Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

MENGHADIRI PERTANDINGAN OLAHRAGA


ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI BUKIT JALIL
25hb Disember 2009 hingga 28 Disember 2009

1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti membawa pelajar keluar untuk mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan di
Bukil Jalil merupakan acara ataupun aktiviti tahunan yang diadakan sebagai aktiviti unit
kokurikulum sekolah. Dengan perlancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakkan semangat
murid-murid untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga dan acara padang. Selain itu,
aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru di kalangan pelatih. Dalam pada
itu, pertandingan ini adalah usaha membina sahsiah insan murid-murid bagi membina insane
yang seimbang. Kokurikulum aktiviti pertandingan seperti ini dapat membentuk sikap murid-
murid yang positif serta semangat kerjasama antara satu sama lain.

1.1 TUJUAN

Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk memohon kebenaran guru besar agar dapat
membawa para peserta dari kalangan murid sebanyak lima puluh orang dan sepuluh orang guru
bagi menjaga kebajikan murid-murid. Disamping itu, kertas cadangan ini juga bertujuan untuk
memohon bantuan kewangan dari pihak pengurusan atasan sekolah bagi memudahkan pihak
pengurusan kokurikulum sekolah membawa murid-murid untuk menyertai pertandingan ini bagi
membangunkan bakat baru, antara objektifnya adalah;

1. Untuk memupuk perpaduan dan silaturahim dalam kalangan murid-murid


khasnya dan warga sekolah serta peserta dari merata tempat.

2. Untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan murid-murid, guru-guru dan
warga sekolah yang lain.

3. Untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan murid-murid


dalam olahraga.
4. Melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai moral berpandukan kepada
Gerak Kerja Kokurikulum.
5. Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif berterusan melalui penglibatan
aktif dalam aktiviti kokurikulum khasnya olahraga.

1.2 SASARAN.

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6 yang
mempunyai minat untuk mengambil bahagian dalam pelbagai acara olahraga dan padang. Semua
murid-murid yang berminat perlu member nama mereka kepada guru yang bertugas dan satu sesi
pemilihan diadakan bagi memastikan calon-calon yang berbakat diberi keutamaan.

1.3 RASIONAL
Pertangdingan ini diadakan di Bukit Jalil pada setiap tahun diantara sekolah-sekolah
rendah di Selangor. Rasional pertandingan ini diadakan adalah selaras dengan arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia agar setiap murid mesti melibatkan diri dalam aktiviti
sukan terutamanya dalam olahraga. Dalam melaksanakan arahan tersebut pihak
penganjur setiap tahun mengadakan pertandingan ini. Antara rasional lain yang perlu
diambil kira adalah;

 Dengan mengadakan pertandingan ini maka secara langsung dapat melahirkan


bakat baru dalam sukan olahraga demi keperluan Negara pada masa yang akan
datang.
 Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan menguasai ilmu berkenaan dengan
sukan olahraga serta dapat mengenali suasana yang baru.
 Dengan pertandingan ini dapat mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum dan
murid-murid dapat berinteraksi dengan murid-murid lain dari sekolah yang
berlainan.
 Nilai-nilai murni dapat dipupuk,sifat-sifat moral murid-murid juga dapat
ditingkatkan seperti perpaduan, hormat-menghormati, semangat kerjasama,
bertolak-ansur, bertanggungjawab dan sebagainya.
 Berupaya melahirkan modal insane yang seimbang dari segi intelek, sosial, dan
rohani berpandukan kepada pelan induk pembangunan.

2.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

2.1 Tarikh
Tarikh pertandingan ini diadakan pada 25hb Disember 2009 sehingga 28hb 2009.
2.1 Bilangan Pelajar dan guru bimbingan

Bil Jenis peserta Bilangan


1 Murid 50 orang
2 Guru 10 orang

2.1.1 Senarai murid (peserta) dilampirkan


2.1.2 Senarai Guru bimbingan dilampirkan
2.2 Pengangkutan

Pengangkutan pelajar dan guru adalah dicadangkan menyewa bas swasta sebanyak
sebuah bas express dan sebuah bas mini.

2.2.1 Jadual Pelaksanaan Program. (disediakan dan dilampirkan)

3.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

3.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

Antara cadangan anggaran perbelanjaan untuk menghadiri pertandingan olahraga di


Bukit Jalil adalah;

Bil Perkara Bil Pelajar Tempoh Anggaran Jumlah RM


dan Guru seorang
dalam
sehari
1 Mineral Water (10 60 3 hari RM 2.00 (3 RM 120/-
kotak) hari)
2 Makan 60 3 hari RM15.00 RM 2700/-
3 Sewa Bas Express 40 3 hari
RM 24 RM 960
4 Sewa Bas Mini 20 3 hari RM 24 RM 480
JUM RM 4230

4.0 PERATURAN KECIL KEJOHANAN OLAHRAGA ANJURAN

1. Kejohanan ini dijalankan antara sekolah-sekolah rendah sekitar Selangor-(penyertaan


adalah terbuka kepada murid-murid tahun 1 hingga 6)
2. Peserta diwajibkan memakai kasut sukan.
3. Peserta dihadkan mengikut acara yang disertai. Markah dikira mengikut peserta yang
sampai dalam tempoh masa yang pantas dan bagi acara padang yang lain mengikut
peraturan-peraturan acara masing-masing.
4. Peserta mesti melalui lorong / jalan yang ditetapkan.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad.
6. Setiap sekolah yang mengambil bahagian akan diberikan khemah yang khusus.
7. Makanan tengah hari disediakan oleh pihak penganjur.
8. Makanan pagi dan petang dan minuman hendaklah disediakan oleh pihak sekolah
masing-masing.
9. Pakaian ataupun t-shirt yang dipakai oleh setiap sekolah mestilah sama dan perlu
mempunyai nama sekolah dibelakang baju peserta.
10. Setiap sekolah perlu menghantar guru penasihat sekurang-kurangnya 2 orang untuk
menjaga kebajikan peserta mereka.

5.0 PENUTUP

Kertas cadangan ini dikemukakan kepada pentadbiran untuk memohon kelulusan khususnya
mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti membawa keluar murid-murid dan
guru-guru yang terlibat ke pertandingan olahraga di Bukit Jalil dan juga dari aspek
kewangan. Kertas cadangan ini juga bertujuan agar semua program yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan lancer dan teratur mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
serta dapat menyumbangkan membangunan prestasi, pelajar, guru dan Negara secara
keseluruhannya.

Disediakan oleh, Disokong oleh:

……………………….. …………………….
(SARASWATHY A/P MARIEMUTHOO)
SETIA USAHA SUKAN SEKOLAH (PALANISAMY)
KETUA JABATAN
KOKURIKULUM
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

…………………………………….
(YUSMAN BIN AHMAD)
GURU BESAR,
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SRI KEMBANGAN FASA DUA,
SERI KEMBANGAN, SELANGOR
LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA PESERTA (MURIS)

NO NAMA TAHUN
1 AHMAD BIN MUSAH 5
2 ARUMUGAM A/L KARTHIGEN 4
3 ABDUL RAHMAN BIN SALIM 6
4 AMKIRUDIN BIN BAKI 4
5 ANBA A/L KANTHAN 1
6 ANBALAGI A/P MUTHU 2
7 BALAMURUGAN A/L RAMAN 3
8 BAHARUDIN BIN SALIM 4
9 BHAGGYAVATHI A/P MARIMUTHOO 5
10 BAHSIAH BINTI KAMARUL 6
11 CHE RAMAH BINTI KALID 4
12 CHELLAYAH A/L CHANRAN 6
13 CITI MARIAM BINTI MAHLIA 5
14 DARUS BIN SAMAD 4
15 DARAVIN A/L SANMUGAM 4
16 DAHLIA BINTI MUSAH 52
17 DARINDA BINTI ADBUL SAMAD 1
18 DANA LECHUMY A/P SUBRAMANIAM 6
19 ELANGOVAN A/L SELLATHURAI 4
20 ELIAS BIN SAHARIL 1
21 ELIA BINTI RAJA KAMARUL 3
22 ELAVENTHAN A/L NARAYANAN 5
23 ELAVARASI A/P SUBRAYAM 4
24 FATIAH BINTI AHMAD KASIM 6
25 FAIRUS BIN ABDUL RAHMAN 2
26 FIDRAUS BIN SAMIL 1
27 FARIDAH BINTI SULAIMAN 5
28 GUNAVATHI A/P KRISHNAN 4
29 GUNALAN A/L DANABA RAMAN 6
30 HAIRANI BINTI MADRUS 3
31 HARIYATI BINTI AHMAD FIDRAUS 2
32 HAYATI BINTI MAHATHIR 4
33 ILANGARI A/P PADDABIRAMAN 5
34 ISMAIL BIN TAJUDDIN 3
35 JAMAL BIN CHE KASIM 4
36 JAMILAH BINTI MURUD 6
37 JAMALUDIN BIN AHMAD RAMLI 4
38 KAMAL BIN FAIRUD 3
39 KAMARUDIN BIN RAMLI 1
40 KASIM BIN AHMAD 2
41 KAMALIAH BINTI KAMAL 5
42 KAMALANATHAN A/L SUBRAMANIAN 4
43 OSMAN BIN ISMAIL 6
44 PALANI A/L RAMACHANRAN 4
45 PAPATHI A/P KARTHIGEYAN 3
46 REVATHY A/P KALAINATHAN 2
47 RAHMAH BINTI ABDUL WAHAB 1
48 WATI RAHYAH BINTI MURUD 4
49 YATI RANI BINTI SULAIMAN KUTTI 6
50 YAHYAH BIN RAHMAN SAID 5

LAMPIRAN 2

SENARAI NAMA GURU BIMBINGAN

NO NAMA
1 EN.MURUGAN A/L SAMARASAM
2 EN.JAMIL BIN AHMAD SAMAD
3 EN.LIM KOK YONG
4 EN.LEE MEE YAN
5 EN.PARANI A/L SOMASUNDRAM
6 PN.PUNNIYAVATHI A/P SUBRAMANIAM
7 PN.JAMALIAH BINTI ABDUL RAZAK
8 PN.LEE LEI LING
9 PN.SALBIAH BINTI FAIZAL
10 PN.LIM MOOI CHIN

LAMPIRAN 3
Jadual Pelaksanaan Program. (disediakan dan dilampirkan)
(Jadulal aktiviti bagi 3 hari pertandingan adalah sama seperti dibawah)

7.30pg - Semua murid dan guru bimbingan berkumpul di padang sekolah

7.40 - Taklimat ringkas daripada Guru Besar sekolah

7.50 - Bertolak dengan menaiki bas yang disediakan

8.45 - Tiba di Stadium Bukit Jalil


8.50 - Memdaftar dan berkumpul di khemah yang disediakan oleh penganjur

9.00 - Perasmian pertandingan bagi hari tersebut

9.30 - Pertandingan bermula bagi pelbagai acara

10.30 - Minum pagi

11.00 - Memyambung acara yang seterusnya

12.00 - Makan tengahari

2.00pm - Pertandingan sesi kedua bermula

4.00pm - Mimum petang

4.30pm - Penyampaian hadiah bagi acara pada hari berkenaan

5.30pm - Bersurai

5.35 - Menaiki bas dan pulang ke sekolah

Anda mungkin juga menyukai