Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Sebagai umat Islam kita harus beriman kepada hari akhirat. Ini kerana beriman
kepada hari akhirat adalah salah satu rukun iman yang kelima. Jadi, ia adalah perkara
utama dalam akidah dan menjadi unsur terpenting dalam akidah selain beriman kepada
Allah. Oleh itu, sering sekali ayat-ayat al-quran menggabungkan sekali dengan beriman
kepada Allah dan hari akhirat seperti firman Allah SWT:

     


       
        
 

62. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang
Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah
dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di
sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik)
kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Beriman kepada hari kiamat ialah kita mempercayai 100% bahawa hidup di dunia
bukan hidup selamanya, malah dunia akan hancur setelah datangnya hari kiamat. Apabila
datang hari kiamat kelak, semua manusia berpindah dari alam dunia ke alam akhirat.
Allah akan membangkitkan manusia dari kubur dan dihimpunkan di padang Mashyar
untuk dihisab amalan masing-masing dan menerima balasan masing-masing.

Saat berlakunya kiamat tiada seorang pun tahu kecuali Allah SWT tetapi Allah telah
menjelaskan tanda-tanda kecil (al-alamatul sughra) dan juga tanda-tanda besar(al almatul
kubra). Itulah tandanya Allah Maha Pengasih Lagi Adil.

PENUTUP
Maka hari kiamat adalah sesuatu yang pasti dan janji Allah ini perlu kita imani kerana
sebagai umat Islam yang sejati kita perlu percaya apa yang telah ditetapkan oleh Nya.
Kepastian dan kedasyatan pada hari kiamat digambarkan oleh Allah SWT dalam Al-
Quran. Firman Allah SWT:
          
            
  
6. (kedua-dua kenyataan) Yang tersebut membuktikan Bahawa Sesungguhnya Allah jualah
Tuhan Yang sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan Sesungguhnya Dia lah Yang
menghidupkan makhluk-makhluk Yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.
7. dan Bahawa Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak
padanya, dan Bahawa Sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-
orang Yang di Dalam kubur.

Jadi, perkara yang kita perlu buat adalah kita seharusnya memnyediakan bekalan yang
secukupnya untuk kembali kepada Allah yakni segala amal ibadat kita tidak kira yang
wajib atupun sunat. Kita perlu merenung kembali segala apa yang kita telah lakukan dan
adakah kita sudah bersedia untuk berjumpa kepada Tuhan yang Esa yakni Allah SWT.
Walupun kehidupan di alam dunia ini bukanlah sesuatu yang tidak bermakna tetapi kita
perlu imbangi dunia dan akhirat.

Allah telah menguji kita dengan pelbagai dugaan dan ujian dan ingat kita perlu
menghadapinya dengan tabah dan mengharunginya dengan iman yang kukuh.
Sesungguhnya dunia ini adalah sementara dan kehidupan di akhirat adalah kekal abadi.
Hanya keimanan dan amal soleh sahaja yang akan selamatkan kita di akhirat kelak. Jadi
sesiapa umat Islam yang mempunyai keimanan yang kukuh dan amal ibadat yang cukup
nescaya akan mendapat keuntungan dan kebahagiaan di akhirat. INSYA ALLAH.

TANDA-TANDA
KECIL KIAMAT
PENAKLUKAN BAITULMUQADDIS
Baitulmuqaddis, juga dieja sebagai Baitulmaqdis atau Jerusalem ialah sebuah kota
lama yang terletak di Timur Tengah. Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi
agama Islam, Kristian, dan Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi agama Kristian
dan Yahudi dan tempat ketiga paling suci dalam Islam. Perjanjian yang ditandatangani
pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua.
Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (Kota Lama)
menjadi milik Jordan.
Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota
tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel
juga menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak
diiktiraf oleh masyarakat sedunia. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan
Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi
ibu negaranya. Ini bermakna baitulmaqdis telah ditakluk oleh Israel sepertimana hadis
Rasulallah SAW yang bermaksud:
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah
bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda
menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -
Sahih Bukhari

Ini bermakna hari kiamat semakin hampir dan akan berlaku. Israel menggunakan alas
an yang tidak munasabah untuk menguasai Baitulmaqdis dan ini semua semua atas
kerjasama Amerika dengan Israel. Jadi sebagai umat Islam kita perlu menolong dan
memberi bantuan kepada mereka. Sumbangan yang paling kecil adalah doa kita.

