Anda di halaman 1dari 17

WARISAN BUDAYA TRADISIONAL

(Seni Bina)
RUMAH NEGERI SEMBILAN
• Reka bentuk bumbung panjang yang
bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat
reka bentuk atap yang bertingkat yang
dialas daun rumbia.
• Rumah ini mempunyai serambi hadapan
dan anjung yang meneduhkan tangga
utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui
Serambi.  
• Serambi dihiasi ukiran kerawang yang
bercorak silang-menyilang.
• Rekaan tangga adalah ringkas.
• Rumah ibu bersifat terbuka dan
disambung ke rumah dapur
melalui pintu yang menghala ke
selang. Selang tidak berdinding
dan merupakan pelantar
kepada sebahagian fungsi
dapur. Ianya berperanan
sebagai ruang bersembang
untuk kaum wanita. 
• Rumah Negeri Sembilan ini
memaparkan seni kraf kayu
yang menyeluruh hingga
sampai ke rumah dapur. Paras
tingkapnya adalah sangat
rendah, iaitu direka untuk paras
orang duduk dan bukannya
berdiri.
RUMAH SELANGOR
• rumah ini merupakan rekaan
bumbung panjang yang terdapat di
negeri Selangor. Ia mengandungi
kombinasi anjung dan serambi yang
agak besar dan menonjol.
• Rumah ini tidak mempunyai bumbung
bertingkat seperti rumah Negeri
Sembilan, tetapi mempunyai bumbung
besar yang agak curam di rumah ibu
• Rekaan luaran rumah ini mempunyai
ukiran yang sederhana di bahagian
atas tingkap.
• Rumah ibu dinaikkan paras
berbanding dapur, anjung, rumah
tangga dan serambi.
• Ketinggian struktur atap
membuatkan rumah ini kelihatan luas
dan selesa apabila berada di ruang
dalam rumah.
• Ia juga membolehkan pengaliran
udara yang lebih lancar dan selesa.
RUMAH PERAK
• Rumah ini adalah dari jenis bumbung
panjang. Keistimewaan reka
bentuknya adalah kerana ia lebih
etnik dan ringkas. Reka bentuk ini
juga dikenali sebagai rumah kutai.
• Rumah ini menggunakan sepenuhnya
bahan binaan semula jadi yang
terdapat di sekeliling kampung.
Struktur asas adalah kayu keras
manakala atap dibuat dari daun
rumbia dan dinding pelupuh dari
anyaman buluh atau rotan.
• Rumah ini mempunyai bumbung
yang agak tinggi.
• Keringkasan reka bentuk
menunjukkan yang rumah kutai
adalah untuk orang biasa
berbanding rekaan lain yang lebih
moden dan canggih seperti
bumbung limas dan bumbung
Perak.
• Rumah ibu dipisahkan dari rumah
dapur dengan selang yang terbuka.
Rumah ibu mempunyai tingkap
menghala ke rumah dapur. Di
penghujung rumah dapur terdapat
pelantar untuk kegunaan
penyediaan makanan atau ruang
letak untuk hasil dari kebun dan
sungai. Rumah ini mempunyai
beberapa unsur seni struktur yang
agak menarik, ringkas dan
mempunyai fungsinya tersendiri.
RUMAH
MELAKA
• Ini merupakan rumah Melaka versi “Tiang
12”. Versi ini mempunyai reka bentuk ringkas
• Reka bentuk rumah ini mengandungi
serambi, rumah ibu, selang dan rumah
dapur.
• Secara asas pelan rumah ini menyamai
rumah kutai negeri Perak, perbezaannya
 terdapat serambi di bahagian hadapan
rumah ini. Serambi adalah tempat
berehat dan mengambil angin, melayan
tamu dan meninjau aktiviti di hadapan
rumah.
• Keseluruhan dinding rumah
diperbuat daripada kayu, kecuali di
bahagian dapur yang mempunyai
dinding pelupuh. Bahagian atap
rumah ini dibuka sedikit untuk
membenarkan pengudaraan masuk
ke dalam rumah. Bahagian selang
rumah pula didinding, berbeza
dengan rumah kutai Perak
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
• Bangunan Sultan Abdul Samad adalah

merupakan mercu tanda yang sangat sinonim

bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara

Malaysia.

• Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa

British, A. C. Norman dan A. B. Hubbock yang

pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di

Kuala Lumpur pada tahun 1894. Batu asas

pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor

Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada

6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan

dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British,

Sir Frank Swettenham.


Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan
Negeri Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad
terletak di lokasi strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan
dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting
seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul
Rahman.
Stesen Keretapi Kuala Lumpur
• Bangunan Stesen Keretapi
Kuala Lumpur terletak di
persimpangan Jalan
Bangsar dan Jalan Kuching.
Ia telah direka bentuk oleh
arkitek British, A.B.
Hubback pada tahun 1913.
Bangunan ini telah siap
pada bulan November 1917
dengan kos pembinaan
sebanyak RM780,422.00.
• Bangunan ini sekarang
menempatkan sebuah
stesen keretapi, pejabat
KTM Berhad dan Hotel
Heritage. Bangunan ini telah
mengalami dua peristiwa
yang mengganggu gugat
kestabilannya. Semasa
Perang Dunia Kedua sayap
utara bangunan ini telah
musnah terkena bom dan
pada tahun 1968 pula,
tingkat dua bangunan telah
mengalami kebakaran.
MASJID JAMEK
• Masjid Jamek Kuala Lumpur terletak
di pertemuan dua sungai iaitu Sungai
Gombak dan Sungai Klang. Batu asas
masjid ini telah diletakkan oleh
D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan
Salahuddin Sulaiman Shah C.M.J.
pada           23 Disember 1909.
• Pembinaannya mengambil masa
lebih kurang sembilan bulan. Masjid
ini telah dibina atas tapak sebuah
perkuburan Melayu yang mana telah
dipindahkan ke Gombak.
• Masjid ini telah direka bentuk oleh
Arthur Benson Hubbock pada tahun
1897, arkitek yang dibawa khas dari
India.
MASJID SULEIMAN
• Masjid ini adalah terletak di
Klang, Bandar Diraja
Selangor. Ia terletak di
Kampung Jawa, berhampiran
dengan Istana Klang. Masjid
ini telah direka oleh L. Keste
Vend an dibina pada tahun
1932 sebagai hadiah kerajaan
British kepada Sultan
Suleiman. Pada awalnya
nama sebenar masjid ini ialah
Masjid Suleiman  Jamiur
Rahman. 
• Kubah separa hemisfera
yang berwarna kuning
itu bersifat unik dan
membentuk identitinya
yang tersendiri. Menara
besar yang juga
berkubah kuning adalah
merupakan menara
tunggal dan diapit oleh
enam menara yang
lebih kecil dan rendah.
MASJID UBUDIYAH
• Masjid ini terletak di Kuala Kangsar, Perak dan
• Masjid ini telah melalui telah dibina pada tahun 1912-13, di zaman
beberapa siri pemerintahan Sultan Idris. Residen British Sir
Hugh Low telah meletakkan batu asas masjid
pengubahsuaian. ini. Pembinaan masjid ini telah mengalami
beberapa peristiwa yang melewatkan tempoh
Sekarang ini, ruang pembinaannya iaitu; Perang Dunia I dan
peristiwa amuk beberapa ekor gajah diraja yang
dalaman terutama merosakkan lantai masjid tersebut. Masjid ini
telah dirasmikan 1 tahun sebelum siap oleh
disekitar siling kubah telah Sultan Abdul Jalil, pewaris Sultan Idris.
menyaksikan unsur Parsi
atau Uzbek didalam
penggunaan muqarnas
pada sudut-sudut
bangunan.

Anda mungkin juga menyukai