Anda di halaman 1dari 25

TANDA KECIL DAN TANDA BESAR KIAMAT……….

RENUNG-
RENUNGKAN.

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?”


Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi
Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya
selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit
dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-
tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar
mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat
itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.” Surah Al
A’raaf : Ayat 187

Tanda-tanda awal / kecil kiamat (alamat sughra)

- Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.

- Orang-orang miskin dan pekerjaannya mengembala kambing tiba-tiba menjadi


para pemimpin manusia banyak.

- Para pengembala yang sama, bermegah-megahan dengan gedung-gedung


besar dan tinggi-tinggi. Berlumba-lumba membina bangunan tinggi;- Daripada
Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-
tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan
kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w.
menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah
itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan
memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah
(hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara
tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak
berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-
tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba
meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda
yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.”
Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya
pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang
menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”;- (Riwayat
Ibn Majah).

Perhiasan Rumah Sama Dengan Perhiasan Pakaian;- Rasulullah s.a.w bersabda:


Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga manusia membangun rumah dan
melukisnya sebagai lukisan pakaian;- (Riwayat Bukhari)

Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid;- Daripada Anas bin Malik r.a.

Renungan 1
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat,
sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid;-
(Riwayat Abu Dawud).

Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja;- Dari Anas bin Malik r.a. berkata,
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa,
percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata.
Allah tidak memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka
(pada waktu dalam masjid);- (Riwayat Hakim).

Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik;- Daripada Anas r.a. ia berkata
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah
yang bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu ‘Adi).

Golongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan;-


Daripada Sa’ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan
melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;-
(Riwayat Ahmad).

Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa;-
Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya
(melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan
bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-
Nasae’i).

Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;-Rasulullah s.a.w. telah bersabda:


“Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang
muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak
mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi
iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti
anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat
menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus
mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. “;-(Riwayat Bukhari dan
Muslim)

Dan dapat dilihat juga sekarang banyak orang2 bukan Islam yang menggunakan
hujjah2 dari AlQuran dan AlHadith yang mana mereka membuat komentar
menurut kefahaman mereka sendiri sedangkan mereka tidak faham dengan
Islam.

Al-Quran Sebagai Alat Propaganda;- Ali bin Thalib r.a. berkata bahawa beliau
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul di antara umatku
suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca,
dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka
membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat

Renungan 2
propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka
junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai
meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan
anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim)

Menunjuk-Nunjuk Ketika Berdoa;- Dari Saad r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
” Kelak akan terdapat kaum yang berlebih-lebih (menunjuk-nunjuk) dalam
berdoa “;- (Riwayat Ahmad).

Merasa Rendah Dalam Ibadah;- Dari Abu Sa’id Al-Kudri r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda: Akan muncul di antara kamu suatu kaum, kamu merasa rendah
dalam melakukan solat dibanding dengan mereka, amal perbuatanmu jika
dibandingkan dengan perbuatan mereka dan puasa-mu jika dibanding dengan
puasa mereka. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak sampai melalui
tenggoroknya. Mereka sebenarnya keluar dari agama bagaikan anak panah yang
terlepas dari busurnya, jika di hujung panah dilihat, tidak ada bekas apa-apanya
juga di kayunya tidak ada apa-apanya juga di bulunya tidak terdapat apa-apa,
tetapi berlumba-lumba dalam senarnya;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Yang Melambatkan Waktu Solat;- Dari Ibnu Ame r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti selepas peninggalanku akan terjadi; para
imam mengakhirkan solat dari waktunya. Oleh kerana itu hendaklah kamu
mengerjakan solat tepat pada waktunya. Jika kamu datang bersama mereka
untuk mengerjakan solat, maka bersolatlah kamu;- (Riwayat Thabrani).

Al-Quran Hanya Tinggal Tulisannya Sahaja;- Dari Ali r.a bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya
tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya
sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama
mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari
mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan
kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).

Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran;- Dari Uqbah bin Amir r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul suatu kaum dari umatku. Mereka
meminum Al-Quran seperti meminum susu;- (Riwayat Thabran.).

Ulat-ulat Qurra’;- Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Kelak pada akhir zaman akan ada ulat-ulat qurra’ (ahli baca Al-Quran).
Barangsiapa yang berada pada masa itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah
dari mereka;- (Riwayat Abu Nu’aim).

Serbuan Musuh Islam Terhadap Kaum Muslimin;-Daripada Tsauban r.a. berkata,


Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa
dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang
hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang
sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w.

Renungan 3
menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama
buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari
hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu
penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita
menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”;- (Riwayat Abu Daud )

Orang Mukmin Lebih Hina Daripada Haiwan;- Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Akan datang atas manusia suatu masa, di mana keadaan
orang mukmin pada masa itu lebih hina daripada domba” ;- (Riwayat Ibnu
Asakir).

Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama;- Abdullah bin Abbas r.a berkata
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada)
orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan
agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja
(pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan
mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian
itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri
melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari
mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka;-
(Riwayat Ibnu Majah).

Menggadaikan Agama Kerana Dunia;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang
mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan
kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura
zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka
lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai
tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu
tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong
kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah
yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim
( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat
Tirmidzi).

Empat Macam Golongan Mengerjakan Ibadat Haji:- Dari Anas bin Malik r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak apabila akhir zaman terdapat empat
macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan
ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’, 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya
untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis,
4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk
mencari nama dan kemegahan.”

Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah;- Umar r.a berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan

Renungan 4
Mekkah; kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya
sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh
bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali
selamanya “;- (Riwayat Ahmad).

Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Kelak akan ada
orang-orang dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan
memakai berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa
sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari
sebahagian Umatku (Islam);- (Riwayat Thabrani dan Abu Nu’aim).

Menyalahgunakan Takdir;- Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w


bersabda: ‘”Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat maksiat
kalau ditanya mereka berkata’ Allahlah yang mentakdirkan perbuatan itu kami
lakukan.’ Orang yang menentang pendapat mereka pada zaman itu bagaikan
orang yang menghunus pedangnya dalam jihad fisabilillah.”’

- Ilmu agama sudah tidak dianggap penting lagi.

- Ilmu agama sudah tidak lagi difahami dan tidak dipelajari para manusia.

Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang;-Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash
r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- “Bahawasanya Allah
s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari
(dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan
alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan
memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila
pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” ;- (Riwayat Muslim)

Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani;- Daripada Abu


Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu
akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang
biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah!
Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawab,
“Siapa lagi kalau bukan mereka”;- (Riwayat Muslim).

Terlepasnya Islam Satu Demi Satu;- Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s.a.w.
bersabda: “Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap
terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk
bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah
persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat.”;- (Riwayat
Ahmad).

Penyakit Umat-umat Dahulu;- Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku


mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: “Umat ku akan ditimpa penyakit-

Renungan 5
penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah
penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-
penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3)
menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta
benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim
menzalimi”;- (Riwayat Hakim).

Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit;- Daripada Huzaifah bin AI-
Yaman r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu kami dua 2 buah
hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya
lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw.
memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang
yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu
mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan
as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang
hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu
diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya
seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah
amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di
tangan (menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti
menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan
dengan kaki mu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau melihat ia
meninggi, padahal tidak ada apa-apa”. Ketika Rasulullah saw. menceritakan
hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya
dengan kakinya.”Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli,
maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan
amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di
kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah,
sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam
bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya.
Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat
timbangan biji sawi.” “Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun
tidak mempedulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak
bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanya lah yang
akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanya lah yang dapat
menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka
pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya
jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan /
pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak
ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli
dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu
sahaja)”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tahun-tahun yang penuh tipu muslihat;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun
yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta,
dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat,

Renungan 6
dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur
padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah?
Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan
menangani kepentingan umum;- (Riwayat Ibn Majah)

- Lahirnya para Dajjal ( tukang dusta ) yang jumlahnya hampir 30 orang


semuanya mengaku sebagai utusan Allah (Yang didewa-dewakan)

- Adanya 2 golongan besar sama berbunuhan, dengan semboyan sama-sama


akan menegakkan agama Islam.

Dajjal Sang Pendusta;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum dimunculkan para dajjal
sang pendusta, yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluhan, di mana
masing-masing mengaku; bahawa dirinya adalah Rasul Allah.”;- (Riwayat
Muslim).

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : “Akan keluar dajjal dan
khazzab di kalangan umatku. Mereka akan berkata sesuatu yang baru di mana
kamu dan bapa-bapa kamu belum pernah mendengarnya. Awasilah mereka dan
jagalah diri kamu daripada disesatkan oleh mereka.””;- [Musnad Ahmad,
20/349].

Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba
sehingga muncul 30 dajjal, semua mengaku sebagai utusan Allah, harta
bertambah, berlaku huru-hara dan al-Harj berleluasa.” Seorang sahabat
bertanya, “Apakah harj?” Baginda bersabda, “ Bunuh-membunuh.””;- [Musnad
Ahmad, 2/457].

Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, :“Qiamat tidak akan tiba
selagi belum muncul 30 dajjal, semua berbohong mengenai Allah dan
RasulNya.””;- [Musnad Ahmad, 2/450].

Ibn Umar r.a. berkata, “Daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :“Di
kalangan umat ku akan ada 70 Penyeru, yang mengajak manusia kepada neraka
jahannam. Daku boleh beritahu nama mereka dan kaum mereka jika daku
mahu.”

Golongan Pendusta Di Bidang Hadith;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan ada di antara generasi akhir dari
umatku orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah
– juga bapa-bapa kamu - mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka.”;-
(Riwayat Muslim).

Orang yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam;- Daripada Ibn Abbas
r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada di akhir zaman nanti
orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti

Renungan 7
tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga;-
(Riwayat Abu Dawud)

Lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki;- Rasulullah s.a.w.


bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki
menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki;- (Riwayat Abu Nu’aim).

Mendidik anjing lebih baik dari mendidik anak;- Daripada Abu Dzar r.a berkata,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir,
mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat
kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil,
anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di
jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala;- (Riwayat
Thabrani dan Hakim).

Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak;- Daripada
Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan
berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi
ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca
akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan
berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-
orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”;- (Riwayat
Thabrani).

Ulama Tidak Dipedulikan;- Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-
mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para
ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani
lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti
lidah orang Arab (pada fasihnya).”;- (Riwayat Ahmad).

- Ilmu agama dicabut ( banyaknya A’lim Ulama’ yang meninggal dunia ).

Ketiadaan Imam Untuk Sembahyang Berjemaah;- Daripada Salamah binti al-


Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Lagi akan
datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak
dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang
yang boleh menjadi imam”;- (Riwayat Ibnu Majah).

Zaman Kekeliruan;- Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman
Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak
percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah
dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.”
Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang
yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada
masyarakat.”;- [Musnad Ahmad, 3/220].

Renungan 8
Akibat Berhenti Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran;- Anas ibn Malik
r.a. berkata, “Ditanya kepada Nabi s.a.w, “Ya Rasulullah, (apa akibat) apabila
kami berhenti menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran?” Nabi s.a.w.
bersabda: “Apa yang telah berlaku kepada Bani Israel, akan berlaku kepada
kamu. Apabila zina berleluasa di kalangan pemimpin kamu, ilmu pada urusan
orang yang terendah di kalangan kamu dan kuasa dimiliki oleh orang yang rosak
di kalangan kamu.””;- [Riwayat Ibnu Majah, juga Kitab al-Fitan (Hadith 4015),
2/1331; Musnad Ahmad 3/187.].

Manusia Yang Berhati Syaitan;- Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di
mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah
hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit pun di hati
mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak pernah
berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka
mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar dari
mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu,
maka mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberinya
kepercayaan, maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu
berikan. Anak kecil mereka bodoh, pemuda mereka licik, sementara yang tua
tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa
membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka
bererti kesusahan. Orang yang sopan-santun di tengah mereka adalah sesat,
dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh,
orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasik
menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka menjadi bidaah, sedangkan bidaah itu
sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-orang
paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru,
pasti tidak akan dihiraukan.”;- (Riwayat Thabrani).

Hilangnya Amanat Dan Munculnya Orang-Orang Gemuk;- Dari Zahdam bin


Mudlorrib r.a. mendengar Imron bin Khushoin berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: ” Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang hidup pada masaku,
kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka, kemudian orang-orang yang
hidup selepas mereka.” Imron berkata: “Aku tidak mengerti; Apakah Rasulullah
s.a.w. berkata tentang peristiwa-peristiwa selepas zamannya, dua kali atau tiga
kali (generasi)?” Kemudian sabda Rasulullah: “ Sesudah mereka ada suatu kaum
yang berhak menjadi saksi tapi diminta kesaksiannya (tidak dijadikan sebagai
saksi), mereka berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka bernazar (berjanji)
tidak menepatinya. Dan kalau sudah terjadi demikian muncullah orang-orang
gemuk di antara mereka” ;- (Riwayat Muslim).

Dilema Antara Berbuat Maksiat Dan Meninggalkannya;- Abu Hurairah r.a berkata
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Kelak akan datang atas umatku; suatu
masa di mana seseorang dihadapkan pada dua pilihan antara kelemahan dan
kemaksiatan (kejahatan, kecabulan, pengkhianatan dan sebagainya).
Barangsiapa mendapati (berada) pada masa itu, hendaklah ia memilih

Renungan 9
kelemahan dan meninggalkan kecabulan (penyelewengan) “;- (Riwayat Hakim).

Orang yang rosak akhlak;- Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda:
“Dunia ini tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang
rosak akhlak anak kepada orang yang rosak akhlak.”;- [Riwayat Ahmad,
Musnad, 2/358.].

Golongan Anti Hadith;- Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. berkata:


Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana
seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan
orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : “Pegangan
kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh
al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. Kemudian
Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya: “Padahal apa yang diharamkan oleh
Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah
s.w.t.”;- (Riwayat Abu Daud)

Munculnya Golongan Yang Engkar Pada As-sunnah;- Dari Abu Hurairah r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan
(menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang
agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat,
laknat Malaikat serta laknat semua manusia;- (Riwayat Ad Dailami).

Pemimpin Yang Diktator;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda:“Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam
kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang
demikian itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat;
Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik
pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk
ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk
pemimpin adalah pemimpin yang tidak memerhatikan kepentingan rakyat);-
(Riwayat Bukhari dan Nasae’i).

Pemimpin Yang Menipu Rakyat;- Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada;
beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang
membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka
yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku
daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di
syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Iman Yang Semakin Lemah;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu akan terjadi huru-
hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada pagi harinya
beriman lalu pada petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya kafir, lalu
pagi harinya menjadi mukmin. Ia menjual agamanya dengan keduniaan” ;-
(Riwayat Muslim).

Renungan 10
Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan
terjadi suatu fitnah, yang keadaan mukmin sedang petang harinya menjadi
kafir, kecuali orang yang Allah dihidupkan dengan ilmu yang manfaat” ;-
(Riwayat Ahmad dan Thabrani).

Pemimpin Yang Menyembunyikan Hak Rakyat;- Dari Ubadah bin Shamit r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin
yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu
sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang
menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui
kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka
kepada Allah Azza Wa jalla;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).

Pemimpin Yang Membuat Kerosakan;- Ibnu Mas’ud r.a berkata bahawa


Rasulullah s.a.w. bersabda: Nanti kamu sekalian akan dikuasai para pemimpin
yang selalu membuat kerosakan, dan Allah tidak akan memberikan
perbaikan/pertolongan kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka taat
kepada Allah, maka bagi mereka akan mendapat pahala dan kamu harus
bersyukur. Dan barangsiapa di antara mereka yang membuat maksiat kepada
Allah, maka mereka akan mendapat dosa dan kamu harus bersikap sabar;-
(Riwayat Thabrani).

Ramai Pemimpin Tetapi Tidak Dapat Menjamin Ketenteraman;- Dari


Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebahagian
dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang
pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak
umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang;- (Riwayat Thabrani).

Pemimpin Yang Diingkari Rakyat;- Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: Kelak akan ada pemimpin yang kamu mengenalnya, tetapi kamu
mengingkari (perbuatan)nya. Barangsiapa yang menentang mereka (tidak
mengikuti dan tidak mendukung perbuatannya), mereka akan selamat.
Barangsiapa yang menjauhi mereka, ia akan aman sentosa, barangsiapa yang
bergaul (mendukung) dengannya, maka ia akan binasa;- (Riwayat Ibnu Abi
Syaibah dan Thabrani).

Dari Ummi Salmah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Nanti akan ada
penguasa; Kamu sekalian mengenalnya, tetapi kamu mengingkarinya.
Barangsiapa yang membencinya, maka ia akan bebas; barangsiapa yang
mengingkarinya dia akan selamat, tetapi mereka ada juga pengikutnya;-
(Riwayat Muslim dan abu Daud).

