Anda di halaman 1dari 37

A) PENDAHULUAN

Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin liber yang

membawa maksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal

banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dan konsep

kebebasan.

Oxford English Dictionary menerangkan yang perkataan liberal

telah lama berada di dalam Bahasa Inggeris dengan makna "sesuai

untuk orang bebas, besar, murah hati" di dalam seni liberal. Ia juga

bermaksud "bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan", seperti

bebas dengan harta, atau lidah bebas, selalunya dengan sikap tidak

malu. Walau bagaimanapun, bermula sejak 1776-88, perkataan

liberal mula diberi maksud yang baik yang bermaksud "bebas dari

prejudis, toleransi" oleh Edward Gibbon dan lain-lain.

Maksud "menggemari kebebasan dan demokrasi" mula

digunakan di dalam Bahasa Inggeris sejak tahun 1801 dan berasal

dari perkataan Perancis libéral, mengikut Oxford English Dictionary.

Perkataan Perancis itu "pada mulanya digunakan di dalam Bahasa

Inggeris oleh musuh Inggeris (selalunya di dalam Bahasa Perancis)

dengan gambar ketiadaan undang-undang di luar negara".

37
i) Ideologi Liberalisme

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan

individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang

menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau

bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin

berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta

kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai

aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan

pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran

ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk

kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan

kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak

individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan

ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang liberal

menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan

pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat

mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.

Di dalam History of Rome from Its Foundation oleh Livy,

penulis mengambarkan pergolakan di antara kelas plebeian dan

patrician. Marcus Aurelius di dalam penulisannya yang bertajuk

Meditation menulis "pendapat polisi pemerintahan yang

berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang


37
diperintah dan pendapat tentang kerajaan beraja berdasarkan

kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah".

Di dalam liberalisme atau demokrasi liberal, perkataan ini

telah diperkenalkan oleh sebuah parti politik Sepanyol yang

berasal dari sebuah tempat bernama Liberales yang membantu

negara Sepanyol dalam pembentukan perlembagaannya pada

tahun 1791. Setelah didapati sistem liberal ini ideal dan boleh

mencapai matlamat yang dikehendaki, maka England pula telah

mencuba mempraktikkan sistem ini dalam abad ke-17 dan 18.

Sistem ini telah berjalan dengan lancar sehingga ianya merebak

ke Eropah, beberapa tanah jajahan British dan lain-lain tempat di

dunia.

ii) Dasar Liberalisme

Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari Zaman

Kesedaran Barat dan menolak kebanyakan tanggapan asas

dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti

hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan

keturunan dan institusi-institusi agama. Liberal beranggapan

sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih

banyak kemakmuran.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta

kesamarataan peluang. Pelbagai aliran dengan nama ‘liberal’


37
mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan,

tetapi secara umumnya bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut

termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan

kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu

ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem

pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan

demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di

mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di

bawah undang-undang.

Konsep liberal merupakan satu set kepercayaan yang

mengatakan bahawa tiap-tiap individu dalam masyarakat

mesti diberi kebebasan dan individu adalah penting

(supreme importance) dalam kehidupan sosial. Liberal

cuba mendapatkan kebebasan dalam masyarakat dan

menekankan pemberian peluang yang sama rata (equality of

opportunity).

Konsep liberal juga boleh dikatakan sebagai satu fahaman

bebas serta pembaharuan tetapi menentang hak

istimewa. Ianya juga terletak pada tradisi has asasi semulajadi

(natural rights). Semua orang mempunyai hak untuk

memerintah, mengumpul harta, bebas bercakap dan

mengemukakan kepentingan masing-masing. Boleh dikatakan

37
sebagai liberal ini adalah satu konsep yang mementingkan

kebajikan manusia.

iii) Jenis Liberalisme

Terdapat perbezaan pendapat yang mendalam di dalam

rangka liberalisme. Perbezaan pendapat ini selalunya membawa

kepada perdebatan yang hebat di antara ahli-ahli liberal.

Daripada perpecahan ini dari sudut liberalisme klasik, wujud

beberapa pergerakan di dalam liberalisme. Seperti di dalam

banyak perdebatan, kumpulan-kumpulan yang bertentangan

menggunakan perkataan-perkataan yang berbeza untuk

menyatakan kepercayaan-kepercayaan yang sama dan kadang-

kala, mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sama

untuk menerangkan perkara-perkara yang berbeza.

Di sini, terdapat beberapa istilah atau jenis liberalisme

menurut beberapa kajian atau fahaman iaitu liberalisme politik,

liberalisme budaya, liberalisme ekonomik, liberalisme sosial dan

liberalisme moden.

Bagi istilah "liberalisme politik", ianya digunakan sebagai

sokongan terhadap demokrasi liberal (Sistem Republik atau Raja

Berperlembagaan) yang menentang raja berkuasa mutlak atau

diktator. Dalam politik liberal, ianya boleh dibahagikan kepada 2

bahagian, iaitu liberal bercorak lama dan liberal bercorak moden


37
(baru). Liberal yang bercorak lama, lebih menekankan kepada

hak-hak asasi dan undang-undang semulajadi mengenai moral,

politik, ekkonomi dan sosial, manakala liberal bercorak moden

(baru) lebih menekankan kepada dasar-dasar awam melalui

pengalaman, penelitian dan praktis.

Istilah "liberalisme budaya" digambarkan sebagai sokongan

terhadap kebebasan peribadi yang menentang undang-undang

yang mengongkong kebebasan di atas dasar nationalisme atau

agama.

Dalam menafsirkan istilah "liberalisme ekonomik", ianya

adalah satu sokongan terhadap harta peribadi dan menentang

peraturan-peraturan yang mengekang hak-hak terhadap harta

peribadi yang ditulis oleh kerajaan.

Manakala "liberalisme sosial" adalah di mana ianya

menunjukkan sokongan terhadap kesaksamaan dan menentang

ketidak samarataan peluang.