ZINA BERMAHARAJALELA
Zina adalah bila dua orang yang bukan suami isteri, melakukan hubungan yang dihalalkan
khusus untuk pasangan suami isteri.

Di dalam Islam, pelaku perzinaan dibezakan menjadi dua, iaitu pezina muhshan dan ghayru
muhshan. Pezina muhshan adalah pezina yang sudah memiliki pasangan sah. Sedangkan
pezina ghayru muhshan adalah pelaku yang belum pernah menikah dan tidak memiliki
pasangan sah
Hukuman bagi penzina
Terdapat banyak bukti di dalam Al-Quran yang mewajibkan menghukum penzina. Firman
Allah SWT:

         


          
       

2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari
keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap
keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari
akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh
sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.

Ibnul Qayim setelah menerangkan erti ayat di atas, mengatakan: "Hukum yang telah
ditetapkan oleh al-Quran ini sudah selaras dengan fitrah manusia dan sesuai dengan akal yang
sihat.

Pada zaman sekarang banyak berlakunya zina dan ia menjadi perkara biasa. Setiap hari mesti
ada cerita atau berita tentang orang melakukan maksiat atau lebih tepat lagi ialah zina. Apa
yang memalukan ialah banyak yang melakukannya daripada orang Islam. Ini membuktikan
hari kiamat semakin hampir. Sebagaimana hadis Rasulallah SAW:

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan


persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat
akan datang." - Sahih Muslim

Hadis ini membuktikan bahawa pada akhir zaman terdapat terlalu banyak penzinaan berlaku
dan kita boleh ibaratkan seperti keldai atupun binatang bersetubuh yang tidak tahu malu
bersetubuh di depan khalayak ramai. Sekarang juga terdapat banyak anak luar nikah
dilahirkan dan terdapat banyak kes pembuangan bayi berlaku dan kita boleh berfikir bahawa
semua ini berlaku berpunca daripada penzinaan. 
WANITA BERPAKAIAN TETAPI HAKIKATNYA
BERBOGEL

AURAT

Aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan,
samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain
sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan
mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau
perempuan. Didalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah diantara pusat
dengan lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya
menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar
privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan
warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi. Aurat wanita sangat
komplikated dan berubah mengikut situasi:

 Dihadapan mahram(saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh
badannya kecuali kepala dan tangan. ",
 Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.

 Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah


ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan
pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat
perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka
berada dengan sesama wanita Islam

 Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam
adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi
terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat.Isu ini berlarutan termasuk yang
sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum. Aurat
ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak
tangan.

Firman Allah SWT:

         


           

26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-
bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa
taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah
kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya
(dan bersyukur).

Tetapi kini ramai wanita tidak menjaga adab ketika berpakaian seperti mereka lebih gemar
memakai pakaian yang ketat dan boleh menampakkan tubuh badan mereka. Inilah yang
dimaksudkan wanita berpakaian tetapi berbogel. Seperti hadis Rasulallah SAW:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah
dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." 

Firman Allah SWT pula:

       


            
  

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-
perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

TANDA-TANDA BESAR HARI


KIAMAT
KELUARNYA DAJJAL
Imran bin hushain berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“sejak penciptaaan Adam sampai hari kiamat nanti, tidak ada satu
ujian pun yang lebih dashyat daripada Dajjal”

Ini membuktikan kemunculan Dajjal adalah sangat digeruni oleh umat Islam sehingga
Rasulullah pun menerangkan Dajjal ini secara mendalam kerana fitnah Dajjal adalah sangat
dahsyat sekali. Dajjal boleh difinisikan dalam pelbagai makna antaranya pendusta.
Dinamakan Dajjal kerana kekuasaan dan pengaruhnya di seluruh bumi kecuali Mekah dan
Madinah. Dajjal juga diambil daripada perkataan al-taghthiyah bermaksud melampaui batas.

Dajjal mempunyai mata yang buta disebelah kanannya dan terdapat perkataan kafir di antara
kedua matanya. Dia juga mempunyai kuasa- kuasa yang ajaib ataupun dikatakan sihir.
Antaranya dia boleh membawa syurga dan neraka tetapi syurganya adalah neraka dan
sebaliknya.

