Anda di halaman 1dari 6

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“BADAN BERSIH HATI TENANG ”


(29 OKTOBER 2010 /21 ZULKAEDAH 1431H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,


Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita
bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-
Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya
di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: “BADAN BERSIH HATI
TENANG”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,


Dalam Islam menjaga kebersihan diri dan mewujudkan suasana yang bersih serta
selesa menjadi satu tuntutan kerana ia berkait rapat dengan menjaga kesihatan.
Kebersihan adalah asas kepada kesihatan. Islam amat menyukai orang yang cintakan
kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan diri kerana sihat adalah suatu nikmat
Allah SWT yang amat besar nilainya yang perlu dijaga dan dipelihara. Firman Allah
SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222:

1
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan
mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.

Oleh yang demikian untuk menjaga kebersihan diri dan membina persekitaran
serta suasana yang bersih, maka menjadi keutamaan kepada kita untuk menjaga
kebersihan tubuh badan dan persekitaran dititik-beratkan sebagaimana sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Mandi itu adalah wajib ke atas setiap orang
Islam yang mana pada setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib membasuh

kepala dan jasmaninya”.dan sabdanya lagi dengan maksud : 'Lima perkara yang
menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai,
memotong kuku dan mencabut bulu ketiak. (Riwayat at- Tabarani)

Apa yang dapat difahami bahawa membersihkan badan seperti mandi,


mencukur misai, memotong kuku serta mencukur bulu adalah amalan yang dituntut
oleh Islam. Amalan-amalan seperti itu perlulah dilakukan oleh setiap daripada kita
kerana ia merupakan usaha untuk mengelakkan diri daripada mendapat pelbagai
penyakit di samping menjadi lambang kecantikan, kekemasan, kebersihan dan nilai
personaliti orang Islam. Menjaga kebersihan ini dapat diperolehi dengan melakukan
ibadat-ibadat khususnya seperti berwuduk,bersolat,berpuasa dan sebagainya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,


Ibadah wuduk memiliki kedudukan yang tersendiri di sisi Allah SWT. Ianya
merupakan kunci permulaan bagi satu ibadah yang paling mulia di dalam Islam iaitu
solat. Sewajarnya sebelum kita mendirikan solat, hendaklah badan kita dibersihkan
dan jiwa dikosongkan dari memikirkan apa jua perkara berkaitan dengan kehidupan
seharian yang telah dan bakal dilalui. Dengan mengambil wuduk secara sempurna
dapat menenangkan jiwa seseorang dan dapat membantu untuk menumpukan

2
sepenuh perhatian terhadap ibadah solat. Air yang dipergunakan untuk berwuduk
bukan sekadar akan menyegarkan tubuh badan tetapi ianya juga dapat
mengembalikan tenaga sehingga membolehkan melakukan ibadah solat dengan
sempurna mungkin. Dengan berwuduk dapat membersihkan anggota-anggota badan
yang sentiasa terdedah kerana tidak ditutupi pakaian dan juga boleh menghilangkan
jangkitan kuman, habuk-habuk daripada terus melekat dibadan atau didalam
rongga-rongga.
Solat yang pada hakikatnya merupakan satu ibadah di mana seseorang sedang
bermunajat kepada Allah SWT secara langsung.  Oleh itu adalah lebih wajar bagi
kita untuk membersihkan anggota badan melalui wuduk sebelum bertemu dengan
Allah SWT ketika bersolat. Ibadah wuduk ini mempunyai peranan yang berkesan
bukan sahaja dari segi rohani malah juga dari segi fizikal. Syaikh al-Islam Ibnu
Taymiyyah rahimahullah menyatakan bahawa: Sunnah Rasulullah datang dengan
membawa ajaran untuk menghindari kekotoran yang ada pada tubuh badan
manusia, sebagaimana dia juga datang dengan membawa ajaran bagi menghindari
kekotoran rohani. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Ketika salah seorang daripada kamu bangun dari tidur maka
hendaklah menghirup air ke hidung dan mengeluarkannya kembali sebanyak tiga
kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di batang hidungnya.(Riwayat al-Bukhari)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,


