menggesa penduduk agar kawalan diketatkan kerana
penjajah akan menuntut bela di atas kematian Residen Birch. Penduduk
bersetuju dan berjanji akan mempertahankan Pasir Salak

Bab 9-Tiba Masanya.

15 | P a g e
Suasana di Pasir salak semakin tegang. Datuk Maharaja Lela mengarah
supaya semua orang bersiap sedia dan mengukuhkan kubu pertahana. Semua
lelaki berkawal siang dan malam dengan bersenjata.

Ketika matahari hampir tegak di atas kepala, Lamin, Akub, dan Deli pulang
dari Bandar Tua setelah membantu membuat kubu pertahanan. Kubu
pertahanan Bandar dibina agak besar dan kukuh. Akub agak hairan mengapa
kubu itu dibina sedemikian rupa, tetapi menurut kata Deli, untuk menyerang
Pasir Salak, penjajah terpaksa menempuh Bandar Tua terlebih dahulu. Barulah
Akub faham kedudukan sebenarnya.

Apabila mereka sampai di warung, mereka dapati ramai orang sedang


berkumpul di situ. Di tengah sungai, kelihatan beberapa buah perahu yang
dinaiki oleh orang-orang suruahan Inggeris dan askar sipahi sedang mencari
mayat Residen Birch tidak akan ditemui.

Datuk Maharaja Lela tiba di tempat itu dan menasihatkan orang ramai
supaya jangan terlalu ramai berkumpul di situ sebaliknya meneruskan kerja
mengawal kampung. Datuk Maharaja Lela percaya askar-askar itu tidak akan
naik ke darat memandangkan bilangan mereka sedikit.

*****

Malam itu cuaca agak gelap. Lamin, Deli dan Akub berkawal di sebuah
pondok. Jamung digunakan oleh mereka untuk menerangkan sedikit tempat itu.
Ahad datang ke situ dan turut bersama mereka. Tidak lama kemudian, mereka
melihat cahaya api jamung ke arah mereka dalam keadaan terburu-
buru.Mereka menjadi gembira kerana abang saudara Deli, Mamat yang datang
ke tempat itu. Mamat datang dengan membawa berita bahawa orang Inggeris
akan menyerang Pasir Salak. Deli pun membawa Mamat ke rumah Datuk
Maharaja Lela. Ketika sampai di rumah Datuk Maharaja Lela, Datuk Maharaja
Lela sedang berbincang sesuatu dengan Pak Itam dan Datuk Sagor, Penghulu
Kampung Gajah. Mamat memberitahu Datuk Maharaja Lela bahawa Inggeris
akan dibantu oleh askar dan mata-mata Pulau Pinang; Nahkoda Orlong dan
Raja Mahmud di Selangor. Datuk Maharaja Lela tidak takut akan serangan itu.
Deli dan orang ramai yang ada di situ kagum akan keberanian Datuk Maharaja
Lela itu. Datuk Sagor juga berjanji akan membantu Datuk Maharaja Lela.

Berita yang dibawa oleh Mamat itu diketahui oleh seluruh penduduk
kampung. Pemuda-pemuda yang lengkap bersenjata pun datang ke rumah
Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela menjelaskan kedudukan sebenar
kepada penduduk kampung yang datang ke rumahnya. Datuk Maharaja Lela
mahu kampung itu dipertahankan dan musuh mesti dilawan. Tentang senjata,
16 | P a g e
walaupun Inggeris ada senjata moden, tetapi Datuk Maharaja Lela tidak gentar.
Penduduk kampung mempunyai bedil pemuras dan leta rentaka. Ucapan Datuk
Maharaja Lela yang bersemangat itu diberi tepukan gemuruh oleh penduduk
yang ada di situ. Selepas itu, Deli ke pondok kawalan bersama Lamin

Bab 10-Sumpah Pahlawan.

