Anda di halaman 1dari 147

DEFINISI KEBUDAYAAN

Definisi “budaya”
Budaya atau kebudayaan berasal
dari bahasa Sanskrit iaitu buddhayah,
yang merupakan bentuk jamak dari
buddhi (budi atau akal) dimaksudkan
sebagai hal-hal yang berkaitan
dengan budi dan akal manusia.
Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan
disebut culture, yang berasal dari kata
Latin Colere, iaitu mengolah atau
mengerjakan.
Diertikan juga sebagai mengolah
tanah atau bertani.
Kata culture juga diterjemahkan
sebagai "kultur" dalam bahasa
Indonesia.
 Melville J. Herskovits dan Bronislaw
Malinowski mengemukakan bahawa
segala yang terdapat dalam masyarakat
ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki
oleh masyarakat itu sendiri.
 Istilah untuk pendapat itu adalah Cultural-
Determinism.
 Herskovits memandang kebudayaan
sebagai sesuatu yang turun temurun dari
satu generasi ke generasi yang lain, yang
kemudian disebut sebagai superorganic.
KEBUDAYAAN
Keseluruhan cara hidup manusia,
termasuk pengetahuan, kesenian,
kelengkapan hidup, sistem ekonomi
dan kemasyarakatan, bahasa dan
adat istiadat
Segala kelakuan manusia yang tidak
statik tetapi dinamik
Kebudayaan akan mengalami
perubahan menurut perkembangan
pemikiran manusia dan persekitaran
Kebudayaan penting dalam proses
pembentukan dan pembangunan
Negara seperti Malaysia
Budaya berupaya mencerminkan
keperibadian dan identiti sesuatu
bangsa.
Budaya dapat mengatur hubungan
baik antara anggota masyarakat di
Malaysia
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis
masyarakat dengan adat kebudayaan
tersendiri.
Yang diimpikan ialah kewujudan
kesepaduan yang mencakupi batas
masyarakat & budaya yang pelbagai
Budaya satu fenomena sejarah;
dicipta & disebarkan melalui proses
difusi
Proses ini bermakna sesuatu unsur
yang baik, konkrit & abstrak diserap
dlm kelompok yang lain lalu diterima
Unsur & nilai itu disesuaikan untuk
penggunaan di tempat lain & diserapi
dalam sistem hidup yang sedia ada
Nilai ini mungkin berkembang
menurut sejarah yang tersendiri
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

1. Berteraskan kebudayaan rantau ini


2. Mengambil unsur kebudayaan lain
3. Islam sebagai landasan
4. Dapat diterima oleh kaum lain
Berteraskan Kebudayaan Rantau Ini

• Rantau ini ialah Malaysia, Indonesia,


Singapura, Filipina, Brunei, Thailand,
Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik
(Polinesia, Melanesia dan Oceania) sehingga
ke Barat Madagaskar.
• Penduduknya ialah rumpun Melayu
• Rantau ini pusat perkembangan warisan
kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman
seperti pada zaman kegemilangan Melaka. BM
sebagai lingua franca.
• Kebudayaan rantau ini digambarkan oleh
persamaan dalam bidang bahasa
berasaskan keluarga Melayu-Austronesia,
kedudukan geografi, peristiwa sejarah,
kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai
keperibadian
• Kini, kebudayaan Melayu merupakan satu
identiti, cara hidup dan asas ukuran
keperibadian kepada lebih 200 juta umat
manusia dalam rumpun yang sama.
• Berdasarkan hakikat inilah Kebudayaan
Melayu sebagai kebudayaan rakyat asal
rantau ini dan telah dijadikan
kebudayaan kebangsaan
• Dalam lingkungan budaya nasional
terdapat budaya-budaya sukuan yg
homogenous.
• Kumpulan etnik mempunyai budaya
tertentu.
• Budaya Melayu dijadikan teras budaya
nasional disebabkan sifat budaya itu
sendiri sebagai suatu kesinambungan
tradisi
• Budaya bersifat simbolik. Cth: Keris
bermakna simbolik lambang kemegahan,
kepahlawanan dan keagungan bangsa
Melayu
Mengambil Unsur Kebudayaan Lain
• Kebudayaan bersifat dinamik. Ia selalu
melalui proses penyerapan dan
penyesuaian secara terus menerus.
• Keadaan ini berlaku sesuai dengan
situasi penduduk yang berbilang kaum
yang mengamal dan mewarisi pelbagai
budaya
• Unsur & ciri budaya Cina, India, Arab dan
Barat wajar dipertimbangkan untuk
dserapkan ke dalam pembentukan
kebudayaan ini
• Pertimbangan yang wajar harus diberikan
terhadap unsur- unsur budaya yang
sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat
tempatan dan tidak mewujudkan sebarang
percanggahan dgn undang-undang
tertinggi negara iaitu Perlembagaan
Malaysia dan prinsip Rukun Negara
• Kepentingan nasional, asas-asas moral
dan kerohanian sejagat serta agama
Islam tidak tergugat dalam penyerapan
budaya- budaya luar dalam kebudayaan
kebangsaan.
• Cth: Dasar Pandang Ke Timur
• Unsur- unsur baik diserapkan ke dalam
matlamat dan cara hidup kita sendiri
Islam Sebagai Landasan

• Ia dilandaskan kepada kehadiran Islam


yang awal ke rantau ini dan telah
melahirkan intelektual dan pusat
perkembangan agama di Tanah Melayu
• Islam mengajak kita berakhlak dan
berperibadi mulia dan merupakan asas
penting dalam menegak satu institusi
budaya yang boleh diterima semua
masyarakat
• Mengajar manusia supaya bijak membuat
pertimbangan dan membuat pengisian
secara fizikal dan mental
• Sedia menerima unsur-unsur asing yang
bersifat baik sebagai budaya kebangsaan
• Islam dijadikan agama rasmi negara
berlandaskan sifatnya yang universal itu.
• Dengan yang demikian, Malaysia
berperanan besar dalam pengembangan
Islam melalui institusi keilmuan seperti
kolej dan universiti di rantau ini.
• Agama lain diberi kebebasan untuk
diamalkan dan tiada halangan dan
sekatan
Dapat Diterima Oleh Semua Kaum
• Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan
teras pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
di samping Agama Islam sebagai landasan
penting yang harus diambil kira
• Pengambilan unsur- unsur kebudayaan lain
yang sesuai dan tidak bercanggah dgn
kebudayaan & undang-undang tempatan serta
dapat diterima oleh semua kaum yang ada
menjadi tunjang kepada pembentukan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
• Kebudayaan kebangsaan haruslah:

• Difahami, diterima dan dipraktik oleh semua


kaum di Malaysia
• Dapat menonjolkan identiti bangsa
• Dapat mempamerkan keperibadian rakyat
Malaysia
OBJEKTIF KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Mengukuhkan dan mempertingkatkan


kualiti kehidupan manusia
Melahirkan peribadi dan identiti
Malaysia
Meningkatkan perpaduan bangsa dan
negara
Kestabilan politik, ekonomi dan
budaya
Mengukuhkan dan Mempertingkatkan Kehidupan
Manusia

• Membentuk negara maju yg berupaya


menjana penguasaan ilmu, kecekapan dan
bermoral tinggi
• Meningkat kualiti hidup yang seimbang dari
segi fizikal dan spiritual
• Keseimbangan dari segi penguasaan ekonomi
antara bumiputera dan bukan bumiputera
• Transformasi pembangunan yang menyeluruh
dan pelbagai (perindustrian dan pertanian
moden)
Melahirkan Peribadi dan Identiti Malaysia

• Meletakkan kepentingan negara sebagai


keutamaan daripada kepentingan kesukuan
dan perkauman
• Mengubah corak politik perkauman kpd politik
pelbagai kaum utk menghindar percakaran
kaum (spt. 13 Mei)
• Melahirkan masyarakat dari acuan yg sama
dari segi pemikiran, cara hidup, tindakan dan
dapat membentuk keperibadian dan identiti
kebangsaan yang unggul
Meningkat Perpaduan Bangsa dan
Negara
• Satu negara berdaulat dan rakyatnya tidak
dapat diidentifikasikan melalui kaum
• Mewujudkan satu pemikiran terhadap
kewujudan satu negara dan satu bangsa
• Proses kebudayaan kebangsaan menuntut kita
melihat kpd persamaan-persamaan dan
bukan perbezaan-perbezaan.
• Perpaduan kaum akan lahir apabila kita nilai-
nilai dikongsikan bersama.
Kestabilan Politik, Ekonomi dan Budaya

• Pencapaian kebudayaan tinggi akan


melahirkan peradaban bangsa
• Peradaban bangsa ditentukan oleh
kesimbangan politik, ekonomi dan sosial
• Pelaku utama kepada pembinaan
tamadun dan kemajuan adalah rakyat
Malaysia yang berbilang kaum yang
pada satu ketika nanti akan dikenali
sebagai bangsa Malaysia.
FUNGSI KEBUDAYAAN
Fungsi Kebudayaan
i. Kebudayaan sebagai peradaban
 Secara pratikal, kebudayaan
merujuk pada benda-benda dan
aktiviti yang elit seperti memakai
baju yang berkelas, fine art, atau
mendengar muzik klasik
ii. Kebudayaan sebagai sudut pandangan umum

 Pada akhir abad ke-19, para ahli


antropologi mendifinisikan kata
kebudayaan dengan lebih luas.
 Berdasarkan teori evolusi, mereka
mengklasifikasikan bahawa setiap
manusia lahir dan berevolusi bersama,
dan dari evolusi itulah tercipta
kebudayaan.
iii. Kebudayaan sebagai mekanisme
stabilisasi

 Teori-teori yang ada kini


menganggap bahawa kebudayaan
adalah sebuah produk dari
kestabilan yang melekat dalam
tekanan evolusi.
CIRI-CIRI KEBUDAYAAN
Ciri – ciri Kebudayaan

 Menurut J.J. Hoenigman wujud


kebudayaan dibedakan menjadi
tiga:
i. Kumpulan ( wujud idea )
ii. Aktiviti ( tindakan )
iii. Artifak ( karya )
Kumpulan (Wujud idea)

 Wujud idea kebudayaan adalah


kebudayaan yang berbentuk kumpulan
nilai-nilai, norma-norma, peraturan, dan
sebagainya yang sifatnya abstrak.
 Wujud kebudayaan ini terletak dalam
pemikiran masyarakat.
AKTIVITI (TINDAKAN)
 Aktiviti adalah suatu tindakan berpola dari
manusia dalam sesebuah masyarakat.
 Sistem sosial masyarakat terdiri dari
aktiviti-aktiviti manusia yang saling
berinteraksi, mengadakan hubungan dan
bergaul dengan manusia lain menurut
pola-pola tertentu yang berdasarkan adat
dan kelakuan.
 Sifatnya konkrit, terjadi dalam kehidupan
seharian, serta dapat diamati dan
didokumentasikan.
Artifak (karya)

 Artifak wujud dari kebudayaan fizik yang


terhasil dari aktiviti, perbuatan, dan karya
semua manusia dalam masyarakat berupa
benda-benda atau hal-hal yang dapat
disentuh, dilihat, dan didokumentasikan.
 Sifatnya paling konkrit diantara ketiga-tiga
ciri kebudayaan.
CONTOH KEBUDAYAAN
MELAYU
ADAT KELAHIRAN BAYI
Pantang larang semasa
mengandung
 Bayi dalam kandungan banyak dipengaruhi oleh
alam sekeliling
 Dilarang melihat sesuatu yg mengerikan takut
menyerupai benda yg dilihat `kenan’ atau `badi’
 Mereka menjadi buruan mahluk halus utk
menyedut darah (jangan keluar rumah waktu
senja/malam)
 Jangan minum air kelapa atau makan nenas –
keguguran
 Gemar duduk di tengah tangga – sukar
melahirkan bayi
 Jangan terlalu kerap tidur – anak akan
membesar (sukar bersalin)
 Jangan mandi waktu senja – anak akan
kembar air ( akan mengeluarkan air yg
banyak ketika melahirkan anak)
 Buatlah kerja sehingga selesai – mudah
bersalin
ADAT MELENGGANG PERUT
 Dilakukan apabila si ibu genap tujuh
bulan
 Dilakukan oleh Mak Bidan bertujuan
membetulkan kedudukan bayi
 Beras kunyit, buah kelapa dan
beberapa helai kain digunakan
 Ada juga bidan menggunakan telur
ayam utk melihat jantina bayi.
ADAT WAKTU BERSALIN

 Menunggu tempoh bersalin –


barang- barang keperluan bersalin
disediakan.
 Bakul mengkuang diisi dgn beras &
diletakkan kelapa yg dililit dgn
benang.
 Lilin dinyalakan di atas kelapa
tersebut.
 Mak Bidan menyambut kelahiran
bayi
 Bayi dipisahkan daripada uri
 Uri dibersihkan, diberi garam dan
ditanam
 Bayi lelaki uri ditanam di bawah
rumah dekat tiang seri – akan
menjadi harapan keluarga
 Bayi perempuan uri ditanam di pintu
gerbang – mudah dipinang orang
AZAN & QAMAT

 Selesai dibersihkan, diberi pakaian


bersih
 Yang lelaki diazankan oleh bapanya
 Yang perempuan diqamat oleh bapanya
 Tujuan supaya bayi mendengar ayat-
ayat suci dahulu sebelum mendengar
bunyi2 lain di dunia.
 Ini juga akan menanamkan sikap
keagamaan kepada bayi tersebut.
ADAT BERCUKUR

 Bercukur atau potong jambul selepas


berusia 40 hari
 Bayi akan dihias seperti pengantin dan
dipangku ayah atau bapa saudara
sambil hadirin berselawat ke atas nabi
 Majlis marhaban akan dilakukan
selepas itu iaitu berzikir memuji
kebesaran Allah dan Rasul.
Bayi akan diarak dan ditepung tawar
oleh beberapa orang dan rambutnya
akan digunting sehelai dua oleh ahli
marhaban yang hadir (biasanya 7
orang).
 Rambut tersebut diletakkan dalam
buah kelapa muda yang dihias
 Selepas diarak bayi tadi diletakkan di
hadapan imam untuk upcara `belah
mulut’
 Garam dan gula akan dimasukkan
sedikit ke dalam mulut bayi,
dicecahkan juga sebentuk cincin emas
di mulut bayi itu supaya rajin
mengejar kejayaan apabila dewasa
kelak.
 Rambut pun digunting seluruhnya
dgn meninggalkan sedikit jambul
di hadapan (ala orang Manchu)
 Selepas itu bayi tersebut akan
diberi nama yang sesuai mengikut
ajaran Islam (nama-nama nabi
dan para sahabat)
ADAT BERTIMBANG

 Apabila anak tersebut dilahirkan pada


bulan `Safar’ iaitu bulan yang dipercayai
banyak berlaku bencana, bayi itu akan
melalui proses bertimbang
 Ia dilakukan dalam majlis potong jambul
tadi (selesai potong jambul)
 Bayi akan diletakkan di dalam buai
yang dibuat seperti neraca.
 Dalam buai yang kosong akan
diletakkan barang keperluan dapur
supaya timbangannya seimbang
dengan bayi.
ADAT MEMIJAK TANAH
 Apabila bayi berusia lebih kurang dua
tahun upacara memijak tanah dilakukan
bertujuan membiasakan bayi tersebut dgn
tanah dan terhindar daripada bahaya dan
bencana
 Alat-alat digunakan ialah padi, beras,
bertih, kuih kering, kuih talam, kain
kasa dan benang tawar yang dialas
dengan tanah.
 Disediakan juga sekendi air dari
tujuh telaga.
 Tiga berkas daun pelepas yg dibuat
dpd daun pinang yg diletakkan dlm
tempat khas.
 Kanak-kanak tadi akan dililit
kakinya dengan benang yg dialas
tanah sambil kakinya dibasuh dgn
air dari tujuh telaga
 Kanak-kanak tadi digalak berjalan
sambil ditabur bertih dan beras
kuning.
ADAT KHATAM AL-QURAN

 Kanak-kanak berusia 5 tahun diwajibkan


belajar membaca Al-quran dan diajar
sembahyang
 Tamat 30 juzuk, akan diadakan kenduri
khatam Alquran
 Mereka dihias cantik dan kadang-kadang
diarak keliling kampung.
 Mereka duduk mengelilingi Alquran
sambil membaca ayat-ayat lazim yg
ditetapkan sambil disemak oleh
hadirin yg hadir pada majlis
tersebut
 Bunga telur disediakan utk
diberikan kepada tetamu yg hadir
 Guru Al-quran akan dihadiahkan
bunga telur khas beserta pulut
kuning dan hadiah-hadiah yang lain.
 Selepas itu jamuan akan
dihidangkan (biasanya selepas
majlis doa selamat atau marhaban)
 Bunga telur disediakan utk diberikan
kepada tetamu yg hadir
 Guru Al-quran akan dihadiahkan bunga
telur khas beserta pulut kuning dan
hadiah-hadiah yang lain.
 Selepas itu jamuan akan dihidangkan
(biasanya selepas majlis doa selamat
atau marhaban)
ADAT BERKHATAN

 Apabila kanak-kanak berusia 10 tahun


dia mesti dikhatankan.
 Proses ini merupakan membuang
sebahagian dpd kulit kemaluan lelaki
bagi menjaga kebersihan dan
merupakan tanda memisahkan zaman
kanak-kanak dan zaman remaja
 Ia dilakukan oleh Tok Mudim dlm
upacara kenduri kendara
 Kanak-kanak akan dihias dgn
pakaian cantik dan diarak ke
rumah Tok Mudim setelah selesai
majlis berendam.
 Kanak-kanak tersebut terpaksa
berendam separuh badan dalam sungai
pada awal pagi
 Dengan keadaan air yang sejuk,
kemaluannya akan kecut dan kebas
(kurang sakit apabila dipotong kulitnya)
 Kanak-kata tadi akan duduk
terkangkang di atas batang pisang dgn
dipegang beberapa orang dewasa dan
Tok Mudim terus melakukan khatan (ia
sangat menyakitkan)
 Banyak pantang larang selepas
berkhatan seperti makan minum dan
berjalan dgn harapan luka tersebut
lekas sembuh (selalunya tujuh hari)
 Kanak-kanak tidur dengan kedua
belah kakinya dikangkangkan
menggunakan gelung rotan seperti
nombor `8’ dan ditutup dengan kain
yang diikat bucunya seperti `kon’ ia
disebut `kundang’
 Apabila genap 7 hari atau luka
sudah sembuh upacara memutus
tali kundang dilakukan
 Kenduri kendara akan dilakukan
 Pak Imam akan bersalawat dan
memotong tali kundang tadi (kon)
 Biasanya selepas itu kanak-kanak
tadi bebas berjalan seperti biasa
 Kanak-kanak perempuan juga
berkhatan.
 Ia dilakukan beberapa hari selepas
lahir oleh Mak Bidan. Ia tidak
semeriah kanak-kanak lelaki
 Ia dilakukan dengan membuang sedikit
darah di hujung kemaluannya dgn
jarum atau hujung pisau
 Ada juga, wanita bukan Islam dewasa
yg ingin berkahwin dgn lelaki Islam
melalui proses ini.
 Ia tidak menyakitkan samalah seperti
gigitan nyamuk (ia bukanlah satu
perkara yang wajib)
BUSANA MELAYU
BUSANA MELAYU
 PAKAIAN WANITA MELAYU
Baju kurung
Baju cekak musang
Baju kebaya labuh
Baju kebaya pendek
Baju Pahang
 PAKAIAN LELAKI MELAYU
Baju cekak musang
Baju teluk belanga
Baju batik
 PAKAIAN KEPALA ORANG MELAYU
Songkok
Tengkolok
Kopiah

 PAKAIAN MASYARAKAT LAIN


Sari
Dhoti atau veshti
Cheongsam dan samfu
 BAJU CEKAK MUSANG

Diperkenalkan dlm tahun 1930


Sesuai dipakai dlm majlis
perkahwinan
Baju ini mempunyai leher yg ditutup
rapat dgn memakai dua kancing atau
butang di bahagian kolarnya
 Di bawah kancing ini dipakaikan pula tiga lagi
butang
 Potongan baju ini berkekek atau berpesak di
rusuk
 Kaki baju ini kembang seperti Baju Kurung Teluk
Belanga
 Pada masa dahulu baju ini diperbuat dpd baldu
 Ia amat indah kalau dipadankan dengan kain
songket
 BAJU KEBAYA LABUH

 Dikatakan berasal dari Timur Tengah dgn


dikenali sebagai `habaya’
 Selain wanita Melayu baju ini dipakai juga oleh
wanita peranakan di Melaka dan P.Pinang
 Ia labuh sampai ke lutut atau lebih labuh
daripada itu
 Berbelah di depan dan mempunyai pesak
 Ia disemat dgn tiga kerongsang emas atau
berpermata
 Pada zaman dahulu baju kebaya tidak
dipotong mengikut bentuk badan tetapi
lurus potongannya
 Ia dipakai dgn kain sarung dgn membawa
kepala kain sarung ke hadapan
 Pemakainya selalu membawa selendang
yang disangkut di bahu
 BAJU KURUNG
 Pakaian tradisional org Melayu
 Biasa disebut Baju kurung Johor atau Baju
kurung Teluk Belanga (leher bulat tanpa
kolar)
 Asalnya labuh sampai ke bawah lutut
 Perubahan masa menyebabkan Baju
Kurung dipendekkan sehingga ke paras
lutut
 Biasanya dibuat dpd kain yg tidak
bercorak (sekarang bercorak-corak)
 Kain yg biasa dipakai ialah sutera dan
kain kasa dan dipadankan dgn songket
 Songket biasanya diikat dgn tali
pinggang perak
 Dandan rambut ialah sanggul lintang
atau sanggul siput
 Dipakai juga dgn cucuk sanggul
 Dipakai dgn anting-anting pendek,
rantai dan gelang lengan yg berpintal-
pintal, gelang kaki dan berselipar
Baju Teluk Belanga

 Lehernya bulat atau tidak berkolar


 Ia seperti baju kurung wanita
 Berbelah sedikit di atas dan dibutangkan
(biasanya butang satu)
 Seluarnya biasanya sedondon dgn baju
tetapi adakalanya berwarna berlainan
 Kain pelikat/songket diikat dagang di
dalam dan juga diikat dagang di luar.
Baju Batik

 Baju Kemeja yang pakai oleh semua


lapisan masyarakat
 Ia boleh dipakai oleh lelaki atau wanita
 Wanita biasanya memakai kebaya batik
 Lelaki biasanya memakai kemeja panjang
 Baju batik sekarang direka dalam pelbagai
bentuk fesyen pakaian lelaki dan wanita.
Baju Pahang
 Ia dikenali juga sebagai `Baju Riau Pahang’
 Lehernya bercekak dan reka bentuknya sama
spt Kebaya Panjang
 Di rusuk baju dibuat pesak kembang
 Kainnya pula diikat secara ombak mengalun
 Dandan rambut ialah sanggul melintang
 Selain Pahang, ia juga dipakai di Johor dan
Terengganu
 Di Terengganu ia disebut sebagai `Kebaya Turki’
Kepercayaan dan Agama
 Agama org Melayu ialah Islam, tetapi dlm
perlakuan agama terdapat perlakuan
tinggalan daripada pengalaman sejarah
yang telah dilaluinya
 Oleh itu di samping agamanya yg rasmi
terdapat kepercayaan terhadap kuasa luar
biasa yang diwarisi sebagai `cultural
baggage’ mereka.
 Wujud konsep ‘folk beliefs’ di kalangan
penganut agama rasmi.
 Ia lebih menebal di kalangan golongan
orang biasa daripada golongan atasan
dan terpelajar.
KEPERCAYAAN ORANG MELAYU
JIKA TERKENA SESUATU

 Membunuh Ular
Gunakan buluh dan pukullah di kepalanya.
Ular pasti akan lemah apabila bertemu buluh
 Bertemu Anjing Garang
Cari batang ubi kayu dan pukullah ke
badannya. Perbuatan ini akan menyebabkan
anjing itu menjadi jinak dan tidak lagi
bertindak ganas.
 Terkena Ulat Bulu
Ambil seruas tebu dan tumbukkan hingga
halus, sapukan di tempat yg terkena ulat bulu

 Lintah
Kunyah tembakau, curahkan air liur bercampur
tembakau tadi di atas lintah tersebut. Pasti
akan tertanggal.

 Hujan Panas
Ambil sehelai rumput dan letakkan di telinga
 Di Sengat Tabuan
Gunakan ibu jari untuk mengambil air liur di
lelangit dan sapukan di tempat tersengat
tebuan
 Luka Berdarah Banyak
Ambil lumut pada batu atau pokok dan
tampalkan pada luka dan balutlah luka
tersebut
 Tercucuk Paku
Pukul tempat tercucuk paku dengan kasut,
selipar atau kasut sehingga darah banyak
keluar kemudian balut dengan kain
 Bisa Serangga
Ambil biji engkalak dan hiriskan nipis. Ambil
lendirnya dan campur dgn sedikit air, sapukan
di tempat yg terkenan gigit
 Di Sengat Lipan
Minum air cepat-cepat sebelum lipan itu
mendapatkan air.
Ambil air liur ayam dan sapukan pada tempat
terkena sengat
SEBELUM MASUK HUTAN
 Letakkan sebakul bahan yang terdiri dpd sekapur sirih
serta beberapa batang rokok apung dalam hutan yang
hendak dimasuki
 Baca jampi serapah: bertujuan memberi tahu penghuni
hutan bahawa tujuan kita baik dan minta dilindungi
 Dampar batang dampar, dampar di kayu ara, aku
siapa engkau siapa, sama-sama kita diakui sama
saudara
 Melangkah dengan kaki kanan dahulu untuk mendapat
hasil yang baik
 Beri salam
 Asalamualaikum, Bismillah Sia Allah, Bismillah Alif
Allah
DALAM HUTAN
 Terdengar bunyi yang ganjil jangan ditegur dan
bacalah serapah
Hai sampa buru-buru, senda pohon kiara,
hai sampa buru-buru, sama kita bersaudara
 Ambillah segenggam daun paku uban. Buanglah
daun tersebut di kiri kanan sambil berjalan untuk
melindungi diri
 Apabila berlaku hujan panas ambil 4 batang
ranting kayu. Ditanam secara merencung
dengan hujungnya ke bawah dan pangkalnya ke
atas dan anda duduk di antaranya untuk
melindungi dpd gangguan syaitan dan badi
hujan panas
 Digalakkan merokok utk menghindar
hasutan iblis
 Sebelum menebang atau menebas, ambil
dua tiga batang anak kayu dan pacak
berhampiran tempat kita bekerja. Ini tanda
kita meminta izin untuk meneroka hutan
tersebut.
 Dengan itu kita tidak akan diganggu.
TERSESAT DI DALAM HUTAN
 Cari pokok kayu ara di sekitar anda. Lihat arah pucuknya
naik kerana ini akan menunjukkan arah sungai atau laut.
Ikutlah arah tersebut dan anda akan menemui jalan
keluar

 Cari akar atau rotan, belah tengahnya. Masukkan kepala


di antara belahan. Anda akan melihat jalan keluar

 Jika ada macis, bakarlah bulu (rambut, bulu tubuh dll)

 Jika sudah terlalu terdesak, buka pakaian dan


bertelanjanglah buat seketika.
MENEBANG POKOK
Sebelum menebang pokok yang
dikhuatiri ada penunggunya, tetakkan
kapak ke pokok tersebut dan biarkan
ia melekat selama beberapa hari
Sekiranya kapak terlekat, pokok itu
boleh ditebang
Sekiranya tidak melekat, pokok itu
jangan ditebang sebab ada
penunggu.
 Mulai menebang dengan bismillah
 Apabila beberapa kali menetak, tiba-tiba
kapak itu terpelanting atau serpihan kayu
terpelanting terkena muka/mata, jangan
teruskan menebang sebab pokok itu ada
penunggu.
MAKANAN DI HUTAN
 Makan Kulat
Kulat yang ada warna kekuningan adalah
mabuk

 Makan Daun
Daun yang berbulu-bulu selamat daripada daun
yang nampak berminyak-minyak

