Anda di halaman 1dari 9

Tokoh

Menampilkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang sama ada dalam skop yang kecil atau besar,
lokal, regional atau pun internasional.
Showing posts with label al-ahmadiah. Show all posts
Showing posts with label al-ahmadiah. Show all posts

Monday, April 16, 2007

Raja Ahmad Riau pengasas ‘al-Ahmadiah’ di Singapura


Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

DIRI dan jiwa mengembara dari tempat yang kecil dan terpencil ke Singapura, Johor dan Mekah
akhirnya membuka usaha kemuncaknya di Singapura.

Itulah insan keturunan kaum bangsawan Riau bernama Raja Haji Ahmad bin Raja Haji Umar
Tengku Endut yang diperkenalkan artikel ini. Dari tempat yang kecil sebuah pulau, iaitu Pulau
Penyengat Indera Sakti, bekas pusat Kerajaan Riau-Lingga, Johor dan Pahang di sanalah Raja
Ahmad dilahirkan. Dan terpencil, nun jauh di sana Pulau Midai di Laut Cina Selatan.

Ayahnya Raja Haji Umar Tengku Endut itu dalam beberapa halaman Tuhfah an-Nafis ada
disebut oleh saudaranya Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad Riau pujangga Melayu yang sangat
terkenal itu, namun yang saya rakamkan di sini banyak perkara yang tidak sempat ditulis oleh
Raja Ali Haji.

Walau bagaimanapun tulisan ini adalah sumber yang sahih kerana banyak hal saya dengar sendiri
daripada Raja Haji Ahmad dalam tahun 1950-an hingga 1960-an, termasuk juga sumber-sumber
yang lain dari kerabat keluarga ini. Raja Haji Umar Tengku Endut adalah orang pertama dilantik
oleh Sultan Riau menjadi Amir (Ketua Pemerintahan wakil raja) di seluruh Tokong Pulau Tujuh
yang sekarang dikenali beberapa kelompok kepulauan yang terkenal.

Yang paling terkenal sekarang ialah Kepulauan Natuna. Dia terkenal kerana diketemukan minyak
dan gas. Sekarang dibentuk sebuah kabupaten dinamakan Kabupaten Natuna, pusat
pemerintahannya Ranai. Setelah Natuna mulai terkenal nama-nama yang dahulu terkenal
seumpama Kepulauan Siantan, Kepulauan Jemaja, dan lain-lain kurang dipercakapkan orang.
Kepulauan Serasan pula terletak yang paling Sararak (di bahagian utara).

Susur galur Raja Haji Ahmad dari pihak sebelah ayahnya tidak perlu saya bicarakan di sini
kerana telah saya tulis sebelum ini dan mudah mendapatkannya dalam susur galur kaum raja-raja
Riau-Lingga atau pun Johor atau pun Selangor. Dari pihak sebelah ibunya pula memang tidak
dibiasakan orang kecuali salasilah yang ditulis oleh abang saya Muhammad Zain Abdullah.
Dalam tahun 1950-an beliau bersama saya mendengar daripada Haji Wan Abu Bakar saudara
sepupu Raja Haji Ahmad daripada pihak sebelah ibu.
Bahawa ibu Raja Haji Ahmad bernama Hajah Nik Wan Siti binti Nik Wan Muhammad Nara,
berasal dari Natuna. Asal usul selanjutnya dari Patani dan Kelantan. Datang ke Natuna terlebih
dulu dan Batu Bahara di Sumatera. Ibu Hajah Nik Wan Siti bernama Wan Qamariyah binti Encik
Wan Mat Thalib, berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat.

Dalam salasilah yang saya peroleh di Pontianak menyebut Wan Qamariyah binti Encik Wan Mat
Thalib bin Encik Wan Jaramat/Orang Kaya Setia Maharaja Lela Pahlawan Tambelan bin Encik
Wan Umar/Megat Laksamana bin Encik Wan Utsman/Orang Kaya Megat Patan di Pahang bin
Encik Wan Ahmad/Tuan Qadhi Menteri Danageraha Habung. Encik Wan Ahmad/Tuan Qadhi
Menteri Danageraha Habung inilah ulama yang bersama Sultan Melaka yang hijrah ke Batu
Sawar, Johor, selanjutnya ke Bintan, selanjutnya ke Minangkabau, selanjutnya ke Kampar.

Beberapa orang keturunannya berpatah balik ke Johor, Pahang dan lainnya, ramai yang menjadi
pembesar. Keturunan beliau juga menjadi pembesar-pembesar dalam beberapa kerajaan Melayu,
termasuk Pontianak dan Cam yang menyatu dengan keturunan yang berasal dari Patani.

Hendaklah dikenalpasti bahawa dalam sejarah Riau terdapat dua orang tokoh yang bernama Raja
Ahmad. Seorang adalah anak Raja Haji asy-Syahidu fi Sabillilah, dan seorang lagi ialah cicitnya.
Cicit Raja Haji adalah Raja Haji Ahmad yang pertama. Peranan kedua-dua tokoh itu sama
penting, namun Raja Haji Ahmad bin Raja Haji Umar Tengku Endut tidak dibicarakan dalam
Tuhfat an-Nafis, salasilah Melayu dan Bugis dan sejarah-sejarah Riau lainnya.

Hal tersebut disebabkan sewaktu Raja Ali Haji (saudara kandung Tengku Endut) mengarang
pelbagai karyanya, Raja Haji Ahmad bin Tengku Endut masih kecil.

Raja Haji Ahmad yang pertama digelar orang Engku Haji Tua. Daripada khazanah peninggalan
keturunan beliau ada dicatatkan bahawa Raja Haji Ahmad ketika mudanya amat gemar
memancing ikan di laut. “Pada suatu masa Raja Haji Ahmad sedang memancing di laut ... (tak
dapat dibaca) berdekatan dengan sebuah pulau, di depan muka selat Tiong, maka datanglah
sebuah kapal kepunyaan orang barat. Tiba-tiba dilanggarnya sampan Raja Ahmad sampai karam.
Sebaliknya pada waktu itu Raja Ahmad dapat berpegang pada kapal orang barat itu, lalu naik ke
atas kapal tersebut. Lalu dihamuknya segala orang dalam kapal itu sehingga habis.”

Setelah orang-orang kapal itu mati maka Raja Ahmad susah pula bagaimana akan membawa
kapal itu masuk ke Tanjung Pinang sedangkan kapal itu sangat besar, tentu tidak dapat
dikayuhkan. Sedangkan dia hanya seorang diri. Pada waktu itu terbit fikirannya, “Baik aku tunda
saja kapal ini dengan sampanku supaya dapat aku bawa masuk ke Tanjung Pinang.” Maka Raja
Ahmad turun ke sampannya. Lalu dikayuhnya masuk ke selat Tiong sampai ke Pulau Bayan ... "
Selanjutnya diceritakan dari kisah di atas tergubahlah seuntai pantun:

Anak ulat di buku kayu,

Anak Belanda main teropong,

Besar daulat Raja Melayu,


Kapal ditunda dengan jongkong.

Pencetus usaha

Raja Haji Ahmad Muda adalah cucu Raja Haji Ahmad Engku Tua setelah memperhatikan banyak
kegoncangan dalam pemerintahan Riau-Lingga, telah menghadap Sultan Abdur Rahman
Mu'azzam Syah. Kata beliau kepada sultan, “Pada pandangan patik di belakang hari kaum kita
akan disingkirkan Belanda. Kita akan papa kedana.

Akibat papa kedana kaum kita Melayu boleh menukar agama daripada Islam kepada agama
Serani. (Maksudnya Nasrani atau Kristian). Patik mohon keizinan Paduka untuk membangun
satu syarikat perniagaan.” Titah baginda Sultan Abdur Rahman, “Bagaimana yang elok menurut
engkau perbuatlah ! Aku sangat-sangatlah bersetuju.” (Ucapan Raja Haji Ahmad tahun 1961 di
rumahnya Istana Laut, Pulau Penyengat).

Setelah mendapat persetujuan daripada Sultan Abdur Rahman Mu'azzam Syah, maka Raja Haji
Ahmad memanggil kaum intelektual kerajaan Riau bermusyawarat. Di antaranya ialah Raja Ali
bin Raja Muhammad Tengku Nong, Raja Haji Idris bin Tengku Endut, Raja Haji Ja'afar bin
Tengku Endut dan Raja Haji Muhammad bin Raja Ali. Dari situ mereka bersepakat untuk
mendirikan sebuah perniagaan untuk mempertinggikan imej orang Melayu Islam terutama
kerabat mereka. Sebagai langkah awal mereka membuka tanah perkebunan.

Oleh sebab tanah-tanah di sekitar Pulau Bintan kurang subur untuk perkebunan, selain tanah-
tanah itu telah dikuasai oleh tauke-tauke bangsa Cina, Raja Haji Ahmad terpaksa mengarahkan
tumpuan ke pulau-pulau yang masih kosong. Pulau-pulau tersebut ialah di kawasan Tukong
Pulau Tujuh. Dengan sebuah perahu layar dia menuju ke Pulau Midai kerana di sana telah ada
wakil sultan sejak tahun 1302 H/1883 M. Kebetulan pula wakil itu adalah saudara kandungnya,
iaitu Raja Haji Ilyas bin Tengku Endut.

Dari Pulau Midai yang kecil terpencil di Laut Cina Selatan itu bermulalah segala kegiatan
Syarkah Ahmadi Midai. Dari situ sebuah cawangan dibuka di Singapura, iaitu Mathba'ah Al-
Ahmadiah atau Al-Ahmadiah Press 101 Jalan Sultan Singapura 7. Sejarah berdirinya Syarkah
Ahmadi & Co. Midai dan cawangan Al-Ahmadiah Singapura secara jelas diceritakan oleh Raja
Haji Ahmad dalam suratnya yang bertarikh 17 Ramadan 1373 H kepada Haji Wan Abdullah bin
Haji Wan Abdur Rahman saudara sepupunya.

Beberapa perkara yang penting di antaranya saya petik, "Dan tentang pertanyaan adinda
permulaan mendirikan Ahmadiah Midai ialah kekanda tarikhkan mendirikan rumah di laut
Sabang Barat di hadapan rumah tauke Aniu. Lihatlah di dalam jurnal kekanda di Ahmadi dan
Surat Kebenaran dari Yang Dipertuan Besar Riau masih ada kekanda simpan tinggal di
Penyengat ... Maka pada masa itu berjalanlah perniagaan Ahmadi hingga kekanda dipanggil oleh
Yang Dipertuan Besar Riau kerana muafakat hendak membeli kapal yang bernama Kapal Karang
... "

Setelah Kapal Karang dibeli maka terjadilah perkongsian antara Syarikat Ahmadi dengan
Syarikat Batu Batam yang dipunyai oleh Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi. Syarikat Batu
Batam ini diuruskan oleh anaknya, Raja Ali Kelana. Syarikat ini tidak dapat bertahan lama
kerana dikhianati oleh beberapa peniaga Cina di Singapura. Walau bagaimanapun dengan
kebijaksanaan Raja Haji Ahmad dan anak saudaranya, Raja Ali bin Raja Haji Muhammad
Tengku Nong (cucu Marhum Mursyid), Ahmadi & Co. Midai tidak dapat dipermainkan oleh
peniaga-peniaga Cina di Singapura.

Raja Haji Ahmad memang diakui seorang tokoh Riau yang sangat teliti dalam bidang
pentadbiran. Dalam salah satu buku yang tersimpan di Ahmadi & Co. Midai telah ditemui tulisan
ini. “Pada 10 Syaaban 1324 H bersamaan 17 September 1906 M dimulai membuka kedai di
Pulau Midai, Sabang Barat”.

Sewaktu Raja Haji Ahmad berada di Mekah hubungan komunikasi surat-menyurat antara beliau
dengan Raja Ali bin Raja Muhammad Tengku Nong tidak pernah terputus. Dalam surat Raja Ali
yang bertarikh 28 Rejab 1332 nombor 19 dan 92 kepada Raja Haji Ahmad di Mekah ada
dinyatakan bahawa syarikat Ahmadi akan mengembangkan perniagaannya. Raja Haji Ahmad
bersetuju. “Syahdan adapun muafakat Paduka anakanda hendak membesarkan perniagaan
Ahmadiah, dihamburkan modalnya di Pulau Tujuh hingga ke Singapura, maka pekerjaan itulah
seelok-elok pekerjaan menurut peraturan orang-orang Eropah membesarkan pekerjaan dengan
muafakat. Maka sangatlah ayahanda perkenan akan muafakat itu ...”

Setelah Raja Ali mendapat persetujuan Raja Haji Ahmad, dengan Akta Midai, 1 Syaaban 1333 H
bersamaan 14 Jun 1915 M maka rasmilah pembukaan cawangan Ahmadiah Pulau Tujuh-
Singapura yang berpejabat di Palembang Road No. 18B, Singapura. Cawangan itu kemudiannya
berpindah ke Minto Road No. 50.

Cawangan ini berfungsi menguruskan hasil bumi dan hasil laut yang datang dari Pulau Tujuh,
Sumatera dan Malaya. Dengan memakai tanda Syarikat Ahmadi & Co. Midai cawangan
Singapura, syarikat tersebut melakukan kegiatan eksport hasil bumi dan hasil laut ke benua
Eropah. Selain itu syarikat itu juga mengimport barangan dari Eropah, India dan Cina ke
Singapura.

Pendek kata, Ahmadiah cawangan Singapura adalah sebagai lambang kemampuan bangsa
Melayu dalam bidang perdagangan pada zaman itu. Pada hari Jumaat 20 Rabiulawal 1339 H
bersamaan 3 Disember 1920 M muafakat pula mendirikan percetakan terkenal dengan nama
Mathba’ah Al-Ahmadiah atau Al-Ahmadiah Press 101 Jalan Sultan Singapura.

Sejarah menuntut ilmu


* Raja Haji Ahmad menyerahkan pimpinan Syarkah Ahmadi & Co. Midai kepada Raja Ali (cucu
Marhum Mursyid) pada 1914 untuk mendalami pelbagai bidang ilmu.

* Di Mekah - berguru dengan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Daud bin
Mushthafa al-Fathani (ilmu keislaman)

* Beliau belajar ilmu al-Quran daripada Syeikh Abdullah bin Qasim Senggora.

* Pernah mengembara ke beberapa negeri di Asia Barat serta mengunjungi Calcutta dan Bombay
di India.

* Beliau juga adalah pengasas syarikat Ahmadi & Co. Midai pada 10 Syaaban 1324 H bersamaan
17 September 1906 di Pulau Midai, Sabang Barat.

Sumber: Utusan
Posted by Syafrein Effendiuz at 6:33 PM 0 comments http://www.blogger.com/email-
post.g?blogID=10324486&postID=4236414047420693436

http://www.blogger.com/email-
post.g?blogID=10324486&postID=4236414047420693436http://www.blogger.com/post-
edit.g?blogID=10324486&postID=4236414047420693436

http://www.blogger.com/post-
edit.g?blogID=10324486&postID=4236414047420693436
Labels: al-ahmadiah, penyengat, raja ahmad, riau
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Kategori
Aktivis (1)
al-ahmadiah (1)
helen keller (1)
Penulis (1)
penyengat (1)
raja ahmad (1)
riau (1)
ulamak (2)
http://www.blogger.com/rearrange?blogID=10324486&widgetType=Label&widgetId=Label1&a

ction=editWidget
http://www.blogger.com/rearrange?blogID=10324486&widgetType=Label&widgetId=Label1&a
ction=editWidget
1online
58045 hits since 9 April 2005.
Who Links Here
http://www.blogger.com/rearrange?blogID=10324486&widgetType=HTML&widgetId=HTML1

&action=editWidget
http://www.blogger.com/rearrange?blogID=10324486&widgetType=HTML&widgetId=HTML1
&action=editWidget

Links
Catatan Sekilas
Akhbar & Majalah
Perkawinan
Riau.cc
Dompas.net
http://www.blogger.com/rearrange?blogID=10324486&widgetType=LinkList&widgetId=LinkLi

st1&action=editWidget
http://www.blogger.com/rearrange?blogID=10324486&widgetType=LinkList&widgetId=LinkLi
st1&action=editWidget
tokoh profile
Seven books written on state’s history
Malaysia Star
- Jul 05, 2008
- Jul 05, 2008
Among the books are Pejuang Terbilang Johor (2002), Tokoh Ternama Johor (2003), Pengukir
Nama Johor (2004) and Pengemudi Bahtera Merdeka Johor (2007). ...
clipped from Google - 8/2008
Dr Ismail Ibrahim Wins Islamic Media Award
Bernama
, Malaysia
- Jul 24, 2008
- Jul 24, 2008
Dr Ismail,71, who was awarded the Tokoh Maal Hijrah Award in 2002, previously had also been
the head of the Abdullah Fahim chair at Universiti Kebangsaan ...
clipped from Google - 8/2008
Express, OCDN win accolades in all language categories
Daily Express
, Malaysia
- Jul 27, 2008
- Jul 27, 2008
Now involved in Sabah Vfm (English), she has also come up with health programmes for women
such as "Health Tips" and interviewed tokoh wanita, ...
clipped from Google - 8/2008
Mercs for use by state's guests only, says PM
New Straits Times
, Malaysia
- Jul 26, 2008
- Jul 26, 2008
... is Halal Industry Development Corporation chairman and Universiti Putra Malaysia board of
directors' chairman, won the "Tokoh Akademik Negara" award. ...
clipped from Google - 8/2008
powered by
http://www.blogger.com/rearrange?blogID=10324486&widgetType=NewsBar&widgetId=News

Bar1&action=editWidget
http://www.blogger.com/rearrange?blogID=10324486&widgetType=NewsBar&widgetId=News
Bar1&action=editWidget

Blog Archive
▼ 2008 (1)
▼ March (1)
Keluarbiasaan Helen Keller
► 2007 (4)
► July (1)
Saiyid Ali Nurul Alam
► June (1)
Saiyid Jamaluddin al-Kubra datuk nenek ulama Melay...
► April (1)
Raja Ahmad Riau pengasas ‘al-Ahmadiah’ di Singapur...
► January (1)
Ann Wan Seng puas menyumbang untuk masyarakat
► 2005 (29)
► November (2)
Ibnu Tufail: Pakar ilmu hukum, perubatan
Peter F. Drucker: Pemikir besar pengurusan
► October (4)
Al-Khawarizmi perkenal algebra, pakar aritmetik
Mimar Sinan: jurutera pencahayaan, akustik kubah d...
Kiyai Muhammad Shalih al-Fathani - Ahli falak Nusa...
Al-Jazari perintis ilmu mekanikal, kejuruteraan mo...
► September (4)
Ibnu Khaldun rintis ilmu sosiologi moden
Jabir Ibnu Hayyan: Bapa Kimia Dunia
Ghazali beri nama Malaysia
Al-Idrisi: pencipta glob dunia
► August (2)
Abdullah Gymnastiar
Achmad Albar, Sang Ikon
► July (3)
Imam Muhammad Dahlan: Ulama Jawa termasyhur di Sel...
Akbar Tandjung : Dunia Politik Sudah Mendarah Dagi...
JINS SHAMSUDDIN
► June (1)
HAMKA ((1908-1981)): Ulama yang satrawan
► May (2)
Raja Ali Haji: Ulama dan Intelektual Melayu
Ahmad Nawab: Jatuh bangun bersama muzik
► April (2)
Syeikh Abdul Wahhab Rokan - Mursyid tarekat yang b...
Paus Yohanes Paulus II (1920 - 2005)
► March (2)
Tok Wan Din al-Fathani
Kiyai Muhammad Saleh Darat
► February (3)
Pangeran Charles: Tragedi sebuah cinta
Ahmad Wahib: Sekali Berarti Sudah itu Mati
Syeikh Nawawi al-Bantani
► January (4)
Sharifah Mazlina
Raja Haji Abdullah
Bing Slamet
Syeikh Ahmad al-Fathani
http://www.blogger.com/rearrange?blogID=10324486&widgetType=BlogArchive&widgetId=Bl

ogArchive1&action=editWidget
http://www.blogger.com/rearrange?blogID=10324486&widgetType=BlogArchive&widgetId=Bl
ogArchive1&action=editWidget
@import url( "http://www.google.com/uds/css/gsearch.css" ); @import url(
"http://www.google.com/uds/solutions/newsbar/gsnewsbar.css" );