Secara dasarnya, bebarapa prinsip liberalisme boleh

digambarkan dan dipersetujui di kalangan ahlli-ahli liberal

seperti berikut:-

• Liberalisme politik:-

37
• Ianya adalah aliran di mana seseorang itu adalah

asas undang-undang dan masyarakat. Masyarakat

dan institusi-institusi kerajaan yang wujud di

dalam masyarakat, berfungsi untuk

memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih

kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial

yang tinggi.

• Magna Carta adalah satu contoh di mana dokumen

politik meletakkan hak-hak peribadi lebih tinggi

daripada kuasa raja. Liberalisme politik

menekankan perjanjian sosial yang mana rakyat

merangka undang-undang dan bersetuju untuk

mematuhi undang-undang tersebut. Ini adalah

berdasarkan pemikiran di mana seseorang itu

lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.

• Liberalisme politik mengandungi semua lapisan

masyarakat tanpa mengira jantina, kaum atau

taraf ekonomi. Liberalisme politik juga

menekankan kedaulatan undang-undang dan

demokrasi liberal.

• Liberalisme budaya:-

• Ianya pula adalah menekankan kepada hak-hak

peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan

perasaan hati termasuk kebebasan seksual,


37
kebebasan beragama, kebebasan pemahaman

dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di

dalam kehidupan peribadi.

• John Stuart Mill menyatakan dengan tepat di

dalam eseinya yang bertajuk On Liberty,

"perlindungan diri adalah satu-satunya tujuan

manusia yang benar dari segi peribadi dan

masyarakat ke atas campur tangan di dalam

kebebasan orang-orang lain. Kuasa tertinggi yang

benar hanya boleh digunakan untuk menghalang

seseorang di kalangan satu masyarakat yang

bertamadun daripada mengganggu (atau

mencederakan) seseorang yang lain. Kebaikan

fizikal atau moral seseorang itu tidak mencukupi

untuk membiarkan dia mengganggu orang lain."

• Liberalisme budaya secara umumnya boleh

digambarkan sebagai menentang peraturan-

peraturan kerajaan di dalam kesusasteraan, seni,

akademik, perjudian, seks, pelacuran, penguguran

kandungan, penggunaan pengawalan

kemengandungan, kesakitan muktamad, arak,

ganja dan barang-barang kawalan yang lain.

• Kebanyakan ahli-ahli liberal menentang separuh

atau semua peraturan-peraturan kerajaan yang

mencampuri hal-hal ini. Negara Belanda, dari segi


37
liberalisme budaya, mungkin adalah negara yang

paling liberal di dunia. Walaupun terdapat

persetujuan, sesetengah aliran memaparkan

berbezaan pendapat yang mendalam.

• Liberalisme ekonomik:-

• Ianya juga dikenali sebagai liberalisme klasikal

atau liberalisme Manchester adalah satu ideologi

yang menyokong hak-hak peribadi ke atas harta

benda dan kebebasan perjanjian bertulis.

• Ia memperjuangkan kapitalisme laissez-faire yang

mahu membuang semua halangan terhadap

perdagangan dan pemberhentian kemudahan

yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan

monopoli.

• Ahli-ahli liberal ekonomik mahu hanya sedikit atau

tiada langsung peraturan-peraturan kerajaan di

pasaran. Sesetengah mereka menerima halangan

kerajaan ke atas monopoli dan kartel dan

sesetengah yang lain menyatakan bahawa

monopoli dan kartel disebabkan oleh tindakan

kerajaan.

• Liberalisme ekonomik menyatakan bahawa harga

barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh

pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh


37
tindakan-tindakan pengguna. Ada yang mahu

melihat kuasa pasaran bertindak di kawasan-

kawasan yang biasanya dimonopoli oleh kerajaan

seperti keselamatan dan mahkamah.

• Liberalisme ekonomik menerima ketidak

samarataan sebagai hasil semulajadi daripada

persaingan yang tidak melibatkan ugutan yang

mengancam hak-hak peribadi. Aliran liberalisme

ini dipengaruhi oleh liberalisme Inggeris yang

merebak di pertengahan kurun ke-19. Minarchisme

dan anarcho-kapitalisme adalah antara bentuk-

bentuk liberalisme ekonomik.

• Liberalisme sosial:-

• Turut dikenali sebagai liberalisme baru/moden

(tidak patut dikelirukan dengan neo-liberalisme)

mula dilihat berdiri di kalangan masyarakat

negara-negara maju pada akhir abad ke-19. Ia

dipengaruhi oleh utilitarianisme yang diasaskan

oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill.

• Ada ahli-ahli liberal yang menerima, sesetengah

atau semuanya, teori penyalahgunaan Sosialis dan

Marxis dan ulasan-ulasan terhadap "tujuan

keuntungan" dan membuat kesimpulan bahawa

37
kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya

untuk menyelesaikan masalah itu.

• Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi

perkhidmatan asas yang memuaskan seperti

pelajaran, peluang ekonomi dan pelindungan

daripada kejadian makro yang tidak ditentukan

oleh mereka.

• Kepada liberalisme sosial, kemudahan-kemudahan

ini dianggap sebagai hak. Ini adalah hak-hak

positif yang berbeza secara kualitatif dari apa

yang dibahaskan dari segi klasikal, iaitu hak-hak

negatif yang hanya menuntut seseorang daripada

mencabuli hak-hak orang lain.

• Menurut ahli-ahli liberalisme sosial, hak-hak positif

ini perlu dibuat dan dibekalkan kepada orang

ramai. Pemastian hak-hak positif adalah objektif

yang berterusan yang secara asasnya melindungi

kebebasan. Pergelutan di antara kebebasan

ekonomi dan kesaksamaan sosial hampir setua

dengan idea kebebasan itu sendiri.

• Liberal sosial sebaliknya ingin membentuk

kerajaan yang menjamin kebajikan am rakyat

dengan menyediakan makanan dan tempat

perlindungan untuk orang yang tidak berupaya

untuk menyediakan keperluan tersebut untuk


37
dirinya sendiri, perkhidmatan perubatan,

perkhidmatan persekolahan, pencen, kebajikan

kanak-kanak dan yang kurang upaya termasuk

orang-orang tua, malapertaka semulajadi,

perlindungan untuk pihak minoriti, pencegahan

jenayah dan pembiayaian seni dan sains. Ini sekali

gus meninggalkan idea kerajaan kecil.