7 November 1875- pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela menunggu


kedatangan angkatan Inggeris dalam kubu pertahanan di Bandar Tua tetapi
angkatan itu tidak muncul juga. Datuk Maharaja Lela menyuruh Deli,
Akub,Lamin dan Seputum serta kawan-kawanya meninjau keadaan di bahagian
depan.

Sesampai di tempat itu, Seputum mengajak Deli, Lamin dan Akub memanjat
untuk meninjau keadaan. Apabila mereka memanjat pokok, mereka tidak dapat
melihat angkatan orang putih yang dikatakan ingin menyerang itu.

Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnyamasih menunggu di kubu


pertahanan Bandar Tua. Ada antara pengikut Datuk Maharaja Lela tidak sabar
menunggu kemunculan musuh. Akhirnya, Deli, Lamin dan Akub, dan Seputum
memberitahu bahawa angkatan musuh sudah sampai dan kini berada Deli di
Pasir Panjang dan mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan
mengikut jalan darat dan satu kumpulan mengikut jalan sungai.

Apabila mengetahui berita itu, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-


orangnya berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu berhampiran dengan kubu
dan satu lagi di tepi sungai. Pak Itam dan Pandak Endut menyertai kumpulan di
tepi sungai manakala Datuk Maharaja Lela mengetuai angkatan di kubu
pertahanan.

Lamin, Deli dan Akub bersama-sama Datuk Maharaja Lela di Bandar Tua.
Semuanya sudah siap dengan senjata seperti lembing, parang, pedang, bedil
pemuras, dan leta rentaka. Tidak lama kemudian angkatan Inggeris tiba dan
seorang pemuda Melayu berjalan di depan mereka. Datuk Maharaja Lela dapat
mengecam bahawa penduduk itu ialah Lamsah. Deli pula berazam hendak
melakukan sesuatu terhadap Lamsah dan Datuk Maharaja Lela mengizinkanya.

Di belakang Lamsah diikuti oleh seorang Inggeris. Di belakang mereka pula


terdapat beberapa orang sedang menolak meriam dan diikuti oleh aaskar-askar
sipahi dan orang-orang Melayu yang memihak kepada Inggeris. Pengerakan

17 | P a g e
tentera-tentera Inggeris ini dilihat oleh berpuluh-puluh mata yang sedang
memerhatikan mereka dari atas bukit kecil.

Lamsah yang menyertai pasukan penjajah itu telah sampai di kaki bukit.
Meriam yang dibawa akan ditolak beramai-ramai. Bagaimanapun, pasukan itu
diserang oleh Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya dengan
menggunakan lembing, lela rentaka dan juga bedil pemuras.

Semasa berlaku pertempuran, Deli mencari Lamsah untuk membalas


dendam tetapi Lamsah menghilangkan diri. Bagaimanapun, akhirnya Lamsah
mati tertikam lembing di dadanya.

Dalam pertempuran itu juga, Deli berjaya membunuh seorang askar Inggeris
yang hendak membunuh Datuk Maharaja Lela. Pihak penjajah mula
berundur.penduduk Pasir Salak gembira dengan kemenangan mereka itu. Tidak
ada seorang pun yang terkorban dalam pertempuran itu tetapi hanya
mengalami cedera ringan sahaja.

Datuk Maharaja Lela kesal juga dengan kematian Lamsah kerana Lamsah
merupakan anak Melayu yang memihak kepada Inggeris. Mayat Lamsah
dibawa balik oleh mereka. Pasukan yang dipimpin oleh Pak Itam dan Pandak
Endut yang berkubu di tepi sungai juga berjaya mengalahkan penjajah. Datuk
Maharaja Lela gembira atas kejayaan itu.

Kemudian mereka pulang ke Pasir Salak dan berkumpul di rumah Datuk


Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela memyampaikan ucapan dengan penuh
semangat di hadapan penduduk Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela tetap
meminta agar penduduk berwaspada akan penjajah kerana mungkin mereka
akan menyerang kampung itu lagi.

Semua penduduk berjanji akan melawan penjajah dan mempertahankan


Pasir Salak.

18 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai