Anda di halaman 1dari 2

DUA GOLONGAN PENGHUNI NERAKA

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, hadis no: 2128,
Rasulullah saw bersabda : “Terdapat dua golongan penghuni neraka yang saya tidak akan jumpa : (Pertama)
Orang yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakannya untuk memukul orang
dan (Kedua) wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung lagi mencenderungkan. Kepala mereka
seperti bonjol unta yang condong ke sebelah. Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan menghidu
baunya sekalipun bau syurga itu dapat dihidu dari jarak yang sekian-sekian”.

Hadis ini mengandungi beberapa pengajaran menarik yang ingin saya kongsi bersama para pembaca
sekalian agar kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Hadis ini dimulai dengan penjelasan tentang dua
golongan penghuni neraka yang Rasulullah saw tidak akan jumpa. Ertinya dua golongan tersebut ialah
daripada kalangan mereka yang hidup selepas kewafatan Rasulullah saw. Ini merupakan salah satu bukti
kebenaran hadis-hadis baginda, di mana apa yang baginda ramalkan 1400 tahun yang lalu benar-benar
berlaku.

1. Salah guna kuasa

Golongan pertama ialah mereka yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu, yakni tali sebatan.
Mereka menggunakannnya untuk memukul orang-orang lain. Ini merujuk kepada orang-orang yang memiliki
kuasa lalu menggunakan kuasanya untuk menghukum orang lain tanpa pengadilan yang sewajarnya
contohnya pemerintahan secara diktator. Hadis di atas merujuk kepada sesiapa jua yang memiliki kuasa lalu
menyalahgunakan kuasanya untuk menghukum orang secara tidak adil. Oleh itu, selain pemerintah negara, ia
juga merujuk kepada pengarah syarikat, ketua jabatan, malah juga seorang ayah.

Berdasarkan kaedah qiyas (analogi), cara menghukum tidak terhad kepada tali sebatan yang diperbuat
daripada ekor lembu sahaja. Apa sahaja alat atau cara yang dapat menghukum dan mendera seseorang
termasuk dalam kategori ini. Oleh itu, sesiapa jua yang memegang kuasa dalam apa jua urusan, hendaklah
menjadikan hadis ini sebagai peringatan. Jangan menghukum orang bawahan sesuka hati, sebaliknya adililah
mereka dengan seadil-adilnya. Hendaklah mendengar hujah atau pembela mereka seandainya mereka
bersalah dan berilah hukuman yang bersifat mendidik dan membina.

2. Penampilan Wanita

Golongan kedua merujuk kepada wanita yang memiliki beberapa ciri berikut. Pertama, mereka berpakaian
tetapi telanjang. Maksud telanjang dalam konteks ini ialah wanita yang mengenakan pakaian yang nipis
sehingga menampakkan aurat mereka di sebaliknya. Juga wanita yang mengenakan pakaian yang ketat
sehingga menampakkan bentuk badan mereka di sebaliknya. Tidak ketinggalan ialah wanita yang memakai
pakaian yang terbelah di sana-sini sekalipun ia menutup aurat, pada hakikatnya
aurat-aurat tersebut akan terdedah ketika berjalan atau ditiup angin.

Kedua, ia merujuk kepada wanita yang bergaya, berjalan, dan berfesyen dengan
sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki.
Seterusnya secara sedar atau tidak, wanita ini menjadi ikutan wanita lain. Fenomena
sebeginilah yang disebut sebagai trend masa kini dan inilah yang dimaksudkan
dengan sabda baginda sebagai “… yang cenderung lagi mencenderungkan”.
Antara fesyen yang dimaksudkan ialah mengikat sanggul di belakang kepala dengan menonjolkan ke
atas. Trend yang digelar sebagai “Sanggul Arab”, “fake bun” atau “high bun” dianggap terkini oleh sebahagian
wanita masa sekarang, sama ada yang bertudung atau tidak. Namun fesyen ini telah pun diramalkan oleh
Rasulullah saw 1400 tahun yang lalu. Ia baginda umpamakan segabai bonggol unta. Hanya bonggol unta yang
menonjol lurus ke atas manakala sanggul Arab menonjol ke atas sambil condong ke belakang.

Ada yang begitu taksub dengan fesyen sanggul Arab ini sehingga sanggup
memakai rambut palsu yang diikat sebagai sanggul atau membeli terus sanggul palsu.
Ada juga pekedai yang menjual tudung Arab lengkap dengan sanggul Arab tiruan di
dalamnya. Semua ini menambah kesalahan, menambah dosa. Ini disebabkan mereka
melakukan dua kesalahan, pertama ialah berfesyen sanggul Arab sementara yang
kedua ialah memakai rambut palsu. Sanggul palsu termasuk dalam kategori rambut
palsu yang diperingatkan oleh Rasulullah : “Allah melaknat wanita yang menyambung
rambutnya dengan rambut yang lain dan wanita yang meminta rambutnya disambungkan”. (shahih al-
bukhari, no 5934) Maksud menyambung rambut ialah mengenakan rambut palsu, tanpa dibezakan sama ada
ia daripada rambut manusia, haiwan atau buatan manusia.

Penting untuk dibezakan bahawa hadis di atas bukan bermaksud mengharamkan sanggul. Wanita yang
berambut panjang boleh bersanggul, dengan syarat sanggul itu diikat di belakang dengan menyondong ke
bawah. Apa yang diharamkan ialah sanggul yang diikat dengan menyondong ke atas seperti bonggol unta.
Oleh itu, sama ada bertudung atau tidak, hendaklah dijauhi fesyen sanggul Arab. Selain itu terdapat hadis yang
menyatakan bahawa "akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang
sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri
mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang
(nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan
(sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu
laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita
yang terlaknat"- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Setelah menerangkan cirri-ciri kedua-dua golongan tersebut, Rasulullah saw menambah bahawa
mereka bukan sahaja akan menjadi penghuni neraka tetapi akan dijauhkan dari syurga sejauh-jauhnya.
Mereka bukan sahaja tidak melintas di tepi syurga, tidak melihat syurga, bahkan tidak dapat menghidu
keharuman syurga padahal keharuman itu dapat dihidu dari jarak yang jauh. Ini menunjukkan kedua-dua
golongan di atas berada benar-benar jauh dari syurga Allah. Semoga ini menjadi peringatan yang melekat
dalam diri kita dalam tanggungjawab harian kita dan dalam fesyen harian kita.

Sumber dari

1. Majalah Dara.com edisi Ogos 2010


2. http://tudungstall.blogspot.com/
3. http://sucagwale.blogspot.com/
4. http://www.orionscollections.blogspot.com/

Disediakan oleh: NURUL IZZATI BINTI CHE’ MAN

Anda mungkin juga menyukai