Bagi mereka yang sentiasa berwuduk dan mengambil wuduk dengan sempurna akan
mendapat banyak kelebihan dari Allah SWT. Antaranya angota-angota wuduk
tersebut akan bercahaya di akhirat dan Rasulullah SAW akan dapat mengenali
umatnya melalui cahaya tersebut. Diriwayatkan bahawa para sahabat pernah bertanya
kepada Rasulullah SAW bagaimana baginda dapat mengenali umatnya yang belum
3
pernah ditemui setelah wafatnya baginda. Lalu baginda bersabda dengan maksudnya:
Tahukah kamu seandainya seseorang mempunyai kuda belang putih di kening dan
kakinya yang berada di antara kuda-kuda yang hitam kelam, bukankah dia dapat
mengenali kudanya? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah, Baginda
bersabda: Sesungguhnya mereka umatku akan datang kepadaku dalam keadaan putih
bercahaya di kening dan kaki kerana cahaya wuduk dan aku menanti mereka di
sebuah telaga”.
Ibadah wuduk dapat meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah SWT dan
akan diberi ganjaran syurga di akhirat. Mereka yang berwuduk dengan sempurna
akan dihapuskan segala dosa-dosa yang lalu selagi mana ia tidak termasuk di dalam
kategori dosa-dosa besar. Dalam satu riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda
dengan maksudnya: “Bila seorang itu berwuduk lalu berkumur-kumur maka
keluarlah dosa-dosa dari mulutnya, jika dia membersihkan hidung, dosa-dosa akan
keluar pula dari hidungnya, begitu juga tatkala dia membasuh muka, dosa-dosa
akan keluar dari muka sampai dari bawah kelopak matanya. Jika dia membasuh
kedua tangan, dosa-dosanya akan turut keluar sampai dari bawah kukunya,
demikian pula halnya bila dia menyapu kepala, dosa-dosanya akan keluar dari
kepala bahkan dari kedua telinganya. Begitupun tatkala dia membasuh kedua kaki,
keluarlah pula dosa-dosa tersebut dari dalamnya, sampai bawah kuku-kuku jari
kakinya. Kemudian tinggallah perjalanannya ke masjid dan solatnya menjadi
pahala yang bersih baginya”. Sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud: “Barangsiapa yang berwuduk, kemudian dia menyempurnakan


wuduknya, maka keluarlah dosa-dosa dari jasadnya hingga keluar dari kuku-
kukunya.” (Riwayat Muslim)

4
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Persoalan besar timbul pada hari ini ialah bagaimana kita untuk mencapai wuduk
yang sempurna, kerana wuduk ini ada kaitannya dengan sumber utama iaitu air. Air
merupakan asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua
benda jika dikaji dari sudut asalnya adalah terjadi daripada unsur air. Air yang bersih
ialah air yang sentiasa mengalir. Jika air itu kaku disuatu tempat maka ia akan
menjadi busuk dan kotor.
Berdasarkan pemerhatian mimbar, dengan perubahan iklim dan kerakusan
manusia untuk mencapai pembangunan maka kebanyakan kawasan tadahan air pada
masa ini seperti gunung-ganang, hutan rimba, sungai-sungai, telaga telah dicemari,
dan ini akan memberi kesan kepada penyempurnaan terhadap wuduk kita. Mimbar
mengingatkan kerosakan alam sekitar dan pencemaran alam sekitar akan mengancam
kebersihan serta bekalan air kepada kita. Insaflah bahawa sebahagian dari khazanah
alam dan warisan untuk kegunaan kita dan generasi akan datang janganlah
dicemarinya kerana pada masa depan kita akan kehilangan nikmat Allah SWT ini.
Berdasarkan tuntutan Islam, bahawa amalan menjaga kebersihan bermula dari
diri sendiri, halaman rumah dan alam sekitar. Sempena sambutan minggu Alam
Sekitar Malaysia peringkat Kebangsaan 2010, mimbar menyeru marilah sama-sama
kita menjaga alam sekitar terutamanya sumber air sebagai asas kepada wuduk.
Amalan menjaga keindahan dan kebersihan alam sekitar adalah satu amalan yang
baik dan mulia. Sekiranya umat Islam tidak menjaga dan mengambil berat terhadap
perkara tersebut, mereka akan hidup di dalam suasana yang tidak selesa, gundah
gulana,tidak tenteram dan terdedah kepada pelbagai penyakit. Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud :” Bersihkan halaman-halaman kamu, kerana sesungguhnya orang
Yahudi tidak membersihkan halaman-halaman rumahnya”.
Mengakhiri khutbah marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT
dalam surah al-Maidah ayat 6:

5
Maksudnya : " Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan,
tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-
Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. "

Anda mungkin juga menyukai