Rasulullah bersabda:

“Ada bersama (Dajjal) syurga dan neraka,nerakanya adalah


syurga dan syurga adalah neraka”

Dia juga boleh membawa api dan air. Rasulullah bersabda:

“Ada bersama air dan api. Apinya adalah air yang dingin dan airnya
adalah api”

Dia boleh membunuh lelaki mukmin, lalu menghidupkannya kembali di hadapan manusia.
Ini adalah fitnah yang besar dan boleh menyesatkan ramai umat Islam. Dia juga boleh
menahan matahari lalu menjalankannya. Ini juga boleh menyesatkan umat manusia. Waktu
keluarnya Dajjal tiada seorang pun tahu tetapi seluruh hadis yang sahih menunjukkan bahawa
Dajjal akan keluar selepas penaklukan Konstantinople.

Rasulullah bersabda:

“kemakmuran Baitul Maqdis adalah saat kehancuran Madinah. Saat


kehancuran Madinah terjadinya Malhamah dan pada saat terjadinya
AL-Malhamah dan penaklukan Konstantinople, Dajjal akan keluar.”

Dajjal akan keluar dari kota Ashfahan,Iran dan ada juga pendapat dia akan keluar di
Khurasan. Rasulullah bersabda:

“Dajjal akan keluar dari bumi sebelah timur yang disebut


Khurasan.”

Antara salah satu senjata orang mukmin untuk dari fitnah Dajjal iaitu iman dan ilmu. Iman
saat penting untuk umat Islam kerana ia adalah pedinding segala perkara yang buruk seperti
perkara mungkar dan fitnah Dajjal. Selain itu juga kita perlu bertawakkal kepada Allah agar
kita terhindar dari Fitnah ini. Umat Islam disarankan agar menghafal surah Al-kahfi dari awal
hingga ayat10 dan ayat sepuluh yang terakhir keran ia boleh menghindarkan diri dari finah
Dajjal.

Kemunculan Imam Mahdi


Dalam terjadinya fitnah yang dahsyat Allah mengutuskan seorang lelaki dari keluarga
Muhammad dari keturunan Fatimah binti Muhammad. Rasulullah bersabda:

“Dunia ini tidak akan berakhir sampai bangsa Arab dipimpin


oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya sama dengan
namaku”
Terdapat banyak tanda-tanda kemunculan Al-Mahdi antaranya sungai Eufrat akan
tersedut dan di situ terlihat gunung emas, gerhana bulan pada awal malam Ramadan dan
gerhana matahari pada malam pertengahannya. Dua kejadian ini belum pernah terjadi
sejak penciptaan bumi dan langit. Selain itu,langit menjadi gelap, terbit bintang yang
berekor yang bersinar.
Pada zaman imam Mahadi kekayaan melimpah ruah. Dengan izin Allah, bumi
mengeluarkan seluruh kekayaannya dan harta melimpah ruah dan dibahagikan manusia
secara merata dan banyak. Ia hidup selama 7 atau 8 tahun. Rasulullah bersabda:

“Al-Mahdi akan keluar pada masa akhir umatku. Allah akan


menurunkan hujan untuknya dan bumi akan mengeluarkan
tanaman-tanamannya. Harta akan dibahagikan secara adil, ternak
berkembang biak dan menjadi besar. Ia akan hidup selama tujuh
atau lapan tahun.”
Kemunculan A-Mahdi adalah untuk menegakkan keadilan dan kebenaran di tengah-
tengah manusia. Khalifah Syam mengirim pasukan yang besar untuk membunuhnya
tetapi pasukan itu sampai di padang pasir Allah membenamkannya, sebagai wujudnya
pertolongan bagi Al-Mahdi sehingga beliau menjadi khalifah untuk merealisasi keadilan
sepertimana yang dikehendaki oleh Allah setelah kezaliman bermaharajalela.

Pada zaman nya pula, Nabi Isa akan diturunkan oleh Allah dan pada masa itulah Dajjal
akan keluar. Pada masa itu, Al-Mahdi dan pasukannya sibuk dalam peperangan melawan
Romawi dan Konstntinopel. Lalu Isa dan Al-Mahdi akan berkerjasama membunuh Dajjal.

Masa kekuasaan Al_Mahdi tidak lama hanya 7 atau 8 tahun sahaja kemudian Al-Mahdi
akan meninggal dan Nabi Isa akan berkuasa. Wallahu a’lam.

Turunnya Isa bin Maryam

Nabi Isa bin Maryam adalah nabi Allah dan Rasul-Nya yang diutuskan kepada Bani
Israil untuk mengembalikan mereka ke jalan yang lurus setelah mereka berpaling dan
mengubah firman Allah (Taurat) sesuai kepentingan, hawa nafsu, dan kesenangan mereka
dalam kehidupan dunia. Mereka tidak mencegah perbuatan mungkar yang mereka
lakukan dan hati mereka menjadi batu bahkan lebih keras lagi. Allah berfirman:
          
           
            
     
74. kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih
keras lagi. padahal di antara batu-batu itu ada Yang terpancar dan mengalir air sungai
daripadanya; dan ada pula di antaranya Yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air
daripadanya; dan ada juga di antaranya Yang jatuh ke bawah kerana takut kepada
Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa Yang kamu kerjakan.