Umat Islam akan tertimpa penyakit orang kafir;- Daripada Abu Hurairah r.a.
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Umatku (Islam) nanti akan ditimpa
penyakit masyarakat; iaitu: berupa kejahatan, kebencian, kesombongan,
bermegah-megahan, perselisihan dalam hal dunia, saling benci-membenci dan

Renungan 11
saling hasut-menghasut, sehingga terjadilah kerosakan (kehancuran perpaduan
umat)” - (Riwayat Hakim).

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya
sebahagian tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah hilangnya kemanfaatan
ilmu, makin ketara kebodohan, diminumnya khamar (arak), meluasnya
perzinaan dengan terang-terangan, banyaknya wanita dan sedikitnya lelaki
sehingga lima puluh wanita mempunyai satu pelindung lelaki;- (Riwayat
Bukhari).

Zaman Di Mana Halal Dan Haram Dianggap Sama Oleh Manusia;- Daripada Abu
Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada
manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi mempedulikan dari
mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram” - (Riwayat
An Nasa’i).

- Tersebarnya perzinaan kerana memperolehi izin rasmi untuk mendirikan


tempat pelacuran/perzinaan dari setiap pemerintah yang bersangkutan.

-) Segala minuman keras seperti khamr (arak) sama diminum dengan berleluasa
dan bebas, peminumnya sudah tidak lagi mengenal dosa, bahkan sebagai
kebanggaan.

Dikatakan manusia halalnya riba, arak, perzinaan, pakaian dari sutera dan
kecapi-kecapi (alat-alat muzik);- Sabda Rasulullah s.a.w: “Nanti pada akhir
zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan
ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah Tun Dr. Tun Dr.
Mahathir dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah
dihalalkan” - (Riwayat Thabrani).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan


ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan,
pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik).” (Riwayat Thabrani)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sungguh akan ada beberapa orang dari umatku
yang meminum khomr (arak), mereka namakan dengan nama lain. Kepala
mereka itu dilalaikan dengan bunyi-bunyian (muzik) serta nyanyian, lalu Allah
tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti
kera dan b.abi” - (Riwayat Ibnu Majah).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak pada akhir zaman akan ada dari umat ini
suatu kaum yang tingkah lakunya akan jadi seperti kera dan ?!@#$@#. Para
sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Tidakkah mereka bersaksi bahawa tidak ada
Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah?” Rasulullah
menjawab: “Betul, mereka juga berpuasa, sembahyang dan haji.” Mereka
bertanya lagi: “Lalu mengapa keadaan mereka menjadi begitu?” Rasulullah
menjawab: “Mereka mengadakan nyanyian-nyanyian, menabuh gendang disertai

Renungan 12
para biduanita dan penari, lalu pada malam harinya mereka mengadakan pesta
minum-minuman dan bermain-main maka pada pagi harinya mereka berubah
menjadi tingkah lakunya seperti kera dan b.abi. Dan sungguh akan ada seorang
yang pergi berbelanja ke kedai atas suruhan temannya, setelah ia kembali
kepadanya, lalu ia berubah tingkah lakunya seperti menjadi kera dan b.abi” -
(Riwayat Ibnu Abi Dunia).

Ditimpa tanah runtuh dan berbagai bala bencana;- Dilaporkan dari Abu Hurairah
r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Demi Dia yang mengutuskan daku dengan
kebenaran, bumi ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah
runtuh, ditimpa hujan batu dan berubah menjadi binatang.” Orang bertanya,
“Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apabila kamu
melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-saksi
memberi keterangan palsu menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan
wanita meniduri wanita.” - [al-Haithami, Kitab al-Fitan].

Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka;-Daripada Abu Hurairah r.a.
berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada dua golongan yang akan menjadi
penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan
(penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang
digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi
bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu.
Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta
yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan
dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah
tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”;- (Riwayat Muslim).

- Jumlah orang lelaki lebih sedikit kerana sedikitnya bayi lelaki yang lahir, dan
ramai kaum lelaki yang sama, mati/meninggal dunia.

Daripada Abdillah ia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mendekati


hari kiamat kelak, hanya akan diberikan salam kepada orang-orang tertentu.
Juga akan marak kegiatan perdagangan, sehingga isteri-isteri pun ikut terlibat
membantu suaminya dalam berdagang. Dan juga akan terjadi pemutusan
hubungan persaudaraan” - (Riwayat Ahmad).

Perdagangan, perniagaan, terputusnya persaudaraan, saksi palsu, tersebar


luasnya tulisan-tulisan;- Thariq ibn Shibab berkata, “Kami sedang duduk
bersama Abdullah ibn Mas’ud apabila datang seorang lelaki memberitahu waktu
solat sudah tiba. Maka kami pun bangun dan menuju ke masjid. Selesai solat,
tampil seorang lelaki kepada Abdullah ibn Mas’ud dan berkata, “As-salamu’alaika
wahai Abu Abdur Rahman.” Jawab beliau, “Allah dan RasulNya telah berkata
benar.” Semasa pulang kami bertanya sesama sendiri, “Kamu dengarkah apa
jawapan beliau? Siapakah yang akan tanya beliau mengenainya?” Daku berkata,
“Biar saya yang tanya beliau, lalu daku pun bertanya beliau sebaik sahaja beliau
keluar. Beliau meriwayatkan dari Baginda s.a.w, : “Sebelum Qiamat tiba,
terdapat satu ucapan khusus untuk orang kenamaan; perdagangan tersebar luas

Renungan 13
sehingga wanita akan turut suaminya dalam perniagaan; perhubungan keluarga
akan putus; saksi palsu berleluasa sedang saksi benar akan sukar ditemui dan
tulisan tersebar luas.” - [Riwayat Ahmad, Musnad, 1/407].

