Anda di halaman 1dari 16

SISTEM PERTANDINGAN

Pengenalan

Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk menyelesaikan sesuatu


tugasan yang dapat membantu organisasi mencapai objektifnya. Sukan boleh
disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Ia juga merupakan
sebahagian daripada kerja profesional yang perlu dibayar. Synder dan
Spreitzer(1989), menyatakan sukan bermaksud aktiviti yang dipertandingkan
mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh badan sukan
tersebut.

Sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan,


kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke
dalamnya. Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. Pertama, pengurusan sukan
adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan
yang berkaitan dengan sukan. Kedua, pengurusan sukan merupakan satu program
persediaan akademik profesional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi
sebagai suatu bidang yang wajib.

Definisi Pengurusan Sukan

Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai”


Sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan,
pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan
penilaian dalam kontek sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau
perkhidmatan berkaitan dengan sukan”.
Fungsi pengurusan sukan

Di antara fungsi pengurusan sukan ialah :-


1. merancang
2. menyediakan bajet
3. mengawal
4. mengarah
5. mengelola
6. menyediakan jadual pertandingan
7. membuat keputusan
8. menilai

Terdapat tiga elemen utama yang dapat menentukan kejayaan dalam sesebuah
pengurusan sukan iaitu:-

a. persediaan profesional
b. sikap profesional
c. perkembangan profesional
Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh seseorang pengurus itu maka
kemajuan pengurusan sukan akan memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

Sistem Pertandingan

Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara


yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu
pertandingan.Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu :

(a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau
melawan skor purata.

(b) Pertandingan melawan individu lain.


Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih
pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan
pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk
memudahkan perancangan dan persediaan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

 Jenis pertandingan
 Masa yang diperlukan
 Alatan dan kemudahan yang ada
 Agihan perlawanan yang adil
 Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan
 Kewangan
 Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan
 Penentuan pemenang dan pemain yang sah

Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam
sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan.

Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah:

 Pertandingan berbentuk kejohanan


 Pertandingan liga (liga satu pusingan, 2 kumpulan, 3 kumpulan dan
4kumpulan)
 Pertandingan kalah mati
 Pertandingan cabar mencabar

Pertandingan berbentuk kejohanan

Pertandingan berbentuk ini membolehkan peserta bertanding dalam beberapa


acara yang berlainan berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan
pertandingan yang ada. Pertandingan ini boleh dikelolakan selama sehari atau
beberapa hari. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan
menetapkan masa sesuatu acara yang dipertandingkan. Antara jenis sukan yang
sesuai dengan pertandingan bentuk ini seperti olahraga, renang dan gimnastik.

1. Sistem Liga

(Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM) Pertandingan liga memberi


peluang kepada penyertaan maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu
pusingan, liga 2 pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan menentang
setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan.
Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali,
pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan. Jika peserta dibahagikan kepada
beberapa kumpulan, pertandingan itu dikenali sebagai separa liga. Contoh bilangan
perlawanan

Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga ialah :

N(N-1) di mana N = jumlah pasukan yang


2 mengambil bahagian

Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian

N (N-1) = 6 (6-1)
2 2

= 6x5
2

= 30
2

= 15 perlawanan

Atau
 Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6,
 Potongkan angka tertinggi iaitu 6
 Campurkan kesemua nombor tersebut
 Jumlah yang diperolehi ialah 15
 Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan,
jumlah perlawanan yang perlu disusun ialah 15.

Contoh penyusunan pertandingan liga

Formula untuk menyusun jadual pertandingan liga ialah angka 1 dikekalkan


kedudukannya, manakala angkaangka lain akan beralih mengikut pusingan jam atau
sebaliknya.

Contoh:

1 lawan 2 1 6 5
6 lawan 3 atau lwn lwn lwn
5 lawan 4 2 3 4

Contoh susunan perlawanan 6 pasukan:

1 lawan 2 1 lawan 6 1 lawan 5


6 lawan 3 5 lawan 2 4 lawan 6
5 lawan 4 4 lawan 3 3 lawan 2

susunan susunan susunan


perlawanan 1 perlawanan 2 perlawanan 3

Contoh menentukan kedudukan

Keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan pengiraan seperti berikut


dalam jadual 1 :
P - Jumlah pertandingan
M - Bilangan menang
S - Bilangan seri
K - Bilangan kalah
J - Bilangan jaringan dibuat
G - Bilangan gol kena

Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap pertandingan akan diberi dua mata, seri
satu mata dan kalah tiada mata.

Jadual 1 : Menentukan Kedudukan

Pasukan P M S K J G Mata Kedudukan


Pahlawan 3 2 1 0 9 1 5 1
Perkasa 3 2 1 0 5 0 5 2
Perwira 3 1 0 2 2 9 2 3
Panglima 3 0 0 3 0 5 0 4

2. Sistem Separuh liga

(a) Liga 4 Kumpulan

Pusingan pertama (12 pasukan atau lebih)

Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam


pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :-

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D


1. Johan 1. Naib Johan 1. Ketiga 1. Keempat
2. Undi 2. Undi 2. Undi 2. Undi
3. Undi 3. Undi 3. Undi 3. Undi
4. Undi 4. Undi 4. Undi 4. Undi
Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
Pusingan kedua ( suku akhir)

Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan


suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk


ditempatkan di Kedudukan 1, 3, 5 dan 7.

ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di


kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi
dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua
yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

iii. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-
pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat.
(b) Liga 3 kumpulan

Pusingan pertama (9 hingga 11 pasukan)

Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C


1. Johan 1. Naib Johan 1. Ketiga
2. Undi 2. Undi 2. Undi
3. Undi 3. Undi 3. Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka


pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan kedua
i. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X
dan Y dengan mengadakan undian.

ii. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.

iii. Dari 3 Johan kumpulan, satu akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan dua
ditempatkan dalam Kumpulan Y.

iv. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan
kumpulannya.

Contoh:

Kumpulan X Kumpulan Y

Johan B Johan A

Naib Johan A Johan C

Naib Johan C Naib Johan B

Pusingan akhir

 Pemenang pertama dalam Kumpulan X lawan pemenang pertama Kumpulan


Y untuk tentukan kedudukan Johan dan Naib Johan.
 Pemenang kedua Kumpulan X lawan pemenang kedua Kumpulan Y untuk
menentukan tempat ke-3 dan ke-4.

(c) Liga 2 kumpulan


Pusingan pertama (6 hingga 8 pasukan)

Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
Kumpulan A dan naib johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B.

Kumpulan A Kumpulan B
1. Johan 1. Naib Johan
2. Tempat ke-4 2. Tempat ke-3
3. Undi 3. Undi
4. Undi 4. Undi

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka


pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan kedua

 Pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara kalahmati.

Pusingan akhir
 Pemenang kumpulan X akan melawan pemenang kumpulan Y untuk
menentukan Johan dan Naib johan.
 Kalah kumpulan X akan melawan kalah kumpulan Y untuk menentukan
tempat ketiga dan keempat.

(d) Liga 1 kumpulan

Sekirannya lima atau kurang daripada lima pasukan yang bertanding, pertandingan
secara liga satu pusingan dijalankan.

Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan.

Lazimnya pertandingan cara liga satu pusingan diadakan apabila :

(i) Bilangan pasukan yang kecil


(ii) Masa
(iii) Sumber kewangan
(iv) Kemudahan dan
(v) Bilangan pegawai

3. Pertandingan kalah mati

Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini
akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang
tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan
kalah mati dua kali.

(a) Kalah mati sekali

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus
bertanding manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini sangat sesuai dalam
mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan
masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia.
Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan
atau peserta.

(b) Bilangan peserta menunggu/bye

Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan


menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Contohnya: 14 pasukan bertanding

 Bilangan penyertaan 14 pasukan


 Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan 16
 Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan 16-14 = 2
Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/’bye’
 Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara kumpulan
atas dan kumpulan bawah.
 Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4. Ini bermakna
peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan.

(ii) Bilangan perlawanan

Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara menolak angka 1
daripada jumlah peserta atau pasukan.

(iii) Penempatan pilihan atau ‘seeded’

Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya yang


menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati
adalah seperti berikut :
 Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal
 Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas
sekali
 Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu digunakan:

 Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas.

 Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah.

 Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atau dan penanti 3


diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4 membuat
undian menentukan kedudukan masing-masing.

(c) Kalah mati dua kali

Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain sekurang-
kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus dari pertandingan. Peserta yang menang
di peringkat awal akan memaju ke kanan untuk menjadi johan manakala peserta
yang kalah ditempatkan ke kiri.

Sekiranya pemenang pertandingan datang dari kumpulan yang telah kalah sekali,
maka pasukan yang tewas boleh meminta satu lagi perlawanan.
Contoh Format pertandingan kalah mati 2 kali .

Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 akan
menyandang JUARA/JOHAN, tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan akhir,
maka 2 berhak memohon untuk bertanding semula bagi menentukan JOHAN.

4. Cabar mencabar

(a) Pertandingan Sistem tangga

Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar dua peserta lain yang
berada di atasnya dengan mengikut kedudukannya. Keistimewaan bentuk ini ialah
setiap peserta ditempatkan mengikut kebolehan mereka di akhir pertandingan.
Sistem ini digunakan dalam pertandingan tinju.
Peserta Kedudukan
1
2
3
4
5
6
7
8

Jika peserta yang mencabar peserta di atas menang, peserta mencabar akan
mengambil alih kedudukan peserta yang dicabar. Peserta dicabar akan turun satu
tangga ke bawah.

(b) Pertandingan bentuk piramid atau corong.

Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara berlawan sesama sendiri
mengikut tingkatnya pada peringkat awal. Peserta yang berjaya di kalangan mereka
akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid atau corong.

c) Pertandingan bentuk corong

Anda mungkin juga menyukai