 Makan Burung
Burung yang menyambar dengan kakinya tidak
boleh dimakan.
 Minum Air
Pandang muka ke dalam air, kalau nampak
wajah, air selamat diminum
Pacakkan parang atau besi ke dalam lopak dan
minumkan airnya
 Makan Buah
Buah yang dimakan burung selamat dimakan
manusia
PERMAINAN TRADISIONAL
PERMAINAN TRADISIONAL
 FALSAFAH
 Hidup dalam masyarakat perlu pergantungan kepada org lain utk
survival (interaksi sosial)
 Hidup akan lebih bermakna kalau ada riadhah
 Hidup akan lebih suram kalau tiada interaksi sosial
 TUJUAN
 Mengisi masa lapang
 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerjasama kumpulan
 FUNGSI
 Menguji kepintaran dan kebijaksanaan
 Memanfaatkan bahan yg ada di persekitaran
 PERATURAN DAN KEPERLUAN
 Memujudkan peraturan yg membawa kpd undang masyarakat yg lebih
besar
 Mewujudkan satu falsafah agar mematuhi peraturan & undang2
 Bahan tempatan yang autentik digunakan
Permainan Tradisional
 Layang-layang
 Gasing
 Batu Seremban
 Congkak
 Sepak Raga Bulatan
 Teng-Teng
 Kondi-kondi
 Main Galah
KONDI-KONDI
 FALSAFAH
Memupuk kerja sepasukan
Kemahiran mengatur strategi
 TUJUAN
Menguji kordonasi tangan dan mata
Kemahiran matematik
 FUNGSI
Menguji ketepatan memukul dan
kemahiran menyambut serta
membaling
 PERATURAN
 2 pasukan 3 hingga 10 org
 Kayu pendek melintang lobang dipukul dgn kayu
panjang `ala kriket atau rounders’
 Pemian lawan cuba menyambut kayu pendek
 Sekira tidak berjaya, pemain lawan membaling kayu
itu ke dalam lobang, sekiranya masuk atau terkena
kayu panjang yg melintangi lobang pemain tadi dikira
mati
 Sekiranya kayu jatuh jauh dari lobang, kayu pendek di
atas tanah tadi dipukul dgn kayu panjang
 Sekiranya kayu pendek tadi tidak dpt disambut pihak
lawan, kiraan mata bagi pemain
 KEPERLUAN
Dua kerat kayu ½ hingga ¾ inci ukuran garis
pusatnya
Sekerat panjangnya 6 inci dan sekerat lagi 1 ½
kaki
Lobang yg berukuran 2 inci dan 2 inci dalam
dikorek di tanah
TENG-TENG
 FALSAFAH
Setiap permainan ada peraturan
Permainan perlu penyertaan orang lain
 TUJUAN
Kemahiran melompat sambil dan mengimbang
badan
Ketahanan stamina utk meneruskan permainan
sehingga ke petak 8
Membina otak cerdas dan nilai yg membina
 FUNGSI
Kordinasi mata, kaki, tangan dan kesimbangan
badan
 PERATURAN
 Menggunakan sebelah kaki utk melompat dari satu
petak ke petak yg lain
 3 bentuk dan sistem permainan
 Melompat dgn meletakkan batu ke atas tangan
 Berjalan dari petak ke petak sambil mendongak ke
atas
 Tiada garisan dan petak larangan boleh di pijak
 Yang dapat membina banyak `rumah’ dikira
pemenang
 KEPERLUAN
 4 org pemain
 Rajah yang dilukis 8 petak
 Sebiji batu seorang
Layang-Layang
 FALSAFAH
Seni bina dan seni hias yg baik
 TUJUAN
Mengisi masa lapang
Memutuskan wau lawan
 FUNGSI
Dapat memanikkan layang-layang mengikut
darjah yang terbaik dan dapat bertahan lama
Dapat melakukan pelbagai pergerakan menarik
di udara
 PERATURAN
Wau dapat dinaikkan dgn baik dan melakukan
pelbagai pergerakan
Darjah `naik’ wau diukur mengikut darjah 0
hingga 90 darjah
Wau lawan dapat diputuskan di udara
(benangnya dialas dgn serbuk kaca)
 KEPERLUAN
Benang
Buluh
Kertas Ringan
Gam
Serbuk kaca dan gam
Gasing
 FALSAFAH
 Mewujudkan kerja sepasukan serta kemahiran membina
gasing yang baik
 TUJUAN
 Dapat mematikan langkah atau permainan lawan
 Mengisi masa lapang
 Mewujudkan kordinasi mata dengan tangan yg baik
 FUNGSI
 Dapat mematikan strategi lawan
 Ketepatan memangkah memerlukan latihan
 Membandingkan kemahiran membuat gasing terbaik
 Kemahiran menatah gasing yang ligat berpusing
 PERATURAN
Memusing gasing dengan ligat dan boleh bertahan
lama
Memangkah gasing lawan sehingga mematikkan
pusingannya atau keluar gelanggang
 KEPERLUAN
Gasing
Gelanggang
Tali gasing
Penatah gasing utk pertandingan gasing `uri’ (paling
ligat berpusing)
Batu Seremban
 FALSAFAH
 Setiap kerja atau permainan ada peraturan yg perlu
diikuti
 Setiap aktiviti memerlukan penglibatan orang lain utk
mewujudkan keseronokan
 TUJUAN
 Mengisi masa lapang
 Mewujudkan kerja sepasukan dan setiakawan
 FUNGSI
 Menguji kordinasi mata dan tangan serta kemahiran
melambung dan menangkap
 Menguji kemahiran mengira
 PERATURAN
Pemain menentukan siapa yg jalan dahulu
mengikut mata diperolehi (yg banyak main
dahulu)
Permainan ada peringkat (10 peringkat)
Bermula dgn peringkat mudah sehingga ke
sukar
Strukturnya sama sahaja iaitu dgn
melambung batu sambil menyambar yang di
bawah serentak menangkap batu yang
dilambung
 KEPERLUAN
5 atau 7 biji batu atau buah getah
Congkak
 FALSAFAH
Kemahiran mengatur strategi punca utama
kemenangan dan kejayaan
 TUJUAN
Kemahiran congak
Kemahiran kordinasi tangan dan mata
 FUNGSI
Mengutip sebanyak mungkin buah utk menang
Kemahiran membaca gerak permainan lawan
 PERATURAN
2 org pemain yg cuba mendapat sebanyak mungkin
buah/batu
Ada 3 pusingan sekiranya mereka seri setelah 2
pusingan
Cuba memasuki rumah yang dapat `menembak’
buah permainan lawan yang banyak
 KEPERLUAN
Batu atau kerikil kecil sebanyak 42 biji seorang (6
selobang)
Papan congkak yang ada 14 lobang dan 2 lobang
ibu
Sepak Raga
 FALSAFAH
 Kebolehan tinggi dapat dicapai melalui latihan yg lama
 TUJUAN
 Mengisi masa lapang
 Kerja sepasukan
 FUNGSI
 Menimang bola dengan lama tampa jatuh ke bawah
 Kordinasi mata, kaki dan kepala yang baik
 PERATURAN
 Bola dilambung dan ditimang dengan kaki melalui sepakan atau
tandukan kepala
 Sepakan dihitung atau dikira mengikut lamanya sehingga bola jatuh
 Yang paling lama akan memenangi pertandingan
 KEPERLUAN
 Bola raga yang diperbuat daripada rotan
 Kain sarung (sekiranya memerlukan timangan di lakukan dalam kain)
 PERATURAN
Bola dilambung dan ditimang dengan kaki
melalui sepakan atau tandukan kepala
Sepakan dihitung atau dikira mengikut
lamanya sehingga bola jatuh
Yang paling lama akan memenangi
pertandingan
 KEPERLUAN
Bola raga yang diperbuat daripada rotan
Kain sarung (sekiranya memerlukan timangan
di lakukan dalam kain)
ADAT PERKAHWINAN
MELAYU
 PERISTIWA DALAM ADAT PERKAHWINAN

 Adat Merisik
 Adat Meminang
 Adat Bertunang
 Adat Berambeh
 Menghantar Belanja
 Akad Nikah
 Majlis Berinai
 Khatam Al-Quran
 Bersanding
 Buang Peraja Berziarah
Adat Merisik

 Peringkat paling awal dalam istiadat


perkahwinan Melayu
 Keluarga pihak lelaki akan menghantar
wakil untuk berbincang dengan pihak
perempuan tentang tarikh kedatangan
rombongan merisik (biasa saudara mara
terdekat pihak lelaki)
 Wakil merisik datang untuk bertanya
tentang kesudian keluarga gadis sama
ada anak mereka sudah dipinang orang
ataupun belum
Adat Meminang
 Setelah diketahui gadis itu bukan kepunyaan
sesiapa pihak lelaki menetapkan hari utk
menghantar satu rombongan untuk meminang
gadis itu.
 Meminang bermaksud melamar seseorang
gadis untuk dijadikan isteri
 Jika peminangan diterima, adat pertunangan
dijalankan (tekul)
 Sebentuk cicncin belah rotan akan dibawa utk
diserahkan kepada gadis sebagai tanda `tanya’.
Dibawa juga hantaran seperti pakaian, makanan
dan gubahan.
 Wakil lelaki akan duduk berhadapan kedua-dua
ibu bapa gadis untuk bertanya persetujuan anak
gadis
 Kalau setuju cincin akan diserahkan kepada
keluarga si gadis, kalau tidak cincin akan dibawa
pulang
 Adat ini biasanya dilangkaukan dalam adat
perkahwinan hari ini.
 Hari ini diteruskan dengan adat pertunangan
 Malamnya diadakan majlis menopeng (Gendang
Melayu Sarawak)
Adat Pertunangan

 Majlis pertunangan agak meriah seakan-


akan mini majlis perkahwinan
 Wakil pihak lelaki datang dengan
rombongan yg ramai membawa pelbagai
hantaran seperti cincin sebentuk,
makanan, pakaian, Al-quran, buah-buahan
dan sebagainya
 Dalam majlis ini secara formal wakil pihak
lelaki (ketua rombongan) akan bertanya
tentang bersetujuan pihak perempuan
untuk menerima peminangan. Bahasa
yang digunakan biasanya bahasa puitis.
 Setelah persetujuan diperolehi, wakil pihak
lelaki akan menyarungkan cincin tanda
bertunang kpd anak gadis berpakaian
cantik tersebut di hadapan majlis.
 Yang menyarung cincin biasanya saudara
perempuan terdekat lelaki.
 Watikah pertunangan pun ditandatangani
dengan diturunkan tandatangan saksi-
saksi
 Watikah diserahkan kepada pihak
perempuan dan satu salinan disimpan
pihak lelaki.
 Majlis perbincangan diadakan tentang
tarikh perkahwinan, jumlah wang
hantaran, perkakas tempat tidur, belanjan
dapur dan sebagainya
 Majlis biasanya diakhiri dengan marhaban
dan bacaan doa selamat
 Jamuan biasanya dinikmati selepas majlis
marhaban/doa selamat
 Sebelum balik, pihak perempuan akan
menyerahkan hantaran balas seperti
pakaian, makanan, buah-buahan dan
sebagainya untuk dibawa balik oleh pihak
lelaki.
 Malamnya diadakan majlis menopeng
(Gendang Melayu Sarawak)
Majlis Berambeh
 Majlis ini merupakan kunjungan hormat
pihak lelaki ke rumah pihak perempuan
 Dia disambut keluarga dengan mesra, di
hidang makanan oleh tunang
 Tempat tidur disediakan oleh tunang
 Bangun esoknya, biasa pihak lelaki akan
meninggalkan cenderamata di bawah bantal
sama ada berbentuk barangan atau wang
ringgit
 Begitu juga sebaliknya.
 Pihak perempuan akan bermalam di rumah
lelaki akan dibawa memasak makanan dan
membuat kerja rumah bersama-sama ahli
keluarga yang lain
 Tujuan berambeh ini ialah untuk melihat
kepakaran, sopan santun, adab dan nilai
sosial kedua-dua bakal menantu
Majlis Menghantar Belanja
 Rombongan kecil pihak lelaki akan berjumpa
dengan pihak perempuan untuk menghantar
wangan belanja perkahwinan
 Sekiranya wang tidak diserahkan dalam majlis
pertunangan, ia akan diserahkan wakil dalam
majlis menghantar belanja
 Sekiranya anak gadis mempunyai kakak yang
belum berkahwin, pihak lelaki harus menghantar
hantaran seperti pakaian, cincin dan makanan
sepertimana yang diperolehi si adik sebagai
denda kepada lelaki kerana `melangkah bendul’
atau `melangkah batang’
 Wang tadi termasuk wang belanja dapur, wang
membeli peralatan tempat tidur dan sebagainya
dan tidak termasuk wang `mas kahwin,
 Jumlahnya ditentukan oleh ibu bapa kedua-dua
pihak seperti RM3000, RM4000, RM5000
 Wang ini akan dikembalikan oleh pihak wanita
sekiranya pihak wanita memutuskan
perkahwinan
 Sekiranya pihak lelaki memutuskan tali
pertunangan, hantaran ini dikira hangus.
Akad Nikah
 Akad Nikah biasanya dilakukan oleh kadi
 Seminggu sebelum majlis persandingan
 Sehari sebelum majlis persandingan
 Beberapa jam sebelum majlis persandingan
 Sebelum majlis persandingan
 Akad nikah dilakukan di hadapan bapa si gadis
sebagai wakil dan dua orang saksi dengan
disaksikan oleh sanak saudara pihak
perempuan dan rombongan daripada pihak
lelaki
 Gadis yang berpakaian cantik berada di
tempat tersebut untuk membuat
persetujuan dan juga untuk mendengar
khutbah nikah
 Pihak lelaki dan perempuan
menandatangani surat nikah serta
tandatangan saksi-saksi
 Setelah selesai akad nikah, lelaki
hendaklah menyentuh dahi gadis tersebut
untuk membatalkan air sembahyangnya
 Dahulu gadis itu berada di dalam bilik.
Pihak lelaki terpaksa pergi ke bilik
pengantin bersama-sama seorang wakil
untuk membatalkan air sembahyang.
Sekarang diwajibkan gadis hadir untuk
mendengar khutbah kadi yang merupakan
pengajaran bagi mempelai yang mahu
berumah tangga serta lafaz sumpah lelaki.
 Wang mas kahwin diserahkan di majlis tersebut
(di Sarawak RM120), (Selangor RM80). Wang
itu tidak boleh dibelanjakan untuk apa-apa yang
selain diserahkan terus kepada anak gadis.
Terpulanglah kepada gadis tersebut untuk
membelanjakannya. Selain itu wang untuk kadi,
wang saguhati untuk saksi dan wang bayaran
buku akad nikah.
 Setelah akad nikah, majlis marhaban diadakan
di rumah pengantin perempuan atau terus
kepada majlis persandingan.
Majlis Berinai
 Setelah akad nikah, maka sahlah kedua-dua
mempelai ini menjadi suami isteri
 Biasanya, sebelum majlis persandingan esok,
diadakan majlis berinai atau `belulut’ disebut di
Sarawak
 Pada malam itu, pengantin perempuan di
rumahnya akan dimeriahkan dengan kompang
dan duduk seorang diri di atas pelamin.
Ditepung tawar oleh sanak saudara terdekat
sahaja
 Diadakan majlis marhaban dan berzanji
 Selepas majlis, pengantin perempuan akan
dimandikan air bunga serta mereka akan berinai
jari kaki dan tangan
 Tetamu yang lain dihiburkan dengan `menopeng’
atau Gendang Melayu Sarawak sambil
bergotong-royong membuat persiapan lauk pauk