Kesemua bentuk atau jenis liberalisme boleh dianggapkan

sebagai mempunyai tujuan yang sama iaitu kebebasan, tetapi

tidak bagaimana cara yang paling baik atau yang paling

bermoral untuk mencapai kebebasan.

Kesemua bentuk liberalisme mempunyai pendapat di mana

terdapat keseimbangan di antara tanggungjawab kerajaan dan

peribadi yang mana kerajaan perlu menjalankan peranan yang

mana seseorang itu tidak mampu untuk membuatnya dengan

sendiri melalui diri atau pihak swasta.

Liberalisme telah merebak dengan luasnya di dunia moden

yang akhirnya menyebabkan kerajaan-kerajaan dunia moden ini

sekurang-kurangnya bercakap (dan tidak semestinya bertindak)

mengenai kebebasan peribadi sebagai asas masyarakat.

37
B) LIBERALISME DAN DEMOKRASI

Selepas kejatuhan Empayar Roman, pendapat liberalisme tidak

cergas di sepanjang Zaman Kelam di Eropah. Perjuangan untuk

kebebasan mula dihidupkan kembali semasa zaman Renaissance di

Itali. Ia tercetus apabila pertelingkahan berlaku di antara penyokong-

penyokong bandar negeri yang bebas dan penyokong-penyokong

Paus (Pope). Niccolò Machiavelli kemudiannya di dalam Discourses

on Livy mula melakarkan prinsip-prinsip kerajaan republik di awal

abad ke-16. Pada akhir abad ke-17, John Locke mengarang England

and the thinkers of the French Enlightenment untuk mengkaji

perjuangan kebebasan dari sudut Rights of Man yang ditulis oleh

Thomas Paine pada tahun 1791.

Ahli-ahli ekonomi seperti Adam Smithdi dalam The Wealth of

Nations (1776) pula mengambarkan prinsip-prinsip liberal di dalam

perdagangan bebas. Pengarang-pengarang Perlembagaan Sepanyol

1812 yang dirangka di Cádiz mungkin adalah yang pertama

menggunakan perkataan liberal di dalam maksud politik sebagai kata

nama. Pengarang-pengarang ini menamakan diri mereka sebagai

Liberales, untuk menunjukan penentangan mereka kepada

pemerintahan mutlak monarki Sepanyol.

Seperti yang telah dijelaskan di peringkat awal bahawa

liberalisme satu pegangan yang menekankan hak-hak


37
peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman

liberalisme, pelbagai aliran dengan nama ‘liberal’ mungkin

mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara

umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut

termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan

kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke

atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem

pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan

demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana

semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-

undang.

i) Liberalisme (Amalan)

Ianya boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti sistem politik,

ekonomi, sosial dan kebudayaan. Pengamalan ideologi ini tidak

hanya terkongkong atau terarah ke aras sistem politik semata-

mata, kerana ianya mencakupi aspek yang agak luas dalam

mengamalkan liberalisme dalam setiap sudut.

Jika dilihat kembali kepada maksud awal liberalisme adalah

falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai

nilai politik tertinggi. Namun begitu, ianya masih tetap

bergantung kepada maksud perkataan liberal mungkin

berubah mengikut konteks sesebuah negara.

37
Politik

Dilihat kepada pecahan liberalisme awal iaitu liberalisme

politik yang mana menafsirkan sebagai aliran di mana seseorang

itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Ini boleh

digambarkan dengan lebih tepat iaitu sistem politik yang

berasaskan ideologi ini adalah sistem politik Demokrasi

Liberal.

Sesetengah parti politik liberal menekankan liberalisme

ekonomik dan sesetengah yang lain lebih mengemari liberalisme

sosial. Parti Konservatif pada kebiasaanya selalu mendekati atau

menekankan liberalisme ekonomik dan pada masa yang sama

menolak liberalisme sosial dan budaya.

Penggunaan sistem ini dapat dilihat kepada tunjang atau

asas liberal itu sendiri iaitu kebebasan kepada rakyat untuk

memilih dan mengkehendakkan sesiapa sahaja yang digemari

atau disenangi sebagai pilihannya. Ini kerana, fahaman ini

meletakkan kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara,

batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang,

hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan

ketelusan sistem pemerintahan sebagai asasnya.

Ianya boleh digambarkan sebagai digunakan oleh hampir

keseluruhan masyarakat di dunia pada masa kini, di mana


37
dengan meletakkan kebebasan dalam segala segi dan hal

membolehkan manusia, masyarakat dan rakyat

memperjuangkan apa sahaja yang dirasakan benar atau betul.

Sebagai contoh jika dilihat dan diperhatikan di negara-

negara barat, kebebasan dari segala segi adalah segala-

segalanya, justeru ianya amat tidak beretika sekiranya kerajaan

menghalang kebebasan rakyat untuk meluahkan apa sahaja

yang dianggap sebagai satu cara menyampaikan hasrat atau

pendapat.

Rakyat di mana amat menitik beratkan kebebasan di dalam

menyampaikan apa sahaja yang difikirkan boleh dan betul oleh

mereka. Dilihat dari sudut positif ianya amat tepat dan baik di

mana, segala pendapat ini dapat dikongsi bersama, tetapi

sekiranya dipandang dari sudut negatif, kesemua pendapat ini

amat berbahaya sekiranya ianya disampaikan dalam situasi atau

keadaan yang tidak betul dan tepat. Ini ditambah pula sekiranya

pendapat atau pandangan yang disampaikan hanya merupakan

pandangan peribadi yang sama sekali tidak sama atau sealiran

dengan yang lain dan bertujuan untuk memenuhi kepuasan atau

kehendak hati masing-masing.

Di sini kita cuba lihat dalam skop politik Malaysia yang kini

telah menular dengan ideologi liberalisme ini di mana ada di


37
kalangan parti-parti pembangkang (peringkat pusat) cuba

menggunakan isu-isu liberal atau kebebasan dalam menunjangi

ideologi dan falsafah politik masing-masing sehingga

menimbulkan kesan yang amat mendalam kepada sistem politik

dan kebudayaan Malaysia. Mereka cuba menjuarai dalam segala

hal atau perkara dengan falsafah kebebasan bersuara agar cita-

cita mereka berjaya.

Segala macam isu akan dipolitikkan dengan sebaik mungkin

menggunakan dasar hak atau kebebasan ke atas segala-gala

dengan berkiblatkan kepada ideologi barat yang telah digunakan

setelah sekian lama. Mereka akan sebaik mungkin mengaitkan

bahawa sistem politik Malaysia ini sebenarnya tidak berada

dalam keadaan yang benar-benar bebas atau demokrasi selagi

mereka ini tidak berjaya merubah atau menjadi kerajaan yang

baru memandangkan Malaysia dikategorikan sebagai negara

yang mengamalkan demokrasi hibrid (campuran).

Jika dilihat, ini adalah falsafah liberalisme yang cuba

diterapkan di dalam acuan politik Malaysia di mana, kebebasan

diletakkan sebagai segala-galanya agar mencerminkan negara

ini berada dalam keadaan yang benar-benar bebas dan ‘bersih’.

Dengan meletakkan Amerika Syarikat dan United Kingdom

sebagai ‘mentor’, jelas menunjukkan bahawa kumpulan parti

37
pembangkang ini berpaksikan ideologi liberalisme walaupun

tidak diaplikasikan secara total atau menyeluruh.

Pembangkang di Malaysia berterus-terusan mengatakan

bahawa negara ini tidak benar-benar bebas dalam segala hal

kerana ianya dikawal oleh kuasa atau badan eksekutif (kerajaan)

yang berkuasa. Sebagai contoh, Jabatan Kehakiman, media

massa, Suruhanjaya Pilihanraya (EC), PDRM dan pelbagai lagi

yang sentiasa ditafsirkan sebagai tidak bebas dan berada di

bawah pengaruh atau tekanan kerajaan. Mereka sentiasa

meletakkan segala beban isu kepada ‘bahu’ kerajaan agar

membuktikan bahawa kerajaan benar-benar telus dalam

menangani sesuatu isu atau perkara.

Sosial

Apabila dilihat pula di dalam sosio atau sosial liberalisme

(liberal), liberalisme sosial boleh ditafsirkan sebagai

kepercayaan bahawa liberalisme harus merangkumi keadilan

sosial. Ini berbeza dari liberalisme klasik yang mana di dalam hal

ini ianya mengakui peranan yang sah bagi negara dalam

menangani isu-isu ekonomi dan sosial seperti pengangguran,

penjagaan kesihatan, dan pendidikan sekaligus memperluaskan

hak-hak sivil.

37
Dalam liberalisme sosial, kebaikan oleh masyarakat itu akan

dipandang dalam keadaan suasana yang harmoni berbanding

dipandang dengan keadaan kebebasan individu.

Dasar sosial liberal telah secara meluas diterima pakai di

banyak dunia kapitalis, terutama selepas Perang Dunia II di

mana golongan yang berfahaman sosial liberal ini pada

kebiasannya akan dianggap sebagai golongan berhaluan kiri di

kebanyakkan negara.

Reaksi terhadap liberalisme sosial di akhir abad-20, sering

disebut neoliberalisme, menyebabkan dasar monetaris ekonomi

dan pengurangan dalam penyediaan perkhidmatan kerajaan.

Namun, reaksi ini tidak menimbulkan kembali kepada liberalisme

klasik, kerana kerajaan terus memberikan perkhidmatan sosial

dan mengekalkan kawalan ke atas dasar ekonomi.

Istilah “liberalisme sosial" sering digunakan bergantian

dengan "liberalisme moden". Liberal Antarabangsa boleh

dikatakan sebagai sebuah organisasi antarabangsa utama dari

kalangan ahli atau pihak liberal meliputi, antara lain variasi

liberal dan parti liberal sosial. Ia menegaskan prinsip-prinsip

seperti hak asasi manusia, pemilihan umum yang bebas serta

adil dan demokrasi pelbagai parti, keadilan sosial, toleransi,

37
ekonomi pasaran sosial, perdagangan bebas, kelestarian

lingkungan dan rasa yang kuat dari perpaduan antarabangsa.

Kebebasan ini telah mempengaruhi corak hidup dan

keperibadian masyarakat di Malaysia. Ini dapat dilihat dengan

timbulnya Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sentiasa

memperjudikan atau memainkan isu-isu berkaitan dengan hak-

hak kemanusiaan (human rights), kebebasan bersuara,

pemilihan umum yang bebas serta adil (Pilihan Raya Umum) dan

demokrasi pelbagai parti, keadilan sosial, toleransi, ekonomi

pasaran sosial dan perdagangan bebas.

Mereka ini (NGO) akan sering dilihat muncul bersama isu-isu

yang berkait rapat dengan ‘kebebasan’ dengan menjadikan

rakan-rakan NGO di negara luar (barat terutamanya) lebih

‘bebas’ bersuara berbanding dengan NGO di Malaysia. Kalangan

NGO ini akan menjadi ‘juara’ dalam kebanyakan isu

membabitkan ‘hak-hak asasi manusia’. Sebagai contoh, kerap

kali kumpulan-kumpulan NGO ini akan terlibat di dalam

demonstrasi membabitkan bantahan terhadap isu-isu yang

timbul dengan memanipulasikan ‘hak asasi manusia’ dan

‘kebebasan’ sebagai lambang kejaguhan mereka ini.

Inilah yang dikatakan sebagai ideologi liberalisme (sosial)

yang telah menular masuk ke dalam negara ini melalui cara atau
37
kaedah yang tidak bersesuaian untuk diaplikasikan bersama.

Dengan menjadikan negara barat sebagai contoh dan ‘kiblat’,

pelbagai perbuatan membabitkan dasar ‘kebebasan’ akan

digunakan sebaik mungkin. Namun begitu, jika dilihat dari

pelbagai sudut, masih terdapat unsur-unsur atau nilai-nilai positif

dan negatif sekiranya ideologi ini diterapkan mengikut kaedah

dan acuan sebenar negara.

Kebudayaan (Seni)

Penarifan istilah Kebudayaan (Seni) Liberal turut berkait

rapat dengan ideologi liberalisme di mana dalam memperhalusi

kesenian dan kebudayaan ini kita dapat melihat kepada

pengertian asal maksud kebudayaan liberal.

Istilah seni liberal menyatakan bahawa ianya adalah suatu

kurikulum yang mengajar pengetahuan umum dan

mengembangkan pemikiran rasional pelajar dan kemampuan

intelektual, tidak seperti kurikulum profesional, vokasional dan

teknikal yang menekankan kepada kepakaran. Seni liberal

kontemporari terdiri daripada sastera, bahasa, falsafah, sejarah,

matematik, dan ilmu pengetahuan.

Berbanding di zaman klasik, seni liberal ditakrifkan sebagai

satu pendidikan yang tepat bagi seorang yang bebas. Istilah

"liberal arts" atau "liberal persuits" (dalam Bahasa Latin studia


37
liberalia) telah terkandung di dalam silibus pendidikan rasmi

sejak zaman Empayar Rom lagi. Sebagai contoh, Lucius Annaeus

Seneca atau Seneca the Younger (Ahli Falsafah Rom) pernah

membahaskan bahawa seni liberal yang akan menjadi satu

pendidikan formal di Rom (dan abad pertengahan) sebenarnya

telah lama digunapakai sebagai kurikulum asas dalam paideia

enkuklios atau "education in the circle" di zaman Yunani Greek.

Pada abad ke-5 Masihi, Martianus Capella telah

mentafkrifkan bahawa tujuh seni liberal adalah sebagai

tatabahasa, dialek, retorik, geometri, aritmetik, astronomi, dan

muzik. Manakala di universiti-universiti negara Barat (di abad

pertengahan), tujuh seni liberal adalah the trivium

(tatabahasa, retorik dan logik) dan the quadrivium (aritmetik,

astronomi, muzik dan geometri).

Penularan atau perkembangan seni liberal ini di Malaysia

telah terjadi sejak dari tahun 80an (anggaran) dan ke atas di

mana pada lewat zaman ini, muncullah filem-filem atau

seniman-seniman yang berfikiran bebas (indie) dengan

penghasilan karya seni yang bertentangan dengan arus atau

permintaan di pasaran bersandarkan kepada kebebasan

berkarya.

37
Seniman-seniman (muzik & filem) ini menghasilkan karya-

karya yang amat bertentangan dengan arus pasaran di Malaysia

ketika itu, di mana munculnya kumpulan-kumpulan muzik

bersama karya muzik yang benar-benar dianggap ‘bebas’ dan

tidak terikat lagi dengan corak dan kebudayaan muzik di

Malaysia.

Kebanyakan dari mereka ini merupakan kalangan yang

menyambung pengajian di negara-negara yang mengamalkan

ideologi liberalisme seperti Amerika Syarikat dan United

Kingdom. Justeru tidak mustahil sekiranya ilmu yang diperolehi

bersandarkan kepada ideologi ini dibawa balik bagi diterapkan

ke dalam seni dan kebudayaan Malaysia.

ii) Negara Demokrasi Liberalisme

Negara kebajikan telah tumbuh secara berperingkat dan

merata sejak dari abad ke-19, tetapi menjadi sepenuhnya

dibangunkan selepas Perang Dunia II, bersama-sama dengan

ekonomi pasaran campuran. Ianya juga disebut sebagai

"embedded liberalisme", dasar liberal sosial telah mendapat

sokongan yang meluas di seluruh spektrum politik, ini kerana

kecenderungan mereka dalam mengurangkan dan mengganggu

polarisasi dalam masyarakat tanpa mencabar sistem ekonomi

kapitalis. Negara liberal (mengamalkan demokrasi liberal)

moden yang boleh dijadikan sebagai contoh adalah Negara


37
Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Australia dan

Perancis.

Amerika Syarikat

Negara yang mengamalkan liberalisme yang paling awal

boleh digambarkan sebagai Amerika Syarikat, yang didirikan di

bawah prinsip "setiap manusia diciptakan sama taraf;

bahawa mereka diberi pencipta mereka hak-hak yang

tidak boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah

kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan;

bahawa untuk melindungi hak-hak ini, kerajaan dibuat

oleh manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara

adil dengan izin mereka yang diperintah."

Amerika Syarikat (Amerika Utara) pada mulanya telah

diterokai dan diduduki oleh rakyat dari Britain dan Perancis.

Rakyat Britain ini telah menduduki di kawasan perairan/pantai

Atlantik dan telah menubuhkan sebanyak 13 buah tanah jajahan

dari utara ke selatan Amerika. Pada tahun 1775, Revolusi

Amerika tercetus apabila tentera British telah diserang di

beberapa tempat oleh kumpulan pejuang kemerdekaan.

Manakala pada tahun 1776, wakil-wakil dari badan perwakilan

tanah-tanah jajahan telah bersidang dalam Majlis Perwakilan

bagi meluluskan usul deklarasi kemerdekaan (Declaration of

Independence).
37
Majlis Perwakilan ini telah mengisytiharkan bahawa 13 buah

negeri (tanah jajajahn British) ini telah bebas dan merdeka,

manakala Jeneral George Washington telah dilantik sebagai

Ketua Pasukan Tentera yang mana pasukan ini telah mencapai

kemenangan selepas berperang selama 6 tahun.

Pada September 1782, satu perjanjian yang dibuat di Paris

di antara pihak Biritish dan pihak revolusi telah mewujudkan

Amerika Syarikat yang mana Document of Independence telah

diperkenalkan. Dokumen ini antara lain mengandungi

pernyataan penting iaiatu “semua rakyat mempunyai hak

yang sama” dan mempunyai hak terhadap “nyawa (mereka),

kebebasan dan peluang mendapatkan kebahagian”.

Pernyataan di sini jelas telah merubah sosial dan politik

Amerika yang mana telah meletakkan kebebasan sebagai asas

mereka. Ini secara tidak langsung telah mencerminkan proses

liberal yang berlaku secara berperingkat-peringkat.

Perang Kemerdekaan Amerika menubuhkan negara yang

pertama untuk merangka satu perlembagaan berdasarkan

konsep kerajaan liberal, di mana kerajaan dibina dengan

kerelaan yang ditadbir. Antara yang penting adalah kuasa

pemerintahan terletak di tangan rakyat dan bukan lagi di tangan


37
golongan aristokrasi (bangsawan). Semua rakyat pula

mempunyai kuasa yang sama dan berhak memilih wakil rakyat

masing-masing untuk bersidang di dalam Dewan Perwakilan

untuk membuat undang-undang bagi semua lapisan masyarakat.

Di sini, Amerika Syarikat diletakkan sebagai antara negara

yang paling berjaya dalam mengamalkan penggunaan ideologi

ini di dalam sistem politik mereka. Sehingga kini, Presiden

Barrack Hussein Obama merupakan Presiden Amerika yang ke-

44 dengan dimulakan oleh Presiden George Washington yang

menjadi Presiden dari tahun 1789-1797.

Sistem politik Amerika Syarikat pada masa kini hanya

mempunyai 2 buah parti besar sahaja iaitu Parti Demokrat dan

Parti Republikan berbanding dengan setengah dozen parti atau

lebih yang terdapat di negara-negara lain. Jika dilihat, tidak

begitu jelas bagaimana situasi ini (sistem 2 parti) ini terjadi dan

sebab-musababnya yang mana hanya boleh dirujukkan sebagai

disebabkan oleh peraturan-peraturan pilihanraya negara ini.

Mulanya sistem 2 parti ini boleh dikatakan sebagai bermula

bersama-sama atau hampir serentak dengan pembentukan

Kesatuan (United) dan terus berjalan sehingga kini.

Pembentukan parti di Amerika pada peringkat awalnya telah

turut terbentuk kepada beberapa parti lain namun ianya telah


37
lenyap sehingga terbentuknya kepada 2 parti yang terbesar iaitu

Republikan dan Demokrat.

Pembentukan Amerika pada awalnya telah terpecah melalui

2 buah parti juga iaitu Federalists dan Anti-Federalists yang

mana kedua-dua parti ini mempunyai penyokong dari kalangan

mereka yang berbeza-beza latar belakang kehidupan dan sosio

budayanya.

Sistem politik Amerika sememangnya benar-benar

mengamalkan demokrasi di mana mereka telah mengasingkan

sistem pemerintahan mereka kepada 3 Bahagian utama iaitu

Badan Eksekutif (Presiden & Kakitangannya), Badan Kehakiman

(Supreme Court of the United States) Badan Perundangan atau

Kongres iaitu Dewan Senat (United States Senate) – Dewan

Tertinggi dan Dewan Perwakilan (House of Representatives) –

Dewan Rendah.

Ketiga-tiga badan atau cabang ini mempunyai tugas dan

bidang yang berlainan di mana Badan Eksekutif melalui Presiden

akan melaksanakan segala dasar-dasar yang telah ditetapkan

atau ditentukan oleh Pemerintah/Kerajaan terhadap negara.

Presiden juga berkuasa untuk melantik Ketua Agensi yang mana

bertanggungjawab untuk Agensi Eksekutif Persekutuan.

37
Kedua-dua Dewan iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan

mempunyai bidang kuasa yang berlainan di antara satu sama

lain. Bidang kuasa ini tidak berkaitan antara ‘mereka’ sebagai

kedudukan Dewan Tinggi dan Dewan Rendah.

Dewan Senat berkuasa untuk mengadili kes-kes

pendakwaan yang dihadapi oleh Pegawai Persekutuan khsusnya

pendakwaan yang dikemukakan oleh Dewan Perwakilan. Dewan

Senat juga mempunyai kuasa “advice & consent” terhadap

perlantikan yang dilakukan oleh Presiden seperti Hakim

Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Daerah, Peguam Negara

(United States Attorneys), Duta, Pemerintah Tentera dan

beberapa Ketua Agensi Persekutuan yang lain seperti NASA.

Dewan ini juga berkuasa untuk melantik Naib Presiden Amerika

Syarikat sekiranya tiada majoriti yang dapat dicapai di dalam

Electoral College bagi memilih Presiden dan Naib Presiden.

Manakala Dewan Perwakilan adalah berkuasa untuk

mendakwa Presiden sekiranya perlu termasuk pegawai-pegawai

Kerajaan Persekutuan yang lain. Dewan ini juga

bertanggungjawab ke atas semakan semula rang undang-undan

(bill).

Pertembungan Demokrasi & Liberal memberi makna yang amat

luas terhadap penggunaannya di kalangan negara-negara barat.


37
Akibat dari penjajahan dan revolusi-revolusi yang melanda negara-

negara barat seperti Revolusi Amerika (1775-1783), Revolusi

Perancis (1789-1799) dan Revolusi Rusia (1917), telah menyebabkan

negara-negara seperti Amerika, United Kingdom, German, Australia

dan Perancis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam

sistem politik mereka.

Tekanan yang diterima dan ketidakadilan yang dialami telah

menyebabkan rakyat mula bangkit dan menentang sistem

pemerintahan Raja Mutlak seperti yang telah diamalkan oleh

kebanyakkan negara di dunia pada ketika itu. Rakyat beranggapan

bahawa, Raja yang menjadi Ketua Negara tidak dapat memerintah

dengan benar-benar sempurna dan hanya menumpukan kepada

kepentingan diri dan keluarga tanpa mengambil kira perasaan dan

permasalahan yang dialami oleh rakyat.

