Anda di halaman 1dari 65

Sejarah Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan

TEMA 1 : MASYARAKAT ASIA

           

Sistem Beraja dan Pembesar

1 Bincangkan peranan raja dalam masyarakat Asia.

2 Sistem feudal mencorakkan bentuk pemerintahan dalam masyarakat Asia.

3 Bandingkan amalan sistem feudal di Jepun dan di lain-lain negara Asia.

4 Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan tradisional masyarakat Asia.

            Kepercayaan dan Agama

 5 Sistem pemerintahan Asia  dipengaruhi oleh agama. Jelaskan.

6 Bincangkan kepercayaan dan agama yang diamalkan masyarakat Asia.

7 Agama Hindu dan Buddha berpengaruh dalam pemerintahan masyarakat Asia.


Bincangkan.

            Ekonomi  Buka dan Tutup Pintu

8 Analisiskan persamaan dan perbezaan sebab dasar ekonomi tertutup di Siam, Cina ,
Jepun, dan Vietnam. 

9 Huraikan kesan-kesan pelaksanaan dasar tutup pintu di Siam, Cina, dan Jepun.

10 Bincangkan sebab-sebab pelaksanaan dasar buka pintu di Siam, Cina, dan Jepun.

11 Huraikan kesan-kesan dasar buka pintu di Siam, Cina, dan Jepun.


 

            Perkembangan Sistem dan Dasar Ekonomi

12 Jelaskan sebab-sebab wujudnya perubahan dasar ekonomi di Asia Selatan dan Asia
Tenggara.

13 Bandingkan ciri-ciri dasar ekonomi di negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara. 

14 Bincangkan kesan-kesan perubahan dasar ekonomi di Asia Selatan, Asia Tengara dan
Asia Timur.

15 Bincangkan perkembangan pertanian beras di Asia Tenggara.

16 Sistem ekonomi pertanian di Fillipina, Indonesia , dan India menguntungkan pembesar


dan penjajah. Bincangkan

           

TEMA 2 : TRANFORMASI MASYARAKAT

Peluasan Kuasa

17 Keinginan penjajah dalam menguasai perdagangan menyebabkan negara Asia dijajah.


Bincangkan.

18 Huraikan perkembangan imperialisme dam kolonialisme di Asia.

19 Kdatangan penjajahan barat adalah untuk menyebarkan agama dan mencari kekayaan.
Bincangkan.

           

Peperangan dan Peluasan Kuasa


20 Jelaskan kesan-kesan peperangan terhadap masyarakat Asia.

21 Huraikan ciri-ciri peperangan yang menyebabkan berlakunya penjajahan di negara Asia.

22 Peperangan di Asia telah menyebabkan wjudnya Imperialisme dan Kolonialisme.


Huraikan.

23 Analisiskan sebab-sebab berlakunya peperangan di Asia.

            Perjanjian dan Peluasan Kuasa

24 Perjanjian yang ditandatangani oleh pemerintah tempatan dengan kuasa barat


menyebabkan berlakunya penjajahan. Bincangkan.

25 Huraikan ciri-ciri perjanjian yang menyebabkan kuasa pemerintah pribumi dikuasai


oleh penjajah.

26 Bincangkan kesan-kesan perjanjian terhadap masyarakat pribumi di Asia.

            Kesan Penjajahan dan Peluasan

27 Jelaskan penerimaan masyarakat  Asia terhadap perubahan yang dilakukan oleh


penjajah.

28 Penjajahan mengubahkan struktur politik masyarakat Asia.  Jelaskan

29 Kesan imperialisme dan kolonialisme ialah kewujudan masyarakat yang majmuk.


Bincangkan.

30 Nyatakan dan hujahkan kesan-kesan penjajahan barat terhadap masyarakat pribumi di


Asia.

31 Nyatakan perubahan-perubahan yang dibawa oleh penjajah terhadap nilai masyarakat


tempatan.

            Penentangan dan Perubahan

32 Bincangkan sebab-sebab penentangan yang berlaku di negara-negara Asia.

33 Bincangkan cara-cara  masyarakat Asia melancarkan penentangan.

34 Bandingkan perjuangan menentang penjajah di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

35 Penentangan masyarakat Asia memberi kesan dalam kehidupan. Bincangkan.


36 Salah satu sebab kewujudan pertubuhan politik ialah  rasa tidak puas hati terhadap
perubahan dalam negara. Jelaskan.

37 Golongan terpelajar di Cina, Burma, India, dan Indonesia membantu membebaskan


negara daripada penjajahan. Bincangkan.

TEMA 3 : NASIONALISME

            Faktor Nasionalisme

38 Jelaskan sumbangan dan peranan golongan wartawan dan akhbar dalam mencetuskan
semangat nasionalisme di Asia.

39 Pengaruh politik luar memberikan sumbangan kesedaran nasionalisme masyarakat Asia.


Bincangkan.

40 Pendidikan dan bahasa memainkan peranan yang penting kesedaran masyarakat


terhadap nasionalisme. Bincangkan.

41 Bincangkan peranan yang dimainkan oleh golongan intelektual, dan agama dalam
mencedtuskan kesedaran nasionalisme di masyarakat Asia.

42 Jelaskan sebab-sebab kewujudan gerakan kesedaran di Asia Tenggara,Asia


Selatan   Asia Timur

            Nasionalisme dan Pemimpin

43 Ketokohan Raja-raja Chakri telah membantu Siam bebas daripada penjajahan  jika
dibandingkan dengan raja-raja Manchu dan Konbaung.

44 Analisis dan bandingkan perubahan yang dibuat Maharaja Meiji dan Maharaja Manchu

45 Bincangkan aspek kegagalan amalan demokrasi di Jepun dan Cina.

46 Nilaikan perbandingan peranan tentera di Jepun, Burma, dan Siam.

            Agama dan Nasionalisme


47 Agama memainkan peranan penting perjuangan nasionalis di Burma, Indonesia dan
Fillipina. Bincangkan.

48 Agama merupakan aspek penting dalam penentangan masyarakat di India dan Fillipina.
Bincangkan

            Pertubuhan Politik, Ekonomi dan Sosial

49 Bincangkan sebab-sebab kewujudan pertubuhan yang berasaskan politik di Asia.

50 Huraikan aliran-aliran perjuangan setiap pertubuhan yang menentang penjajahan di


Asia.

51 Bandingkan persamaan dan perbezaan perjuangan Sarekat Islam , Nadhatul Ulama,


Muhamadiyah ,YMBA ,dan Pyongyi dalam gerakan menentang penjajahan.

52 Analisiskan ciri-ciri perjuangan pertubuhan berikut:

 Kongress Kebangsaan India


 Katipunan
 Kuomintang
 Parti Komunis Indonesia
 Parti Komunis Cina

53 Mengapakah komunis menjadi pilihan dalam perjuangan menentang penjajahan.

            Jepun dan  Imperialisme

54 Pembabitan Jepun dalam perang dunia ke-2 adalah untuk mempertahan maruah diri.
Bincangkan.

55 Ancaman perdagangan Jepun adalah pencetus kepada penglibatan Jepun dalam perang
dunia ke-2. Bincangkan.

56 Sejauh manakah Jepun jujur dalam membebaskan negara-negara Asia yang dijajah oleh
penjajah barat.

57 Pendudukan Jepun di Asia Tenggara telah mencetuskan semangat kesedaran di


kalangan nasionalis. Bincangkan.

58 Jepun banyak membantu gerakan penentangan penjajahan di Burma, dan Indonesia.


Bincangkan.

 
Institusi Pemerintahan

     Sistem Beraja / Maharaja

Konsep
 

1.    Ketuhanan

a.     Jepun Maharaja ialah keturunan Amaratsu - Dewi Matahari

b.     Burma, Thailand, dan IndoCina pengaruh Budha Theravada - kedudukan raja penting

       dalam menentukan kebahagiaan kehidupan di dunia dan di dunia akan datang.

c.     Sifat ketuhanan membolehkan raja dihormati dan ditaati.

d.     Burma , Raja merupakan tunggak penting pentadbiran yang berasaskan pada
pengluasan buruh. Kedaulatan raja hasil daripad pengaruh Budha dan Hindu.

       Kawasan Istana suci. Rakyat perlu ikut peraturan seperti tundukkan kepala, membuka
kasut.

e.     Raja Nguyen anggap dirinya Thein-tu - anak tuhan, hak memerintah sebagai wakil
tuhan.

f.     Ketutunan raja Kampuchea seperti Ang Duang ( 1848 -1860 ) dan Sihanouk ( 1943 -
1970 ) dianggap suci.

g.     Raja Siam berteraskan konsep divine kingship yang dipengaruhi unsur Budha dan
Hindu
 

Peranan Raja/Maharaja

1.    Burma

a.     penaung dan pengembang agama

b.     penakluk negeri.

c.     tunggak kekuatan dan keupayaan negeri.

d.     pemberi pengesahan kepada sistem politik dan sosial.

e.     menjamin pengekalan adat resam tempatan dan mempunyai moral yang tinggi bagi
menjamin kebahagiaan rakyat di dunia dan dunia akan datang.

Ciri-ciri kekuasaan raja Burma:

I.     Pengumpulan gajah putih.

a.    Dikaitkan dengan ciri-ciri luar biasa raja - gagah dan negara semakin makmur.

b.    Gajah putih sebagai simbol kedaulaan sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh
kuasa-kuasa ghaib.

2.    Vietnam

a.     Raja sebagai punca ilmu dan kemakmuran ekonomi serta ayah kepada rakyat. Sebab
manusia diberi keupayaan yang berbeza dan raja memiliki kelebihan.

3.    Kampuchea

a.     Rujukan undang-undang dan pertuturannya dianggap undang-undang.

b.     Tempat menaruh harapan kepada mereka yang hadapi masalah.


c.     Raja lambang kemamkmuran negara - tiada raja bermakna negara musnah.

4.    Siam

a.     Pelindung rakyat

b.     Mempunyai kuasa mutlak semua yang ada di bumi.

c.     Peranan Raja Siam dalam Dinasti Chakri 1782 - 1910:

       Peranan Rama 1 1782-1809.

I.     Mengeluarkan undang-undang seperti yang diperlukan.

ii.     Memastikan upacara negara dijalankan.

iii.    Menjadi penaung kepada Buddhaisme.

iv.    Menggalakkan kesusasteraan rakyat.

v.     Mengubahsuai tradisi Ayudhya yang berkaitan dengan undang-undang cerai,


kesusasteraan dan sejarah, undang-undang agama, dan istiada negara. - Revolusi
senyap yang mementingkan intelek manusia untuk menentukan nasib dan negara.

Peranan Rama 2 dan 3

I.     Melaksanakan upaca negara

ii.     menjamin keamanan dalam negeri.

iii.    Mempertahankan negeri daripada tekanan luar.

iv.    Memperkembangkan keintelektualan - Rama 3

Ciri-ciri kekuasaan raja Siam:

I.     Pengumpulan gajah putih - simbol kebebasan raja

5.    Jepun

a.     Bertugas hanya dalam melaksanakan  upacara  sahaja.


b.     Tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran terletak pada Shogun.

c.     Shogun memerlukan Raja bagi mengesahkan pelantikan dan menerima taat setia
daripada rakyat.

d.     Raja ialah sumber kedaulatan, tetapi bukan sumber kuasa.

           

       Struktur pentadbiran / Peranan Pembesar:

1.    Siam

I.     Pembahagian rakyat kepada dua golongan:

a.    Golongan Tentera - di bawah Kalahom - penguasaan di selatan Siam

b.    Golongan Awam - di bawah  Mahatthai - penguasaan di Utara Siam.

ii.     Di bawah kedua-dua bahagian ini terdapat empat kementerian dan diketuai oleh
menteri.

a.    Perbendaharaan

b.    Istana

c.    Ibu kota

d.    Tanah     

iii.    Abad ke -17 menteri-menteri  Kalahom dan Mahathai bertukar fungsi kepada ketua
wilayah dan berperanan untuk:

a.    mengerahkan rakyat tempatan semasa perang.

b.    menyimpan rekod-rekod banci rakyat.

c.    menyelia pentadbiran harian wilayah-wilayah yang merangkumi perjalanan


mahkamah, cukai yang sepatutnya dibayar oleh setiap wilayah.

d.    Perbendaharaan - pengendalian perdagangan raja dengan dunia luar seterusnya


menjadi Menteri Luar.
iv.    Ditadbir seperti hak keluarga dengan hak dalam hal ehwal dalam negeri, keadilan,
pertahan dan kewangan

2.    Burma

I.     Petadbiran dibahagikan kepada pegawai-pegawai ikut fungsi seperti Raja Muda,
Wungyi  (Menteri ), Menteri Muda ( wundauk ) , setiausaha-setiausaha, dan pegawai
istana (  atwinwun ).

ii.     Wungyi dan wundauk menjadi anggota Majlis Negara ( Hluttaw ) - yang berfungsi
sebagai mahkamah agung.

