Anda di halaman 1dari 2

Sambutan Merdeka 50 Tahun

Tahun ini, Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-50, iaitu setengah abab. Tahun ini,
terdapat berbagai-bagia jenis projek dan aktiviti untuk meraikan kedaulatan yang diperjuangkan oleh
pemimpin-pemimpin negara 50 tahun yang lalu. Antaranya, Kayuhan Sempena 50 Tahun Merdeka
dari Yan ke Dataran Merdeka telah dilangsungkan selama enam hari untuk memeriahkan sambutan
merdeka pada tahun ini. Kempen Kunjungi Malaysia 2007 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sambutan ini bukanlah hanya satu
sambutan bagai hari perayaan sahaja. Sebenarnya, pada hari yang istimewa ini, kita harus mengenang
jasa-jasa pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman yang telah
bersusuah-payah memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa sendiri, kita sebagai rakyat Malaysia yang
setia yang lahir di tanah air kita seharusnya mengamalkan nilai cinta kepada negara. Kita perlu berasa
bangga dan sayang terhadap nama negara kita iaitu Malaysia dan meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan sendiri. Maruah negara kita harus dipertahankan daripada kritik dan pandangan
negatif oleh masyarakat dunia (terutama Barat) yang berfikiran steriotipikal menganggap negara di
Asia mundur dan berkelas rendah. Tambahan pula, tokoh-tokoh sukan seperti Nicol Ann David (Juara
dalam Squasy 2007) dan Lee Chong Wei (bertempat kedua dalam kedudukan pemain badminton
sedunia 2007) telah berjaya mengharumkan nama negara Malaysia dalam pentas sukan antarabangsa.
Mereka tidak mementingkan nama sendiri malah sentiasa mengheboh-hebohkan nama Malaysia
kerana mereka mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap tanah air mereka.
Yang kedua, kita perlu mengamalkan nilai sanggup berkorban untuk negara. Kita perlu rela
melakukan dan meyerahkan apa-apa sahaja termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian kepada negara.
Dalam sejarah, Tok Janggut di Kelantan telah memperjuangkan keadilan untuk bangsanya dan
akhirnya telah dihukum mati dan dianggap sebagai pengkhianat serta pemberontak (kerajaanBritish)
oleh British. Rentap pada masa yang sama telah berjuang untuk bangsa Ibannya sendiri. Ini
menunjukkan kerelaan mereka untuk berkorban demi mempertahankan maruah bangsa negara sendiri.
Sebagai rakyat Malaysia yang hidup pada zaman moden hari ini, kita seharusnya mementingkan
pembangunan negara sendiri melebihi tawaran gaji tinggi yang diberi oleh syarikat-syarikat luar
negera. Tambahan pula, projek-projek kerajaan haruslah disokong oleh semua rakyat supaya projek
itu berjaya menjanakan keuntungan dan pembangunan ekonomi serta fizikal di Malaysia.
Yang ketiga, nilai taat kepada raja dan negara haruslah diamalkan oleh semua rakyat Malaysia. Semua
rakyat mesti mempunyai kesetiaan dan kepatuhan kepda raja dan negara untuk menjaga keamanan dan
kestabilan politik. Ini merupakan cara untuk mempertahankan maruah bangsa seperti yang termaktub
pada baris Perlembagaan Malaysia yang pertama – Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Undang-
undang dan peraturan-peraturan haruslah dipatuhi untuk menunjukkan kita memberi kehormatan
terhadap sistem pentadbiran negara. Tambahan pula, jasa-jasa tokoh kemerdekaan pada masa
penjajahan haruslah dikenang dan perjuangan mereka haruslah dijadikan pedoman dan ingatan dalam
kehidupan supaya kita tidak dijajah oleh kuasa asing pada masa depan.
Kesimpulannya, nilai patriotisme perlulah diamalkan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Dengan
mengamalkan ketiga-tiga nilai ini, barulah kedaulatan negara akan dipertahankan malah negara
Malaysia akan dipandang tinggi oleh masyarakat tempatan. Dengan ini, Wawasan 2020 yang
menjadikan impian nasional boleh capai dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju pada
masa yang akan datang. Pada hari yang istimewa ini, marilah kita sama-sama menyambut dan
berkongsi kegembiraan yang telah diperolehi selama 50 tahun.

Anda mungkin juga menyukai