untuk majlis persandingan pada esoknya
 Ada juga pihak lelaki akan melakukan majlis
yang sama di rumah mereka sendiri
 Ada juga kedua-dua disandingkan sama di
rumah pengantin perempuan dan berinai
bersama-sama (jarang dilakukan)
Majlis Persandingan
 Majlis dimulakan dengan majlis marhaban atau majlis
khatamal Quran (sekiranya ada)
 Selesai marhaban, majlis jamuan dimulakan
 Kekadang diadakan majlis hiburan (zaman dahulu
diadakan majlis pertunjukan silat oleh hadirin yang hadir
dengan diiringi muzik silat atau majlis nyanyian lagu-lagu
irama Malaysia atau lagu-lagu nasyid . Sekarang
digantikan dengan karaoke)
 Ketika majlis jamuan sedang rancak dilakukan, majlis
bersanding pun bermula
 Pengantin perempuan akan menunggu di atas pelamin
bersama-sama Mak Andam bersama-sama pengapit
pengantin lelaki.
 Rombongan pengantin lelaki akan tiba dengan
iringan hadrah/kompang.
 Dihalang oleh pendekar (jurusilat) sebelum
masuk. Jurusilat pihak lelaki akan cuba masuk
sambil membawa pedang/keris/kapak/beliung.
 Setelah jurusilat pihak perempuan mengalah
dan senjata tadi dapat dirampasnya daripada
jurusilat pihak perempuan barulah pengantin
lelaki melangkah masuk. (Ini dinamakan `buka
pintu’
 Pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin
perempuan untuk membatalkan air sembahyang
 Apabila duduk di pelamin, dua mempelai akan
ditepung tawar oleh kedua-dua ibu bapa
pengantin, saudara saudara terdekat, orang
kenamaan, ketua-ketua masyarakat dan diakhiri
doa oleh Imam atau wakilnya.
 Kadangkala pihak lelaki akan membawa pihak
perempuan bertandang ke rumah mereka untuk
bersanding di sana. ATAU pengantin akan
bertukar pakaian untuk beberapa kali
persandingan di pelamin
 Di akhiri dengan majlis berziarah dengan ibu
bapa serta sanak saudara oleh kedua-dua
mempelai
Buang Peraja
 Pengnatin lelaki dan perempuan akan pergi ke
suatu tempat yang `keras’ untuk membuang
peraja (melucutkan status raja sehari mereka)
 Biasanya mereka pergi ke sungai untuk
melontar besi, garam, rokok, sirih sekapur dan
kekadang wang siling untuk membuang tulah
agar mereka dilindungi daripada pelbagai
musibah
 Akan dibawa bersama seorang bomoh yang
pandai membuat jampi serapah
 Kekadang mereka dibawa juga turun naik
tangga sebanyak tujuh kali
 Berjalan di bawah rumah
 Ada sesetengah tempat di bawa menyeberang
sungai sebanyak tiga kali dan akhirnya
dikaramkan di tepi
 Mulai saat itu mereka akan menjadi orang biasa
dan tidak akan ditimpa `tulah’ atau `peraja’
 Kalau tidak, dipercayai mereka akan ditimpa
peraja seperti sakit dan kadang-kala ada yang
kena `gila peraja’.
Majlis Menghantar Pengantin
 Ada juga pihak lelaki akan balik ke
rumahnya setelah majlis persandingan
 Pada petangnya diadakan majlis
`menghantar pengantin’ dengan
rombongan yang kecil yang terdiri
daripada sanak saudara terdekat
 Majlis ringkas ini bermula dengan kata-
kata penyerahan oleh pihak lelaki dan
disambut ikhlas oleh pihak perempuan
 Doa selamat akan diadakan dan diakhiri
dengan majlis doa selamat
Majlis Berziarah
 Setelah 3 hari berkahwin, diadakan majlis
berziarah
 Pihak mempelai akan berziarah ke rumah
pihak pengantin lelaki
 Disambut dengan marhaban dan kenduri
kendara
 Majlis diakhiri dengan kata-kata
penyerahan oleh pihak lelaki kepada
keluarga pihak perempuan
 Ini berlaku sekiranya pihak lelaki sudah
berada di rumah perempuan setelah
persandingan
 Kalau tidak, ada juga dibuat majlis
`menghantar pengantin’
PERKEMBANGAN
KEBUDAYAAN MELAYU
Perkembangan budaya berlaku
apabila kebudayaan tempatan
berhubung dengan kebudayaan
asing.
Hirschman mengatakan bahawa
kebosanan manusia sebenarnya
merupakan penyebab perubahan.
 Ada tiga faktor yang dapat
mempengaruhi perubahan sosial:
i. Tekanan kerja dalam masyarakat
ii. Keefektifan komunikasi
iii. Perubahan lingkungan alam.
Cth: Pada akhir zaman ais, wujudnya
pembaharuan dalam sistem pertanian
dan perikanan.
Penetrasi kebudayaan
 Penetrasi kebudayaan bermaksud kemasukan
pengaruh suatu kebudayaan ke kebudayaan lainnya.
 Terjadi dengan dua cara:
i. Penetrasi damai (penetration pasifique)
 Masuknya sebuah kebudayaan dengan jalan damai.
Cth : Masuknya pengaruh kebudayaan Hindu dan Islam
ke Indonesia. Penerimaan kebudayaan tersebut
tidak mengakibatkan konflik, tetapi memperkaya
khazanah budaya masyarakat setempat dan tidak
menghilangkan unsur-unsur asli budaya
masyarakat.
Cth : Masuknya pengaruh kebudayaan
Hindu dan Islam ke Indonesia.
Penerimaan kebudayaan tersebut tidak
mengakibatkan konflik, tetapi
memperkaya khazanah budaya
masyarakat setempat dan tidak
menghilangkan unsur-unsur asli budaya

masyarakat.
ii. Penetrasi kekerasan (penetration violante)
 Masuknya sebuah kebudayaan dengan cara
memaksa.

Cth: Kemasukan budaya Barat ke Indonesia


pada zaman penjajahan disertai dengan
kekerasan telah menimbulkan kekacauan
yang menjejaskan keseimbangan dalam
masyarakat.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai