Hadir
Tidak hadir :
1.1 Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat pengurusan hem bil 1/2011.
1.2 Unit HEM dianggap sebagai subunit yang amat penting dalam pentadbiran di
sekolah sebagai sokongan kepada subunit kurikulum memandangkan subunit
HEM berperanan membantu menyokong keberkesanan unit tersebut terutama
dalam usaha menjaga kebajikan murid-murid di sekolah.
1.3 Puan Pengerusi menjelaskan objektif dalam menguruskan hal ehwal murid iaitu
untuk mendidik pelajar-pelajar melalui rancangan-rancangan yang dirancang supaya
cemerlang dalam sahsiah seterusnya cemerlang dalam akademik.
1.4 Puan Pengerusi juga menegaskan semua guru bertanggung jawab dalam
mencemerlangkan sahsiah pelajar .
1.5 Puan pengerusi mengingatkan kepada semua guru supaya menyayangi murid
seperti mana menyayangi anak sendiri.
2.1.3 justeru itu guru besar mengharapkan agar setiap program yang akan di
adakan untuk murid-murid adalah bermatlamatkan kepada visi dan misi
unit hem
3.1.2 Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju bahawa Program Maju Diri
(PMD) perlu diberi penekanan, dan pelaksanaannya wajar diteruskan
untuk tujuan memantapkan kepimpinan diri murid.
3.1.2 Guru bimbingan dan kaunseling perlu bijak menyesuaikan aktiviti dengan
tahap murid-murid dan perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-
murid
3.2.2 Buku kawalan kelas akan di wujudkan mulai tahun 2011 bai mengelakkan
gejala ponteng kelas di kalangan murid-murid
3.4.1 berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001, iaitu “Semua guru
Adalah Guru Disiplin” maka, adalah wajar semua guru berperanan agar
cuba menyelesaikan apa-apa juga masalah disiplin yang ditimbulkan oleh
murid dan hanya kes-kes disiplin yang tidak dapat diselesaikan sahaja
perlu diserahkan kepada Unit Disiplin.