       Menguasai jabatan-jabatan seperti perbendaharaan dan tempat menyimpan kelengkapan


tentera dan arang batu.

iii.    Atwinwun - darjat lebih rendah , tetapi lebih berkuasa kerana bekerja di istana dan ada
hubungan dengan raja.

iv.    Kenaikan pangkat berdasarkan:

a.    pendidikan.

b.    perkhidmatan tentera.

c.    hubungan patron- klein seperti dalam kes Kinwun Mingyi atau U Gaung.

v.     Peranan lain pembesar Burma ialah:

a.    pembekal tenaga tentera raja. ( Myowun ) Gabenor.

b.    Hubungan luar ( Kes Kinwun Mingyi ingin dapatkan pengiktirafan Inggeris
terhadap kedaulatan Raja Burma ).

c.    Beperanan dalam menentukan pengganti raja - U Gaung berperanan menggantikan


Mindon dengan Thibaw.

d.    Peranan Ketua Kampung ( Ywa Thugyi )

I.     Mengutip cukai  dan menjalankan pentadbiran undang-undang .

ii.    Menentukan pengeluaran makanan dan tenaga buruh untuk negara.


 

3.    Vietnam

a.     Struktur organisasi pentadbiran Vietnam dipengaruhi unsur Cina dan  terdiri daripada:

I.     Raja        -    ]   Pentadbiran Pusat

ii.     Quan       -    ]  

       Quan dibahagikan kepada peringkat atau gred. Quan awam mempunyai taraf yang
lebih tinggi daripada Quan tentera.

       Quan Awam mengetuai tentera dan membuat keputusan yang berkaitan dengan
tentera walaupun tidak ada latihan.

iii.    Xuan ( Desa )      -           Pentadbiran Desa

b.     Pentadbiran Pusat bertanggungjwab terhadap  pertadbiran negara, perjalanan undang-


undang dan pelajaran. Dilakukan melalui :

       Enam jabatan  penting:

I.     Istiadat - bertanggungjawab terhadap pelajaran dan perhubungan luar.

ii.     Takwim bulan

iii.    Perkhidmatan awam - mennetukan pelantikan, tugas, kenaikan dan penurunan


pangkat.

iv.    Kerja raya. - pembangunan tali air.

v.     Kewangan

vi.    Kehakiman dan Peperangan.

Dasar negara dijalankan melalui Majlis Sulit ( co-mat-vien ).

       Pengerusi :  Maharaja

Jawatankuasa: Empat orang Menteri Kanan dan Pegawai Istana.

Bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan yang berkaitan negara.       

c.     Pentadbiran Desa - unit pentadbiran paling bawah.


Berkisar pada suku -suku keluarga dan ketua desa. Peranan yang dijalankan:

I.     mengenakan hukuman terhadap kesalahan ringan

ii.     berfungsi sebagai bapa kepada anak mereka

iii.    menggubal dasar umum tterhadap tanah awam

iv.    menyelia projek awam.

v.     membahagikan tanah dan air untuk pertanian.

vi.    menentukan siapa yang diperlukan untuk memenuhi kerah kerajaan

vii.   memungut cukai

viii.  menjadi ketua upacara.

ix.    mengemaskinikan daftar penduduk.

x.    mengerahkan tenaga buruh dan rakyat yang bakal berkhidmat dalam tentera dan
buruh.

       Kesan peranan ketua desa merupakan simbol penting pemerasan peringkat pusat
dan kemudiannya kolonial Perancis.

4.    Jepun

a.     Pentadbiran dan pemerintahan dijalankan oleh Shogun. 

b.     Bertanggungjawab dalam menjalankan pemmerintahan dan pentadbiran negara.

c.     Ketua angkatan tentera dan merupakan general bagi ketenteraan Jepun.

d.     Memastikan keamanan negara dan disiplin diri.

e.     Memastikan peraturan-peraturan dan undang-undang dipatuhi.

f.     Mengawal para daimyo daripada memberontak dan menggugat keamanan negara.
Feudal berpusat.

g.     Bertanggungjawab menghilangkan kebimbangan rakyat terhadap pemerintahan  dan


keamanan negara. Sebab selama ini politik Jepun sering dilanda peprangan dan perang
saudara seperti yang berlaku dalam zaman  Kewshogunan Ashikaga.
 

Struktur pentadbiran dan kawalan pembesar.

a.     Lima  kelas masyarakat yang berfungsi secara sehala:

I.     Maharaja

ii.     Shogun - Daimyo - Samurai

iii.    Petani -

iv.    Artisan

v.     Peniaga

b.     Pememrintahan berdasarkan feudalisme berpusat. Para pembesar ( daimyo ) dikawal


secara berpusat oleh Shogun. Wujud bentuk pemerintahan dan pentadbiran kawasan
berikut: ( Lihat rajah ).

I.     Kawasan Tokugawa

ii.     Kawasan Shimpan - pembesar dan keluarga Tokugawa

iii.    Fudai - Pembesar yang menjadi vasal Tokugawa sebelum Tokugawa jadi
pemimpin.

iv.                 Tozama - Pembesar yang baru hendak mengakui kepimpinan Tokugawa. Dari
Satsuma dan Chosu.

 
 

Tokugawa

berpusat di Edo

Shimpan

Fudai

Tozama

 
 

 
 

c.     Peranan Tokugawa  mengekalkan dan melebarkan kekuasaan.

I.     Mewujudkan sistem sankinkotai - pembesar memberikan ikrar taat setia kepada
Tokugawa  dengan pergi ke Edo enam bulan sekali.

       Keluarga Daimyo dijadikan tebusan dan tinggal di Edo.

       Perbelanjaan besar - mengurangkan kemampuan daimyo untuk menentang Shogun

ii.     Menghadkan dan mengambil kuasa Maharaja. Maharaja berfungsi dan beperanan
dalam keadaan berikut:

a.    Bertugas hanya dalam melaksanakan  upacara  sahaja.

b.    Tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran terletak pada Shogun.

c.    Shogun memerlukan Raja bagi mengesahkan pelantikan dan menerima taat
setia daripada rakyat.

d.    Raja ialah sumber kedaulatan, tetapi bukan sumber kuasa.

e.    Bagi mengelakkan kekeliruan rakyat Shogun menggunakan gelaran Pemerintah


Utama dan tidak Raja.

iii.    Pembesar dihadkan berjumpa Maharaja. Perjumpaan hanya dengan kebenaran


Shogun.

iv.    Perpindahan ibu kota dari Kyoto ke Edo . Memudahkan pengawalan Maharaja oleh
Shogun.

v.     Peraturan hidup daimyo ditentukan oleh Shogun. Daimyo tidak boleh mewujudkan
perikatan melalui perkahwinan melainkan dipersetujui Shogun. Bagi golongan
kesatria peraturan hidup dikeluarkan dan berkuasa dalam kawasa mereka sahaja,
serta mesti taat dan menjadi vasal kepada Shogun.

vi.    Setiap daimyo dibenarkan membina sebuah benteng  sahaja untuk keselamatan.
vii.   Menjalankan dasar tutup pintu ( pemencilan ) bagi mengelakkan orang luar
mempengaruhi daimyo bagi menentang Shogun. Antara langkah yang diambil:

a.    Melarang orang Jepun keluar dari Jepun

b.    Tidak membenarkan orang Jepun yang berhijrah keluar daripada pulang semula
ke Jepun.

c.    Mengharamkan penyebaran agama Kristian.

d.    Mengharamkan kemasukan orang Barat kecuali Belanda dan hanya bergerak di
Nagasaki sahaja. Ia menjadi kawasan monopoli Shogun.

e.    Perdagangan masih dibenarkan, tetapi dengan kapal kecil sahaja, bagi
memastikan ia tidak boleh belayar jauh.

Rujukan

Abu Talib Ahmad, ( 1991 ), Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur; Bab 1. 

Taunoda. R, et.al , ( 1964 ), Sources of Japanese Tradition, Jilid 1, Columbia University


Press, New York; hlm. 326 - 330.

Storry. R, ( 1982 ),  Sejarah Jepun Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

 
    Sistem Sosial

1.    Sistem Feudal

Konsep

a.     Berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud TANAH. Harus ada kaitan antara
tanah dan manusia.

b.     Asas wujudnya feudalisme ialah kewujudan fahaman dalam pemilikan tanah.

c.     Penguasaan pemilikan tanah bergantung pada kekuatan pembesar yang diiktiraf dan
dilantik oleh raja.

d.     Pemilikan tanah bermakna kemakmuran ekonomi yang dihasilkan melalui pengutipan
cukai sama ada dalam aspek pertanian, pelombongan, ataupun hasil hutan.

Ciri-ciri feudal

a.     kuasa militer merangkumi kuasa ekonomi dan politik

b.     kuasa militer-politik-ekonomi mengasaskan hak tanah

c.     perhubungan tuan-vassal merupakan unsur teras integrasi plotik

Struktur feudalisme Jepun - Feudalisme Berpusat

      

a.     Pemilikan tanah oleh pembesar mewujudkan keperluan kawalan terhadap tanah dan ia
membentuk pengawal-pengawal .
b.     Pengawalan tanah tidak memerlukan bantuan pusat, dibuat dalam daerah oleh
pembesar.

c.     Keadaan ini mewujudkan golongan tuan-tuan tanah yang bersatu mengawal secara
sukarela dan kemudiannya disatukan dengan cara paksa oleh tuan tanah yang lebih kuat.
Ini mewujudkan sistem feudal berpusat diketuai Shogun.

d.     Pengawalan tanah juga bermakna mengawal para petani iaitu buruh kepada tuan tanah.

e.     Mereka mengguna kekuasaan bagi mendapatkan sumber ekonomi untuk angkatan
perang dan membiayai pengikut, antaranya petani.

f.     Pengawalan ini perlu juga mendapatkan pengesahan pusat bagi sesuatu sawah padi.

Ciri-ciri penting struktur feudalisme

1.     Kewujudan pembesar-pembesar yang mengetuai daerah dan tanah-tanh dalam daerah
tersebut.

2.     Kekuasaan mengutip cukai terletak pada para pembesar dalam daerah.

3.     Cukai yang dikutip merupakan sumber ekonomi bagi menyara para pengikut serta
melengkapkan pasukan tentera  yang kuat.

4.     Perolehan pengikut yang ramai mencerminkan pendapatan yang banyak dan
membuktikan kekuatan pembesar.

5.     Raja bergantung pada pembesar dalam memperoleh pendapatan hasil cukai. Biasanya
pembesar tidak mengisytiharkan jumlah pendapatan yang sebenar.

6.     Biasanya pendapatan pembesar melebihi pendapatan Raja kerana tiada cara mengaudit
pendapatan cukai pembesar.

7.     Ini membolehkan pembesar mengumpul ramai pengikut dan menguasai pembesar lain
yang lemah, serta menpengaruhi Raja.

8.     Pengikut dalam daerah  memberikan taat setia kepada pembesar melebihi daripada Raja
kerana mereka bergantung pada pembesar dalam mendapatkan perlindungan, pekerjaan,
dan pendapatan.

9.     Pembesar memerlukan Raja bagi mendapatkan pengesahan kekuasaan. Biasanya


pelantikan pengganti pembesar adalah dengan cara sistem warisan.
10.   Hubungan antara tuan-vassal adalah dengan ikatan bantu membantu. Tuan memberikan
perlindungan dan tanah kepada vassal, dan vassal memberikan taat setia dan menjadi
pengikut tuan yang setia.

2.    Sistem Kepercayaan dan Agama

Shintoisme

Shinto atau jalan-jalan dewa diberikan kepada penyembahan alam untuk membezakannya
daripada agama buddha. Pemujaan orang Jepun terhadap alam sekitar timbul daripada
perasaan menikmati dan menghargai kejadian alam, tidak daripada ketakutan. Mereka
mempunyai kesedaran yang tajam dan perasaan yang halus terhadap keindahan alam.

     Shinto bukan satu agama yang mempunyai kepercayaan atau pengajaran yang teratur. Ia
tidak mempunyai suatu falsafah atau pengajaran moral. Yang ditegaskannya ialah
pembersihan dan kesucian. Upacara pemujaan adalah mudah , hanya dengan bertepuk
tangan supaya menarik perhatian dewa-dewi, tundukkan kepala dan memberikan
penyembahan. Amalan Shinto ini mempengaruhi perasaan dan sikap orang Jepun.

     Oleh sebab Shinto memberi semua perhatian kepada pemujaan alam tidak hairanlah
upacaranya ditumpukan kepada tujuan menggalakkan pertumbuhan dan mengelakkan
kemusnahan. Untuk menggalakkan pertumbuhan, upacara  berdoa dan berterima kasih
dikendalikan pada musim menuai. Untuk mengelakkan kemusnahan upacara pembersihan
dan keselamatan dijalankan pada masa menghadapi penyakit dan kematian. Upacara
dijalankan oleh ketua uji yang memberikan penyembahan kepada dewa-dewi. Fungsi uji
tidak dibezakan sama ada ia sebagai orang perantaraan antara dewa-dewi dengan manusia
ataupun pemerintah.

     Teras upacara Shinto ditujukan kepada memelihara kesucian dan kebersihan daripada
dikotori oleh daki, penyakit, kematian, dan sebagainya. Kesucian yang diutamakan adalah
dari aspek upacara sahaja tidak dari aspek moral. Teras semua kepercayaan Shinto ditujukan
kepada kesuburan.

    

Islam
 

1.       Berteraskan satu cara hidup dengan keesaan kepada Allah swt, Rukun Iman, Rukun
Islam serta mengketengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan
manusia dengan Allah swt.

