Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

PROGRAM (KASIH DISEMAI BUDI DITABUR)

1.0 TAJUK

Program (KASIH DISEMAI BUDI DITABUR) adalah Program Unit Pemulihan


Khas,Sektor Pendidikan Swasta Dan pendidikan khas dengan Kerjasama
Unit Pemulihan Khas Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Sabah

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Unit Pemulihan Khas,


Sektor Pendidikan Swasta Dan pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran Sabah

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memantau pelaksanaan Program Pemulihan Khas mengikut Garis Panduan


Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.2 Membantu Menyelesaikan isu dan masalah yang berkaitan dengan
Pengajaran Dan Pembelajaran
3.3 Bertukar pendapat, idea dan membincangkan masalah berkaitan Program
Pemulihan Khas
3.4 Menjalinkan hubungan silatulrahim yang erat antara Guru Pemulihan di
setiap Daerah.
3.5 Melaksanakan kerja bersama dari segi:Pengajaran,Pembinaan
ABM,Pengurusan Kelas Dan Fail dan lain-lain yang berkaitan.

4.0 ASAS PERTIMBANGAN

4.1 Terdapat banyak laporan bertulis ataupun panggilan telefon daripada


guru-guru Pemulihan Khas di setiap Daerah yang memohon supaya
pemantauan dapat dijalankan ke sekolah-sekolah khususnya di kawasan
pedalaman bagi melihat dengan lebih dekat lagi masalah-masalah yang mereka
hadapi. Justeru itu, program (KASIH DISEMAI,BUDI DITABUR) ini sedikit
sebanyak dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih berkesan.

4.2 Negeri Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai ramai murid
Pemulihan Khas. Pemantauan perlu dibuat dengan lebih kerap supaya sebarang
masalah dan isu berbangkit dapat dikongsi bersama untuk diselesaikan.

4.3 Kos bagi keseluruhan bagi melaksanakan program ini tidak


membebankan kerana ianya ditanggung oleh guru-guru berkenaan dan
tuntutan boleh dibuat di Pejabat Pelajaran masing-masing.
4.4 Bagi meningkatkan martabat Program Pemulihan Khas, negeri
Sabah,setiap Daerah diminta menyediakan Program Penanda Aras yang
menjadi contoh kepada Program Pemulihan Khas yang lain. Melalui Program ini,
perkongsian idea, pandangan dan pengalaman boleh menyumbang ke arah
meningkatkan kecemerlangan Program Pemulihan Khas di Sabah.

4.5 Memberi peluang kepada pegawai-pegawai dan Jurulatih Utama serta


Guru Pemulihan Khas dalam Zon atau Daerah berkenaan membuat lawatan
sambil mencurah khidmat bakti,Pengalaman,kepakaran di sekolah-sekolah
dalam Zon dan daerah berkenaan.

4.6 Mengambil kira dan membuat penambahbaikan Program A Lot to Share


yang dibuat oleh PPD Tuaran dan Program Gerak kerja berpasukan oleh Daerah
Tenom.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Tarikh Pelaksanaan

( Akan ditentukan oleh Pejabat pelajaran daerah Masing-masing)

5.2 Tempat Penginapan

( Urusan sendiri)

5.3 Bilangan peserta dan urusetia.

(Mengikut bilangan sekolah dalam Daerah atau Zon)

6.0 :KUMPULAN SASARAN

6.1:Sekolah yang mempunyai ramai murid Pemulihan Khas.

6.2:Kelas Pemulihan yang daif.

6.3:Guru Pemulihan Khas bukan opsyen

6.4:Sekolah Yang mempunyai ramai murid LINUS Tegar


7.0 :TATACARA PELAKSANAAN:

7.1:Membentuk Jawatankuasa peringkat daerah Dan Zon

7.2:Program ini dilaksanakan di setiap Daerah mengikut Zon atau mana-mana


yang difikirkan sesuai oleh Daerah.

7.3:Mengenalpasti sekolah-sekolah yang perlu di bantu.

7.4:Mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dibantu

7.5:Menyediakan Jadual

7.6:Mengadakan Taklimat kepada Guru Pemulihan yang terlibat.

7.7:Melaksanakan Program.

8.0 :PENGISIAN PROGRAM

8.1:Ahli kumpulan akan berada di sekolah yang perlu dibantu mengikut Jadual.

8.2:Ahli kumpulan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil seperti berikut:-

Kumpulan 1 :Pengurusan Kelas dan Dokumentasi.


Kumpulan 2 :Pembinaan Alat Bantu Mengajar
Kumpulan 3 :Melaksanakan/Membantu Pengajaran Dan pembelajaran
Secara kumpulan atau Individu

8.3:Ahli kumpulan akan berada disesebuah sekolah dalam masa 2/3 hari
mengikut keadaan/masalah.

8.3: Guru Pemulihan Khas yang mana kelas beliau dibantau pada hari
berkenaan akan menyediakan RPH sepanjang masa tersebut,sementara
Guru Pemulihan yang datang membantu hanya akan menulis pelaksanaan
Program tersebut di sekolah berkenaan.

Contoh: Melaksanakan Program (KASIH DISEMAI,BUDI


BUDI DITABUR)
di SK…….(Nyatakan nama sekolah)
8.4: Ketua Kumpulan akan menyediakan laporan sebaik-baik sahaja program
tersebut dilaksanakan di sesuatu Sekolah dan menghantarnya kepada
Pegawai pelajaran Daerah masing-masing dan salinan kepada Sektor
Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas,Jabatan Pelajaran Sabah
(U.P: Unit Pemulihan Khas)

9.0: AHLI JAWATANKUASA

9.1:Ahli Jawatan Kuasa Peringkat Negeri

Penaung :Pengarah Pelajaran Sabah


Penasihat :Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah
Pengerusi :Tuan Hj Ahmad Sabari Hj Kamari
( Ketua Sektor SPSPK)
Tim Pengerusi :Encik Mojuntin Ebin
Naib Pengerusi 1 :Encik Kassim Hj Buntak
Naib Pengerusi 11 :En Jeffery Hj Sarikul
Setiausaha :Cik Rohayah Hj Raffae
Tim Setiausaha :Encik Madjaie Hj Lantas
Bendahari :Puan Dg Sugen Harith

Ahli Jawatankuasa:

1.Semua Pegawai Pemulihan Khas Daerah


2.Semua AJK Majlis GPK Negeri
3.Pengerusi MGB Negeri

9.2:Ahli Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Negeri

Penaung :Pengarah Pelajaran Sabah


Penasihat 1 :Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah
Penasihat 11 :Tuan Hj Ahmad Sabari Hj Kamari

Pengerusi :Encik Mojuntin Ebin


Tim Pengerusi :Encik Kassim Hj Buntak
Naib Pengerusi :Pengerusi Majlis Guru Pemulihan Negeri
Setiausaha :Cik Rohayah Hj Raffae
Tim.Setiausaha 1 :Setiausaha Majlis Guru Pemulihan Negeri
Tim Setiausaha 11 :Tim Setiausaha Majlis Guru Pemulihan Negeri
Bendahari :Puan Dg Sugen Harith
Ahli Jawatankuasa:

1.Semua Pegawai Pemulihan Daerah


2.Semua AJK Majlis GPK Negeri
3.Pengerusi Majlis GPK Daerah
4.Pengerusi MGB Daerah

9.3:Ahli Jawatankuasa Peringkat Daerah

Penaung :Pengarah Pelajaran Sabah


Penasihat 1 :Timbalan Pengarah pelajaran Sabah
Penasihat 11 :Tuan Hj Ahmad Sabari Kamari

Pengerusi :Pegawai Pelajaran Daerah


Tim Pengerusi :Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Setiausaha :Pegawai Pemulihan Khas Daerah
Tim.Setiausaha ( Dipilih oleh Setiausaha)
Bendahari ( Dilantik oleh PPD)

Ahli Jawatankuasa.

1. Majlis Guru Besar Daerah


2. Majlis Guru Pemulihan daerah
3. ( Mana-mana yang difikirkan sesuai)

9.4:Penyelaras Program mengikut Daerah.

9.4.1 :Encik Mojuntin Ebin :Daerah Tambunan


:Daerah Pitas
:Daerah Semporna
:Daerah Ranau
:Daerah Kota Belud
9.4.2 :En Kassim Hj Buntak :Daerah Tenom
:Daerah Kudat
:Daerah Beaufort
:Daerah Tuaran
:Daerah Tawau
9.4.3 :En Jeffery Sarikul :Daerah Lahad Datu
:Daerah Kota Marudu
:Daerah Beluran
:Daerah Nabawan
9.4.4 :En Madjaie Hj Lantas :Daerah Keningau
:Daerah Kinabatangan
:Daerah Kunak
:Daerah Kuala Penyu
:Daerah Penampang
9.4.5 :Cik Rohayah Hj Raffae :Daerah Sandakan
:Daerah Papar
:Daerah Telupid
:Daerah Sipitang
:Daerah Kota Kinabalu

10.0 :HARAPAN

Adalah menjadi harapan Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan


Khas,Jabatan Pelajaran Sabah agar Program (KASIH DISEMAI,BUDI DITABUR) ini
dapat mencapai matlamat yang diharapkan seperti berikut:

a :Dapat mengeratkan kerjasama dan semangat berpasukan dikalangan


Guru Pemulihan Khas di setiap Daerah disamping melaksanaka tugas
dengan penuh tanggungjawab dengan mengamalkan cara berkerja
berpasukan.

b. Dapat mengurangkan dan menangani masalah yang timbul di setiap


sekolah dengan perkongsian ilmu,idea dan pandangan,

c Dapat mengurangkan jumlah murid Pemulihan Khas dan murid LINUS


Tegar di sesuatu sekolah.

d. Dapat mengangkat dan mengharumkan nama Jabatan Pelajaran Sabah


di peringkat Kebangsaan.

Selain daripada itu Ahli Jawatankuasa juga akan sentiasa membuat


Pemantauan,Penilaian terhadap keberkesanan Program ini dari masa ke semasa
disamping akan membuat penambahbaikan terhadap sebarang kelemahan dan
kekurangan yang terdapat dalam Program ini. Akhir kata semoga Unit Pemulihan Khas
Jabatan pelajaran Sabah akan terus cemerlang dan menuju kearah Gemilang dan
Terbilang.

Kertas Kerja ini disediakan oleh:

Encik Kassim Hj Buntak


Penolong Pengarah
Unit Pemulihan Khas,
Sektor Pendidikan Swasta Dan pendidikan Khas,
JABATAN PELAJARAN SABAH
KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PELAJARAN SABAH

NAMA PROGRAM

KASIH DISEMAI BUDI DITABUR

DISEDIAKAN OLEH:

KASSIM HJ BUNTAK
PENOLONG PENGARAH
UNIT PEMULIHAN KHAS
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PELAJARAN SABAH

Anda mungkin juga menyukai