Anda di halaman 1dari 3

Muslim Thai bebas beribadat

Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin


(Yang meliputi lawatan sambil belajar ke Bangkok, Thailand
anjuran Kedutaan Diraja Thailand, Kuala Lumpur, baru-baru
ini)

Rasa teruja apabila mendapat tugasan meliputi kehidupan


masyarakat Islam di Bangkok, Thailand. Lebih-lebih lagi,
jemputan itu muncul selepas kira-kira sebulan insiden
Bangunan yang menempatkan pejabat Sheikhul Islam dan
berdarah oleh kumpulan antikerajaan atau 'baju merah'
Institut Standard Halal Thailand di Bangkok.
yang berakhir 19 Mei lalu.

Secara tidak langsung, inilah peluang mendengar maklum


balas penduduk Bangkok termasuk daripada beberapa wakil media Islam di sana.

Perjalanan pada awal pagi 22 Jun itu turut disertai Menteri di Kedutaan Diraja Thailand di Kuala Lumpur, Kamthorn
Sithichoti dan Setiausaha Pertama, Romdej Phisalaphong.

Rombongan dalam lawatan bertajuk Bagaimana Muslim Thai Hidup Dalam Negara Majoriti Buddha itu turut
membawa bersama tujuh pemimpin persatuan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) negara ini.

Destinasi awal setibanya di Bangkok adalah kunjungan hormat ke atas Sheikhul Islam Thailand, Abdul Aziz Ismail
yang juga mantan Senator Wilayah Songkhla.

Pejabatnya adalah di Pusat Jawatankuasa Islam Thailand di Klongsib Nongchok yang memakan masa kira-kira
sejam perjalanan dengan bas dari Bangkok.

Sayangnya hajat tidak kesampaian kerana beliau berada di Selatan Thailand untuk tugas rasmi. Namun, rombongan
disambut oleh Wakil Penasihat kepada Sheikhul Islam iaitu Prof. Dr. Imron Bahardin Malooleem.

Thailand yang zaman silamnya lebih dikenali sebagai Siam mempunyai penduduk kira-kira 64 juta orang. Majoriti
rakyatnya beragama Buddha.

Bagaimanapun, Dr. Imron menganggarkan, jumlah penduduk Muslim di negara itu mencecah 10 juta berbanding 6
juta orang yang dicatat 25 tahun lalu.

Katanya, terdapat antara empat hingga lima masjid pada setiap 38 wilayah yang mempunyai penduduk Islam.

Dengan kata lain, terdapat 3,500 masjid di sekitar Thailand di mana 178 daripadanya terletak di sekitar Bangkok.

Selain itu, kira-kira 600 sekolah agama berorientasi dwipendidikan yang memberi penekanan seimbang kepada
pengajian agama dan moden.

Ini termasuk universiti swasta terbesar yang dimiliki oleh orang Islam iaitu Universiti Kasem Bundit (KBU).

Pada asalnya ia ditubuhkan pada 1987 yang dikenali sebagai Kolej Kasem Bundit dengan sejumlah 97 pelajar dalam
Fakulti Pentadbiran Perniagaan dan Fakulti Undang-undang.

Pada tahun 1992, Kementerian Hal Ehwal Universiti Thailand menaikkan tarafnya sebagai universiti.

Kini KBU menawarkan 35 program akademik yang kesemuanya diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran negara itu.
Yang menariknya, undang-undang Thailand turut mengiktiraf kebebasan beragama. Malah, Perlembagaannya
menjelaskan bahawa diskriminasi terhadap seseorang atas alasan 'perbezaan kepercayaan agama' tidak
dibenarkan.

Malah berdekatan pejabat Sheikhul Islam, kedudukan masjid dan kuil Buddha adalah berdekatan. Jarak antara satu
sama lain hanya kira-kira 200 meter.

Ini antara tanda bahawa penduduk Muslim dan bukan Islam di Thailand turut menikmati kehidupan yang aman selain
bebas mengamalkan agama masing-masing.

