Anda di halaman 1dari 19

TAJUK 1

PSIKOLOGI DAN KEHIDUPAN

STU 231 ASAS-ASAS PSIKOLOGI


DR INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM
PP SAINS KEMASYARAKATAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Definisi Psikologi

 Kajian saintifik tentang tingkahlaku dan proses mental


individu
 Kajian saintifik
 Rumusan psikologi dibentuk berdasarkan bukti dari data yg dikutip
mengunakan prinsip kaedah saintifik

 Tingkahlaku
 Memfokus kepada tingkahlaku manusia seperti perbuatan, reaksi etc

 Individu
 Mengunakan individu sebagai subjek analisis

 Mental
 Juga berminat kepada proses minda seperti bagaimana individu
berfikir, merancang etc
Matlamat Psikologi 1 dan 2

 Mengambarkan tentang tingkahlaku manusia


 Boleh mengunakan pelbagai unit analisis

 Gambaran mesti objektif

 E.g. Pelajar universiti menghabiskan banyak masa


berinteraksi dengan kawan
 Menerangkan tentang tingkahlaku manusia
 Melihat corak penyumbang kpd tingkahlaku tertentu
 Melihat faktor dalaman dan luaran
 E.g Faktor sikap pelajar dan keperluan kehidupan di
universiti menyumbang kepada pelajar universiti banyak
menghabiskan masa berinteraksi dengan kawan
Matlamat Psikologi 3 dan 4

 Membuat prediksi tentang tingkahlaku manusia


 Kebarangkalian corak yang sama dapat dilihat dalam
kumpulan atau situasi berbeza
 E.g Pelajar sekolah yg terdiri dari umur yang agak sama dan
kehidupan sekolah berkebarangkalian tinggi untuk turut
menghabiskan banyak masa berinteraksi dengan kawan
 Mengawal tingkahlaku manusia
 Pengetahuan tentang corak membolehkan sesetengah
tingkahlaku dikawal (ditingkatkan atau diturunkan)
 E.g. Memilih pelajar dgn personaliti tertentu atau mengubah
polisi universiti boleh mengurangkan masa pelajar dengan
kawan
Evolusi Psikologi Moden 1

 “A long past but a short history”


 Persoalan tentang psikologi manusia bermula dari
tamadun Greek lagi
 Ini berterusan dengan lain lain persoalan tentang
sifat manusia oleh ahli Falsafah moden
 Hanya dijawab secara saintifik bermula dgn
pembukaan makmal psikologi yg pertama oleh
Wilhem Wundt pd 1879 di Leipzig, Jerman
 Ramai pelajar yg dilatih oleh Wundt kemudiannya
membuka makmal psikologi di seluruh dunia
Evolusi Psikologi Moden 1

 Tichener (juga pelajar Wundt) membuka makmal


psikologi pertama di Cornell U pada 1892
 William James menerbitkan “The Principles of
Psychology” (1890/1950), satu buku yang dianggap
penting
 William James juga dilihat sebagai pengasas
psikologi Amerika
 Pada 1900, lebih dari 40 makmal psikologi di
Amerika Utara
Perspektif Awal Psikologi; Strukturlisme

Bermula dari Wundt dan Tichener


Fokus kpd struktur kandungan minda
Memecahkan proses minda kpd unit kecil dan
mengkajinya secara berasingan
Dikritik kerana reduktionis
Psikologi gestalt memberi alternatif- “whole is not
the same as sums of its part”
Perspektif Awal Psikologi; Fungsionalisme

Fokus kepada fungsi minda dan bagaimana


organisme bertindakbalas dengan persekitaran
Melihat minda secara keseluruhan
Mengambil kira individu sebagai unik, beremosi dan
mempunyai nilai
Perspektif Kontemporari Psikologi

Psikologi kontemporari memfokus kpd kedua-dua


struktur dan fungsi minda
Pada hari ini terdapat 7 perspektif utama
Perspektif mempengaruhi fokus, kaedah dan
penerangan yg diberikan
Ramai psikologi yang tidak hanya mengambil satu
perspektif, sebaliknya mengabungkannya
Perspektif Kontemporari Psikologi;
Psikodinamik
 Tingkahlaku didorong oleh pengaruh dalaman yang
kuat spt naluri, dorongan biologo dan konflik
dalaman dgn pengaruh masyarakat
 Dipelopori oleh Freud (1856-1939)
 Manusia tidak semestinya rasional dan boleh
didorong oleh keinginan dalaman yg tidak disedari
 Walaupun Freud menekankan kepada pengaruh
awal kanak-kanak, penyelidik selepas Freud
mengambilkira pengaruh sosial dan interaksi zaman
dewasa
Perspektif Kontemporari Psikologi; Tingkahlaku

Cuba memahami bagaimana persekitaran boleh


mengubah tingkahlaku tertentu
Mengandaikan tingkahlaku manusia ialah kesan
dari pelaziman dan pengukuhan
Mencadangkan ganjaran akan mengukuhkan
tingkahlaku dan hukuman akan melemahkan
tingkahlaku
Dipelopori oleh John Watson
Menekankan kepada kaedah eksperimen
Perspektif Kontemporari Psikologi; Humanistik

Manusia ialah makhluk yg secara semulajadinya


ialah baik dan berupaya membuat pilihan
Mengandaikan bahawa tingkahlaku manusia
bergantung pd cara seseorang itu mengintepretasi
maklumat dari persekitarannya secara subjektif
Dipelopori oleh Carl Rogers yg menekankan
manusia menpunyai kecederungan kearah
perkembangan dan kesihatan
Perspektif Kontemporari Psikologi; Kognitif

 Menumpukan sepenuhnya pd proses mental


 Mengandaikan bahawa hanya dgn mengkaji
proses proses mental barulah kita dpt
memahami manusia
 Proses mental dikatakan boleh di kaji secara
objektif dengan cara memfokus hanya pada
satu perbuatan spesifik pada satu masa
 Membuat analogi otak manusia spt
komputer
Perspektif Kontemporari Psikologi; Biologikal

Melihat kaitan antara proses neurobiologi dengan


tingkahlaku dan proses mental
Mengandaikan segala tingkahlaku manusia
mempunyai kaitan dgn proses elektrik & kimia di
dalam badan khususnya pd otak & sistem saraf
Fungsi organisme diterangkan dalam bentuk
struktur fizikal dan proses biokimia
Perspektif Kontemporari Psikologi; Evolusi

Mengaitkan psikologi dengan teori evolusi oleh


Charles Darwin
Kebolehan mental mempunyai fungsi adaptif yang
membantu manusia untuk terus hidup
Perspektif Kontemporari Psikologi; Sosiobudaya

Melihat perbezaan antara budaya


Cubaan menangani kritikan bahwa Psikologi terlalu
berfokus kepada budaya barat
Boleh digunapakai untuk mengkaji apa jua topik
dalam Psikologi
Perbandingan Antara Perspektif

Psikodinamik
Tingkahlaku
Humanistik
Kognitif
Biologikal
Evolusi
Sosiobudaya
Bidang-bidang Psikologi

Psikologi Biologi
Psikologi Eksperimental
Psikologi Perkembangan
Psikologi Sosial
Psikologi Komuniti
Psikologi Personaliti
Psikologi Forensik
Psikologi Klinikal dan kaunseling
Psikologi Sekolah dan pendidikkan
Psikologi Organisasi dan kejuruteraan
Soalan tutorial 1

Apakah yang anda faham tentang definisi dan


matlamat utama Psikologi?

Sejauh mana anda rasa matlamat-matlamat ini boleh


membantu kita memahami tentang manusia?

Anda mungkin juga menyukai