Anda di halaman 1dari 4

Waktu-waktu solat

Rencana utama: Waktu Solat

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan
sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.

Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda
sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.

Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega
merah telah hilang.

Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.

Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

[sunting] Syarat wajib solat:


1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

[sunting] Syarat sah solat:


1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5. Yakin masuk waktu solat.

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya
didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat
sah solat)

[sunting] Perkara-perkara yang membatalkan solat:


1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.[1]
4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun solat.
11. Murtad

[sunting] Rukun Solat


Rencana utama: Rukun Solat

Rukun solat ada 13:

1. Berdiri bagi yang mampu.


2. Niat.
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru,berhenti
sebentar).
6. Iktidal dengan tama'ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam.
13. Tertib.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak
rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan
hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).

[sunting] Perkara-perkara sunat semasa solat


1. Sunat Hai'ah
2. Sunat Ab'adh

[sunting] Perkara-perkara makruh semasa solat


• Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
• Memandang ke atas (mendongak).
• Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
• Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
• Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
• Bercekak pinggang.
• Menyinsingkan kain atau baju.
• Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
• Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
• Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

[sunting] Persediaan sebelum menunaikan solat


• Berpakaian sopan dan menutup aurat.
• Berwuduk.
• Duduk di atas tapak solat yang bersih(seperti diatas tikar sejadah)sambil
berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang
terluang).
• Berdiri(bagi mereka yang mampu)dan membaca niat waktu solat.
• Iqamat dan membaca ayat Kursi,Surah Al-Ikhlas,Surah Al-Falaq,Surah An-Nas(bagi
menghalangi syaitan dan jin dari menganggu solat.
• Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

[sunting] Perkara yang boleh dilakukan selepas


melangsaikan solat
• Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat
dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
• Membaca Al-Quran
• Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan
rahmat dariNya.
• Tanda-Tanda Kematian

14. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu
menuju ketujuh tempat:-

a. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

b. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

c. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

d. Roh Para Shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut


kehendak mereka.

e. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak


di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

f. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung


dari minyak misik.

g. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,


mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

15. Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia


yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya:-

a. Orang-orang yang mati syahid.

b. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam


bulan ramadhan.

c. Orang berpuasa di hari Arafah.[/left][/center]

Anda mungkin juga menyukai