Menurut Dr. Imron, antara matlamat penubuhan jabatan Sheikhul Islam adalah bagi menasihati Raja tentang hal
ehwal berkaitan Islam.

Katanya, amalan di Thailand adalah jawatan Sheikhul Islam atau dikenali sebagai mufti di Malaysia dipilih oleh
penduduk Islam di 38 wilayah. Beliau dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa.

Selepas keputusan dicapai, maka, calon yang terpilih akan dilantik secara rasmi oleh raja. Di sini, jawatan itu juga
dikenali sebagai Chularajamontri.

"Kami juga bebas menganjurkan pelbagai program keagamaan termasuk sambutan Maulidur Rasul serta mengurus
jemaah haji di Mekah," katanya.

Dalam aspek produk halal, Thailand turut mempunyai Institut Standard Halal yang terletak bersebelahan pejabat
Sheikhul Islam.

Institut tersebut setakat ini telah mengeluarkan kira-kira 24,000 sijil Standard Halal Thailand (TSH) kepada golongan
pengeluar dan usahawan.

Pada masa yang sama, institut itu turut dilengkapi makmal yang bukan sahaja untuk kegunaan menguji produk tetapi
turut dilengkapi makmal untuk stem sel.

Bagaimanapun, Dr. Imron mengakui institut itu lebih sesuai beroperasi di Selatan Thailand memandangkan majoriti
penduduknya yang beragama Islam.

Tambahan pula, kedudukannya lebih hampir dengan Malaysia yang sudah mempunyai jaringan pemasaran produk
halal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Namun, negara bukan majoriti rakyat Islam seperti Kanada dan Amerika Syarikat sebenarnya adalah pengimport
utama makanan halal kerana mereka mempunyai tahap penjagaan kesihatan yang tinggi," tambahnya.

Sebuah lagi organisasi Islam yang disegani di Thailand ialah Yayasan Pusat Islam Thailand (FICT) yang terletak di
Jalan Ramkhamhaeng, Bangkok.

Yayasan itu boleh diibaratkan sebagai tonggak utama merencana dan menjalankan usaha dakwah antara orang
Islam dan bukan Muslim.

Presidennya, Dr. Pakorn Priyakorn @ Hasan memberitahu, misi FICT adalah memberi khidmat kepada semua
masyarakat tidak kira yang Muslim atau tidak. Paling utama adalah menggerakkan dialog antara agama untuk
mewujudkan kefahaman yang mendalam sesama penduduk.

"Matlamat kita, melalui panduan wahyu Allah dan kebijaksanaan, akan dapat menjadi faktor yang aktif membentuk
rasa kemanusiaan.
"Untuk itu, FICT bertindak sebagai jambatan penghubung antara Muslim dan penganut agama lain serta
menggalakkan penerbitan dan penyelidikan akademik tentang Islam," katanya.

Selain menempatkan masjid, FICT turut dilengkapi perpustakaan yang menempatkan pelbagai buku tentang Islam
dalam pelbagai bahasa.

Perpustakaan itu dibiayai oleh Pusat Metropolitan Bangkok adalah antara pusat rujukan bagi mereka yang
dahagakan ilmu.

Bagi melancarkan pengurusan di FICT, Hasan dibantu oleh 30 Jawatankuasa Eksekutif yang mempunyai pelbagai
latar belakang pendidikan.

Antara bidang yang diberi keutamaan adalah pengurusan zakat, perhubungan komuniti, menguruskan program
mengikut takwim Islam, dan pengurusan hal ehwal wanita, remaja dan keluarga.

Menurut Hasan, penduduk Thailand tinggal dalam negara yang aman dan damai walaupun adakalanya berlaku
konflik tetapi ia insiden terpencil.

"Sejak 60 tahun lalu, kami bebas mengatur pelbagai program keagamaan malah kerajaan turut membiayai kos
membina dan mengubah suai masjid di sini," katanya.

Anda mungkin juga menyukai