Rakyat yang telah tertindas mula bangkit melalui beberapa

kumpulan seperti kumpulan-kumpulan penentang dan gerakan-

gerakan bagi menjatuhkan raja sebagai pemerintah. Ini telah

disokong oleh kebanyakkan bangasawan (aristocrat) yang merasakan

adanya kepentingan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dan

menjatuhkan raja sebagai ketua negara.

Kebangkitan rakyat Amerika melalui Tentera Revolusi telah

menyebabkan negara tersebut merdeka dan menjadi sebuah negara


37
Republik dengan melaksanakan sistem demokrasi secara benar-

benar mutlak bagi menzahirkan keinginan rakyat yang turut serta

sebagai sebagahagian daripada kerajaan dan negara. Mereka boleh

dikatakan sebagai negara pertama di dunia yang mula-mula

melaksanakan sistem demokrasi liberal ini. Rakyat bebas dan berhak

untuk mengundi dan memilih ketua kerajaan yang mereka inginkan

tanpa dipengaruhi atau dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Walaupun United Kingdom mengamalkan Sistem Raja

Berpelembagaan, namun begitu mereka adalah di antara negara

yang mengamalkan Demokrasi Liberal. Rakyat bebas dan berhak

bersuara terhadap kerajaan sekiranya mereka mendapati bahawa

kerajaan yang memerintah tidak melaksanakan kehendak dan

tuntutan rakyat.

Begitu juga yang diamalkan oleh negara kolonial Britain iaitu

Australia, walaupun negara ini adalah bekas jajahan Britain dan

masih merupakan negara koloni, namun sistem pentadbirannya

diamalkan secara bersendirian tanpa campurtangan dari Kerajaan

Britain. Sistem Demokrasi Liberal yang diamalkan oleh Australia sejak

dari tahun 1901 mencerminkan bahawa sistem ini merupakan antara

sistem yang sering diamalkan oleh negara-negara ‘besar’ di dunia.

37
C) PANDANGAN/KOMEN IDEOLOGI LIBERALISME

Amalan Liberalisme atau lebih tepat dikatakan sebagai

Demokrasi Liberal merupakan satu ideolagi yang baik dan bertetapan

untuk digunakan memandangkan kebanyakkan negara-negara

‘besar’ di dunia telah mengguna pakai sistem ini sejak dari dahulu

lagi. Kebebasan dalam semua perkara atau segi merupakan antara

perkara yang amat dititik beratkan oleh negara-negara barat. Ianya

adalah bagi mengimbangi pemerintahan dan sistem pentadbiran

negara tersebut.

Berdasarkan dari corak dan gaya hidup masyarakat barat,

perlaksanaan sistem ini amat baik dan bagus serta bertepatan

digunakan oleh kalangan mereka. Kebebasan bersuara merupakan

tunjang utama dalam perlaksanaan sistem ini, sekiranya sesuatu

dasar telah dirancang atau dilaksanakan, rakyat berhak bersuara

untuk membantah sekiranya dasar ini tidak memberi kebaikan

kepada rakyat. Ini dapat dilihat dari corak dan cara mereka ini

menyuarakan bantahan dan penolakan ke atas dasar-dasar yang

diperkenalkan oleh kerajaan.

Penterjemahan rasa tidak puas hati ini kebaiasaannya akan

dilakukan menerusi perarakan, perhimpunan, demonstrasi dan protes

yang mana kebanyakkan darinya akan bertukar ganas sehingga


37
berupaya mengorbankan nyawa mereka-mereka yang terlibat

mahupun tidak. Ini adalah satu-satunya cara terbaik bagi meluahkan

rasa tidak puas hati dan marah terhadap sesuatu dasar yang bakal

atau telah dilaksanakan oleh kerajaan. Sejak dari dahulu lagi, corak

menyuarakan rasa tidak puas hati ini sering dipelopori oleh negara-

negara yang pada kebiasaannya mengamalkan ideologi ini.

Amerika Syarikat sebagai contoh adalah antara yang kerap kali

mengalami situasi sebegini sejak dari permulaannya ideologi ini

diterapkan di dalam sistem pemerintahan mereka. Tercetusnya

sesuatu isu yang tidak menyenangkan hati rakyat, bakal

menyebabkan mereka berbondong-bondong memenuhi setiap

pelosok jalan dan ruang bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dan

amarah mereka terhadap tindakan yang ditimbulkan oleh sesuatu

pihak atau kerajaan.

Kematian Dr. Martin Luther King Jr. (Ketua African-American Civil

Right Movement ) pada 4 April 1968 telah menyebabkan kekacauan

dan keganasan berlaku di hampir setiap pelusok bandar sehingga

mencecah 110 kesemuanya antaranya di Washington DC, Chicago

dan Baltimore hingga menyebabkan Amerika Syarikat hampir

lumpuh. Banyak lagi insiden kekacauan dan keganasan yang berlaku

hampir setiap tahun, malahan bulan di segenap pelusok Amerika

Syarikat akibat dari apa yang dikatakan sebagai kebebasan bersuara.

37
Begitu juga yang dialami oleh sebuah lagi negara yang

mengamalkan sistem Demokrasi Liberal iaitu United Kingdom di

mana yang terbaru adalah kekacauan atau protes dari kalangan para

pelajar di hampir segenap negara yang membantah tindakan

kerajaan menaikkan yuran pengajian sehingga 400%. Para pelajar

yang marah telah mula bergerak ke jalan-jalan bagi melahir dan

menzahirkan rasa marah dan tidak puas hati mereka terhadap dasar

kerajaan ini. Kemarahan ini turut dirasai oleh Keluarga DiRaja Britain

apabila kenderaan rasmi yang dinaiki oleh Putera Charles dan

Duchesss of Cornwall telah diserang oleh para pelajar yang marah.

Disini membuktikan setiap perkara yang terjadi itu ada pro dan

kontranya yang mana ada kebaikan dan keburukannya. Ini bermakna

penerapan nilai-nilai liberal di dalam sistem politik negara perlulah

diubahsuai agar ianya bersesuaian dengan corak kehidupan

masyarakat dan suasana di negara ini. Sekiranya ia diaplikasikan

secara meluas tanpa ada diterapkan nilai-nilai murni dan ketimuran,

maka akan menyebabkan negara amat mudah terdedah di dalam

situasi yang dialami oleh rakyat negara lain.

Penerapan nilai-nilai kebebasan yang amat tinggi bakal

menyukarkan sistem pentadbiran negara memandangkan Malaysia

adalah di antara negara yang mempunyai rakyat dari kalangan

berbilang bangsa (majmuk) dan kecenderungan untuk tercetusnya

isu-isu perkauman dan rusuhan kaum amat tinggi.


37
D) KESIMPULAN

Secara dasarnya, jika melihatkan kepada maksud liberalisme

iaitu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai

nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman

liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun,

maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut

konteks sesebuah negara.

Kebebasan adalah tunjang kepada maksud liberalisme yang

mana apabila ianya berkembang kepada ideologi, kebebasan

dijadikan sebagai asas kepada perjuangan ideologi ini. Penerapan

kebebasan di dalam sistem politik sehingga tercetusnya Demokrasi

Liberal telah menyebabkan ianya amat disenangi dan disukai oleh

rakyat. Rakyat berhak menyuarakan apa sahaja yang dirasakan tepat

dan betul bagi didengari oleh pihak-pihak tertentu termasuk

kerajaan.

Ideologi ini yang dipelopori oleh kebanyakkan negara-negara

‘besar’ barat seperti Amerika, United Kingdom, Jerman, Perancis dan

Australia sekiranya dilihat kembali amat bersesuaian dengan corak

kehidupan dan pentadbiran negara ini, memandangkan ianya telah

digunapakai sejak sekian lama dan amat disenangi oleh kalangan

rakyat mereka.
37
Dan sekiranya penerapan ideologi ini dikembangkan di Malaysia,

dikhuatari ianya bakal mengundang ketidak tenteraman yang lebih

tinggi dan membebankan berbanding dengan kebaikannya. Tidak

dapat dinafikan, ideologi ini merupakan satu perkara yang amat baik

dari segi pemahaman maksudnya iaitu kebebasan dalam

menyuarakan segala macam pendapat dan pandangan yang mana

lebih mudah disebut sebagai ‘kebebasan bersuara’.

Jika dilihat kepada sejarah, ‘rasukan’ ideologi ini ke atas para

pelajar yang kebanyakkannya menuntut di negara-negara yang

mengamalkan demokrasi liberal, mereka telah membawa masuk

ideologi ini ke dalam negara bagi menyebarkan bahawa rakyat

berhak dan wajib untuk menyuarakan pandangan dan pendapat

mereka. Demonstrasi-demonstrasi yang tercetus sejak dari tahun

1970an lagi kebanyakkannya telah dipelopori oleh kalangan

pemimpin yang melanjutkan pelajaran mereka ke negara-negara ini.

Dari sudut positif, ianya merupakan satu perkara yang amat

dialu-alukan untuk dilaksanakan, namun corak kehidupan

masyarakat di Malaysia yang jika dikaji dan dilihat semula tidak

begitu menggemari tradisi merusuh, berhimpun serta

berdemonstrasi. Tidak dinafikan, kalangan rakyat telah berkumpul

(berdemonstrasi) bagi menyuarakan pandangan mereka menentang

penjajah Inggeris sekaligus menuntut kemerdekaan dari British.


37
Namun pada tahun-tahun berikutnya tidak begitu banyak

tindakan sedemikian rupa dapat dilihat oleh kalangan rakyat di

Malaysia dalam menyuarakan apa yang mereka rasai dan hadapi.

Kebebasan yang dilaung-laungkan melalui ideologi ini perlulah

disesuaikan dengan budaya hidup masyarakat Malaysia bagi

mengelakkan ianya disalah erti dan disalah gunakan oleh pihak-pihak

yang berkepentingan.

Tidak salah dalam menyuarakan hak dan kebebasan, namun

perlulah ada had dan kaedah-kaedah yang bersesuaian. Sekiranya

kelebihan ini disalahgunakan, tidak mustahil negara Malaysia yang

aman damai ini bakal menjadi seperti negara-negara lain yang

terlibat di dalam kancah keganasan dan huru-hara hanya semata-

mata menyuarakan hak dan kebebasan yang senantiasa dirasakan

betul dan tepat.

Kebebasan perlulah bertitik tolak kepada sama rata di mana

meletakkan sesuatu yang kena pada tempatnya. Sekiranya

kebebasan dilaung-laungkan secara membuta tuli tanpa mengambil

kira sensitiviti masyarakat dan persekitaran, maka akan buruklah

hasilnya. Justeru kebebasan yang dilaung-laungkan perlulah

dilaksanakan dengan penuh etika dan kesopanan bersesuaian

dengan corak kehidupan masyarakat Malaysia.

37
E) BIBLIOGRAFI

i) Asas Sains Politik (Edisi Ketiga)


– Prof. Madya Dr. K.Ramanathan (2003).

ii) Konsep Asas Politik (Edisi Pertama)


– K.Ramanathan (1988).

iii) Ideologi Politik Moden (Nota Tambahan)


– Prof. Madya Dr. K.Ramanathan.

iv) American Politics


– Abraham Ribicoff & Jon O.Newman (1973).

v) Forum Sains: “Liberalisme Sebagai Idea Pragmatis”


– http://www.forumsains.com/index.php?page=37.

vi) Liberalisme-Challenge (Liberty & Security)


– http://www.libertysecurity.org/mot76.html.

vii) Wikipedia “Meaning of Liberalisme”


– en.wikipedia.org/wiki/Liberalism.

viii) Liberalisme: “The Independent Review (The Independent


Institute)”
– http://www.independent.org/publications/tir/article.asp?a=166.

ix) Australia’s Political System


– http://www.abc.net.au/ra/federasi/tema1/aus_pol_chart_e.pdf.

x) United States of America


– http://www.conservapedia.com/United_States.

37