Anda di halaman 1dari 1

KEAIBAN ORANG BUKAN MODAL UNTUK

BERLAWAK

Rasulullah bersabda maksudnya : “ Celakalah orang yang berbicara lalu


mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

Hadis di atas mengingatkan umat Islam mengenai tata susila dan ketertiban ketika
berbicara. Kita diingatkan tidak berbicara dengan mengarang cerita dusta untuk dijadikan
bahan ketawa. Contohnya, perbuatan seperti melawak, berjenaka atau bergurau senda
memeng boleh membuatkan seseorang itu ketawa. Ia dapat menggembirakan atau
menggelikan hati orang lain.

Membuatkan orang lain senang hati termasuk dalam amal kebajikan. Rasulullah
juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat baginda. Bergurau senda
mempunyai adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam. Antaranya:

 Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti


mempersendakan sunnah Rasulullah.
 Gurauan itu bukan cacian atau cemuhan sepertimemperlekehkan orang lain
dengan menyebut kekurangannya.
 Guraun itu bukan ghibah (mengumpat) seperti meburukkan seseorang
dengan niat untuk merendah-rendahkannya.
 Tidak memberi gelaran yang tidak sesuai seperti nama haiwan atau
sebagainya yang tidak digemari oleh individu tersebut.
 Tidak menjadikan jenaka atau gurauan itu sebagai satu kebiasaan.
 Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
 Bersesuaian dengan masa ,tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis
bergurau pada waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
 Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebih-
lebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan
cahaya hati.
 Sesungguhnya Rasulullah apabila ketawa baginda hanya menampakkan
barisan gigi hadapannya, bukan ketawa yangberdekah-dekah, mengilai-
ngilai atau terkekeh-kekeh

Seungguhnya, kita perlulah muhasabah diri sendiri adakah kita pernah menjadikan
aib sahabat-sahabat kita sebagai bahan jenaka atau menggelarkan sesuatu yang buruk
kepada sahabat kita. Jika pernah, kita perlulah meminta kemaafan daripada mereka agar
persahabatan yang terjalin akan kekal selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai