Anda di halaman 1dari 5

Nadi bagi sebuah kehidupan Islam ialah ketaqwaan.

Keindahan yang
mewarnai kehidupan setiap individu muslim juga kerana pancaran
ketaqwaannya. Sebuah keluarga, sebuah masyarakat dan sebuah negara
pasti dinaungi rahmat dan kesejahteraan jika anggota insan di dalamnya
hidup dengan kehidupan taqwa. Orang yang bertaqwa sentiasa
memastikan setiap usaha dan hasil pencariannya bersumber daripada
rezeki yang halal. Orang yang taqwa sentiasa memastikan pencariannya
selamat daripada sumber yang haram seperti hasil yang diperolehi
daripada haiwan yang dilarang dan diharamkan disisi Syarak .

‫معشر المسلمين رحمكم هللا‬

Ada beberapa pendapat tentang hukum serangga, termasuk tokek dan


cicak.

HUJAH 1 : Kebanyakan ulama’ menyatakan bahawa serangga adalah


haram, ini kerana ia termasuk binatang yang menjijikkan. Pengharaman
serangga adalah termasuk dalam keumuman ayat 157 Surah Al A’araf
berikut:

َ ‫ت َوي َُحرِّ ُم َعلَي ِْه ُم ْال َخ َبآئ‬


‫ِث‬ َّ ‫َو ُي ِح ُّل لَ ُه ُم‬
ِ ‫الط ِّي َبا‬
“Dan ia menghalalkan yang baik dan mengharamkan atas mereka segala
yang buruk (menjijikkan

Banyak ulama’ menyatakan bahawa standard barang yang menjijikkan


ialah berdasarkan pendapat masyarakat umum, bila masyarakat umum
menyatakan suatu hal itu menjijikkan maka itu haram, bila kebanyakan
mereka menyatakan tidak menjijikkan maka itu halal. Dalam isu ini,
semua orang menyifatkan cicak & tokek adalah jenis binatang yang
menjijikkan. Melihat sahaja ekornya yang terputus dari badan, sudah
ramai yang geli geleman.

Dengan demikian, cicak dan juga tokek tidak dapat dikategorikan


sebagai hal yang baik (thayyibaat). Bahkan ia termasyk sebagai al-
Khabaais.Bahkan Ibnu Hazem Al Andalusi menyatakan dlm (Al Muhalla
7/405) : “Cicak adalah salah satu binatang yang paling menjijikkan.”

As Syaukani menyatakan dalam (Nailul Authar 8/200) : “Cicak itu


termasuk binatang melata yang mengganggu manusia, dan tokek adalah
salah satu spesies darinya yang berbadan lebih besar.”

Kesimpulan awalnya, ulama’ telah menegaskan bahwa tokek adalah satu


spesies & satu keluarga dengan cicak, dengan demikian hukumnya pun
adalah sama.

‫معشر المسلمين رحمكم هللا‬

HUJAH KE 2: Berkaitan dengan cicak dan tokek, Nabi SAW secara


khusus telah memerintahkan kita untuk membunuhnya setiap kali kita
melihatnya. Asas kepada hukum yang melibatkan binatang ialah :

Binatang yang diperintahkan untuk dibunuh tanpa melalui proses


penyembelihan adalah haram dimakan, kerana seandainya haiwan-
haiwan tersebut halal untuk dimakan maka tentunya Nabi SAW, tidak
akan mengizinkan untuk membunuhnya kecuali setelah proses
penyembelihan yang syar'i.

‫معشر المسلمين رحمكم هللا‬

HUJAH KE 3 : Di dalam hadis yang lain dinyatakan pula membunuh


cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding
pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadis di dalam Sahih
Muslim ,Nabi S.A.W. bersabda:

‫ون َذل َِك رواه مسلم‬ َّ ‫ون َذل َِك َوفِى‬


َ ‫الثالِ َث ِة ُد‬ َّ ‫ت لَ ُه مِا َئ ُة َح َس َن ٍة َوفِى‬
َ ‫الثا ِن َي ِة ُد‬ َ ‫َمنْ َق َت َل َو َز ًغا فِى أَ َّو ِل‬
ْ ‫ضرْ َب ٍة ُك ِت َب‬

“Barang siapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, maka ia


mendapatkan pahala seratus kebaikan, dan bila ia membunuhnya pada
pukulan kedua, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu, dan
bila pada pukulan ketiga, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada
itu.” (Riwayat Muslim)

PERSOALANNYA sekarang , para pemburu & penggemar tokek pasti


akan menyalahi 2 hujah kenabian ini. Apa tidaknya? Bukankah Nabi
menyuruh kita membunuh tokek ini ? Tapi penggemar tokek sanggup
untuk membina sangkar yang selesa demi memelihara tokeknya. Bahkan
tokek ini akan dijamu makanan yang lazat & berzat demi membina
tumbesarannya agar melebihi 300 gram ke atas. Hal ini tdk ubah bagai
layanan terhadap seorang atlit bina badan pula. Sekali lagi manusia
mencabar larangan kekasih Allah sebenarnya.

‫معشر المسلمين رحمكم هللا‬

HUJAH KE 4 : Tokek termasuk kategori binatang yang jahat @ fuwaisiq.


Imam Muslim meriwayatkan :

‫أن النبي [ص] أمر بقتل الوزغ وسماه فويسقا رواه مسلم‬: ‫عن سعد بن أبي وقاص‬

Diriwayatkan dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqas RA, bahwa Nabi SAW,
memerintahkan agar kita membunuh cicak, dan beliau menyebutnya
sebagai fuwaisiq (binatang jahat). (Riwayat Muslim)

Para ulama’ diantaranya ialah Imam An Nawawi telah menjelaskan


bahawa hikmah sebahagian binatang ini digelar dengan (fasiq atau
fuwaisiq) adalah dikeranakan binatang-binatang tersebut menyalahi
keumuman binatang melata lainnya, dalam hal kehalalan atau larangan
membunuhnya. (Nailul Authar 5/80)

Oleh kerana itu para ulama’ menegaskan bahwa setiap binatang yang
digelar sebagai binatang fasiq atau fawasiq atau fuwaisiq, Halal untuk di
bunuh, baik di tanah halal atau tanah haram, baik ketika sedang
berihram atau tidak.Pada beberapa riwayat lain, antaranya Ibnu Majah
menjelaskan mengapa keluarga cicak digelar fuwaisiq :

‫ان َي ْنفُ ُخ َعلَى إِب َْراهِي َم َعلَ ْي ِه ال َّسالَ ُم‬


َ ‫َك‬
“Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin marak membakar)
nabi Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari)

‫معشر المسلمين رحمكم هللا‬

Bila penjelasan ini telah dapat diterima, maka dapat disimpulkan bahwa
memperjual-belikan tokek, cicak dan yang serupa tidak dibenarkan
ataupun haram. Yang demikian itu dikeranakan setiap yang haram, pasti
haram pula untuk diperjual-belikan:

ِ َ‫إنَّ هللا إِ َذا َحرَّ َم َعلَى َق ْو ٍم أَ ْك َل َشي ٍء َحرَّ َم َعل‬


‫يه ْم َث َم َن ُه‬

“Sesungguhnya bila Allah telah mengharamkan atas suatu kaum untuk


memakan sesuatu, pasti Ia mengharamkan pula atas mereka hasil
penjualannya.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan dinyatakan sebagai
hadits shohih oleh Ibnu Hibban)

‫معشر المسلمين رحمكم هللا‬

Antara beberapa persoalan tambahan yang perlu direnungi oleh mereka


yang berminat menceburi perniagaan Haram ini ialah :

1- Sejauhmana kebenaran bahawa tokek ini digunakan sebagai bahan


utama untuk penawar penyakit AIDS? Atau ia hanya propaganda yang
sengaja digembar- gemburkan untuk memperbodohkan umat Islam.
Apabila Islam telah mengaramkannya & Nabi pula mengarahkan agar
haiwan ini terus dibunuh, masakan masih ada penawar pada tubuh
haiwan ini?

2- Apakah benar ada tokek yang saiznya begitu luar biasa hingga
mencapai berat yang heboh diceritakan ? saya khuatir andai saiz dan
syarat yang dikenakan oleh pembeli itu adlh syarat yang mustahil untuk
disediakan.

3- Adakah benar tokek ini bisa membawa pendapatan yang lumayan,


atau ia hanya sekadar cerita-ceria yang bersifat bagai aji no-moto
sahaja ? Kalaulah ia bisa kaya, rasanya sudah lama penduduk di Pulau
Banggi, di Kudat sana bergelar jutawan, kerana tokek memang banyak
membiak disana.. Inilah pendapat yang menurut hemat saya dan sebatas
ilmu yang saya miliki, hujah yang paling kuat dalam permasalahan ini.
Adalah diharapkan masyarakat Islam di Tawau ini, dapat mengelakkan
diri, daripada terlibat dengan aktiviti bisnes yang menghimpunkan
pelbagai unsure pengharaman ini.

Memang kita digalakkan untuk menceburi sesuatu yang baru. Tetapi,


seandainya telah wujud beberapa dalil & hujah yang melarangnya,
bererti, perkara tersebut telah menjadi Haram dengan sebab yang
mendatang tadi.
Wallahu a’alam bisshowab,

Anda mungkin juga menyukai