2.       Berdasarkan konsep pahala-syurga, dunia-akhirat, dosa-pahala, serta percaya semua


kejadian ada penciptanya iaitu Allah swt.

3.       Konsep Assyumul iaitu aspek yang merangkumi semua bidang kehidupan sama ada
politik, ekonomi, sosial, budaya dan pemikiran. Islam sebagai satu cara hidup.

Proses Pengislaman

1.       Perdagangan

         Hubungan dagang antara Nusantara dengan Arab, dan India dan Arab telah lama terjalin.

         Hubungan dagang pedagang India dari Gujerat dan Malabar  terjalin dalam
perkembangan Islamisasi.

2.       Peranan wanita Islam

         Peranan isteri-isteri Raja Monggol - menyebabkan bberapa Raja Monggol memeluk
Islam.

         Pengaruh kesolehan wanita di Lahore mendorong orang Hindu memeluk Islam.

3.       Proses sinkretisme

         Konsep berkat, wali, dan ilmu-ilmu kesaktian yang dikaitkan dengan ahli-ahli sufi.

         Konsep mentera - doa, Dewaraja - Allah swt. , pemujaan roh mati - kenduri arwah.

         Istilah-istilah Sanskrit seperti agama, syurga, neraka, dan puasa digunakan dalam proses
Islamisasi.
         Konsep-konsep kepercayaan tradisi tidak dibuang tetapi diubahsuai mengikut kesesuaian
dalam Islam.

4.       Peranan ahli Sufi

         Kebolehan ahli Sufi dalam mengubah minda masyarakat dengan menghasilkan karya
sastera yang berteraskan Islam untuk menggantikan karya sastera Hindu  mempengaruhi
masyarakat menganut Islam.

         Kebolehan dalam prose sinkretisme.

5.       Pekahwinan

6.       Semangat  memperjuangkan kebenaran agama.

         Ulama yang dipenjarakan mengislamkan para tahanan - Sheikh Ahmad Mujaddid ahli
Tauhid.

         Golongan pejuang Wahabi yang dibuang negeri oleh Inggeris di Andaman berjaya
mengislamkan para buangan yang lain.

7.       Kesederhanaan shahadat Islam

         Aspek penting penyebaran Islam ialah tanpa paksaan.

         Islam lebih demokratik daripada Hindu

        Kepercayaan kasta dalam Hindu tidak memberi keadilan kepada penganut bawahan
tertutama golongan Sudra dan Harijan.

        Hukuman yang dikenakan bergantung pada kasta pesalah. Sebagai contoh:

     Golongan Brahmin bunuh Sudra hanya dipenjara, tetapi Sudra yang bunuh
Brahmin akan dihukum mati.

        Wujud sekatan dalam berbahasa. Bahasa Sanskrit hanya untuk golongan elit Hindu
sahaja terutama golongan sami-sami Hindu.

        Dalam Islam semuanya sama yang membezakannya ialah iman seseoang Islam
terhadap Allah swt.

        Islam bukan sahaja agama teori tetapi praktis. Peraturan dan hukum-hukum dalam
Islam tidak dibibir sahaja tetapi mesti diamalkan.

 
Hindu

Keagamaan dan  Adat  Kepercayaan

Teras kepercayaan agama Hindu berdasarkan aspek-aspek berikut:

1.       Hukum Karma - Tindakan-tindakan untuk mencapai kehidupan selepas mati jika melakukan
amalan-amalan dan berbakti semasa hidup.

2.       Pembahagian kasta berdasarkan hiraki berikut: Brahmin, Kesatria, Vaisya, Sudra, Harijan.
Biasanya Harijan langsung tidak termasuk dalam sistem kasta ini kerana ia merupakan
golongan yang terkebawah sekali dan golongan yang tidak boleh diusik kerana kedaifannya.

         Ciri-ciri Sistem Kasta

a.       Merupakan sebuah fenomena seluruh India.

b.       Dianggotai oleh kumpulan-kumpulan turun-temurun dan endogamous. Jika dilihat


dari segi varna terdapat empat kumpulan kasta iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaisya, dan
Sudra, sedangkan Harijan adalah diletakkan di luar batasan kasta. Kumpulan-
kumpulan varna ini terbahagi kepada jati-jati atau kasta-kasta kecil yang juga bersifat
turun-temurun dan endaogamous.

c.       kasta-kasta varna dan jati telah disusun mengikut hiraki dengan Brahmin yang
tertinggi dan Harijan yang terendah.

d.       Setiap kasta varna dan jati mempunyai pertalian tradisi dengan satu atau dua
pekerjaan.

e.       Hubungan antara kasta-kasta diutarakan melalui gagasan kesucian dan kekotoran.

f.        Idea-idea keagamaan Hindu tertentu seperti samsara, karma, moksha, ahisma, dan
dharma disibarkan melalui sistem kasta.

         Samsara    :      perihal pusingan kelahiran, kematian dan kelahiran semula

         Karma      :      tindakan ke arah kebaikan

         Moksha     :      perihal membebaskan kewujudan masalah-masalah yang tidak


ada penghujungnya.

         Ahisma     :      merupaka satu doktrin tidak melakukan kekejaman.


         Dharma     :      tugas-tugas moral

g.       Susunan hiraki dalam sistem varna adalah tetap sepanjang masa, tetapi dalam sistem
jati boleh berubah mengikut peredaran masa.

         Amalan-amalan yang berkaitan dengan Sistem Kasta.

h.       Sati iaitu janda kepada si mati perlu berkorban nyawa dengan
membakarkan dirinya bersama mayat suami yang meninggal dunia.

i.         Larangan terhadap janda untuk berkahwin semula.

j.         Perampasan harta pusaka keluarga daripada orang yang memeluk agama
lain atau disingkirkan daripada kasta.

k.       Perkahwinan di peringkat kanak-kanak.

l.         Penghinaan terhadap kasta Harijan yang dihalang daripada  memasuki kuil,
sekolah dan kawasan kediaman kasta tinggi. Harijan juga tidak dibenarkan
memeliki tanah atau mengkaji kitab suci HIndu.

         Amalan-amalan lain dalam adat Hindu

a.       Pembunuhan anak-anak kecil perempuan kerana kesulitan membayar mas


kahwin atau mencari pasangan daripada kasta yang lebih.

b.       Perhambaan

c.       Thugee iaitu perompak membunuh orang sebagai menunaikan kehendak


dewi Kali

d.       Mempersembahkan manusia sebagai korban kepada Tuhan.

 
 

Buddha

Prinsip-prinsip kepercayaaan

1.    Empat kebenaran yang mulia

1.1     Kehidupan penuh dengan kepahitan

1.2     Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu

1.3     Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu

1.4     Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan Lapan
Lapis

2.    Jalan lapan lapis

2.1     Kepercayaan dan pengetahuan yang baik

2.1.1  Bebas daripada kepercayaam karut

2.1.2  Memahami diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia.

2.1.3  Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas ( ditthi).

2.2     Keinginan yang baik

2.2.1  Perlu megambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang
berjaya.

2.3     Pengucapan yang baik

2.3.1  Tidak boleh melakukan gosip. menipu atau mengenakan seseorang.

2.4     Kelakuan yang baik

2.4.1  Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri, dan
keterlaluan dalam tuntutan arak dan pelakuan sex.

2.5     Makna kehidupan yang baik


2.5.1  Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan lain.

2.6     Usaha yang baik

2.6.1  Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.

2.6.2  Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan

2.7     Pemikiran yang baik

2.7.1  Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.

2.8     Pertapaan yang baik

2.8.1  Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang
mendalam dan istimewa.

            Melalui jalan ini seseorang penganut Buddha dapat menikmati nirvana dan membuang
semua kesengsaraan. Pencapaian nirvana ini membolehkan seseorang Buddha menjadi
Boddhisatva.

Buddha dan Hindu

1.       Idea Hindu berkenaan Brahman sebagai sumber kenyataan, dan semangat kesucian ditolak
Buddha. Buddha tidak percaya wujudnya Tuhan.

2.       Buddha menyatakan bahawa tidak ada roh , yang ada ialah pusingan Karma.

3.       Dharna telah ditafsirkan semula oleh Siddartha.

4.       Siddarhtha menolak sistem kasta kerana tidak bersesuaian dengan perjalanan karma. Beliau
percaya semua manusia mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kecahayaan.

5.       Siddhartha tidak mengiktiraf golongan Brahmin dan amalan mereka seperti menjadikan
haiwan sebagai korban.

6.       Aspek-aspek dalam Hindu yang diteruskan oleh Buddha ialah kepercayaan dan amalan
Moksha, Samsara, dan Ahisma.

 
Mazhab-mazhab dalam Buddha

Hinayana atau Therevada ( Kenderaan Kecil )

Dikenali juga sebagai ‘The Teaching of Elders’ dan kenderaan bermaksud menuju ke arah
pengampunan. Ia merupakan sesuatu yang hampir sama seperti ajaran Buddha yang asal dan
masih diamalkan di Burma, Thailand, dan Sri Lanka. Pengikut ajaran ini percaya hanya golongan
sami sahaja yang boleh mencapai nirvana dan ia hanya boleh dicapai melalui amalan meditasi
dan mempunyai pertalian yang ketat dengan jalan pertengahan.

Mahayana ( Kenderaan Besar )

Berbeza dengan Hinayana, Mahayana menawarkan pengampunan iaitu peluang bagi masyarakat
Buddha untuk mencapai kesedaran kepada semua, tidak hanya untuk para sami sahaja. Dalam
kepercayaan mazhab ini mereka yang mencari nirvana boleh dibantu oleh orang lain yang
merasai diri mereka hampir mencapainya, tetapi mereka berpatah baik untuk membantu orang
lain mencapai keadaan yang menggembirakan. Insan yang berjiwa pengampun ini  dipanggil
sebagai   ‘ Bodhisattvas’ atau  ‘Insan yang Berjiwa Suci’ . Semua penganut Buddha boleh
menjadi  Bodhisattvas .

Vajrayana ( Vechicles of Thunderbolt)

Ia juga dirujuk sebagai tantrisme  atau tantras yang membicarakan tentang magik dan amalan
yang berunsur keramat.

            Dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Tangan Kanan ( Di Jepun dan China ) dan Tangan
Kiri.

            Ahli kumpulan ini digalakkan mempercayai  setiap perilaku yang dilakukan adalah
diterima selagi mereka mempercayai bahawa Buddha sentiasa ada pada setiap benda yang
bernyawa. Kepercayaan ini mempunyai pertalian dengan upacara pemujaan dan magik. Ini
menjelaskan bahawa ahli mazhab ini telah terpesong jauh daripada ajaran Buddha yang asal.

Zen Buddha

Begitu terkenal di China dalam zaman dinasti Tang. Ia mennjuruskan amalan meditasi dan
dikenali sebagai gan ( ch’an ). Walaupun begitu kini ia terkenal dengan panggilan dalam bahasa
Jepun - zen  .
            Ahli dalam zen percaya untuk mencapai kesedaran yang tinggi adalah dengan cara
mencari ciri-ciri Buddha dalam diri sendiri. Mereka tidak mengkaji teks suci Buddha. Mereka
cuma menjalankan upacara meditasi sahaja. Dengan cara ini ia membolehkan penganutnya
mencapai kesedaran atau Satori. Kadang kala ia dicapai melalui teka teki. Selain itu ia juga
pemikiran mereka tertumpu kepada kehidupan harian seperti amalan meminum tea atau
berkebun. Setiap perlaku itu melambangkan kehidupan yang penuh misteri. Bagi memahami
kehidupan tersebut  mereka perlu menumpukannya dengan sepenuh perhatian. Amalan fahaman
ini  tertumpu kepada amalan meditasi. Ini memperlihatkan corak kehidupan sami mereka begitu
sederhana sekali. Sami-sami zen hanya memiliki sedikit harta peribadi sehinggakan keperluan
harian seperti makanan diperolehi melalui sedekah, makanan yang dimakan sedikit dan mereka
lebih memberi perhatian terhadap meditasi.

Bibliografi

Dawee Daweerwarm, ( 1982 ) Brahminism in Southeast Asia. New Delhi : Sterling


Publishers Prt. Ltd. hlm.. 1-22.

Dixon. Lesley.  ( 1984 ) Pilgrim, Prhophets dan Priest: Asia Religion and Philosophies.
Melbourne: Oxford University Press,. hlm. 29 - 54.
Sistem Ekonomi

Ruang Lingkup Kajian

1.      Ekonomi Pertanian di Indonesia dan India

1.1     Perbezaan sistem ekonomi dari sudut:

a)      Tujuan diwujudkan

b)      Pelaksanaan sistem - ciri-ciri dan falsafah

c)      Kesan sistem kepada masyakarat pribumi dan penjajah

d)      Tindakan dan penentangan masyarakat

e)      Kewujudan sistem dan perubahan corak ekonomi daripada sara diri kepada
komersial.

2.      Perubahan idealogi ekonomi  ke arah ekonomi industri dan teknologi di Jepun.

2.1     Cara Jepun pada zaman Meiji mencapai pemodenan.

2.2     Sebab-sebab Meiji berjaya melaksanakan pemodenan.          

2.3     Kesan pemodenan Jepun terhadap perubahan dasar politik.

Penghujahan

1.      Ekonomi Pertanian di Indonesia

E konomi pertanian di Indonesia

 
Pembangunan ekonomi di Indonesia telah dibangunkan oleh pihak Belanda berteraskan 3
sistem iaitu:

I)   Sistem Tanaman Paksa

ii)  Dasar Liberal

iii) Dasar Etika

Sistem Tanaman Paksa

Sistem yang dimulakan pada tahun 1830 ini, merupakan satu sistem bagi membolehkan
pihak Belanda menetapkan bentuk pertanian yang hendak dijalankan oleh petani
Indonesia.. Dalam sistem ini para petani dikehendaki menanam dan memperuntukkan
sejumlah serahan tertentu sama ada barangan, masa, kawasan tanaman, dan  tenaga bagi
menunaikan kehendak SHT Belanda. Dengan kata lain para petani Indonesia dikehendaki
memberikan sumbangan secara paksa kepada SHT Belanda.

Sebab-sebab diwujudkan

a)      Mengatasi masalah kewangan SHT Belanda.

         Masalah ini berikutan daripada peperangan yang dihadapi oleh pihak Belanda.
Peperangan yang berlaku ini bukan sahaja terjadi di Indonesia, tetapi juga peperangan
yang berlaku di Eropah seperti peperangan Napoloen, Perang Jawa, Pemberontakan
Ambon, dan Perang Paderi. Peperangan-peperangan ini telah menyebabkan aktiviti
perdagangan Belanda tersekat dan menyebabkan aliran pendapatan dan perbelanjaan
tidak seimbang. Bagi mengatasi permasalahan ini SHT Belanda terpaksa berhutang
bagi menyelamatkan maruah dan kerajaan Belanda.

               Hutang yang diperolehi itu, telah menyebabkan SHT Belanda mengalami keadaan
yang muflis. Keadaan ini bukan sahaja disebabkan oleh masalah peperangan, tetapi
kegagalan Belanda untuk bersaing dengan negara-negara penjajah yang lain seperti
British, dan Amerika Syarikat. Kegagalan persaingan dengan Inggeris dan Amerika
mencetuskan pengurangan kehadiran para pedagang ke Betawi. Hal ini kerana
pelabuhan Singapura mempunyai kedudukan yang lebih strategik serta
mempercepatkan urusan perdagangan. Keadaan ini dirumitkan lagi dengan
perjanjian-perjanjian yang ditangani antara Belanda dengan Inggeris pada 1824 yang
menghendaki Belanda membayar hutang-hutang semasa Peperangan Napoleon.
Perjanjian ini juga meruapakan uasaha Inggeris bagi mendapatkan pengiktirafan
kedudukan Inggeris di Singapura serta penguasaan Inggeris di sebelah utara
Khatulistiwa. Selain itu, Belanda mengiktiraf perdagangan Inggeris di Singapura dan
tidak menuntut Singapura walaupun ia boleh berbuat demikian atas prinsip Sultan
Abd Rahman Riau tidak pernah memberikan kebenaran kepada Inggeris untuk
berbuat demikian.

               Sebagai kesan daripada peristiwa ini, SHT Belanda tidak berupaya untuk
menghalang perdagangan di Singapura dan menyebabkan aliran pedagangan berubah.
Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda  semakin tersepit dan akhirnya
pengurusannya telah diambil alih oleh kerajaan Belanda. Walaupun begitu masalah
kewangan SHT ini masih tidak berubah dan cara mengatasinya adalah dengan
cadangan Van Den Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan kepada petani Indonesia
untuk menyumbangkan kewangan kepada Kerajaan Belanda.

        

Ciri-ciri Dasar Ekonomi Tanam Paksa

a).     1/5 daripada tanah padi dikhaskan untuk tanaman kontan yang ditetapkan seperti kopi,
tebu, nila, tembakau, the, kapas , dan kayu manis.

b)      Luas tanah untuk tanaman yang ditetapkan itu dikecualikan daripada cukai.

c)      Hasil tanaman yang melebihi daripada cukai yang dikenakan akan dikembalikan
sebagai hak petani.

d)      Pekerja-pekerja akan ditugaskan menjalankan kerja-kerja seperti diarahkan


pembesar-pembesar atau priyayi-priyayi.

e)      Kerajaan akan menanggung kerugian jika hasil pertanian tidak menjadi yang
disebabkan oleh alam semula jadi.

f)       Masa kerja yang digunakan tidak boleh melebihi masa kerja untuk penanaman padi
atau tidak boleh melebihi 66 hari setahun.

Falsafah sistem Tanaman Paksa

 
a)      Penerusan dan penggantian sistem penghantaran dan penjualan wajib hasil pertanian
kepada Belanda sebelum pelaksanaan  Rodi Kopi. ( Legge. J.D. 1972 )

b)      Terbentuk satu sistem ufti, yang memperlihatkan  petani Indonesia diwajibkan untuk
mempersembahkan hasil bagi mendapatkan perlindungan. ( Legge. J.D. 1972 )

c)      Bagi membentuk satu sistem pemerintahan yang berteraskan pembayaran gaji. Bupati
kehilangan kuasa dan menerima bayaran daripada Belanda. ( Legge. J.D. 1972 )

Pelaksanaan dan penyelewengan sistem

a.)     Penyelewengan daripada bupati-bupati dan pegawai Belanda yang memaksa petani
untuk melakukan kerja-kerja tanaman ekspot lebih daripada masa yang ditetapkan
sehingga mereka diarahkan bekerja selama 200 hari, sepatutnya ialah 66 hari

         Sebagai kesannya

I)       Petani tidak berupaya untuk menanam tanaman sendiri dan berlaku kebuluran
serta meningkatkan kemiskinan

ii)      Kegagalan petani membayar cukai menyebabkan tanah dirampas atau tergadai
oleh pedagang asing terutama pedagang Cina.

b)      Penyelewengan juga berlaku dalam menyediakan keluasan tanah untuk tanaman
ekspot. Yang disyaratkan ialah  1/5 , tetapi pemaksaan daripada para pegawai dan
pembesar tempatan menyebabkan mereka terpaksa mengorbankan sehingga 1/3 atau 1/2
daripada keluasan tanah yang ada.

         Sebagai kesannya:

I)       Para petani kekurangan tanah untuk tanaman saraan mereka dan meningkatkan
kebuluran.

ii)      Pengurangan cukai tidak didapati walaupun mereka mengorbankan keluasan


tanah yang besar. Bebanan masih dipikul petani dan bukan kerajaan.

c)      Penyelewengan daripada pembayaran cukai. Sepatutnya para petani dikecualikan


daripada pembayaran cukai bagi tanah yang diperuntukan untuk tanaman ekspot iaitu
            1
/5 keluasan tanah, tetapi keadaan ini tidak berlaku. Disebaliknya mereka dipaksa untuk
membayar bagi keseluruhan tanah maereka.

d)      Berdasarkan perjanjian dalam sistem ini , petani dikecualikan daripada membayar
kerugian yang dialami jika hasil pertanian tidak menjadi yang disebabkan oleh
keadaan alam. Keadaan ini disebaliknya berlaku, sama ada hasil itu gagal menjadi
disebabkan oleh alam atau kurang usaha petani, petani dipertanggungjawabkan dan
perlu membayar kerugian tersebut.

Sebab-sebab berlakunya penyelewengaan

a)      Sifat tamak dan haloba para pegawai dan pembesar yang menerima komisen bagi
jumlah kutipan tanaman ekspot. Hal ini kerana kerajaan Belanda telah memberikan
mereka kuasa untuk mewakili mereka dengan janji sejumlah komisen bagi hasil yang
dapat dipungut.

b)      Jumlah hasil daripada sistem ini masih gagal menampung hutang kerajaan Belanda
kerana tercetus pemberontakan Belgium yang menyebabkan kerajaan Belanda hilang
sumber pendapatan di sana. Oleh itu bagi menampung kekurangan tersebut
penyelewengan ini dilakukan bagi menampung kekurangan pendapatan.

Kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap masyarakat Indonesia

a)      Wujudnya monopoli perdagangan oleh SHT Belanda dan memusnahkan perdagangan
pesisir pantai yang menjadi amalan sebelum pelaksanaan sistem ini. Ini
mendatangkan kesan kepada harga barangan yang dihasilkan dengan meletakkan
harga yang tinggi di Belanda dan harga yang rendah di Indonesia. Hasilnya petani
Indonesia sentiasa menghadapi masalah kemiskinan yang berterusan. ( Legge, 1972 )

b)      Perubahan sistem pertanian daripada sistem pertanian sara diri kepada sistem
pertaniaan ekspot yang bercorakan peladangan. Kesan daripada perubahan sistem ini
masyarakat pribumi semakin tertindas bukan sahaja oleh peladang Eropah, tetapi juga
oleh peladang Cina dan pembesar tempatan.

c)      Kebuluran berlaku kerana petani Indonesia gagal melaksanakan tanaman untuk diri
mereka disebabkan oleh penyelewengan masa bekerja dan keluasan tanah untuk
ekspot. Hal ini berlaku terhadap tanah-tanah padi dan mengenakan tuntutan kepada
buruh-buruh untuk bekerja dengan lebih berat lagi. Ini pada hahkikatnya ialah satu
sistem ufti dan sistem ini menghalang petani Jawa untuk mengeluarkan pengeluaran
untuk pasaran dunia. ( Legge, 1972 )
d)      Kewujudan bangsawan pegawai membolehkan Belanda menukar fungsi mereka
kepada birokrasi bergaji.

e)      Belanda menghancurkan golongan pedagang Jawa yang berkembang diimarah-


imarah pelabuhan dan akibat keseluruhannya ialah pengasingan ekonomi Indonesia
daripada hubungan-hubungan secara langsung dengan perdagangan antarabangsa
yang meluas yang dahulunya mereka mengambil bahagian. ( Legge, 1972 )

f)       Mungkin ada yang mengatakan Sisten Rodi Kopi ini telah meluaskan lagi pembinaan
infrastruktur Indonesia terutamanya jalan raya, dan tali air. Persoalannya untuk siapa
infrastruktur ini , seluas mana ia dibina, dan di manakah ia dibina. Maka jawapan
bagi persoalan ini begitu negatif dan sebenarnya ia merupakan penjarak taraf kepada
penduduk Indonesia kerana tumpuannya hanya pada sesuatu kawasan yang boleh
mengeluarkan hasil bagi kerajaan Belanda.

2.      Pembangunan Ekonomi Pertanian dan Dasar Tanah di India

         Dasar tanah dan pertanian India

Pelaksanaan dan perubahan dasar pertanian dan tanah di India dapat dilihat melalui
penguatkusaan sistem Zamindari dan Ryotwari. Dalam kedua-dua sistem ini British
memainkan peranan yang penting untuk memastikan perolehan pendapatan mereka tidak
terjejas. Keadaan ini dapat diperhatikan dengan kehendak British untuk mendapatkan hasil-
hasil cukai daripada tuan-tuan tanah. Ini bagi membolehkan British mengaut ufti dalam
bentuk cukai bagi dihantar ke Britain . Jika dulu ia dalam bentuk barangan, tetapi
pelaksanaan sisitem ini memperlihatkan ia dibayar dalam bentuk wang.

Sistem Zamindari

Zamindar bermaksud tuan tanah dan Sistem Zamindari pula ialah sistem bagi pemungutan
cukai tanah daripada tuan tanah secara tetap. Dalam hal ini terdapat kekeliruan berkenaan
dengan siapakah tuan tanah. Dalam kajian ini tuan tanah dikatakan terdiri daripada
pembesar tempatan yang terdiri daripada pegawai Mughal yang ditugaskan mengutip cukai.
Oleh itu, mereka telah dianggap sebagai Zamindar kerana mereka telah memperoleh tanah
dan memajaknya kepada petani. Dengan kata lain mereka berkemampuan untuk membeli
tanah dan menyewakannya kepada petani.

Ciri-ciri Sistem Zamindari

Suntharalingam .R ( 1987 ) menggariskan ciri-ciri sistem Zamindari seperti yang berikut:

a)      Kelas zamindar diisytiharkan sebagai tuan tanah yang mempunyai hak ke atas
ladangnya.

b)      Zamindar bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai ladangnya. Taksiran ladang


adalah pada kadar 45%  hasilnya dan daripada kutipan 9/10 harus diserahkan kepada
kerajaan dan  1/10 akan disimpan oleh Zamindar sebagai ganjarannya. Mengikut
perhitungan tahun 1793, jumlah cukai tanah yang akan dikutip oleh kerajaan di
wilayah Bengal ialah Rs 27 juta setahun.

c)      Cukai untuk setiap ladang milikian zamindar yang ditetapkan pada tahun 1793 adalah
kekal sepanjang masa.Cukai itu harus dijelaskan dalam bentuk  wang tunai.

d)      Zamindar yang gagal menjelaskan cukainya akan dilucutkan tanahnya serta boleh
dipenjara.

e)      Petani yang bermastautin yang telah mengerjakan tanah dengan bayaran sewa yang
tetap untuk selama dua belas tahun tidak boleh disingkirkan oleh zamindar kecuali
jika gagal membayar sewanya.

f)       Zamindar berhak menaikkan sewa jika kadar cukai di ladangnya rendah jika
dibandingkan dengan kawasan sekeliling, atau jika ia menyediakan kemudahan, atau
jika harga hasil tanah bertambah.

Sebab-sebab sistem Zamindari dipilih

a)      Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa Zamindar boleh dan
akan berperanan untuk membangunkan pertanian di Bengal jika kadar cukai tanah
berpatutan.

b)      Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan bergiat cergas dalam
pertanian jika wujud kepastian mengenai soal keuntungan. Keyakinan ini diutarakan
dengan mempelbagaikan kegunaan tanah bukan setakat menyewakannya sahaja tetapi
diusahakan untuk menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini
Cornwallis beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti
peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi menggunakan
hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India melalui perkembangan dan
perubahan sistem pertanian.

c)      Kelas tani dan rakyat Bengal akan menikmati hasil daripada kemajuan pertanian yang
akan dijalankan oleh Zamindar dan kapitalis tempatan.

Kesan sistem Zamindari terhadap masyarakat India

1.      Kesan positif:

a)      Wujudnya peluasan kawasan penanaman padi. Ini dapat dilihat daripada angka
berikut iaitu pada tahun 1793 sebanyak 35 % kawasan Bengal diusahakan, tetapi
terlaksananya sistem ini ia meningkat sebanyak 80 % pada penghujung abad ke 19.

b)      Peningkatan pertanian komersial untuk diekspot seperti jut, sutera, tebu, candu, dan
nila.

c)      Nilai hasil tanah di Bengal telah bertambah daripada Rs65 juta pada tahun 1793
kepada Rs 2,970 juta pada tahun 1947.

d)      Kutipan sewa oleh kelas Zamindar bertambah daripda Rs 30 juta pada tahun 1793
kepada Rs 130 juta pada tahun 1876-77, dan Rs 168 juta pada tahun 1900-01

2.      Kesan negatif:

a)      Peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani. Tiada satu undang-undang
atau akta yang boleh menyekat Zamindar meningkatkan kadar cukai. Walaupun ada
usaha daripada pihak kerajaan British, tetapi usaha ini tidak berjaya dilakukan kerana
golongan Zamindar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembuat dasar undang-
undang. Biasanya undang-undang ini tidak dilaksanakan. ( Metcalf T.R , 1964 ).

b)      Kegagalan kerajaan British bertindak menyebabkan petani India menghadapi


kesulitan pembayaran sewa kepada Zamindar. Ini mengakibatkan semakin ramai
petani yang tidak mempunyai tanah dan menggugatkan industri pertanian di India.
Keadaan ini kerana pihak Zamindar bukannya penguasaha pertanian, tetapi hanya
sebagai orang tengah bagi petani mengusahakan tanah. Sebagai kesannya India gagal
membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati tanpa pengeluaran. Selain itu
para petani yang memiliki tanah gagal meneruskan pegangannya dan ia bertukar
tangan kepada pihak Zamindar.

c)      Suasana ekonomi yang tidak menunjukkan perkembangan telah menyebabkan para
Zamindar memilih untuk meneruskan perniagaan yang bercorak bukan produktif.
Dalam aspek ini modal digunakan untuk membeli dan menyewa tanah, meminjam
wang, serta menguruskan pemasaran hasil tanah. Cara pelaburan ini sebenarnya tidak
meningkatkan daya pengeluaran tanah. Hal ini kerana para Zamindar telah
dipengaruhi oleh sebab-sebab yang berikut:

I)       Saiz pasaran untuk hasil pertanian di Bengal adalah terhad kerana kegagalan
rancangan perindustrian.

ii)      Suasana ekonomi pada waktu itu dipengaruhi oleh aktiviti sewa tanah. Ini
berikutan sebanyak 77 % penduduk bergantung kepada tanah untuk
mendapatkan sumber pendapatan di Bengal. ( Suntharalingam .R , 1987 )

         Sistem Ryotwari

Ryot bermaksud  petani. Dalam sistem ini ia mengiktiraf petani sebagai pemilik tanah. Ia
dibangunkan selepas kegagalan sistem Zamindari membangunkan ekonomi India secara
ekonomik dan adil. Mula diperkenalkan di Madras , 1812 dan diluaskan hingga ke Bombay
pada 1816.

     Ia mula digagaskan dengan desakan para pegawai British seperti Thomas Munro dengan
memberikan alasan beberapa kelebihan sistem ini jika dibandingkan dengan sistem
Zamindari.

Kelebihan Ryotwari

1.          Menghormati keadaan di India  di mana sebelumnya petani menjadi pembayar cukai
yang bebas yang membayar cukai terus kepada kerajaan sebelum diambil alih oleh
Zamindar. Sistem Zamindari merupakan khayalan dan tiruan daripada sistem Eropah.

2.          Pengiktirafan hak petani mendorong petani beruasaha gigih memajukan pertanian.
3.          Menjamin peningkatan hasil tanah  dan harga tanaman akan menguntungkan kerajaan
kerana hasil cukai ditaksirkan setiap tahun mengikut hasil di samping kerajaan
menguasai tanah yang belum diterokai. Ini membolehkan kerajaan menambahkan
pendapatan tanpa mengenakan bebanan baru kepada petani.

Ciri-ciri

1.          Setiap keping tanah akan didaftar atas nama seorang petani yang bertanggungjawab
membayar cukai.

2.          Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun, dan antara 25 - 60 % hasil tanah hendaklah
diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai tanah.

3.          Pengutipan cukai akan dikendalikan oleh kerajaan.

4.          Petani yang gagal menjelaskan cukai akan dirampas tanah dan hartanya.

Kesan Positif

1.       Peluasan dan kepelbagaian tanaman komersial seperti kapas, tebu, tembakau, nila, kopi,
pinang, dan lada. Sebagai contoh Madras pada tahun 1800 mengimpot kapas dari utara
dan barat India, tetapi pada tahun 1857 telah mengekspot ke utara India dan luar negara.
Pertengahan abad ke-19 Madras berjaya menghasilkan 55 juta pound.

2.       Pelaburan dalam pembelian tanah, pengangkutan, dan perairan meningkat. Sebagai
contohnya di Bombay, harga kapas naik mendadak sehingga menmbolehkan petani
membeli tanah, meminjam wang kepada petani miskin, menguruskan sendiri
pengangkutan, dan membeli jentera. Di Madras, petani kaya membeli lembu dan kerbau
untuk membajak dan mendirikan telaga serta terusan bagai mengatasi kemarau.

Kesan Negatif

 
1.       Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar cukai dalam bentuk
wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50 apabila harga bijirin merosot
sebanyak 50%.

2.       Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada tahun 1818. Ini
ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun.

3.       Kerajaan British membelanjakan kurang 1% daripada jumlah cukai untuk pembangunan
prasarana  pertanian. Ini mengakibatkan kemerosotan hasil pertanian terutamanya
kepada petani miskin. Ia mendatangkan masalah apabila berlaku musim kemarau seperti
yang belakau di Bombay patahun 1866-67, 1874-75, 1896, dan 1899-1902. Di Madras
berlaku pada tahun 1865-66, dan 1876-78. Akibatnya berlaku  kebuluran dan kematian
yang kebanyakannya petani, penyewa tanah, dan buruh pertanian.

4.       Penindasan daripada cetti dengan merampas tanah daripada petani miskin. Cetti
menguasai pasaran peminjaman wang tanpa had.

Langkah-Langkah Atasi

1.       Ketatkan undang-undang menyekat penjualan atau perampasan tanah petani oleh cetti
seperti meluluskan Akta Bantuan Pertanian  Deccan pada 1879 yang mmenubuhkan
majlis rundingan untuk menyelesaikan masalah hutang petani sebelum dipindahkan ke
mahkamah. Mahkamah juga dikehendaki menyiasat latar belakang kes hutang sebelum
memindahkan hak petani kepada cetti atau peniaga. Di Punjab pada 1900 , diwujudkan
akta yang melarang pemindahan tanah petani kepada bukan petani atau tuan tanah.

2.       Mengurangkan kadar cukai seperti yang diadakan di Bombay dan Madras pada 1830an
dan 1850an.

Persoalan :

1.         Sejauh manakah niat penjajah membangunkan ekonomi pribumi ?

2.         Apakah sebab-sebab yang menjadi teras pembangunan ekonomi ?


3.         Nilaikan persamaan dan perbezaan sistem ekonomi di India dan Indonesia?

4.         Apakah kesan-kesan pembangunan ekonomi kepada masyarakat pribumi ?

5.         Siapakah yang mendapat lebihan ekonomi dan bagaimanakah ia dilakukan ?

Adakah cetti, peniaga, petani kaya, zamindar, atau British?

Bagi menjawab persoalan ini kajian harus ditumpukan kepada pembangunan ekonomi di
negara-negara Asia khususnya  di Indonesia dan India. Persoalan bagi dua negeri ini bukan
setakat pengetahuan mengenai sistem tanaman paksa dan Zamindari sahaja, tetapi mesti
meliputi Dasar Liberal dan Etika di Indonesia dan Sistem Ryotwari dan Perladangan di India.

Bibliografi:

Legge. J.D. ( 1972 ) Indonesia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Metcalf T.R. ( 1964 ) The Aftermath of Revolt. India 1857 - 1870. Princeton.

Suntharalingam. R ( 1987 )   Modul 2: JHH 353 Imperialisme dan Nasionalisme di Benua Kecil
India. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

 
       Dasar Pintu Terbuka dan Tertutup

Persoalan kajian

1.       Sebab diadakan dasar pintu terbuka dan tertutup

2.       Kesannya kepada masyarakat dan negara.

3.       Tindakan dan tekanan daripada orang Barat dalam mendesak Dasar  Pintu Terbuka

4.       Langkah-langkah dalam pelaksanaan Dasar Pintu Tertutup.

Dalam menjawap soalan ini ia tertumpu di negara Thai, terutama mulai zaman Dinasti Chakri
dari Rama 1 hingga Rama 5, negara Jepun dalam zaman Tokugawa dan Pemulihan Meiji, serta
negara China dalam Dinasti Manchu.

 
1.       Motif dan Sebab diadakan dasar pintu tertutup

Siam Jepun Cina  


1.       Pertahankan 1.       Petahankan kedaulatan 1.       Merasai bahawa Cina
kedaulatan Siam Keshogunan Tokugawa mempunyai taraf yang sama
daripada penjajahan daripada ancaman dengan negara-negara Barat
 
British dan Perancis golongan Daimyo yang baik dari segi kemajuan dan
bermusuhan kuasa. Cina sebagai Middle
Kingdom.
2.       Cubaan untuk 2.       Satu cara Tokugawa 2.       Keperluan dalaman Cina
menghalang campur dapat menghalang mencukupi dan tidak
tangan kuasa-kuasa pengaruh luar daripada memerlukan perdagangan luar
asing. bersubahat dengan terutama dengan orang-orang
musuhnya dalam negeri. Barat. Kalau perlu hanya perlu
  berurusan dengan Co Hong
yang mewakili maharaja Cina
dalam urusan kebenaran
perdagangan.

 
3.       Menghalang gangguan 3.       Menghalang tersebarnya  
penyebaran agama ajaran Kristian yang boleh
kristian yang boleh mengikis kepercayaan
  menggugat Shintoisme.
kepercayaan dan
budaya masyarakat
Siam.
4.       Tidak mahu keadaan 4.       Menghalang Jepun  
yang berlaku di Burma daripada pengaruh proses
menimpa Siam. pembaratan  
Berlakunya peperangan
dengan British dan  
  kejatuhan Dinasti
Konbaung.  

 
  5.       Menghalang usaha    
penjajah untuk
membaratkan Siam.
 

2.     Kesan Dasar Pintu Tertutup kepada masyarakat dan negara.

Siam Jepun Cina


1.       Semakin kuat tekanan 1.       Tekanan daripada 1.       Cina menghadapi
daripada British dan Commodore Perry dan tekanan daripada barat
Perancis untuk mencari membawa ugutan dan berlaku Perang
peluang dagangan di daripada Presiden AS. Candu 1- Cina dipaksa
Siam menandatangani
k   Commodore Perry perjanjian Nankin.
k   Perjanjian Burney 1826, mengugut akan
memeprlihatkan usaha menyerang Jepun          Akibatnya Cina dipaksa
British bagi dengan kapal perang membuka pelabuhan-
mendapatkan konsesi jika Shogun tidak pelabuhan bagi
kepada pedagang British membuka pintu kepada kegunaan pedagang
dan perlindungan serta pedagang barat terutama barat.
jaminan kebebasan AS. Sebagai kesannya ia
perniagaan rakyat menjadi ancaman  
British. kepada kedudukan
Shogun dan
menyebabkan regimnya
jatuh.
2.       Siam dapat 2.       Pengekalan kuasa 2.       Keupayaan Cina untuk
mengimbangi kuasa Tokugawa selama mengekalkan
antara British dan 250an tahun. kedaulatan undang-
Perancis bagi undang dan politik
mengelakkan Siam k   Tokugawa dapat daripada pengaruh
dijajah. mengekalkan kuasa Barat.
pemerintahannya
k   Dasar ini dapat daripada gugatan          Cina berupaya untuk
mengimbangi kuasa Daimyo-daimyo lain mengenakan undang-
Perancis, British dan dan menghalang undangnya terhadap
Burma yang cuba berlakunya orang asing.
menggugat kedaulatan pemberontakan dan
Siam. Dengan pemuafakatan untuk
persahabatan Siam dan memberontak
layanan yang seimbang menentangnya.
dengan kuasa-kuasa ini
Siam dapat
menyandarkan dirinya
bagi mendapatkan
bantuan dengan sesiapa
yang dikehendaki.
3.       Siam berupaya untuk 3.       Keupayaan untuk 3.       Peniaga Cina seperti
mengekalkan budaya menyekat penyebaran Co Hong menjalankan
dan kepercayaan pengaruh Kristian dan perniagaan secara
masyarakat. Pengekalan pengaruh Barat. monopoli dan bertindak
institusi Raja dan zalim terhadap konsep
peranan golongan istana pasaran bebas yang
membolehkan Siam menjadi anutan kapitalis
membentuk peradaban barat.
mereka sendiri tanpa
pengaruh lain-lain
pihak.

 
 

3.     Sebab pelaksanaan dasar pintu terbuka

Siam Jepun Cina


1.       Tekanan yang diterima 1.       Tekanan dan ugutan 1.       Tekanan dan kesan
daripada Perancis dan yang diterima oleh kekalahan Cina dalam
British  dalam mencari Tokugawa daripada Perang Candu 1
peluang dagangan di Commodore Perry.
Siam.
2.       Kekhuatiran Raja 2.       Tekanan dalaman 2.        
Mongkut dan daripada daimyo-
Chulalonkorn akan daimyo Tozama  dan
tindakan British Fudai terutama daripada
terhadap keengangan puak Chosu dan
Rama III untuk Satsuma.
menandatangani
perjanjian perdagangan.
3.       Untuk menjamin 3.         3.        
kedaulatan dan
kemerdekaan Siam.

Kesan Dasar Pintu Terbuka

 
Siam Jepun Cina
1.       Siam bersetuju 1.       Kejatuhan Kesyogunan 1.       Pembahagian Cina
membenarkan Tokugawa dan bermula kepada wilayah-wilayah
pedagang-pedagang Dinasti Meiji dan yang dikuasai oleh
British berdagang di kerajaan beraja di penjajah-penjajah barat
Siam. Jepun. dan Jepun.

2.       Siam memberikan 2.       Penyebaran agama          Inggeris – Hong


beberapa konsesi untuk kristian diteruskan. Kong, Shanghai
pedagang British.Lihat
syarat dalam perjanjian 3.       Wujud perubahan-          Jepun - Manchuria
Bowring. perubahan yang
dijalankan oleh Meiji.          German – Wei-Wei
3.       Siam terlepas jajahan di
utara Tanah Melayu 4.       Jepun menjadi kuasa          Russia –
melalui perjanjian tentera yang setaraf Semenanjung Liao
Bangkok dengan negara barat. Tung. 

5.       Bermula era demokrasi          Portugis – Canton


berparlimen di Jepun.
2.       Keruntuhan Dinasti
Manchu dan bermula
pengaruh nasionalis dan
komunis.

3.       China tunduk dibawah


kuasa barat.

 
Perkembangan pertanian beras ( Komersial ) di Asia Tenggara – Sebab:

1.       Wujud perubahan dalam teknologi pertanian padi

1.1.    Penggunaan cara pertanian yang lebih maju dengan wujudnya pertambahan dalam
penggunaan kerbau dalam industri pertanian.

1.2.    Kewujudan kilang-kilang pemeroses padi yang mengakibatkan peluasan penanaman


padi.

1.3.    Semakin banyak terusan-terusan dibina bagi memodenkan pertanian beras seperti yang
berlaku di Rangsit.

2.       Perubahan dalam pemilikan tanah.

2.1.    Pembinaan terusan di Rangsit telah menyebabkan tanah-tanah di persekitarannya dibuka


untuk belian orang ramai. Ini juga hasil pemodenan yang dibuat oleh raja Siam bagi
membolehkan seramai petani/pemodal untuk mengusahakan  penanaman padi.

3.       Keadaan muka bumi yang subur.

3.1.    Delta Choa Phraya, Delta Mekong, Delta Irrawady merupakan kawasan subur dan amat
sesuai untuk penanaman padi. Di samping itu ia juga mengalami hujan yang banyak bagi
bekalan air untuk padi. Keadaan ini memberi ruang yang luas kepada petani bagi
membangunkan industri ini.

4.       Berkembangnya sistem ekonomi komersial.

4.1.    Hasil perubahan yang dibawa penjajah terhadap ekonomi sara diri, masyarakat pribumi
berlumba bagi mencari pendapatan dan kekayaan. Perubahan nilai yang dibawa dalam
sistem ekonomi komersial  telah mengubah persepsi masyarakat terhadap ekonomi sara
diri yang berfokus pada kerahan tenaga tanpa upah dan bekerja untuk golongan
pembesar dan raja. Ekonomi komersial memberikan peluang kepada masyarakat tani
untuk mendapatkan hasil yang sama dan bagi mempastikan keuntungan titik peluh yang
dikerjakan ialah hak mereka. Perubahan mentaliti ini memperlihatkan ramai para petani
mencari jalan bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.

4.2.    Sebagai contoh masyarakat tani Burma telah menggunakan atap zink bagi
menggantikan atap nipah, menggunakan barangan impot seperti kain dari India dan 
British. Di rumah petani terdapat barangan perabot Eropah. Keadaan ini adalah hasil
perubahan nilai yang dibawa oleh sistem ekonomi komersial.
4.3.    Penggunaan barangan moden dan diimpot dalam isi rumah seperti perhiasan perabot
dari British, makanan dalam tin, sabun, kelambu, potret Ratu Victoria, dan lain-lain
barangan impot seperti yang berlaku kepada masyarakat tani Burma

4.4.    Perubahan mentaliti petani daripada mengharap saraan secukup hidup kepada
persaingan dalam mengejar kekayaan seperti yang ditunjukkan oleh Kyaw Din yang
berjaya mengubah nasib serta menjadi petani yang berupaya menaungi petani lain.
Daripada 2 ekor lembu kepada 30 ekor lembu. Pada 1910 beliau mempunyai 750 ekar
tanah bendang.

4.5.    Konsep dalam sistem serah berubah kepada buruh upah.

5.       Buruh upah yang ramai dan murah.

5.1.    Perkembangan ekonomi komersial menyebabkan hilangnya buruh kerah. Ini


membolehkan buruh-buruh yang bekerja tanpa upah berubah dan bekerja bagi
mendapatkan pendapatan. Dengan tumpuan kerja masyarakat banyak dalam bidang
penanaman padi, ini membolehkan industri pertanian beras berkembang tanpa
menghadapi masalah buruh.

6.       Pemodal asing yang melabur modal penanaman padi.

6.1.    Pemodal sanggup membina kilang-kilang beras di Eropah seperti di Liverpool, Bremen,
dan Hamburg bagi memenuhi permintaan masyarakat Eropah yang memerlukan
beras.       ( Cheng Siok Hwa, The Rice Industry in Burma.)

6.2.    Di Burma syarikat yang mula-mula mendirikan kilang beras ialah Joseph Heap and
Sons Ltd, selain daripada itu, syarikat-syarikat Eropah lain juga telah meletakkan
wakilnya bagi mendapatkan padi untuk dielspot ke negara mereka.

7.       Permintaan  beras dunia yang semakin bertambah di Eropah.

7.1.    Dapat dilihat daripada jumlah ekspot beras – 1840 –74500 tan, 1866 – 364000 tan, 1870
– 484000 tan, 1900 – 767000 tan.

Kesan Perubahan Ekonomi Sara Diri kepada Ekonomi Komersial

2.       Perubahan terhadap bentuk masyarakat – masyarakat majmuk.

2.1.    Kemasukan orang India ke Burma bertambah daripada 2% kepada 7% di Burma Hilir.
2.2.    Pengsengketaan kaum berrtambah rumit antara kaum-kaum Shan, Mon, Karen, India,
Cina, dan Burman. Orang Karen menjadi sasaran kerana mereka mendapat keistimewaan
daripada British sebab mereka penganut Kristian. Orang India kerana mendapat
keistimewaan  dalam bidang pekerjaan di sektor awam. Cina kerana  mendapat
kelebihan dalam perdagangan. Mon dan Shan kerana mereka hendak memerdekaan diri
daripada penguasaan orang Burman.

3.       Ekonomi dikuasai oleh rakyat asing.

3.1.    Kemasukan berterusan orang India telah mewujudkan persaingan pekerjaan dengan
orang Burma.

3.2.    Institusi Co-Hong dihapuskan dan pedagang British boleh berdagang secara terus di
Cina.

3.3.    Perkembangan ekonomi India dikuasa pedagang British dengan kemasukan barangan
British serta runtuhnya ekonomi tenunan tradisi India.

3.4.    Barangan luar lebih murah jika dibandingkan barangan tempatan.

3.5.    British di Cina menguasa perdagangan candu dan telah menyebabkan masalah moral di
Cina, di mana usaha pembesar Cina gagal dalam menghapuskan ketagihan Candu di
kalangan rakyat Cina.

4.       Wujud kesedaran nasionalisme dan patriotisme rakyat terhadap kebebasan negara.

4.1.    Perubahan yang dibawa akhirnya kelihatan tidak menguntung masyarakat tani hingga
wujud semangat untuk menentang .Di Burma pada tahun 1932 berlaku Pemberontakan
Saya San

5.       Hasil pertanian berkembang.

5.1.    Burma ekspot padi telah meningkat daripada 162 ribu tan kepada 2 juta tan pada tahap
pertama perubahan ( 1852 – 1900). Tahap kedua meningkat daripada 2 juta kepada 3 juta
tan. Di Siam pada 1857-58, ekspot padi sebanyak 990 ribu pikul, tetapi pada 1930-34
bertambah 25.72 juta pikul.

5.2.    Keluasan penanaman padi daripada 700 ribu ekar kepada 6 juta ekar, antara tahun 1855
– 1906. Pada tahap kedua (1900-30) bertambah daripada 6 juta kepada 8 juta ekar. Di
Siam keluasannya bertambah daripada 5.8 juta rai pada 1850 kepada 39.6 juta rai pada
1905-06.

5.3.    kilang padi bertambah daripada 124 kepada 486 buah pada 1930. Ini juga menyaksikan
Burma kekurangan tanah untuk pertanian padi dan perlindungan yang diberi telah
berakhir.
5.4.    Pertanian hasil padi yang berkembang menyebabkan berlakunya perubahan dalam
pemilikan tanah.

6.       Wujud perubahan teknologi pertanian.

6.1.    Penggunaan cara pertanian yang lebih maju dengan wujudnya pertambahan dalam
penggunaan kerbau dalam industri pertanian.

6.2.    Kewujudan kilang-kilang pemeroses padi yang mengakibatkan peluasan penanaman


padi.

6.3.    Semakin banyak terusan-terusan dibina bagi memodenkan pertanian beras seperti yang
berlaku di Rangsit.

7.       Perubahan taraf hidup dan  wujud pemerasan petani dan rakyat bawahan.

7.1.    Masyarakat tani Burma telah menggunakan atap zink bagi menggantikan atap nipah,
menggunakan barangan impot seperti kain dari India dan  British. Di rumah petani
terdapat barangan perabot Eropah.

7.2.    Setelah perlindungan kepada petani sekitar tahun 1930an berakhir, taraf hidup
masyarakat mengalami keadaan yang menyulitkan. Maka bermula aktiviti berhutang 
bagi menampung perubahan teknologi. Orang Burma mula berhutang dengan golongan
Cetti – akibat daripada tidak dapat membayar hutang tanah-tanah mereka dirampas.

7.3.    Masyarakat bukan tani semakin menambahkan tanah mereka sedangkan masyarakat tani
semakin berkurangan – seterusnya memperlihatkan penurunan taraf hidup mereka.

8.       Perubahan nilai kehidupan masyarakat.

8.1.    Penggunaan barangan moden dan diimpot dalam isi rumah seperti perhiasan perabot
dari British, makanan dalam tin, sabun, kelambu, potret Ratu Victoria, dan lain-lain
barangan impot seperti yang berlaku kepada masyarakat tani Burma. Hal ini bukan
sahaja berlaku di Burma, tetapi juga di India.

8.2.    Perubahan mentaliti petani daripada mengharap saraan secukup hidup kepada
persaingan dalam mengejar kekayaan seperti yang ditunjukkan oleh Kyaw Din yang
berjaya mengubah nasib serta menjadi petani yang berupaya menaungi petani lain.
Daripada 2 ekor lembu kepada 30 ekor lembu. Pada 1910 beliau mempunyai 750 ekar
tanah bendang.

8.3.    Konsep dalam sistem serah berubah kepada buruh upah.

 
Sebab Perubahan Dasar Ekonomi di Asia Tenggara dan Asia Selatan

1.       Satu cara mengatasi masalah kewangan penjajah.

1.1.    SHT Belanda mengalami keadaan yang muflis. Keadaan ini bukan sahaja disebabkan
oleh masalah peperangan, tetapi kegagalan Belanda untuk bersaing dengan negara-
negara penjajah yang lain seperti British, dan Amerika Syarikat. Kegagalan persaingan
dengan Inggeris dan Amerika mencetuskan pengurangan kehadiran para pedagang ke
Betawi. Lebih-lebih lagi kewujudan Singapura merupakan saingan sengit kepada
Belanda di Indonesia. Cara mengatasinya ialah dengan mewujudkan sistem kultur bagi
menarik pedagang mendapatkan hasil dagangan di Betawi.

2.       Berlakunya perubahan kepimpinan dan politik negara induk.

2.1.    Kemenangan parti Liberal di Belanda mengubahkan dasar pemaksaan kepada


kebebasan kepada petani bagi mencari perubahan hidup dan tanaman yang diinginkan.
Daripada perubahan ini wujud sistem liberal yang menekankan aspek pasaran bebas.

3.       Bantahan daripada pemimpin-pemimpin masyarakat penjajah sendiri dalam mendapat kuasa
politik. Berlaku perubahan dalam kepimpinan di negara induk penjajah.

3.1.    Abraham Kuyper dalam tulisan beliau On Program membantah golongan liberal yang
tidak memberi perhatian terhadap masyarakat pribumi yang disisih daripada
pembangunan  sosio-ekonomi serta menghadapi tekanan daripada pedagang Eropah dan
Cina.

3.2.    Golongan Liberal pula membantah penggunaan paksaan terhadap petani Indonesia yang
pada mereka melanggar hak kemanusiaan petani. Mereka mendesak para petani diberi
hak untuk menentukan tanaman yang perlu ditanam mereka.

4.       Keyakinan penjajah bahawa masyarakat kaya pribumi berupaya untuk membangunkan
ekonomi masyakat tani.

4.1.    Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa Zamindar boleh dan
akan berperanan untuk membangunkan pertanian di Bengal jika kadar cukai tanah
berpatutan.

4.2.    Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan bergiat cergas dalam
pertanian jika wujud kepastian mengenai soal keuntungan. Keyakinan ini diutarakan
dengan mempelbagaikan kegunaan tanah bukan setakat menyewakannya sahaja tetapi
diusahakan untuk menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini
Cornwallis beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti
peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi menggunakan hartanah
sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India melalui perkembangan dan perubahan
sistem pertanian.

4.3.     Kelas tani dan rakyat Bengal akan menikmati hasil daripada kemajuan pertanian yang
akan dijalankan oleh Zamindar dan kapitalis tempatan.

5.       Bagi mengatasi masalah penindasan yang berlaku terhadap masyarakat tani.

5.1.    Wujudnya monopoli perdagangan oleh SHT Belanda dan memusnahkan perdagangan
pesisir pantai yang menjadi amalan sebelum pelaksanaan sistem ini. Ini mendatangkan
kesan kepada harga barangan yang dihasilkan dengan meletakkan harga yang tinggi di
Belanda dan harga yang rendah di Indonesia. Hasilnya petani Indonesia sentiasa
menghadapi masalah kemiskinan yang berterusan. ( Legge, 1972 )

5.2.    Perubahan sistem pertanian daripada sistem pertanian sara diri kepada sistem pertaniaan
ekspot yang bercorakan peladangan. Kesan daripada perubahan sistem ini masyarakat
pribumi semakin tertindas bukan sahaja oleh peladang Eropah, tetapi juga oleh peladang
Cina dan pembesar tempatan.

5.3.    Kebuluran berlaku kerana petani Indonesia gagal melaksanakan tanaman untuk diri
mereka disebabkan oleh penyelewengan masa bekerja dan keluasan tanah untuk ekspot.
Hal ini berlaku terhadap tanah-tanah padi dan mengenakan tuntutan kepada buruh-buruh
untuk bekerja dengan lebih berat lagi. Ini pada hahkikatnya ialah satu sistem ufti dan
sistem ini menghalang petani Jawa untuk mengeluarkan pengeluaran untuk pasaran
dunia. ( Legge, 1972 )

6.       Bagi mengatasi permasalahan masyarakat tani yang tidak mempu membayar cukai tanah
dalam sistem yang diperkenalkan bagi memperkenalkan sistem peladangan di India dan
Dasar Etika di Indonesia.

6.1.    Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar cukai dalam bentuk
wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50 apabila harga bijirin merosot
sebanyak 50%.

6.2.    Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar cukai dalam bentuk
wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50 apabila harga bijirin merosot
sebanyak 50%.

6.3.    Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada tahun 1818. Ini
ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun.

6.4.    Kegagalan petani Indonesia membayar cukai dalam bentuk wang tunai menggalakkan
mereka berhutang dan tergadai tanah-tanah pertanian kepada ceti dan peminjam wang.
 

 
Ciri-ciri Dasar Ekonomi Di India dan Indonesia 1800 – 1900an.

Ciri-ciri Dasar Ekonomi Tanam Paksa

a).     1/5 daripada tanah padi dikhaskan untuk tanaman kontan yang ditetapkan seperti kopi,
tebu, nila, tembakau, the, kapas , dan kayu manis.

b)      Luas tanah untuk tanaman yang ditetapkan itu dikecualikan daripada cukai.

c)      Hasil tanaman yang melebihi daripada cukai yang dikenakan akan dikembalikan
sebagai hak petani.

d)      Pekerja-pekerja akan ditugaskan menjalankan kerja-kerja seperti diarahkan


pembesar-pembesar atau priyayi-priyayi.

e)      Kerajaan akan menanggung kerugian jika hasil pertanian tidak menjadi yang
disebabkan oleh alam semula jadi.

f)       Masa kerja yang digunakan tidak boleh melebihi masa kerja untuk penanaman padi
atau tidak boleh melebihi 66 hari setahun.

Ciri-Ciri Dasar Pembangunan Tanah  dalam Sistem Zamindari

a)      Kelas zamindar diisytiharkan sebagai tuan tanah yang mempunyai hak ke atas
ladangnya.

b)      Zamindar bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai ladangnya. Taksiran ladang


adalah pada kadar 45%  hasilnya dan daripada kutipan 9/10 harus diserahkan kepada
kerajaan dan  1/10 akan disimpan oleh Zamindar sebagai ganjarannya. Mengikut
perhitungan tahun 1793, jumlah cukai tanah yang akan dikutip oleh kerajaan di
wilayah Bengal ialah Rs 27 juta setahun.

c)      Cukai untuk setiap ladang milikian zamindar yang ditetapkan pada tahun 1793 adalah
kekal sepanjang masa.Cukai itu harus dijelaskan dalam bentuk  wang tunai.

d)      Zamindar yang gagal menjelaskan cukainya akan dilucutkan tanahnya serta boleh
dipenjara.
e)            Petani yang bermastautin yang telah mengerjakan tanah dengan bayaran sewa yang
tetap untuk selama dua belas tahun tidak boleh disingkirkan oleh zamindar kecuali
jika gagal membayar sewanya.

f)             Zamindar berhak menaikkan sewa jika kadar cukai di ladangnya rendah jika
dibandingkan dengan kawasan sekeliling, atau jika ia menyediakan kemudahan, atau
jika harga hasil tanah bertambah.

Ciri-ciri Sistem Ryotwari

a)         Setiap keping tanah akan didaftar atas nama seorang petani yang bertanggungjawab
membayar cukai.

b)         Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun, dan antara 25 - 60 % hasil tanah
hendaklah diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai tanah.

c)         Pengutipan cukai akan dikendalikan oleh kerajaan.

d)         Petani yang gagal menjelaskan cukai akan dirampas tanah dan hartanya.

 
TEMA 2

Imperialisme, Kolonialisme, dan Mekantilisme


 

Konsep

Imperialisme berteraskan peluasan kuasa dan penguasaan terhadap sempadan politik sesebuah negara.

Kolonialsme berteraskan pengenaan pengaruh dan memaksa pengaruh itu diikuti terhadap negara yang dijajah
sejajar dengan pemikiran atau ideologi negara penjajah.

Mekantilisme berteraskan  peluasan, penguasaan dan pengenaan pengaruh dari aspek ekonomi yang bercirikan
keuntungan kepada negara penjajah.

Ciri-ciri:

1.        Meluaskan kuasa yang merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya.

2.        Menjajah dan menguasai pemerintahan dan kekayaan ekonomi sesebuah negara.

3.        Meletakkan dan mengenakan pengaruh dan budaya terhadap negara yang dijajah.

4.        Menghilangkan identiti negara yang dijajah.

5.        Mengaut keuntungan ekonomi dan mengkayakan negara penjajah.

6.        Menggunakan tipu muslihat dalam perjanjian dan kekerasan peperangan.

7.        Menghalang negara dijajah daripada mengadakan hubungan dengan kuasa besar yang lain.

8.        Tidak menghormati kedaulatan negara dijajah sama ada dari aspek perundangan dan budaya.

9.        Melebihkan golongan pedagang asing daripada pedagang tempatan.

10.     Menggunakan wang – iaitu sebagai cagaran terhadap kepentingan ekonomi – Cina meminjam dalam
membangun dan memodenkan negara mereka. ( Harold M.Vinacke: 1967)

 
Sebab-sebab kemunculan dan peluasan kuasa:

1.        Wujudnya revolusi industri di Britain pada abad ke-18 dan kemudiannya merebak ke Eropah.

2.        Keinginan mendapatkan bahan mentah bagi menampung keperluan dengan berkembangnya industri dan
penemuan dan penciptaan terbaru .

3.        Bagi memasarkan barangan hasil daripada berkembangnya industri perkilangan.

4.        Wujudnya teknologi moden dalam bidang perhubungan dan pengangkutan yang memudahkan perjalanan.

5.        Memasukkan pemikiran moden terhadap negara yang dijajah sama ada dalam bidang politik, ekonomi, dan
sosial.

6.        Wujudnya persaingan dari aspek politik, dan ekonomi antara negara-negara penjajah.

7.        Keinginan untuk menyebarkan agama kristian di kalangan negara Asia.

8.        Faktor keuntungan melihatkan kekayaan sumber alam di Asia.

Peperangan

Ciri-ciri ke arah berlakunya peperangan

1.        Pelanggaran perjanjian

1.1.      Tidak menghormati perjanjian yang ditanda tangani oleh pemerintah terdahulu.

1.1.1.           Sebagai contoh Raja Tharawady dan Pagan Min tidak mengakui perjanjian yang ditandatangani
oleh Bodawpaya dalam Perjanjian Yandabo.

1.1.2.           Belanda tidak menghormati perjanjian antara Dipo Negoro dan Inggeris yang berkaitan dengan
pengganti Raja yang sepatutnya milik Dipo Negoro. Belanda sebaliknya menabalkan Djarot adik
Dipo Negoro sebagai Amangku Buwono V.

2.        Ketidakpusan hati mengenai kandungan perjanjian

2.1.      Perjanjian yang berat sebelah yang terpaksa ditandatangani.

2.1.1.           Cina tidak puas hati ia terpaksa membuka pelabuhannya kepada kuasa Barat dan telah
mencetuskan Perang Candu 2.

2.1.2.           Musnahnya institusi Co-Hong dan menjejaskan penguasaan pedagang Cina di Cina.
2.1.3.           Jepun tidak berasa puas hati dengan pembahagian kuota dan perkembangan ketenteraan yang
tidak seimbang  dengan pembahagian kuota 5:5:3:1.75:1.75 iaitu AS-5, British-5, Jepun-3,
Perancis-1.75, dan Jerman-1.75. Jepun juga tidak boleh memiliki kelengkapan meriam yang lebih
besar.

2.1.4.           Jepun juga tidak puas hati akan hasil Perjanjian Versailles yang menafikan haknya bagi
mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah kuasa besar dan bagi memperoleh kuasa veto dalam
LBB.

3.        Ancaman terhadap kedaulatan

3.1.      Ancaman terhadap nilai agama

3.2.      Ancaman kedaulatan terhadap sempadan

3.3.      Ketidakpatuhan undang-undang negara

3.4.      Kehilangan maruah dan harga diri negara

3.4.1.            

4.        Wujud blok-blok dan pakatan

4.1.      Wujudnya pesepakatan dalam bidang ketenteraan.

4.1.1.           Jepun, Jerman, dan Itali menubuhkan pakatan paksi dan bagi mengimbanginya Amerika
Syarikat, British, Perancis dan Russia menubuhkan pakatan berikat.

4.1.      Persepakatan dalam menghalang perkembangan ekonomi.

4.1.1.           Persepakatan kuasa-kuasa penjajah barat seperti Amerika Syarikat, British, Belanda, dan
Perancis menghalang perkembangan ekonomi Jepun dengan mengadakan sekatan ekonomi
terhadap Jepun di Asia Tenggara dan negara jajahan takluknya.

5.        Perebutan sumber ekonomi

5.1.      Perebutan bagi kawasan yang banyak bahan mentah.

5.2.      Bagi menguasai jalan perhubungan yang mempunyai nilai ekonomi

5.3.      Merebut kawasan strategi untuk menpastikan pengwalan ekonomi yang berterusan.
 

Sebab-Sebab Perang

Perang Jawa 1830

1.1.      Belanda tidak menghormati perjanjian antara Dipo Negoro dan Inggeris semasa Jawa diperintah oleh
Inggeris untuk melantik dirinya sebagai Amangku Buwono IV.

1.2.      Masalah agama – Belanda buat jalan atas perkuburan keluarga Dipo Negoro

1.3.      Mendaulatkan Islam di Jawa dan menentang penjajahan kafir

Perang Inggeris-Burma 1 1826

1. Masalah sempadan – Bodawpaya minta Inggeris serah pemberontak Burma. Enggan Bodawpaya
menyerang melangkaui sempada Inggeris.
2. Serangan terhadap Manipur dan Chacar. Menawan Maniipur dan mengancam Chacar-minta bantuan
Inggeris.
3. Khuatir kerjasama Perancis-Burma mengancam Inggeris di India.
4. Pemberontakan  Chin Byan – hingga mendirikan pangkalan tentera di Chittagong .
5. Masalah Pulau Shahpuri – Burma tawan . Cemar Inggeris  dan boleh gugat pangkalan tentera Inggeris.

SEJARAH  PERJANJIAN DALAM POLITIK ASIA

1800 – 1963

Selain perkataan perjanjian , perkataan yang membawa maksud yang sama ialah Persetiaan, Protokol, Perikatan, dan
Memorandum Persefahaman.

Perjanjian Yandabo 1826


 

1.        Burma menyerahkan wilayah-wilayah Arakan, Tennaserim, Assam, manipur dan Chacar kepada British.

2.        Seorang penasihat Inggeris diletakkan di Burma.

3.        Seorang Duta Burma ditempatkan di India.

4.        Burma tidak boleh campur tangan di Manipur.

5.        Satu perjanjian perdagangan yang berasingan akan dirundingkan.

6.        Burma perlu hentikan serangan terhadap Siam.

7.        Burma dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee kepada Inggeris.

Perjanjian Kanagawa

1. Selain Nagasaki, Jepun perlu membuka pelabuhan Shimoda dan Hakadote kepada masyarakat barat bagi
mendapatkan bekalan arang batu dan membaiki kerosakan.
2. AS dibenarkan melantik seorang konsul dan diletakkan di Shimoda.
3. Jepun beri jaminan perlindungan keselamatan terhadap anak kapal AS yang terlantar di Jepun.

Perjanjian Shimonoseki 1895

1. Cina iktiraf kemerdekaan penuh Korea.


2. Cina bayar ganti rugi sebanyak 200 juta tael. Pelabuhan Wei Hai Wei diduduki Jepun sehingga bayaran
ganti rugi habis dijelaskan.
3. Cina serahkan Semenanjung Lio Tung termasuk Port Arthur dan Danny kepada Jepun yang  strategik dari
segi ketenteraan.
4. Cina serahkan juga pulau Pecadores dan Formasa kepada Jepun.
5. Jepun dapat hak istimewa dengan boleh mendirikan kilang di Cina.
6. Empat pelabuhan baru dibuka kepada pedagang asing iaitu shansi, Chungking, Soochow, dan Hangchow di
Trusan Besar.

Perjanjian Tientsin/Peking

 
1. Kerajaan Cina membuka pelabuhan tambahan untuk pedagang asing di Chefoo, Chingkiang, Kianggchow,
Kiuking, Newchwang,Nanking, Hankow, Swatow, dan Wechow.
2. Kapal pedagang asing dibenarkan menggunakan sungai Yangtze.
3. Orang asing dan perwakilannya dibenarkan tinggal di Peking.
4. Orang asing boleh mengembara di kawasan pedalaman Cina jika ada paspot yang layak.
5. Mubaligh Kristian hendaklah dibenarkan menjalankan kegiatannya untuk mengembangkan agama Kristian.
6. Kowloon diserahkan kepada British.
7. Cina membayar ganti rugi peperangan.
8. Perdangangan candu dibenarkan.
9. Tientsin dibuka kepada perdagangan luar, Canton ditadbir British sehingga selesai bayaran pampasan, Cina
menanggung perbelanjaan ekspidisi  Lord elgin dan Baron Gros.

Perjanjian Nanking 1842

1. Cina serah Hong Kong kepada British.


2. Cina bayar ganti rugi sebanyak $21 juta. $6 juta bagi candu yang dimusnahkan, $3 juta bagi membayar
hutang Co Hong dan $ 12 juta untuk belanja perang.
3. Lima  buah pelabuhan dibuka kepada pedagang asing – Amoy, Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai.
4. Saudagar asing dibenar menetap di pelabuhan-pelabuhan tersebut dan diberi hak melantik konsul mereka di
setiap pelabuhan.
5. Monopoli perdagangan oleh sekumpulan saudagar Cina dimusnahkan. Sistem Co-Hong dihapuskan dan
perdagangan dijalankan secara sama rata.
6. Cukai tarif yang sederhana dan sama dikenakan terhadap ekspot 5% dan impot 3%. Peraturan akan
dirangka. Cukai tidak boleh ditambah tanpa persetujuan bersama.
7. Persamaan taraf dalam mengadakan hubungan rasmi.

Perjanjian Bowring 1855

1. sistem tarif dikenakan terhadap impot dan ekspot. Cukai ad velorem terhadap barangan impot ialh 3% dan
barangan ekspot ialah 5%.
2. Ekspot beras dibenarkan.
3. Pihak Inggeris dibenarkan mengimpot candu, dan tertakluk pada peraturan yang ketat.
4. Hak wilayah asingan akan diberikan kepada Inggeris.
5. Rakyat British dibenarkan membeli atau menyewa tanah sekitar 6 km dari Bangkok.
6. Kapal perdagangan British dibenarkan singgah di semua pelabuhan.
7. Seorang konsul British akan dilantik dan ditempatkan di Bangkok.

Perjanjian Inggeris-Siam 1897


 

1. Siam tidak akan menyerahkan mana-mana wilayah di sebelah utara Tanah Melayu kepada mana-mana
kuasa aisng.
2. Inggeris akan memberi bantuan jika Siam di serang oleh kuasa besar lain.

Protokol Boxer, 1901

Latar: Berlaku penerimaan syarat dalam protokol ini selepas kejadian Pemberontakan Boxer 1897 di Cina.

Syarat-syarat Protokol:

1. Kerajaan Cina dihekehendaki menghantar utusan  meminta maaf secara rasmi ke Jerman dan Jepun kerana
kematian seoran Menteri Jerman dan Canselor Jepun.
2. Kerajaan Manchu dikehendaki menghukum mati pegawai-pegawai Cina yang terlibat dalam
pemberontakan itu.
3. Peperiksaan perkhidmatan awam hendaklah ditangguhkan di 45 buah bandar yang terlibat dengan
pemberontakan Boxer.
4. Cina membenarkan kuasa asing meletakkan tenteranya di tempat-tempat strategik dari Peking ke laut..
5. Cina membenarkan kuasa asing mengawal kedutaan mereka masing-masing.
6. Cina naikkan  taraf hubungan dengan negara asing hingga peringkat duta.
7. Cina dilarang mengimpot senjata selama 2 tahun.
8. Cina dikenakan bayaran ganti rugi sebanyak 450 juta tael kepada negara asing yang terlibat selama 40
tahun dengan kadar 4% setahun.
9. Kuasa  Barat mendapat hak istimewa pajakan pelabuhan dan kawasan tambahan.

Perikatan Inggeris – Jepun 1902

1. Jepun dan British mengakui kepentingan masing-masing di Mancuria dan Korea serta Cina
2. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengambil langkah yang perlu bagi melindungi kepentingan masing-
masing dengan menyokong tindakan pihak yang lain.
3. Jika salah satu pihak terlibat dalam peperangan, pihak yang satu lagi hendaklah berkecuali dan berikhtiar
menyekat musuh daripada mendapatkan bantuan.
4. Jika pihak musuh mendapat bantuan, pihak lagi satu hendaklah membantu.
5. Jangka masa perjanjian selama 5 tahun dan jika tidak di tamatkan dalam tempoh itu, ia dilanjutkan setahun
lagi.

 
Persetiaan Inggeris-Siam 1902

1. Inggeris dibenarkan meluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu utara bagi menyelesaikan masalah
kedatangan kuasa Eropah yang lain.

Persetiaan Portmouth 1905

 ( Antara komura dan Witte )

1. Semenanjug Lioatung dis erahkan kepada Jepun


2. Kepentingan penguasaan Jepun di Korea diakui oleh Russia.
3. Russia menyerahkan hak jalan keretapi di Selatan Manchuria kepada Jepun.
4. Sebahagian daripada pulau Sakhalin diserahkan kepada Jepun ialah dibawah garis lintang 500.
5. Russia dan Jepun dikehendaki berundur dari Manchuria,tetapi boleh meninggalkan petugas bagi menjaga
jalan keretapi.
6. Jalan keretapi manchuria adalah untuk perdagangan dan perusahaan kecuali di Semenanjung Liaotung.
7. Jepun dan Russia tidak menyekat hak Cina untuk mengenakan sekatan kepada semua negara dalam
majukan perdagangan Cina.

Perjanjian Bangkok 1909

1. Siam menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara kepada Inggeris.


2. Inggeris bersetuju membatalkan hak-hak wilayah asingan di Siam.
3. Inggeris memberi pinjaman 4 juta pound kepada Siam untuk pembinaan jalan keretapi

Persetujuan Jepun - Cina 1915

( Berkenaan dengan Manchuria Selatan dan Monggolia Dalam Timur.)

1. Tempoh pajakan Port Arthur dan Dalny dan syarat-syarat perjanjian Keretapi manchuria Selatan dan
Antung-Mukden dilanjutkan menjadi 99 tahun
2. Rakyat Jepun boleh mentap dan keluar masuk Manchuria Selatan, menjalankan perniagaan dan perusahaan
membuat barang, dan memajak tanah di luar kawasan pelabuhan yang berkaitan dengan persetiaan bagi
kegunaan perdagangan dan pertanian.
3. Pemerintah Cina akan memberi kebenaran kepada sebarang perusahaan bersama antara Cina-Jepun.
4. Rakyat Jepun mestilah terikat kepada undang-undang dalam negeri Cina tetapi dalam menjalankan
perbicaraan ke atas orang-orang yang telah melakukan kesalahan maka sistem wilayah asingan mestilah
dipakai.
5. Pihak Cina mesti membuka tempat-tempat yang sesuai di Monggolia Dalam sebelah Timur kepada
perdagangan dan petempatan asing.
6. Perjanjian pinjaman wang keretapi Kirin-Changchuan mesti dijual semua supaya memberi faedah kepada
Jepun.

Tambahan persetiaan..di atas

1. Rakyat Jepun mesti mempunyai hak untuk membuka lombong di kawasan tertentu yang telah disebutkan
Jepun.
2. Jika Cina mahunkan wang modal bangsa Asing ia perlu membuat permohonan kepada Jepun.

3. Jika Cina mahukan penasihat dalam bidang kewangan, tentera atau polis maka perlu minta dan dapatkan
dari Jepun.

Persetiaan Shantung ( Cina – Jepun )1915

1. Cina memberi persetujuan penuh kepada semua hal yang drp masa itu kerajaan Jepun bersetuju dengan
Jerman berhubung dengan penentuan semua hak, kepentingan dan konsesi yang dimiliki oleh Jerman
menurut persetiaan  atau selainnya di wilayah Shantung
2. Pemodal Jepun mempunyai hak untuk membina jalan keretapi Chefoo-Wihsien sekiranya Jerman menolak
keistimewaannya untuk membiayai pembinaan itu.
3. Tempat tambahan bagi petempatan asing mesti ditambah dan dibuka oleh pihak Cina di wilayah itu.
4. Cina bersetuju tidak akan mengasingkan sebarang kawasan dalam dalam wilayah atau pulau kepada
sebarang kuasa luar untuk sebarang kegunaan .
5. Jepun akan mengembalikan kawasan pajakan di Telok Kiochow apabila ia menerimanya daripada Jerman
dengan syarat dibuka Telok tersebut bagi urusan perdagangan, dan Cina memperuntukan kawasan bagi
kerajaan Jepun jadikan tempat konsesi yang berada dibawa kawalan Jepun
6. Cina akan memberikan keizinan kepada Jepun untuk bekerjasama dalam hal syarikat Hany’enp’ing, dan
bersetuju tidak akan memiliknegara syarikat itu tanpa persetujuan pemodal Jepun atau mendapatkan
pinjaman daripada kuasa lain selain daripada Jepun.
7. Cina tidak akan benarkan wilayah Fukien dibuka kepada mana kuasa lain untuk bina limbungan dan lain-
lain kegunaan sama ada perdagangan ataupun ketenteraan.

 
Perjanjian Versailles 1919

1.        Cina bebas daripada semua tanggungjawab untuk meneruskan kewajipannya kepada Jerman

2. Cina dapat semula tanah dan hak yang diberikan kepada Jerman di Tientsin dan Hankow
3. Jepun dapat ambil alih kuasa dan hak Jerman di Shantung. Shantung akan dipulangkan kepada Cina
perundingan hak politik.

Perjanjian Langsing – Ishii

1. Amerika Syarikat mengiktiraf kedudukan Jepun yang mempunyai kepentingan yang istimewa di Cina.
2. Jepun dan Cina menggangap ia satu pengiktirafan tentang kedudukan pada 1917.

Perjanjian Washington 1922