Anda di halaman 1dari 1

Peluang yang kita terlepas pandang

Perniagaan bantuan teknikal

Saya sebagai juruteknik sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang menjalankan kerja-kerja berkaitan
perisian bebas atau Bahasa Inggerisnya “Free Software” dan istilah komersilnya “Open Source
Software” pernah, dalam usaha saya untuk mencari perisian yang sesuai dengan kehendak pelanggan
menemui pelbagai yang bagus-bagus belaka.

Untuk pengetahuan anda, di dalam bidang IT, bantuan teknikal yang teruk akan menyebabkan
pelanggan lari. Perniagaan yang lain juga sama. Dengan perisian bebas, anda dengan sebebas-bebasnya
memanipulasi produk berkenaan dengan syarat anda “pulangkan apa yang anda telah ambil”.
Contohnya anda guna kod-kod dari Mplayer dan Debian GNU/Linux untuk membuat perkakasan
multimedia yang mampu memainkan video dan audio dari pelbagai format dengan hanya memasukkan
CD/DVD yang mengandungi audio/video berkenaan ke dalam perkakas tersebut. Jadi anda diwajibkan
berkongsi semula kod yang anda telah ambil dan juga kod yang anda telah ubahsuai supaya boleh
diakses oleh khalayak umum yang berminat. Jadi di sini persaingannya adalah bantuan teknikal dan
perkakasan tersebut.

Manfaatnya dengan sistem perisian bebas tersebut, akan ada pihak yang berminat untuk menambah
baik produk anda akan memberikan maklumbalas mengenai apa yang mereka mahu dan disebabkan
kod-kod anda boleh diakses oleh umum, ramai boleh membantu menambahbaik produk berkenaan.
Pekerja percuma untuk anda (tolong jangan pandang ini sebagai sesuatu yang negatif, ianya
“leverage”).

Biasanya setiap produk perisian bebas dilesenkan dengan lesen General Public License yang
mengahalang pihak-pihak tertentu menutup kod-kod atau tidak berkongsi kod-kod produk perisian
yang telah mereka ambil dan mengkomersilkannya. Jadi tiada kerugian dari segi harta intelektual di
sini.

Apa anda perlu ada adalah “know how” (tak tau belajar, internet kan ada) dan kehendak. Semuanya
sedia untuk ditangguk dalam lautan internet yang bebas contohnya dari http://freshmeat.net/ dan
http://sourceforge.net/index.php.

Tepuk dada tanya diri sendiri, peluang dah ditunjukkan.

Maklumat lanjut. Sila ke


http://ms.wikipedia.org/wiki/Perisian_bebas
http://ms.wikipedia.org/wiki/Linux

Umarzuki,
http://umarzuki.com
http://debmal.com