Pada saat orang-orang Yahudi hendak membunuh Nabi Isa, orang Yahudi menolak
segala hidayah dan keimanan terhadap Allah dengan sombong sekali. Pada masa itulah
Allah mengankat Isa ke langit dan menyerupakan orang lain seperti Nabi Isa. Namun
mereka yakin bahawa mereka telah menyalibkan Isa dan membunuhnya. Sesungguhnya
Isa akn diturunkan oleh Allah. Firman Allah:
         
 
61. dan Sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka
janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan Turutlah (petunjukKu); Inilah
jalan Yang lurus.

Firman Allah:
          
    
159. dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman
kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi
saksi terhadap mereka.

Maksudnya, sebahagian ahli kitab (Nasrani) akan beriman kepadanya sebelum hari
kiamat terjadi, sebelum dia meninggal. Ketika Nabi Isa turun pada akhir zaman, dia akan
membunuh Dajjal dan berkuasa di bumi selama 40 tahun. Dia akan mematahkan salib,
membunuh babi, menghapus jizyah dan hanya menerima Islam. Pada masa itu, ramai ahli
kitab akan masuk Islam dan mengetahui Islam adalah agama benar dan diredhai Allah.
Nasrani akan mengetahui Nabi Isa sebenarnya belum mati dan telah diangkat oleh
Allah. Firman Allah:
         
          
             
           

157. dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: "Sesungguhnya
Kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". padahal mereka tidak
membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi
mereka (orang Yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-orang
Yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada Dalam
keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu
pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-
mata; dan mereka tidak membunuhnya Dengan yakin.
158. bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj

Salah satu tanda hari kiamat adalah keluarnya Ya’juj dan Ma’juj. Mereka ini adalah
umat manusia dan terlalu banyak bilangannya. Mereka juga dari keturunan Adam dan
lebih tepat lagi keturunan Yafits bin Nuh dan mereka adalah orang-orang kuat dan
tubuhnya sangat perkasa. Jika kita ingin mengetahui sejarah Ya’juj dan Ma’juj kita boleh
membaca sejarah Zulkarnain. Beliau telah mengurung Ya’juj dan Ma’juj dengan satu
tembok besar dan mereka tidak dapat melepasinya.
         
            
           
     
97. maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat
menebuknya.
98. (setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam
pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur,
dan adalah janji Tuhanku itu benar".
99. dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur
antara satu Dengan Yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami
himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di padang Mahsyar.

Apabila hari kiamat nanti mereka dapat melepasinya dengan mudah. Firman Allah:
          
96. (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok Yang menyekat
Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat Yang tinggi.
Manusia berlindung dari mereka di dalam benteng-benteng mereka untuk melarikan
diri daripada kemusnahan dan m=kekacauan yang dibuat oleh Ya’juj dan Ma’juj.
Kemudian mereka (ya’juj dan Ma’juj) akan melemparkan panah ke langit, dan panah-
panah itu kembali dengan berlumuran darah seperti yang terlihat di bumi. Sementara
mereka meminum semua air di bumi dan apabila tadak ada lagi manusia yang tersisa
kecuali seorang saja di sebuah kota, salah seorang dari mereka berkata,”penduduk bumi
sudah kita habiskan, yang tinggal adalah penduduk langit. Kemudian salah seorang akan
melemparkan tombaknya ke langit, dan tombaknya akan kembali berlumurkan darah
yang menunjukan satu bala dan fitnah.

Tatkala mereka sibuk berbuat demikian, Allah mengutuskan ulat ke pundak mereka
seperti belalang yang keluar dari kuduknya dan pada pagi harinya mereka pun mati.
Selepas itu kaum muslimin akan keluar dari benteng itu dan melihat mereka sudah mati
dan kaum muslimin bertepukan. Kaum muslimin melepaskan ternak-ternak ke padang
rumput. Rumput-rumput itu dipenuhi daging mereka(ya’juj dan Ma’juj), sehingga
tenakan menjadi gemuk disebabkan makan rumput yang paling bagus.


Anda mungkin juga menyukai