Bahaya Kemewahan;- Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Bahawasanya
kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang
Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai
selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah s.a.w.melihat
kepadanya baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan
kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan
oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di
Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta
benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi
dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula.
Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain.
Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang
kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu
itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan
kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi s.a.w.
bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan
kamu di hari itu”;- (Riwayat Tirmidzi).

Penyelewengan, Maksiat dan Penghindarannya;- Dari Anas r.a. bahawa


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang atas manusia, suatu masa, yang
mereka tidak sanggup lagi mencari penghasilan kecuali dengan jalan maksiat
(antara lain penyelewengan), sehingga orang berani berdusta dan bersumpah,
maka apabila masa itu sudah terjadi (timbul), hendaklah kamu lari menghindari
perbuatan itu.” Baginda ditanya: “Ya, rasulullah! Ke tempat mana kita akan lari
menghindar?” Baginda menjawab: “Kepada Allah: Kepada Kitab-Nya dan kepada
sunnah Nabi-Nya”;- (Riwayat Ad Dailami).

Orang sudah tidak mempedulikan halal dan haram - “Akan datang suatu masa
kepada manusia, di mana orang tidak lagi mempedulikan apa yang diperolehnya
apakah itu usaha yang halal atau yang haram”;- (Riwayat Nasae’i).

Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia
suatu zaman, yang tidak peduli lagi seseorang di zaman itu dari mana harta
diambil, (apakah yang diambilnya itu halal atau haram)”;- (Riwayat Nasae’i).

Maraknya Rasuah;- Mu’az bin Jabal berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ambillah pemberian, selama itu berbentuk sebuah pemberian. Sedangkan jika
telah menjadi bentuk suap, maka dalam agama, janganlah kamu mengambilnya.
Tidaklah keengganan kamu meninggalkannya lalu mencegah kamu dari
kemiskinan dan keperluan hidup. Ingat, lingkaran Islam selalu berputar, maka
berputarlah bersama Al-Quran ke mana pun ia mengarah. Ingat, Al-Quran
dengan penguasa akan berbeza arah. Maka dari itu, janganlah kamu

Renungan 14
memisahkan diri dari Al-Quran. Ingat, kelak akan berkuasa atas kamu
pemimpin-pemimpin yang akan memutuskan untuk diri mereka sesuatu yang
tidak diputuskan untuk kamu. Jika kamu membangkang kepada mereka, maka
sudah tentu mereka akan membunuh kamu. Akan tetapi, apabila kamu
mematuhinya, maka mereka pasti akan menyesatkan kamu. Para sahabat
bertanya: “Apa yang harus kami lakukan pada waktu seperti itu wahai
Rasulullah?” Baginda menjawab: “Lakukanlah seperti yang dilakukan oleh para
pengikut Isa bin Maryam, di mana mereka menyebar dengan membawa gergaji,
lalu memikul kayu. Kerana, mati dalam ketaatan kepada Allah jauh lebih baik
daripada hidup dalam keadaan bermaksiat kepadaNya”;- (Riwayat Tabrani).

Maraknya praktik riba;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w.
bersabda: Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, di mana tidak
tersisa dari mereka seorang pun kecuali menjadi pemakan riba. Dan barangsiapa
yang tidak mahu memakannya, maka pasti ia akan terkena oleh debunya;-
(Riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu masa, di mana manusia


menganggap halal riba dengan nama jual beli;- (Riwayat Ibnul Qayyim).

- Meluapnya jumlah kaum wanita melebihi kaum lelaki dengan perbandingan 50


berbanding seorang lelaki.

- Banyak terjadi gempa bumi.

Keluarnya Sumber kekayaan dan perang di Timur Tengah (Iraq).

Munculnya Galian-galian Bumi;- Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu
masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. sepotong emas. Dan emas itu adalah
emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim
dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah!
Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi s.a.w. menjawab, “Nanti kamu
akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah
orang-orang yang jahat”;- (Riwayat Baihaqi).

Rakus Terhadap Hal Dunia;- Sabda Rasulullah s.a.w.: (Jika) Hari Kiamat telah
hampir terjadi; tidak bertambah manusia kecuali loba (rakus akan harta benda),
dan mereka tidak bertambah dekat kepada Allah, kecuali akan menambah jauh
dari Allah ( dari ajaran agama);- (Riwayat Thabrani)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila akhir zaman, adalah kekuatan agama


manusia terletak pada dinar dan dirham (harta);- (Riwayat Turmidzi)

Ramai Orang Kaya Tinggal Di Lereng Gunung;- Rasulullah s.a.w bersabda:


Sungguh akan ada beberapa kaum yang bertempat tinggal di dekat (lereng)
gunung, lalu orang-orang fakir datang kepada mereka untuk sesuatu
keperluannya, kemudian mereka berkata: “Kembalilah kepada kami esok.”

Renungan 15
Kemudian Allah menyatukan gunung itu atas mereka;- (Riwayat Bukhari).

Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan;-


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah
sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah
gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya.
Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing-masing
yang terlibat berkata: “Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu”. Di
dalam riwayat lain ada disebutkan; “Sudah dekat suatu masa di mana sungai
Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas,
maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun
daripada harta itu”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tentera Yang Kejam;- Dari Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada angkatan tentera sejak pagi-pagi
dalam kemurkaan Allah, dan waktu petang juga dalam kemurkaan Allah. Oleh
kerana itu waspadalah kamu sekalian! Jangan sampai kamu sekalian dijadikan
perisai buat mereka;- (Riwayat Thabrani).

- Zaman sudah dekat-mendekati.

Masa berlalu bagaikan kobaran api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadi kiamat, hingga waktu terasa
saling berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu
minggu. Satu minggu bagaikan satu hari, dan satu hari ibarat satu jam, serta
satu jam laksana kobaran api (cepat sekali berlalu);- (Riwayat Tirmidzi).

- Banyak terjadi perkara fitnah-memfitnah.

Fitnah bagaikan malam yang gelap-gelita;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat
berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu
seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang
hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi
hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi;-
(Riwayat Tirmidzi).

- Banyaknya haraj, yakni bunuh-membunuh (Pembunuhan bermaharajalela


dalam masyarakat kesan dari jahiliyah moden).

Pembunuhan demi pembunuhan;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa


Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, hingga munculnya
banyak kekacauan. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksud ‘harj’
(kekacauan) itu, wahai Rasulullah? Nabi s.a.w. menjawab: Pembunuhan demi
pembunuhan;- (Riwayat Muslim).

Renungan 16
- Banyaknya harta bagi setiap orang, sehingga menjadi bingung untuk
membelanjakannya.

- Ramai orang yang bermegahan dalam gedung-gedung besar dan banyaknya


pasar.

Rasulullah bersabda : “Kiamat hampir saja akan berdiri apabila sudah banyak
perbuatan bohong, masa (waktu) akan terasa cepat dan pasar-pasar akan
berdekatan (kerana saling banyaknya)” (sahih Ibnu Hibban).

Binatang buas dan benda-benda padat berbicara;- Daripada Abu Said al Khudri
r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Dzat yang telah
menciptakan diriku dengan kekuasaan-Nya, tidak akan terjadi Hari Kiamat
sebelum binatang-binatang buas berbicara dengan manusia. Sebelum seseorang
diajak berbicara oleh hujung serta tali-tali seliparnya. Dan pahanya akan
mengkhabarkan kepadanya tentang apa yang dilakukan oleh isterinya
sesudahnya;- (Riwayat Tirmidzi)

Bagaikan Menggenggam Bara Api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata,
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa di
mana orang yang berpegang kepada agamanya bagaikan orang yang
menggenggam bara api;- (Riwayat Tirmidzi)

Punca Kebinasaan Seseorang;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah


s.a.w. bersabda: “Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman
tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari
suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada
lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian
(pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang
membabitkan kemurkaan Allah s.w.t. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan
seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-
anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah
berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang
tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati
kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati
kehendak jirannya”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah s.a.w., apakah
maksud perkataan engkau itu ? (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya,
atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya?)”. Nabi
s.a.w. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan
kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak
mereka dengan menceburkan dirinya di jurang-jurang kebinasaan yang akan
menghancurkan dirinya”;- (Riwayat Baihaqi)

Bencana Yang Akan Menimpa Umat Islam Di Akhir Zaman;- Abdullah ibn Umar
berkata, Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: “Wahai
Muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu
hidup untuk menyaksikannya: (1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia

Renungan 17
tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah
diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya. (2) Apabila manusia menipu dalam
timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang
ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka. (3) Apabila manusia tidak
memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka. (4)
Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya,
ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk
merampas kepunyaan mereka. (5) Apabila pemerintah mereka tidak
memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-
belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;-
(Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

Tanda-tanda akhir / besar kiamat (alamat kubra)

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami
Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau
bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang
berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi
hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-
tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit
matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang
ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah
negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Hadith Riwayat Muslim

Keterangan hadith di atas

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini
adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir
tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1 - Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti
selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua
orang kafir dan menyebabkan kepala mereka menjadi hitam seperti kepala
kambing yang disalai atas bara api.

2 - Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan,
hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. Dia akan
keluarl dari arah pertengahan antara Laut Syam dan Laut Yaman di Timur
Tengah, mengaku sebagai Nabi Isa a.s, tuhan orang Kristian dan Bani Israel.

Renungan 18
Nabi s.a.w. bersabda: “Dajjal akan muncul di suatu tempat di timur bernama
Khurasan. Pengikutnya adalah manusia yang berwajah seperti perisai yang telah
dipalu tukul.”;- [Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan, 2338, 6/495.]

3 - Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan


mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan
beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan
beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Ianya juga sebagai bukti besar Islam
bahawa Dajjal adalah bukannya Nabi Isa a.s yang diwar-warkan sebagai tuhan
Kristian dan Yahudi.

Turunnya Nabi Isa dari langit;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda; Demi Dzat yang jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya, sungguh
amat dekat saat turunnya Isa putera Maryam di kalangan kamu sekelian yang
bertindak sebagai seorang hakim yang adil. Ia akan memecahkan semua kayu
palang salib, membunuh ?!@#$@#, melenyapkan pajak gadai dan pada waktu
itu harta melimpah ruah, sehingga seorang pun tidak ada yang mahu menerima
harta yang disedekahkan kepadanya, hingga satu sujud lebih baik daripada
dunia dan apa yang ada di dalamnya. Kemudian Abu Hurairah berkata: ”
Bacalah, jikalau engkau semua menginginkannya:” Tidak ada sama sekali dari
golongan ahli kitab, melainkan mereka hanya beriman kepada Isa a.s. sebelum
mangkat baginda iaitu setelah turunnya ke bumi dan sebelum tibanya hari
kiamat. Pada hari kiamat Isa a.s. akan menjadi saksi atas semua orang.

Isa a.s. mencari Dajjal;- Daripada Urwah bin Mas’ud Ats Tsaqafi berkata, “Saya
mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal
itu akan keluar dari kalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat
puluh. Yang meriwayatkan hadis ini berkata: “Saya tidak mengerti apakah yang
dimaksudkan itu empat puluh hari atau empat puluh bulan atau empat puluh
tahun…” Selanjutnya baginda bersabda: “Allah mengutus Isa mencari Dajjal itu
kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa selama
tujuh 7 tahun. Tidak ada pertengkaran antara dua 2 orang (pada waktu itu umat
manusia hidup dalam kerukunan;- (Riwayat Muslim).

Perang melawan Yahudi;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa


Rasulullah s.a.w. bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga (Kaum
Muslimin) memerangi Kaum Yahudi, sehingga batu tempat orang Yahudi
bersembunyi itu pun berkata: “Hai, Orang Islam! Ini ada orang Yahudi,
bunuhlah!”;- Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Umat Islam Memusnahkan Orang-Orang Yahudi;-Daripada Abu Hurairah r.a.


berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidaklah akan berlaku
qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum

Renungan 19
Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon
kayu itu berkata: “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya.
Kemarilah! Dan bunuhlah ia! “, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang
berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab
itulah ia melindunginya)”;- Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Nabi Isa a.s kemudiannya akan wafat di madinah.

4 - Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan


dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding
yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain
bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Telah diriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumahnya dengan


rasa ketakutan sambil berkata: ”Laa Ilaaha Ilallah, celaka bangsa Arab dari
bahaya yang telah dekat, ini telah terbuka dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini
sambil melingkarkan jari telunjuk dengan ibu jarinya.

Zainab bin Jahsy bertanya: “Ya Rasulullah! Dapatkah kami binasa, padahal
masih ramai solihin di antara kami?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ya,! Jika telah
banyak kejahatan.”;- Riwayat Muttafaq Alaihi.

Tirai dinding Yakjuj Makjuj;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w
bersabda: ”Allah telah membuka tirai dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini; sambil
melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari” - Hadith riwayat Muttafaq Alaihi

Hancurnya Yakjuj Makjuj dan seluruh isi alam menjadi sesuci salju dan
melimpah ruahnya sumber rezeki dan kekayaan berkat doa Nabi Isa a.s.

Rasulullah s.a.w bersabda:- ”Maka hilanglah segala permusuhan dan benci-


membenci di kalangan manusia dan hilanglah segala bisa dari keseluruhan
binatang yang berbisa sehingga anak kecil memasukkan tangannya ke dalam
mulut ular, maka ular itu tidak menggigitnya dan tidak ada apa-apa
kemudharatan. Anak kecil boleh bermain dengan singa, bahkan serigala yang
biasanya menerkam kambing akan terbalik seakan-akan menjadi anjing
pemeliharanya. Bumi ini akan dipenuhi dengan keamanan dan keselamatan
seperti mana dipenuhkan sesuatu bejana dengan air. Pendapat akan menjadi
satu ( tiada perselisihan antara ummat) dan tidak disembah kecuali hanya Allah
dan segala peperangan akan berhenti dan orang Quraisy kembali memegang
tampuk kepimpinan (maksudnya kepimpinan Imam Mahdi)” - Hadith Riwayat
Ibnu Majjah.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda;-”Maka dikirim oleh Allah, Yakjuj dan Makjuj; mereka
mengalir dari tempat-tempat yang tinggi. Barisan depan mereka melalui Danau

Renungan 20
Tibris, lalu mereka minum air Danau itu sampai habis. Kemudian barisan
terakhir lewat pula di situ, lalu mereka mengusapkan: “Sesungguhnya di sini
dahulunya pernah ada air.” Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung
(sehingga kekurangan makanan), sehingga seekor kepala sapi (kepala lembu)
bagi masing-masing mereka, lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang
di hari itu. Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj
binasa). Lalu Allah mengirim penyakit hidung pada kenderaan Yakjuj Makjuj,
maka di waktu pagi mereka semuanya mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s.
dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang
agak sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah
Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang),
lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-
bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, kemudian
Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang
dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih
seperti kaca. Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-
buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan
orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di
bawah kulitnya. Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting
cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu
Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap
orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat,
bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah
kiamat” - Hadith Riwayat Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:-


“Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (yang lembut) yang datang dari
negeri Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui seseorang
yang beriman, walaupun imannya hanya ada sebesar biji sawi kecuali ia akan
mematikannya”;- Hadith Riwayat Muslim.

5 - Binatang yang dipanggil ‘Dabbah’ akan keluar berhampiran Bukit Shafa di


Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah
S.w.t. Ia muncul di waktu dhuha dan akan berbicara kepada setiap manusia.

Binatang yang keluar sebagai tanda akan datangnya hari kiamat itu akan keluar
dengan membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa a.s. Kemudian
memberi semacam tanda kepada wajah orang mukmin dengan menggunakan
tongkatnya dan memberi cap pada hidung orang kafir, dengan menggunakan
cincin itu, sehingga orang-orang yang ahli tamu sama berkumpul yang satu
mengucapkan “Hai orang mukmin!” dan yang lain mengucapkan “Hai orang
kafir!”;- (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).

Binatang itu akan keluar lalu memberi tanda kepada orang ramai di hidungnya.
Orang-orang berkumpul ramai sekali, sehingga ada orang yang membeli

Renungan 21
binatang tersebut, pembeli itu ditanya: “Dari siapakah engkau membeli binatang
ini?” Jawabnya: “Dari orang yang dicap hidungnya.”;- (Riwayat Ahmad)

Dabbah ini juga akan menjadi guru kepada manusia kerana waktu itu manusia
sudah tidak mendengar dan mempercayai firman2 Allah dan juga alim ulamak.
Lihatlah betapa manusia waktu itu sudah buntu dan akhirnya Allah utuskan
binatang untuk menjadi guru manusia. Diumpamakan seperti kisah Habil dan
Habil, yang mana Allah utuskan burung gagak untuk memberi pelajaran tentang
cara-cara menanam mayat manusia.

6 - Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya iaitu dari arah Barat. Maka
pada saat itu Allah S.w.t. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak
menerima taubat daripada orang yang berdosa. Bermakna PINTU TAUBAT sudah
tertutup. Ini kerana IMAN adalah KEYAKINAN, sedangkan apabila matahari
sudah keluar dari barat itu bermakna sudah SAH akan kiamat. Maka iman di
ketika itu hanyalah IMAN dalam terpaksa, maka IMAN sebegitu tidak lagi
diterima oleh Allah S.w.t, na’uzubillah.

Contohnya sama seperti Firaun yang mengakui Allah itu Tuhan apabila
nyawanya sudah sampai tenggorok iaitu ketika ajalnya sudah hampir (sakaratul
maut) ketika dia tenggelam dalam laut Merah ketika mengejar Nabi Musa a.s
dan kaum Bani Israel. Maka IMAN ketika itu sudah tidak diterima lagi kerana dia
telah SAH akan mati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba
sehingga matahari terbit dari Barat. Manusia akan menyaksikannya, sesiapa
yang berada waktu itu akan mempercayainya tetapi itulah masanya dimana “…
tidaklah bermanfaat Iman seseorang bagi dirinya yang belum beriman sebelum
itu.” ;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Tafsir, 6/73].

Tidak akan terjadi Hari Kiamat, sebelum matahari terbit dari tempat
terbenamnya (Maghrib / Barat). Apabila matahari terbit dari tempat
terbenamnya, manusia semuanya beriman. Maka di waktu itu, iman seseorang
tidak berguna bagi dirinya yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi
mereka yang belum pernah berbuat baik dalam berimannya;- (Riwayat Muslim).

Begitulah sistem alam ini akan menjadi tidak seimbang dan semakin kacau-bilau
apabila hampir kepada kebinasaannya, sama lah seperti manusia yang
menghampiri saat2 kematiannya, akan berlaku lah ketidak-seimbangan dan
kacau bilau dalam sistem tubuhnya.

7 - Gempa bumi di Timur.

Renungan 22
8 - Gempa bumi di Barat.

9 - Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10 - Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api
itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Keluarnya api dari Hijjaz menghalau manusia pada masa itu dari arah selatan
Yaman ke utara negeri Syam, maka ketika itu Malaikat Israfil akan meniup
sangkakala, tiupan yang pertama yang mengejutkan ke semua orang yang
berada pada hari itu. Di hari itu orang ramai tidak sempat berurusan dengan
urusan masing-masing. Mereka akan dikejutkan dengan tiupan yang keras
sekali, yang menderu di udara sehingga semua orang akan tercengang ke langit
mendengarkannya.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari
beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari
himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang
mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan
besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan
kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian
terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda
qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana
kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu.
Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang
matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Beberapa kejadian lain

- Rosaknya Kaabah ( Baitullah ).

Rosaknya Kaabah;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w


bersabda: Akan ada orang yang merobohkan Kaabah, iaitu seorang yang
berbetis kecil dari Habsyah (Ethiopia);- (Riwayat Muttafaq Alaih).

Kaabah diruntuhkan;-Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. berkata, bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda:- “Ka’bah akan dihancurkan oleh orang Habsyah
(orang Negro) yang bergelar “Dzus-Suwaiqatain” (orang yang kedua-dua
betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan
kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang
botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Ka’bah itu dengan
besi penyeduk dan kapak besar”;- (H. Riwayat Imam Ahmad).

Renungan 23
Lenyapnya Al-Quran dari Mushaf dan hati (Al-Quran diangkat)

Al-Quran Akan Hilang Dan Ilmu Akan Diangkat;-Daripada Huzaifah bin al-Yaman
r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ”Islam akan luntur (lusuh)
seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai),
sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang
dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang
dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan
dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam
sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya
walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok
daripada manusia, di antaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan.
Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami
memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”.
Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat
oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan
mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang,
puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya
(Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali.
Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu.
Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat
itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (Huzaifah
memperkatakan jawapan itu tiga kali)”- Hadith Riwayat Ibnu Majah.

Mengenai Manusia Yang Hidup Di Ambang Qiamat;- Abdullah ibn Mas’ud r.a.
berkata, “Daku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kefasihan boleh
memukau; manusia yang akan merasai qiamat semasa hidup ialah manusia
yang terjahat dan mereka yang menjadikan kubur sebagai masjid.” ;- [Riwayat
Ahmad, Musnad, 3/268].

Peristiwa-peristiwa Di Ambang Qiamat;- Telah diriwayatkan dari Abu Sa’id al-


Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda, : “Halilintar serta petir akan sering berlaku
menjelang Qiamat sehingga seorang akan bertanya kepada orang ramai, “Ada
sesiapa di antara kamu yang dipanah petir pagi tadi?” Maka disahut, “Si fulan
dan fulan telah kena panah.”” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 3/64,65].

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak
berlaku sehingga datang hujan lebat yang merosakkan sekelian tempat
kediaman kecuali khemah-khemah.” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/262].

Renungan 24
Sabda Rasulullah s.a.w;- “Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh
(berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan.”- (H.Riwayat Ibnu Hibban).

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,:
“Qiamat tidak akan berlaku sehingga punggung wanita-wanita Dhaus
mengelilingi Zul-Khalasah.”;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan, 8/182].

*** Dhaus ialah suatu kaum di Yaman. Zul-Khalasah ialah rumah berhala di
zaman Jahiliyyah.

Renungan 25

Anda mungkin juga menyukai