Anda di halaman 1dari 5

Setiap orang mempunyai gaya belajar tersendiri.

Gaya pembelajaran

yang berkesan dapat membantu seseorang pelajar mencapai kejayaan

Terdapat pelbagai jenis gaya pembelajaran yang dapat membantu pelajar

untuk mempelajari ilmu tetapi tidak banyak pelajar yang dapat

menguasai ilmu dengan gaya pembelajaran yang sesuai. Menurut kajian

soal selidik dan pemerhatian kumpulan kami, gaya pembelajaran utama

dapat membantu seseorang menjadi pelajar cemerlang.

Mengenai gaya pembelajaran yang dibuat dalam soal selidik,gaya

pembelajaran utama boleh dibahagikan kepada gaya pembelajaran

visual, auditori, kinestetik, kecekatan tangan, berkumpulan, dan

bersendirian.Kebiasaannya setiap orang akan mempunyai kesemua gaya

belajar di atas. Justeru itu,mengamalkan gaya pembelajaran yang sesuai

dapat membantu mereka menjadi pelajar yang cemerlang.

Melalui gaya pembelajaran visual, pelajar dapat belajar dengan

melihat perkataan dalam buku dan papan tulis. Mereka lebih mengingati

dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau

teks yang berkenaan dan tidak memerlukan penerangan lisan yang

banyak. Selain itu, pelajar yang mengguna gaya pembelajaran tersebut

dapat belajar bersendrian dengan membaca buku dan perlu mencatat

penerangan atau arahan lisan yang disampaikan sekiranya ingin

mengingati sesuatu maklumat.Mereka gunakan bahan visual seperti

gambar-gambar, carta-carta, peta, graf, gambar rajah, jadual dan

seumpamanya supaya maklumat tersebut menjadi lebih menarik.Murid


“visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori”

tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Murid “visual”

selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak

mengingati sesuatu.

Gaya pembelajaran auditori adalah belajar daripada perkataan

yang diujarkan . Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan

yang disebut dan juga arahan lisan.Gaya pembelajaran auditori juga

termasuk mengingat maklumat dengan membaca kuat atau dengan

menggerak-gerakkan bibir ketika membaca, serta mendapat manfaat

daripada mendengar pita audio, syarahan, dan perbincangan kelas.

Mereka juga melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan atau

perbincangan kelas.Selain itu,murid juga membuat ucapan dan

persembahan,gunakan pita rakaman semasa kuliah, gunakan teknik

memonik, bercakap kepada seseorang sementara mereka menuliskan

idea-idea yang dikeluarkan.Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan

mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan

berbincang dengan guru.

Seterusnya,Gaya Pembelajaran Kinestetik adalah Pelajar yang

mengamalkan gaya ini belajar dengan lebih baik melalui pengalaman.

Mereka memerlukan kombinasi rangsangan–rangsangan melalui

penglihatan, pendengaran dan kemudian melibatkan diri secara fizikal

dalam pembelajaran seperti terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan,

dan main peranan. Kombinasi rangsangan seperti aktiviti dan pita audio

memudahkan pelajar memahami perkara baru.Mereka juga mendengar


muzik yang ringan semasa belajar,menghiasi meja tempat belajar

dengan poster-poster dan formula-formula.

Manakala gaya pembelajaran kecekatan tangan merujuk kepada

pelajar belajar dengan lebih berkesan apabila berpeluang membuat latih

amal (hands-on) dengan bahan seperti melakukan eksperimen di

makmal, membina model, dan menyentuh dan menggunakan bahan.

Pergerakan fizikal dalam kelas juga dapat membantu pelajar memahami

maklumat baru.

Gaya pembelajaran berkumpulan mempunyai ciri-ciri mempersepsi

sesuatu situasi atau pola menyeluruh. Pelajar akan menerima pendapat

yang bersifat umum kerana mereka belajar dengan lebih mudah

sekiranya berteman kerana dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan

bekerjasama dengan orang lain , mengingati maklumat apabila bekerja

dengan rakan pelajar yang lain dan stimulasi daripada rakan membantu

anda memahami perkara baru. Pelajar yang gemar mengamalkan gaya ini

suka dibimbing oleh orang yang disanjungi dan tidak boleh menentukan

objektif pembelajaran diri sendiri . Interaksi dalam kumpulan membantu

meningkatkan pembelajaran mereka. Aspek sosialisasi antara ahli

kumpulan adalah sangat perlu bagi mereka kerana mereka mempunyai

sikap menurut perintah dan belajar apa yang diajar tanpa menyoal.

Akhir sekali, gaya bersendirian adalah pelajar belajar, berfikir, serta

memahami dan mengingat maklumat baru dengan lebih baik apabila

bekerja atau melakukan sesuatu bersendirian. Golongan pelajar ini

mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau corak secara


terperinci.Mereka mengamati perkara secara analitik dan berminat

menentukan objektif pembelajaran sendiri . pelajar yang mengamalkan

gaya belajar bersendirian kurang sensitive terhadap pandangan orang.

Mereka mempunyai motivasi intrinsic yang kuat dan mampu

menguruskan pembelajaran sendiri .

Gaya pembelajaran minor menunjukkan bahawa pelajar masih dapat

belajar dengan baik melalui gaya pembelajaran tersebut, manakala gaya

pembelajaran yang tidak penting bererti pelajar menghadapi kesulitan

belajar melalui gaya tersebut dan harus memberikan tumpuan pada gaya

yang lebih membantu pelajar dalam pembelajaran.Golongan pelajar ini

yang tidak bergantung lebih suka belajar dan berfikir masalah sendiri.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran

seseorang itu adalah berbeza-beza dan berkorelasi dengan pelbagai

faktor. Para pendidik guru haruslah peka terhadap perbezaan yang

wujud ini. Setiap strategi pengajaran pembelajaran mempunyai

keistimewaannya tersendiri. Perancangan pengajaran harus mengambil

kira strategi yang pelbagai. Dengan itu, tuntutan kepada gaya

pembelajaran tertentu pelatih dapat dipenuhi melalui pemadanan

strategi dengan gaya pembelajaran tersebut. Dapatan juga menunjukkan

bahawa sebahagian besar pelatih tidak mempunyai gaya pembelajaran

utama yang tertentu. Pelatih juga mungkin belum membentuk gaya

pembelajaran yang khusus. Pendidik guru boleh memanfaatkan keadaan

ini. Pelatih mungkin lebih fleksibel dan boleh dibantu menguasai

pelajaran yang disampaikan melalui strategi berlainan. Oleh itu, setiap


kategori GB yang dimiliki, walaupun Cuma minor, boleh digunakan

untuk membantu proses pembelajaran.

Kesimpulannya,dengan mengamalkan gaya pembelajaran

utama,pelajar dapat menggunakan celik akal untuk menyelesaikan

masalah-masalah yang wujud serta melatih pelajar menggunakan

persepsi dengan tepat.Jadi, gaya pembelajaran ini dapat melahirkan

pelajar cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai