Anda di halaman 1dari 14

PRINSIP PENYAMANAN UDARA

Penyamanan udara yang lengkap melibatkan proses pemanasan, penyejukan, pelembapan,


pengeringan, kitaran, dan pembersihan udara. Memandangkan Malaysia adalah sebuah Negara yang
mengalami musim panas sepanjang tahun, maka pemprosesan pemanasan dan pengeringan tidak perlu
dipertimbangkan. Penyamanan udara merupakan proses parawatan dan pengawalan udara pada
sesuatu ruang tertentu (ruang tertutup). Rawatan yang dimaksudkan adalah dari segi mekanikal yang
mana berkaitan dengan aktiviti pengawalan suhu, kelembapan, kebersihan pengagihan udara dan
permbaharuan udara.

PERBEZAAN SISTEM PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA

Penyaman udara

Merupakan aplikasi bagi sistem penyejukan iaitu sebagai sebuah kawalan bagi sistem pergerakan
udara, kadar kelembapan perubahan suhu dan kebersihan pada sebuah ruang yang tertentu.

Sistem penyejukan
Asas pemampatan wap dibentuk untuk menyejuk persekitaran melalui pendedahannya kepada satu
cecair didih yang sejuk.Ianya jugaMerupakan sistem yang diperlukan bagi menghasilkan suhu bagi
sesuatu ruang.

PRINSIP ASAS TEKNOLOGI PENYAMANAN UDARA

KAITAN ALKOHOL DENGAN BADAN MANUSIA

Di peringkat awal teknologi penyamanan udara dicipta, satu eksperimen telah dilakukan terhadap kulit
manusia iaitu dengan menitikkan setitis alkohol pada kulit. Kulit akan menjadi sejuk kerana alkohol
termeluwap dan menyerap haba daripadanya. Seperti yang kita tahu, haba bergerak daripada suhu
panas kepada suhu sejuk, maka suhu alkohol yang sejuk itu akan menyebabkan suhu badan manusia
yang panas mengalir ke arahnya. Ini dinamakan keseimbangan terma dimana proses pengaliran haba
antara dua objek. Sistem penyamanan udara ataupun sistem penyejukan telah menggunakan prinsip ini
dalam memperkemaskan teknologinya.

KAITAN ALKOHOL DENGAN BILIK DAN PENYAMANAN YANG BERTERUSAN

Sekiranya alkohol diletakkan di dalam bilik, suhu udara di dalam bilik itu akan menjadi sejuk. Ini
adalah kerana alkohol akan termeluwap dam menyerap haba di dalam bilik tersebut. Bagaimanapun
alkohol akan berkurangan dan hilang melalui proses pemeluwapan. Suhu dalam bilik menjadi kurang
sejuk kerana alkohol yang termeluwap itu tidak dibantu oleh kipas bagi mengedarkan suhu ke seluruh
bilik. Alkohol yang termeluwap akan hilang dan alkohol di dalam bekas akan ke habisan. Sekiranya
alkohol yang termeluwap dapat dikembalikan menjadi cecair dan proses penyejukan tidak dapat
diteruskan. Walau bagaimanapun sekiranya alkohol digunakan, terdapat beberapa masalah yang akan
timbul, antaranya ialah alkohol boleh menjadi punca kebakaran kerana ia merupakan bahan yang
mudah terbakar dan berbahaya dan kawalan pemindahan haba bagi alkohol di dalam bilik adalah
sukar.

PENGGUNAAN ALKOHOL DIGANTIKAN DENGAN BAHAN PENDINGIN

Untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul akibat daripada penggunaan alkohol, sejenis bahan
yang selamat dan lebih berkesan dari penyejukannya telah di gunakan. Bahan kimia tersebut
dinamakan diklorodifluorometana (dichlorodifluoromethane) atau R 12 dan monoklorodifluorometana
(monochlorodifluomethane) atau R 22. Kedua- dua bahan pendingin ini adalah amat sesuai dan
selamat di gunakan untuk menggantikan alkohol. Bahan pendingin ini juga boleh dimampatkan
kepada tekanan yang lebih tinggi dan keupayaannya menyerap haba adalah lebih baik. Oleh sebab itu,
bahan pendingin ini terus digunakan dalam teknologi penyamanan udara pada masa kini.

BAHAN PENDINGIN

Bahan pendingin digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara sebagai penyerap haba
di dalam penyejat dan menyingkirkan haba tersebut di dalam pemeluwap. Di dalam penyejat, bahan
pendingin bertukar bentuk daripada cecair sejuk kepada gas sejuk dalam keadaan tekanan rendah. Di
dalam pemeluwap pula, setelah haba disingkirkan, bahan pendingin akan bertukar bentuk daripada gas
panas kepada cecair panas dalam keadaan tekanan tinggi.
Nama- nama lain bagi bahan pendingin adalah refrigerant, Freon, fron , genetron, isotron, dan neon.
Nama- nama ini digunakan berdasarkan Negara- Negara yang menggunakannya.

FUNGSI BAHAN PENDINGIN

Bahan pendingin merupakan bahan yang mudah mendidih pada tekanan yang rendah. Oleh sebab itu,
bahan ini dicipta supaya ia berfungsi semata- mata untuk menyerap haba. Takat didih bahan pendingin
berbeza- beza antara satu jenis dengan jenis yang lain, oleh itu penggunaannya juga berbeza-beza
antara satu sistem dengan sistem yang lain sama ada secara komersial ataupun domestik.

SIFAT-SIFAT BAHAN PENDINGIN

Cecair yang digunakan untuk bahan pendingin mestilah mempunyai sifst-sifat seperti yang berikut:

o Tidak beracun
o Tidak meletup
o Tidak berkarat atau menghakis
o Tidak mudah terbakar
o Mudah mengesan sesuatu kebocoran
o Boleh beroperasi pada tekanan yang rendah
o Merupakan gas yang stabil
o Bahagian- bahagian yang dilalui oleh bahan pendingin mestilah mudah dilincirkan.
o Tidak berbau tengik.
o Mempunyai isipadu cecair yang tinggi.
o Mempunyai haba pendam yang tinggi untuk menyerap haba.
o Mempunyai isipadu gas yang rendah untuk mengurangkan sesaran pemampat.
o Perbezaan tekanan tinggi dan rendah mestilah kecil untuk meningggikan keupayaan
mampatan.
Sifat-sifat di atas hendaklah diambil kira untuk memilih bahan pendingin yang baik bagi sistem
penyejukan dan penyamanan udara.

JENIS-JENIS BAHAN PENDINGIN

Terdapat beribu-ribu jenis bahan pendingin yang dicipta dan digunakan dalam proses penyejukan dan
penyamanan udara. Pada kebiasaannya symbol R digunakan bagi menunjukkan jenis bahan pendingin
yang terdapat di seluruh dunia. Jenis bahan pendingin dinyatakan dengan nombor disamping simbol
tersebut

SIMBOL NAMA KIMIA FORMULA KIMIA

R 11 Trikloromonofluorometana CCl3F
R 12 Diklorodifluorometana CCl2F2
R 21 Dikloromonofluorometana CHCl2F
R 22 Monoklorodifluorometana CHClF2
R 40 Metilklorida CH3Cl

R 500 Campuran azeotropik


R 12 + R 15a CCl2F2 + CH3CHF2
( 73.8% + 26.2%)

R 502 Campuran azeotropik


R 11 + R 115 CCl2F + CClF2CF3
(48.8% + 51.2%)

R 717 Ammonia NH3


R 718 Air H2O
R 744 Karbon dioksida CO2
R 764 Sulfur dioksida SO2

Terdapat 3 kumpulan bahan pendingin:


a) Kumpulan 1- bahan pendingin paling selamat
Contoh: R 11, R 12, R 22, R 500, R 502, R 718, R 744

b) Kumpulan 2 – bahan pendinginyang beracun atau tengik


Contoh: R 717, R 40, R 764, R 1130 (dikloroetana)

c) Kumpulan 3 – bahan pendingin yang mudah terbakar


Contoh : R 600 (butane – C4H10)
R 290 (propane – C3H3)

SISTEM PENYEJUKAN ASAS

Sebelum suatu kitar penyejukan dihasilkan, beberapa ujian perlu dijalankan untuk memastikan bahan
pendingin dapat berfungsi sepenuhnya.

PERINGKAT-PERINGKAT KITAR PENYEJUKAN ASAS

1. Injap mengawal aliran bahan pendingin. Bahan pendingin masih terbuang.


2. Lingkaran penyejat yang dibuat daripada tiub tembaga digunakan untuk proses penyejukan
dan bahan pendingin masih lagi terbuang.
3. Untuk proses penyejukan yang lebih efektif, sirip diletakkan pada permukaan penyejat.
4. Kipas diletakkan pada penyejat untuk proses penyejukan yang lebih cepat. Tiada penambahan
komponen untuk peringkat ini.
5. Kitar ujian dilengkapkan dengan menyambungkan tiub dari penyejat masuk ke tangki bahan
pendingin tetapi haba yang diserap tidak dapat dibuang dan dimasukkan semula ke dalam tangki
bahan pendingin.
6. Pemampat diletakkan pada kitaran ujian untuk memampatkan haba dan bahan pendingin.
haba yang diserap dan dimampatkan tidak dapat di singkirkan.
7. Pemeluwap diletakkan untuk melengkapkan kitar ujian ini sebagai asas dalam sistem
penyejukan dan penyamanan udara. Kipas yang diletakkan pada kedua-dua penyejat dan
pemeluwap berfungsi untuk proses penyerapan dan penyingkiran haba.

KOMPONEN DALAM KITAR PENYEJUKAN ASAS

Di dalam kitar penyejukan asas, terdapat beberapa komponen- komponen asas. Antaranya ialah:

a. Pemampat

o Pemampat merupakan komponen yang terpenting dalam kitar penyejukan. Digunakan untuk
proses mampatan haba dan bahan pendingin kepada tekanan tinggi.
o Terdapat empat jenis atau kelas pemampat yang digunakan pada masa kini:
o Pemampat salingan
o Pemampat putar
o Pemampat empar
o Pemampat skru

b. Penyejat

o Satu komponen dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara yang digunakan untuk
proses penyerapan haba dan menghasilkan kesejukan pada ruang atau bilik. Terdapat nama-nama
lain bagi penyejat iaitu gelung penyejuk, unit penyejuk, gelung pembeku dan penyejuk cecair.
o Terdapat 2 jenis penyejat:
o Penyejat jenis pengembangan kering
o Penyejat jenis banjir

c. Pemeluwap

o Pemeluwap merupakan komponen pembuangan haba yang diserap di dalam penyejat dan
dimampatkan di dalam pemampat. Haba disingkirkan ke dalam satu medium di luar system
penyejukan atau penyamanan udara. Dengan penyingkiran haba, wap bahan pendingin, wap
bahan pendingin yang panas akan bertukar kepada cecair panas.
o Terdapat 3 jenis pemeluwap yang biasa digunakan:
o Pemeluwap dingin-udara
o Pemeluwap dingin-air
o Pemeluwap bersejat

d. Injap pengembang atau peranti permeteran

o Komponen ini digunakan untuk mengawal kadar aliran bahan pendingin dalam kitar
penyejukan. Bahan pendingin dalam keadaan cecair bertekanan tinggi perlu dikurangkan
tekanannya agar kuantiti sebenar operasi pada takat maksimum keupayaan sistem dapat dicapai
tanpa beban berlebihan di dalam pemampat.
o Terdapat enam jenis peranti permeteran:
o Injap pengembang thermostat
o Injap pengembang automatik
o Tiub rerambut
o Injap apung bahagian rendah
o Injap apung bahagian tinggi
o Injap tangan

e. Tangki simpanan atau penerima


o Digunakan sebagai tempat penyimpanan sementara bahan pendingin sebelum mengalir masuk
ke dalam injap pengembang

TEKNOLOGI HIJAU
  
1. Apakah maksud ‘teknologi hijau’?

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara


sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti
manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra
alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan
teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air
dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk.
Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada
pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk
membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan
Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada
peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan.
Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep
pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan
yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan
keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab
untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya
menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang
lebih baik dari sekarang

Perlu komited bangunkan teknologi hijau - PM


  
PUTRAJAYA 26 Jan. - Malaysia perlu komited membangunkan teknologi
hijau dan sumber tenaga diperbaharui dalam usaha menjadi antara
negara maju pada abad ke 21, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,semua pihak mesti sedar


hakikat kebergantungan secara berlebihan ke atas bahan api fosil
bukanlah merupakan pembangunan secara mapan.

Beliau berkata, malah ia juga menyebabkan kesan perubahan iklim dan


pemanasan global yang semakin serius.
"Mana-mana negara yang menguasai penggunaan dan aplikasi tekonologi
hijau serta sumber tenaga diperbaharui akan menjadi pemenang dalam
abad ke-21.

"Ini bukan sesuatu pilihan tetapi ia ialah realiti dan semua negara,
termasuklah Malaysia mesti ambil langkah sewajarnya ke arah itu,"
katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Skim Pembiayaan


Teknologi Hijau (GTFS) di sini, hari ini.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani


memorandum antara Kementerian Kewangan dan Credit Guarantee
Corporation (CGC).

Terdahulu, Najib mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Mesyuarat


Teknologi Hijau Negara (MTH) yang ditubuhkan pada Julai tahun lepas.

Sehubungan itu, Najib berkata, Malaysia memberi komitmen penuh untuk


melindungi alam sekitar negara ini yang unik dan berharga untuk
generasi akan datang.

"Malaysia sedar ancaman perubahan iklim dan pemanasan global itu dan
dalam jangka masa panjang, jika kita tidak melakukan apa-apa untuk
menangani isu itu, maka kesannya adalah serius.

"Strategi Malaysia menumpukan kepada usaha untuk mengurangkan


pelepasan karbon sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020 dan pada
masa yang sama, membuat pelaburan dalam teknologi hijau," katanya.

Najib berkata, bagi skim GTFS itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak


RM1.5 bilion bagi menggalakkan pelaburan dalam teknologi hijau,
pembangunan hijau dan inovasi.

Beliau berkata, di bawah GTFS, kerajaan akan menanggung kadar faedah


sebanyak dua peratus serta menyediakan jaminan untuk 60 peratus
daripada jumlah pinjaman yang dipohon dan baki 40 peratus lagi akan
ditanggung oleh pihak bank.
''Skim tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan
186 syarikat telah memberi maklum balas sejak ia dilancarkan 1 Januari
lalu," katanya.

(dipetik daripada UTUSAN MALAYISIA ONLINE)

Teknologi hijau
  
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains
alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan
mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Pembangunan mampan adalah
teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu
mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. 

Bidang tumpuan teknologi hijau


Antara contoh bidang tumpuan teknologi hijau adalah:

* Tenaga: Isu penting dalam teknologi hijau dan ini termasuk


pembangunan bahan bakar alternatif atau tenaga boleh diperbaharui.

* Bangunan hijau: Bidang ini merangkumi semuanya daripada pilihan


bahan bangunan kepada lokasi bangunan.

* Nanoteknologi hijau: Nanoteknologi melibatkan manipulasi bahan pada


skala nanometer atau satu per bilion meter. Nanoteknologi hijau adalah
aplikasi teknologi hijau dalam bidang nanoteknologi.

* Alamtologi: Suatu teknologi yang jelas mengikut fitrah alam semulajadi.


Ianya dikembangkan mengikut kepada susunan yang lebih teratur

TEKNOLOGI HIJAU
  
Objektif

* Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam


masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
* Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan
meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
* Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan
Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di
persana antarabangsa;
* Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar
untuk generasi akan datang; dan
* Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap
Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau

Guna teknologi hijau


  
KUALA LUMPUR 16 Jun - Para pemilik bangunan di negara ini disaran
menggunakan teknologi hijau bagimeminimumkan penggunaan tenaga
elektrik.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon


berkata, pembangunan bercirikan teknologi hijau boleh mendatangkan
manfaat dan pulangan keuntungan.

"Penggunaan penyaman udara yang menggunakan teknologi hijau di


bangunan mereka akan mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara
yang menyebabkan fenomena perubahan iklim dunia.

"Pemilik bangunan memainkan peranan utama dalam membantu


mengurangkan 40 peratus pelepasan karbon di udara. Penggunaan
penyaman udara teknologi hijau menjimatkan penggunaan tenaga
elektrik sebanyak 10 hingga 20 peratus dan penjimatan penggunaan air
dalam usaha menyejukkan bangunan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan


Teknologi Penyaman Udara, Pengudaraan dan Penyejukan Kebangsaan
Serantau Ketiga selama tiga hari di sini yang bermula hari ini.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Penyaman Udara dan Pengudaraan


Malaysia, Ricky Yaw.

Pelaksanaan pembangunan Teknologi Hijau adalah antara perkara yang


terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) seperti
dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan
Rakyat baru-baru ini

Dalam pada itu, Noriah berkata, teknologi hijau merupakan penyumbang


terhadap usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia peneraju teknologi
itu di dunia.

"Menjelang 2020, Malaysia tidak boleh bergantung penggunaan tenaga


mahir manusia secara intensif sebaliknya berubah kepada penggunaan
teknologi hijau seperti pengurangan karbon yang diguna pakai pelbagai
negara bagi mengatasi isu tenaga dan alam sekitar.

"Ia dapat membantu meningkatkan produktiviti sumber semula


jadi dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk merawat setiap
pencemaran yang berlaku," katanya

Teras strategik Teknologi Hijau


  leeyoong_U6B on Tue Aug 03, 2010 5:31 pm
i) Teras Strategik 1
Mengukuhkan kerangka institusi
Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau,
penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan
aplikasi Teknologi Hijau melalui:

* Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana


Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat
tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak
berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;

* Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan


oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;

* Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan


melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;

* Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk


mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan
matlamatnya; dan

* Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui


peranan dan tanggungjawab masing-masing.

ii) Teras Strategik 2


Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang
Kondusif
Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor
pembuatan atau perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif
Dasar Teknologi Hijau. Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi
pasaran setempat dan global, menyediakan peluang pekerjaan, dan
meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui:
*Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan
disokong oleh langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu
peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan
matlamatnya;

*Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri


Teknologi Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui
pelbagai program peningkatan industri;

*Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi


Hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan
(DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan;

*Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia,


yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama;
dan

*Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.

iii) Teras Strategik 3 


Memperkukuh Pembangunan Modal Insan dalam Teknologi Hijau
Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat
penting untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui;
Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi
meningkatkan kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi
Hijau;

oBantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan


Teknologi Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;

oProgram melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan


kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi
keperluan industri Teknologi Hijau;

oPenyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang


cekap dalam bidang Teknologi Hijau; dan

oPengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran


tempatan dalam sektor Teknologi Hijau.

TEKNOLOGI HIJAU

iv) Teras Strategik 4


Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat
penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang
dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan
penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan
ditingkatkan melalui:

* Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam
RDIC;

* Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;

* Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat


kecemerlangan atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan
Teknologi Hijau;

* Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat


penyelidikan;dan,

* Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan


tempatan dan serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam
RDI Teknologi Hijau.

v) Teras Strategik 5
Promosi dan Kesedaran Awam
Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama
yang mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini
penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran
masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah:

o Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat


melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran
awam dalam Teknologi Hijau;

o Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak


berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;

o Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar


pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran
yang efektif;

o Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau;


dan

o Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan


entiti yang berhubung dengan kerajaan