Anda di halaman 1dari 6

Nama Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 4 Amanah
Bil. Murid : 41 orang
Tema : Sekolahku Berjasa
Tajuk : Pemimpin kecil di sekolah
Tarikh : 19 Februari 2008
Masa : 60 minit (1 jam)

Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat:


1. Membaca teks ‘Miskin Bukan Penghalang kejayaan’ dengan lancar.
2. Menyatakan nilai-nilai baik yang terdapat dalam petikan.
3. Menulis karangan menggunakan ayat tunggal.

Fokus Utama: 11.2 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam
Sesuatu karya.
Aras 1(i) Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang
ditonton atau dibaca..

Fokus Sampingan: 6.3 Membaca dan mengenal pasti. Isi utama dan isi sampingan dari
teks.
Aras 1 (i) Membaca dan menyatakan fakta yang terdapat
dalam teks.

Kemahiran berbahasa: Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Sistem bahasa: Tatabahahasa : Ayat tunggal, ayat majmuk.

Nilai Murni: Pendidikan Moral, Pendidikan Islam.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)


Kemahiran berfikir: Menjana idea, infrens,
mengkategorikan,mentafsir,mengenal pasti.

Kecekapan Pelbagai: verbal lingguistik, inter/intra personal

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah membaca dan mendengar tentang usaha
Untuk mencapai kejayaan.

Bahan Bantu Belajar: Petikan teks, lembaran


Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi (5 minit) KBKK: infrens
Mengenai KP: Interpersonal
kemiskinan 1. Guru menceritakan Nilai: Menghargai, kasih sayang,
Kepayahan pengalaman peribadi kegigihan
hidup bagaimana untuk mencapai
Usaha tangga kejayaan.
kejayaan 2. Guru mengaitkan dengan
tajuk pada hari ini.
Langkah 1 (10 minit) KBKK: Mengenal pasti
Murid memahami 1. Guru mengedarkan teks yang Mengecam.
-isi cerita bertajuk ‘miskin bukan KP:verbal linggiuistik,
-watak penghalang kejayaan’ Nilai:
-keadaan 2. Murid diminta membaca Bertanggungjawab,menghargai,kasih
secara senyap dan guru sayang.
menyoal murid tentang
kefahaman mereka. BBB: Lembaran kerja
3. Guru memilih secara rawak
beberapa murid untuk
membaca teks secara kuat
dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
Langkah 2(10 minit) KBKK: Menbuat keputusan
Isi-isi penting
-seorang anak yang 1. Guru meminta murid KP: Verbal lingguistik
bertanggungjawab menggariskan isi/nilai yang
-menerima terdapat dalam cerita. Nilai: kesungguhan, kasih
ketentuan ilahi- 2. Guru membantu murid sayang,bertanggungjawab,menghargai
-berusaha mencapai mencari nilai BBB: lembaran teks
kejayaan. 3. Murid diminta menyatakan
jawapan mereka.
KBKK: Menbuat keputusan
Langkah 3 (10 minit)
KP: Verbal lingguistik
1. Murid diterangkan tentang
ayat tunggal dan ayat Nilai: Kesungguhan, keyakinan diri
majmuk.
2. Murid diminta BBB: Lembaran Teks
menggariskan ayat tunggal
yang terdapat dalam teks.
3. Murid diminta
menyatakan ayat tunggal
yang terdapat dalam teks.
Langkah 4 (20 minit) BCB: mengumpul dan
mengemukakan idea.
1. Murid dibahagikan
kepada beberapa KP: verbal lingguistik
kumpulan.
2. Guru menerangkan Nilai :bertanggungjawab
kepada murid cara
untuk menulis BBB: Lembaran Kerja
karangan bertajuk
‘Usaha Tangga
Kejayaan’
3. Murid diminta menulis
satu karangan pendek
Miskin Bukan Penghalang Kejayaan

Aku anak petani. Namaku Firdaus. Aku berusia sepuluh tahun dan anak sulung daripada
enan orang adik-beradik. Aku tinggal di kampung Simpang Darat.

Walaupun hidupku ibarat”kais pagi makan pagi,kais petang makan petang”,


hubungan kekeluargaan antara kami amat erat. Ayah bekerja mengambil upah sebagai
penoreh getah. Ayah sentiasa memberikan sepenuh perhatian kepada kami. Ibu pula
seorang suri rumah yang penyayang. Walaupun kami hidup susah, ibu tidak pernah
mengeluh.

Sesungguhnya, pengalaman hidup ini telah banyak mengajarku agar berjuang


untuk mencapai kejayaan. Kata-kata semangat guru” miskin bukan penghalang
kejayaan” akan ku sematkan ke dalam jiwa. Akan kubuktikan bahawa aku juga mampu
berjaya.

Harapan ayah dan ibu yang ingin melihat aku berjaya juga akan aku tunaikan.
Aku membuat persediaan awal untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
Di sekolah, aku sentiasa menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Di
rumah pula, aku menyediakan jadual waktu untuk belajar.

Kegiatan sukan di sekolah tidak aku tinggalkan. Dengan bersukan, badanku


menjadi cergas dan otakku menjadi cerdas. Justeru, aku akan belajar dengan selesa.

Di samping itu, aku bertekad untuk mengubah nasib keluargaku. Untuk mencapai
impian itu, aku berjanji akan belajar dengan gigih dan menjadi model yang terbaik
kepada adik-adikku. Kemiskinan tidak akan kujadikan alasan untuk gagal dalam
pelajaran. Aku akan buktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang mencapai kejayaan.
Jawapan

1) Firdaus mempunyai hubungan yang erat di antara


keluarganya.
2) Ayah memberi sepenuh perhatian kepada firdaus dan adik-
adiknya.
3) Manakala ibu seorang suri rumah yang penyayang.
4) Kemiskinan telah mengajar aku agar berjuang untuk
mencapai kejayaan.
5) Oleh itu, akan aku buktikan bahawa aku juga mampu berjaya.
6) Aku akan membuat persediaan awal untuk menghadapi ujian
UPSR.
7) Oleh itu, aku sentiasa menumpukan sepenuh perhatian
semasa guru mengajar.
8) Dan aku menyediakan jadual waktu untuk berjaya.
9) Manakala dengan bersukan, badanku menjadi cergas dan
otakku menjadi cerdas.
10) Aku berjanji akan belajar dengan gigih dan menjadi
model yang terbaik kepada adik-adikku.
11) Sesungguhnya kemiskinan tidak akan menghalang
untuk aku mencapai kejayaan.